Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Tuesday, July 5, 2011

Kemelut Palestin : Pedulikah Kita




Assalamualaikum wbt....Palestin oh Palestin...Dirimu semakin berlumuran darah...terdengar jeritan para syuhada..memohon pertolongan...semakin gawat...dentuman bom seperti membelah bumi....peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan...

adoi...palestin lagi???tak habis-habis lagi???boring dah nak dengar....
PEDULIKAH KITA???



Pendudukan tentera Israel (IOF) merampas ratusan dunums(ekar) tanah Palestin di sekeliling kampung Mazra’a Gharbiya dan Janiya ke barat bandar Ramallah, kata warga kepada PIC pada hari Selasa lepas.
Dengan menunjukkan PIC dengan peta yang disiarkan, mereka berkata bahawa tentera IOF dan peneroka menyerbu tanah yang dirampas pada hari Isnin dan telah memasang penanda di atasnya, sambil menambah bahawa peneroka telah menyediakan peta dan jurutera bersama dengan peralatan yang diperlukan untuk menggariskan tanah.
Mereka berkata bahawa IOF telah memberitahu Palang Merah, yang diwakilkan oleh mereka untuk menyiasat mengenai isu ini, bahawa tanah yang kaya dengan pokok zaitun itu, telah dirampas.

Terkini, seorang penyair Amerika, Alice Walker menganggap entiti Zionis sebagai negara teroris terbesar di dunia. Alice yang menyertai Freedom Flotilla2 merasa sedih, kerana Amerika telah menyumbangkan dana yang begitu besar kepada Israel untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini.
Seorang penyair dan penulis pemenang Hadiah Pulitzer Prize For Fiction Amerika ini mengungkapkan dalam satu wawancaranya dengan majalah “Polisi Luar” yang terbit Rabu (29/6) menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Gaza pada tahun 2009. Beliau tinggal di antara puing-puing sekolah yang hancur akibat roket Israel. Beliau sangat sedih kerana negaranya telah membiayai kehancuran terhadap Palestin dengan menggunakan sumber cukai yang dipungut dari rakyatnya yang kemudian dijadikan senjata pemusnah oleh Zionis untuk menghancurkan Palestin.
Ketika ditanya tentang latar belakang penyertaannya dalam Freedom Flotilla2. Beliau mengatakan dia telah berada di Gaza pasca perang namun hanya sebentar. Beliau menyaksikan kehancuran dimana-mana yang sebelumnya dia tidak percaya. Sekarang beliau faham apa yang terjadi dan bagaimana sistem ekonomi dan kesihatan yang hancur teruk.

Selain itu, beberapa sukarelawan Flotilla 2 telah menyatakan bahawa tindakan zalim dan ketenteraan Zionis ke atas konvoi memberi impak positif. Secara tidak langsung, masyarakat dunia jelas memahami penderitaan dan kezaliman yang dialami oleh rakyat di Gaza. Ini kerana tindakan zalim Zionis terhadap konvoi telah dikeluarkan dalam media massa antarabangsa. Seorang aktivis dari Ireland, Hinad Maclokhlin, menyatakan tindakan ZIonis telah di pancarkan dalam media antarabangsa dan menjadi bukti jelas kezaliman Zionis.
Para aktivis turut berterima kasih dengan tindakan Zionis ini kerana memberi liputan secara meluas terhadap kezaliman Zionis-Israel.

Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak menegaskan tentang pentingnya melanjutkan usaha untuk bersedia menghadapi konvoi kebebasan Freedom Flotilla2 ke Semenanjung Gaza.
Menggunkan ruang udara ke Gaza adalah prioriti utama yang harus difikirkan. Sebagaimana dikhawatirkan menteri perhubungan Zionis Sabtu lepas (2/7).
Dalam sidang khas kabinet Netanyahu, Ahad (3/7) Barak mengatakan, Israel kini sedang bersedia menghadapai kemungkinan pihak sukarelawan menggunakan ruang udara untuk pengiriman bantuan ke Gaza. Ketika ini tidak ada cara lain bagi Israel untuk mempertahankan dirinya selain menghindari semua konvoi ke Gaza termasuk melalui ruang udara.
Menteri Zionis kembali menegaskan kepentingan mempersiapkan kemungkinan terlepasnya Freedom Flotilla2 melalui jalan laut, walau pelbagai usaha penghadangan dilakukan. Beliau juga mengungkapkan kekhawatirannya terhadap tindakan terbaru para relawan Gaza yang berusaha menggunakan jalan udara sebagai alternatif lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Di laporkan, beratus-ratus aktivis dari Amerika Syarikat dan Eropah dijadualkan tiba di wilayah yang diduduki Palestin pada hari Jumaat untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk dasar-dasar Israel yang dikenakan ke atas mereka.
Sebanyak 650 orang menjadi aktivis pro-Palestin adalah berikutan aktiviti kesedaran yang meliputi isu-isu berkaitan tembok pemisah dan pembersihan etnik. Pada 8 July ini di lapangan terbang LOD. Dalam aktivii ini juga juga mereka akan membongkar perbuatan kejam Israel terhadap aktivis pro-Palestin antarabangsa, termasuk pengusiran dan sekatan perjalanan ke wilayah-wilayah.
Lawatan itu telah dipanggil oleh 40 organisasi Palestin, Jawatankuasa Penentangan Popular dan puak buruh negara.

Selain itu, Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal menekankan betapa pentingnya tumpuan diberikan ke atas Baitulmaqdis kerana kota itu sedang berdepan dengan salah satu fasa paling mencabar berikutan polisi meYahudikan kota itu serta melenyapkan identiti Arab-Muslim yang terus dilakukan oleh rejim Zionis.
“Perbuatan itu diburukkan lagi dengan sikap berat sebelah pegawai antarabangsa terhadap polisi Zionis dan amalan pengYahudian,” kata Mishaal. Mishaal berkata demikian melalui tayangan video dalam satu persidangan yang diadakan di Jakarta, Indonesia yang bermula pada Rabu lepas demi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin. Semasa sidang video tersebut, Mishaal turut menyeru sokongan bersepadu ke atas rakyat Palestin.
Atef Wureidat, seorang rakyat Palestin yang menderita kanser di bawah tahanan Israel, telah mengumumkan beliau akan sekali lagi meneruskan mogok lapar selepas ditipu oleh pentadbiran penjara Israel, lapor Persatuan Banduan Palestin pada hari Rabu (29.06.11)
“Banduan yang menderita kanser itu, Atef Wureidat mengumumkan mogok lapar sekali lagi pada hari Rabu selepas pentadbiran penjara menafikan permintaan beliau yang mereka berjanji untuk memenuhi permintaannya jika dia melakukan mogok lapar dan mengambil ubat itu,” kata PPS, yang beroperasi di Al-Khalil di selatan Tebing Barat.
“Pentadbiran penjara menipunya dan tidak memenuhi janji-janji selepas dia melakukan mogok selama 18 hari dalam pertukaran untuk berpindah dari penjara Ashkelon ke penjara lain,” kata PPS berkata, sambil menambah bahawa tahanan Maysara Abu Hamdiyya dan Yousef al-Sukafi turut serta mogok serta menyokong Wureidat.
Bukan setakat itu sahaja, seorang pendatang Yahudi melanggar seorang wanita Palestin dengan kenderaannya berdekatan Hawara, tenggara kota Nablus di utara Tebing Barat, lapor penduduk tempatan.
Wanita itu mengalami kecederaan dan patah anggota serta ditinggalkan di dalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan, sumber tersebut menambah. Wanita di dalam lingkungan 40an itu dilanggar di jalan utama Hawara. Pemandu tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan penduduk kampung.
Lebih menyakitkan hati, Undang-undang Perlembagaan Knesset Israel dan Jawatankuasa Keadilan telah meluluskan draf undang-undang memaksa rakyat Palestin untuk menampung kos pemusnahan rumah yang dikeluarkan terhadap mereka tanpa menggunakan mahkamah.
Radio Israel melaporkan bahawa jawatankuasa itu tidak bersetuju untuk memberi kuasa kepada panglima serantau Tebing Barat untuk memohon undang-undang yang ada untuk membangkang kerajaan.
Draf ini akan dibawa ke Knesset untuk bacaan kali kedua dan ketiga.
Pada saat kini, aktivis perpaduan mengiringi konvoi kemanusiaan Miles of Smiles III dihantar ke Gaza untuk menyampaikan susu bayi dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan kepada Kementerian Kesihatan di Gaza sebagai tambahan kepada 15 kereta ambulans yang direka khas untuk orang kurang upaya.
Ketua konvoi Issam Yousef berkata kepada sidang akhbar di gudang kesihatan di bandar Gaza pada hari Isnin bahawa 70 bayi Palestin yang baru lahir di Gaza hampir mati selepas susu bayi formula khas kehabisan stok.
Beliau berkata konvoi yang membawa 4000 susu tin bayi yang dapat memenuhi keperluan seluruh Semenanjung terhadap perkara ini bagi tahun keseluruhannya. “Kami juga telah membawa sepuluh jenis ubat, yang akan menyumbang untuk menyelamatkan banyak nyawa,” jelas beliau.

sumber : palestinkini

Ketika para binatang pintar ganas buas bernama Israel Yahudi itu
Berpesta menghirup darah anak-anak kecil di tebing Gaza
Dan orang-orang Arab Islam yang kaya merayakan materialisme di sebelah sempadan itu
Melihat kepulan asap menghitam di udara tanda pembunuhan sedang menggila
sedikit pun tidak terdetik di hati mereka untuk bergerak serentak menghalang
Serangan tak berperikemanusiaan bertujuan penghapusan etnik Palestin itu
Dan dunia melihat dengan memejam sebelah mata
Dan kita di Malaysia
Atas nama demokrasi dan tamadun kita pun beradu kekuatan merebut kuasa dan kerusi
Atas janji berbakti kepada rakyat
Kita pun terlupa pada ikrar kita atas nama manusia khalifah Allah di Bumi.

Apakah ikrar kita sebagai khalifah Allah di bumi?
Sahabat-sahabatku,duduklah sebentar dan berfikirlah
Apakah ikrar kita sebagai khalifah Allah di bumi?
Ketika sleuruh malaikat makhluk yang ada waktu itu diperintahkan Allah
Tunduk sujud kepada manusia sang iblis bila enggan patuhi perintah Allah
Dan mereka memohon izin untuk terus bermusuh dan berperang dengan manusia
Ingatlah sahabat-sahabatku akan peristiwa besar kejadian makhluk
Bernama manusia bahawa kita sentiasa di intai sang iblis dan syaitan
Untuk di musnahkan.

Duduklah sejenak wahai sahabat-sahabatku dan berfikirlah
Cuba ambil iktibar daripada peristiwa dunia dan tanyalah di mana kita?
Apa sebenarnya kita cari di bumi tua penuh sengketa ini?Kenapa kiblat kita masih Inggeris dan amerika?
Lihatlah!!Inggeris dan Amerikalah itu yang sedang membunuh mati anak-anak kita di Palestin
Atas nama demokrasi,tamadun manusia keamanan sejagat dan kemanusiaan
Mereka membunuh mati anak-anak manusia di tebing Gaza
Atas nama tamadun materialism yang lahap minyak lahap kekayaan material
Manusia bertukar menjadi syaitan haiwan ganas lalu mengganas
Dengan rasional menentang keganasan mereka mengganas semahu-mahu mereka
Meredah darah yang membanjiri bumi Palestin demi tamadun manusiakah itu?
Atau tamadun iblis syaitan musuh abadi manusia?

PEDULIKAH KITA SEMUA???

No comments:

Post a Comment