Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, May 23, 2011

Dua bidadari kesayanganku...




Assalamualaikum wbt…”Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”…semakin dekat hari, semakin hati ini rasa resah dan sayu…memikirkan diri ini akan di tinggalkan pergi oleh dua orang adik kesayangan…Detektif Suhaila Lani dan Lawyer Yuyu…Hilang sudah orang-orang kuat, sayap-sayapku yang sentiasa menemani diri ini ke mana-mana sahaja…Memang agak berat untuk melepaskan mereka pergi, tapi ku relakan juga..kerna ku yakin pemergian dua srikandi tercinta ini bukanlah untuk main-main sahaja..tapi perginya mereka ini ke Syria dan juga Kedah adalah untuk mengutip benih-benih iman dan ilmu agar bisa di bawa balik ke bumi Sabah untuk di semai bersama dan hasilnya dapat di kongsi bersama…demi kemaslahatan ummah…InsyaAllah…

Alhamdulillah, 17 Mei yang lepas, kenduri kesyukuran di rumah Lawyer Yuyu selamat di adakan dan berjalan dengan lancar…Balik sahaja dari ofis pd 16 Mei, Lawyer Yuyu terus jemput and ‘culik’ dan di bawa ke rumahnya…bermulalah misi kami di dapur sebagai penolong chef bersama dengan Detektif Suhaila dan juga Lawyer Yuyu dan di ketuai oleh Co-Pilot Mama Yuyu…

Sungguhpun kami bukan berada di dalam slot muhasabah, kami tetap bermuhasabah…bermuhasabah di hadapan bawang-bawang…tak sure adakah kami menangis di sebabkan bawang ataupun penyampaian tersebut…indahnya rasa ketika meluangkan masa bersama2 dengan adik tercinta di dapur, dengan pelbagai karenah dan gelagat mereka ni…terutama gelagat Si Doraemon yang takut dengan kucing…dan si Yaya yang buat-buat merajuk tak mahu dipanggil Yaya…bilalah akan ada kesempatan sebegini nanti…semoga ukhuwwah ini akan terus terjalin sungguhpun berpisah beribu batu…AKAK AKAN MERINDUI KAMU SEMUA, YUYU..SUE…

di sini, inginku kongsikan bagaimana kami berkenalan…suatu perkenalan yang aneh dan lucu…yang akhirnya bercambah sehingga bertautnya hati kami..kerana Allah swt…

DETEKTIF SUE

i) blog NISA” SEPANGGAR
DS : salam..ni kak Khairunisa? salam ukhuwwah kak…akhirnya jumpa akak jugakk..selama ni dgr cerita psl akak jak…
KK : w’salam dik..salam ukhuwwah dr akak..bah,ikutlah program nisa’ sepanggar ya..insyaallah kita leh berjumpa di situ…
DS : insyaallah kak…selalu dgr cerita psl akak nie..
KK : xda apa2 nya dik…insyaallah,kita jumpa nanti ya…

ii) blog Balqis Baltisha Basyeerah
DS : assalamualaikum ukhti…apa khabar???salam ziarah…
KK : w’salam…Alhamdulillah sihat…syukran ziarahnya..

iii) blog Nukilan Sang Hamba
KK : Salam ziarah dik…J
DS : Syukran kak..

iv) lawat tapak Kg.Padas
AA : Mlm ni ada program poli di tuaran. Nisa mau ikut? Abg buat muhasabah di sana..
KK : Owh…ok sj..pukul berapa??siapa jugak yg pergi nanti?
AA : Abg fezri, suhaila..itu sahaja la setakat ni..mungkin lepas isyak..
KK : suhaila?suhaila lani kah abg?
AA : entahlah..siapa suhaila lani tu?
KK : adik…dia selalu ziarah blog sy ni…kami kenal dr blog jak..teringin betol nak jumpa dia..
AA : xpasti pulak abang…suhaila ni biasa buat muhasabah dgn abg..xpasti pulak org yg sama ke x..
KK : owh…nantilah mlm ni,cuba cari dia..hehe

v) di Masjid An-Nur Tuaran
KK : assalamualaikum dik..maaf lambat dtg…
AJK : waalaikumussalam kak..xpa2..kak masuklah ye..
*******
KK : dik, kak nak tanya, mana satu suhaila lani ya?
AJK : erm…xpasti lah pulak kak…
********
KK : Zurah, kenal x mana satu suhaila lani?
Zurah : suhaila lani kak???erm..xtahu pulak mana satu kak…
KK : owh..xpalah ya…mungkin dia dah balik kot…

vi) Program Kampung Angkat Padas
KK : (monolog dalaman ) eh..tu mcm suhaila lani jak…mcm serupa dgn gambar dlm blog dia…mungkin betul lah tu kot…p,awat dia xtengok sini???erm..xkenal kali…
KK : dik, sapa tu?suhaila lani kah tu…
Nafisah / Yuyu: iya kak nisa…suhaila lah tu kak..napa kak?
KK : akhirnya ketemu jugak…akak mencari dia..kenal dari blog jak…syukur…

~Di situlah bermulanya ukhuwwah kami…perkenalan dari ziarah blog sehingga membuatkan rasa hati ingin mengenali lebih dekat si empunya badan…macam ada sesuatu yang mendorong diri ini untuk mencari Detektif Suhaila…iya!!!Allah swt yang menggerakkan rasa hati ini untuk menjalin ukhuwwah dengan adik kesayangan ni..alhamdulillah…sebuah ukhuwwah yang terjalin keranaNya…akhirnya kami diketemukan ketika sebuah program kampung angkat..februari yang lepas..sungguhpun perkenalan yang singkat, namun tautan hati kami seakan sudah terjalin berpuluh2 tahun yang lepas..usia perkenalan bukanlah sesuatu kayu ukuran namun pengisian kepada ukhuwwah tersebut…

team muhasabah...akhi arif sudah meninggalkan bumi sabah, kini tiba giliran Lawyer Yuyu dan Detektif Suhaila...

bagaimana pula ikatan ukhuwwah terjalin di antara diriku dengan Lawyer Yuyu pulak??

i) perbualan di pelbagai tempat ( xingat )
KK : sapa yang incharge budak2 KRU ni ya?
HA : si yuyu..
KK : yuyu?? comel nama…ada nombor fon dia?
HA : xda pulak…dia rapat tu dengan budak2 KRU..
KK : owh ya..mesti bagus orangnya kan…
HA : memang..ada masa nisa g la jumpa dia..
KK : insyaAllah…
********
KK : salam…kenal yuyu?leh minta nombor fon yuyu?
AZ : w’salam..kenal..ada..untuk apa nisa?
KK : contact saja..tanya2 psl budak2 KRU…


ii) Mesyuarat Fasilitator Islamic Summer Camp 2010
KK :assalamualaikum…dah lama sampai?
MT : waalaikumussalam..x,baru jugak..
sambil bersalaman dan bertanya nama….
KK : owh..inilah yuyu….
Yuyu : iya kak…kenapa kak?
KK : akhirnya,jumpa jugak…
Yuyu : kenapa kak?huhu
KK : xda apa2 dik…hehe
********
KK : macam mana balik nanti?
Yuyu : kereta kak..
KK : jauh rumah?
Yuyu : dekat jugak kak…

~maka di situlah detik perkenalan kami…bergerak kerja sama-sama untuk KRU dan juga PSS..jazakillah adikku,Yuyu untuk semua pertolongan dan perkongsian yang telah di lakukan…seorang yang lemah lembut, berperwatakan rendah diri dan patuh, itulah ciri-ciri pada diri Yuyu yang buatkan akak rasa sangat senang untuk dekat dgn Yuyu dan berkongsi...akak harap segala perkara yang kita buat bersama-sama akan terus segar dalam ingatan...bilaman tidak berjumpa seketika, rasa gelisah semacam ...indahnya ukhuwwah yang terjalin menerusi sebuah perjuangan kerana Allah swt...dan tidak di sangka rupanya kita berdua telah di ‘cengkam’ satu isu yang sangat memeritkan dan menyedihkan..membuatkan kita berdua sering rasa tertekan dan berdukacita…be strong,my dearest..Allah swt is always be there for us…don’t miss a second and grab any chance to remember Him…and also to commit as a beauty muslimah…



Selayar Ukhuwah, Serumpun Keluarga di Ufuk Dakwah
Terimbas dahulu…
Saat sebening cahaya menerjah kalbu
…Tatkala tarbiyah mewarnai sukmaku
Kala itu ku sedari
Hikmah takdirku jauh tercampak dari bumi sendiri
Ganjaran kepasrahan yang tidak terperi..

Di dalamnya ku temu… harga seorang aku
Di dalamnya ku temu
Nilai kecintaan pada Yang Satu
Sujud kehambaan pada Yang Maha Tahu
Di dalamnya ku temu
Ikatan erat teman searah yang tegar melangkah

Walau jalinan tidak sedarah
Namun terpateri kuat kerana Allah

Ku kenal erti ukhuwah
Ungkapan bukan sekadar kata, tapi suatu rasa
Bukan sekadar bicara, tapi zahir ternyata
Bukan sekadar omongan, tapi nikmat kemanisan iman
Catuan kasih di nurani insan
Berpadu berlandaskan Al-Quran
Bertaut hati kerana Tuhan

Ku tahu makna keluarga
Terbina bahagia bila islamnya jiwa
Menitip sepakat kala agama terjaga
Setelah awal mula suatu ikatan
Terpelihara di paksi kebenaran

Bila akarnya bertunjangkan keimanan
Bila dasarnya suci dari noda kekotoran
Ku sedar kemashalatan dakwah
Menangkis dakyah iblis laknatullah
Menyeru ummat kepada Allah..

Andai taruhan perjuangan adalah nyawa
Aku tetap rela, dalam meraih berkat dan cinta-Nya
Sedang pilihan di genggaman sekadar dua
Hidup mulia atau syahid di jalan-Nya

Kerana jiwa pejuang merindukan Syurga
Mengimpi mengharap bertemu Sang Pencipta

**akak copy paste sajak ni…sungguh akak ingin buat sajak khas utk 2 bidadari kesayangan akak..tapi, sungguh akak xbisa menulis sebait pun kerana sungguh pada ketika ini hanya hati akak sahaja berbicara,sepi bermonolog dalaman sendirian…akak xbisa keluarkan segala huruf2 yang menari2 di kotak minda akak…setelah sekian lama awan ‘hold’ hujan selama ini,akhirnya menitis juga hujan semalam…akak sangat menyayangi antumna…doa akak sentiasa utk antumna..salam mahabbah dr akak…


"hidup ini ibarat sebuah pelayaran..pasti akan ada check point utk di singgah bagi beli stok makanan dan bersihkan diri, bertemu dengan orang baru di setiap check point....setelah itu, terpaksa di tinggalkan kerana perlu meneruskan pelayaran dan akan singgah di check point yang baru pada minit seterusnya dan pada setiap kali perpisahan itu sering kita berdoa agar akan di ketemukan semula..."

~erti hidup dengan berkongsi~

Monday, May 16, 2011

Kem Sayangi Daku 2011: Bertemu Tidak Jemu, Berpisah Tidak Gelisah...




Assalamualaikum wbt…Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt..Firman Allah swt di dalam surah al-ankabut:69 yang bermaksud “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya

Seorang penyair mengatakan :

Demi kebenaranMu
Jika Engkau memasukkan aku ke dalam neraka
Aku akan berkata kepada penghuninya
Bahawa aku mencintaiNya
Aku menghabiskan usiaku untuk menuntut pelbagai ilmu
Tujuanku tiada lain hanyalah keredaan dan kedekatanMu
Bukankah kamu yang mengatakan bahawa orang yang bersungguh-sungguh
Maka perbuatannya itu akan mendapatkan pujian dan di dekatkan kepadaNya…

Alhamdulillah…selesai sudah KEM SAYANGI DAKU 2011 Sekolah Menengah Perempuan Likas semalam..Program anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam, Unit HEM, BALKIS dan PSK SMP Perempuan Likas turut di bantu oleh Persatuan Siswazah Sabah yang berlangsung selama 3 hari bermula 13 -15 Mei 2011…

Program kali ini memang sangat mencabar…mencabar kesabaran, mencabar profesionaliti, mencabar keikhlasan diri…program yang di sertai oleh seramai 75 orang pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi disiplin…Pada kali inilah, baru ku rasakan post mortem yang berapa kali di adakan di dalam sehari..”asyik-asyik post-mortem”…yang menuntut kepala untuk memuntahkan idea-idea yang pelbagai yang sesuai dengan situasi yang sentiasa berubah dari satu slot ke satu slot…





Kami, ahli PSS yang hadir pada hari itu…sentiasa ‘celik’ dan machine kami sentiasa running…untuk memikirkan dan mengedit serta mengupdate pengisian dan pembawaan kuliah dasar dan slot muhasabah yang sudah di agih-agihkan sesama kami…Hal ini kerana, adik-adik ini adalah sangat istimewa, memiliki perwatakan yang istimewa yang memerlukan pendekatan yang berbeza dan istimewa, yang memerlukan sentuhan yang istimewa, yang memerlukan ‘heart-connection’…”siapa aku sayangi???siapa sayangi aku?”…penekanan kepada akidah, ibadah dan akhlak yang membawa mereka kepada rasa bertuhan, rasa kebergantungan kepada Allah swt, rasa kasih sayang sang Pencipta kepada hambaNya…melalui penyampaian yang sesuai utk mereka..melalui penyampaian ‘sharing’ bukannya ‘lecture’…melalui penyampaian yang ikhlas lahir dari hati…kerna yakinlah, hanya hati-hati yang suci sahaja mampu menyucikan hati-hati yang lain…









AJK dan fasi yang asyik tertekan…kerana di’tekan’ oleh adik-adik yang ‘nakal’ ini betul-betul merunsingkan kami…sampai atau tidak ‘heart-connection’ yg kami lakukan???adakah mereka ini terkesan???adakah pembawaan kami gagal…bingung+runsing+buntu…pelbagai solusi di luahkan bagi membuat plan lain…namun ingatlah!!!!KITA NIE BUKAN TUHAN…YANG BISA MENGUBAH HATI-HATI MEREKA DALAM SEKELIP MATA!!!betull…apa yang penting sekarang ni, kita sudah berusaha semaksima yang mungkin untuk membawa mereka merentasi sebuah perjalanan…mengenal WHO AM I???WHAT I WANT???WHAT I FEEL???...








Alhamdulillah…dari kuliah dasar ke kuliah dasar seterusnya, adik-adik ni semakin lembut…semakin kurang bekunya…benteng yang dibina semakin rapuh…Cuma perlukan sedikit ‘sentuhan’ lagi agar mereka ini bisa mencari identity diri…bisa mencari cinta Allah…bisa mengenal siapa yang lebih menyayangi mereka…











Terkejut ketika selesai sahaja zohor semalam seteleh program tamat, ‘geng tagar’ SMP Likas yang di anggotai 6 org, dtg menemui ingin share sesuatu…Alhamdulillah hati2 mereka ini sudah lembut dan mereka2 inilah yang paling di target oleh pengetua sekolah untuk berubah…insyaallah adik-adikku…doa kami2 semua sentiasa bersama dgn kamu dan juga adik2 yang lain…syukran kerana sudi berkongsi psl background dirimu…”heart-connection” always…

Akhir sekali (sebelum beradu….),jutaan terima kasih di ucapkan kepada penyelia program iaitu Ustazah Noraini yang biasa ku panggil Kak Noni,adik-adik pimpinan BALKIS, ajk pelaksana dan juga fasilitator yang lain kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam mengemudi sebuah perahu yang sarat dengan penumpang merentasi sebuah teluk sungai yang berliku-liku, di dalam sebuah kembara perjalanan mencari makna hidup….tidak di lupakan sahabat-sahabat PSS yang sudah ku anggap seperti keluarga,syukran di atas sebuah perkongsian pengalaman,idea,nasihat, teguran dan rencah kehidupan berprogram…’bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’…

Adik-adik SMP yang akak sayangi kerana Allah swt, kita masih punya waktu untuk mengubah diri, memperbaiki hubungan kita dgn Allah swt..hargai waktu yang ada pada saat kini,tidak perlu tunggu sehingga esok hari...Allah swt itu sentiasa ada,sentiasa menyayangi kita, sentiasa merahmati kita..cuma kita sahaja yg buta...meletakkan rasa kasih dan sayang serta cinta terhadap Allah swt itu di tangga paling bawah sekali sedangkan cinta Allah swt itulah cinta yang paling utama...Allah swt tidak pernah bosan dan terbeban mendengar rintihan kita,adik-adikku....luahkanlah segala-galanya kepadaNya, kongsikan lah segala-galanya kepadaNya...menangis lah...raihlah cintaNya, rayulah hidayah dari Nya, semaikanlah rasa kasih dan sayang dgn Nya...tingkatkan komunikasi dgnNya...akak doakan agar segala perkongsian yang telah kami lakukan dgn adik-adik terkesan dan berbekas di hati adik-adik...kalau tidak 100%, sedikit pun xpa...asalkan dirimu menjadi lebih baik,lebih sedar dari yang sebelumnya...akak doakan agar adik-adik semua diberikan kekuatan dalam perubahan...akak sayangggggggggggggggggggggg adik-adik semua :)




***syukran di atas rasa kepercayaan kepada diri ini yang di terbangkan bebas untuk ke mana-mana sahaja bagi mengutip benih-benih iman dan takwa dalam bekalan diri untuk berjumpa dengan Sang Rabbi…syukran di atas kata-kata melalui sebuah perkongsian yang betul-betul menggetarkan jiwa, yang menguatkan lagi rasa hati, yang melahirkan bibit rasa kesyukuran kepadaNya di atas sebuah ukhuwwah yang istimewa…sama-sama kita meraih redha Ilahi…indahnya jika kita memilih kerana Allah swt…

nie video montaj program kem sayangi daku 2011..kredit tu pakar ICT PSS, akhi  Hasmadi Hasbi

video


~erti hidup dengan berkongsi~

Monday, May 9, 2011

Kota Kehidupan



Assalamualaikum wbt..Semoga kita semua masih lagi merasa nikmat Iman dan Islam pada ketika ini....Seusai sahaja Taujihad Jentera Pilhanraya semalam, sempat bershopping barangan aksesori kereta dgn Kak Cak..sambil berjalan-jalan, terdetik di hati, "akankah ada kesempatan utkku merasa semua ini lagi pd masa akan dtg?"...

When it comes to music, I follow my heart...Yup!!!semua puisi ataupun lirik yg ku buat , semuanya adalah dari suara hatiku...Bagiku, suara hatiku itu adalah sangat bernilai, oleh hal demikian, ku ingin meluahkan suara hatiku dalam keadaan yg sangat istimewa...maka di situlah lahirnya bait-bait puisi dan juga nada-nada muzikku...

Setelah Maghrib, ilhamku muncul sekali lagi...jari-jemariku rancak menulis...di kepalaku, menari-nari semua key dan tone...akhirnya 70% berjaya di siapkan...balik sahaja dari kejutan "besdae" kak farah, adik-beradik PJ 10 ku, ilhamku muncul lagi dan akhirnya....tepat jam 10.52 malam, siap!!!

Lagu kali ini ku berikan "Kota Kehidupan", terus terang ku nyatakan di sini, amat menyentuh jiwaku...ketika menulis dan mengatur key, secara tiba-tiba air mataku berguguran...Lagu kali ini memang bisa menggamit rasa hati para pendengarnya...Ku yakin...dan lagu ini ku tujukan khas buat sahabat/sahabiah dan kenalan yang mengenali diri ini...

kita tidak tahu...mungkin hari ini kita berada di sabah...mungkin hari esok, kita berada di sarawak..dan mungkin hari lusa kita berada di mesir...bumi kita ini snetiasa berputar pada paksinya begitu juga dengan kitar kehidupan kita yang sentiasa berpusing...maka, perisapkan dirimu dengan sebuah perjalanan yang sudah pastinya akan ada perpisahan....

Di kala ini aku masih lagi
bersendirian di uliti memori
sungguh aku terasa sepi
mencari erti kehidupan ini....

Di kala ini aku masih lagi
mencari waktu dalam kesempitan
merenung sayu pada yang berbakti
dupa cinta kota kehidupan...

Ya Allah...
berikanlah aku
kekuatan muncul dalam diriku...

Ya Allah...
hatiku bertugu
ku lepaskan pelukan rindu padaMu....

Selamat tinggal sahabatku...
walau berpisah beribu batu....
akan ku pegang erat janjimu...
pasti ketemu di lain waktu...

Selamat tinggal sahabatku...
doaku snetiasa mengiring dirimu
jangan berduka jangan pilu
ukhuwwah kita sudah di restu...

Tajuk : Kota Kehidupan
Lirik : Balqis Baltisha Basyeerah
Lagu : Balqis Baltisha Basyeerah

~erti hidup dnegan berkongsi~

Friday, May 6, 2011

Realiti Menyayat Hati...


Assalamualaikum wbt...Suatu isu yang mungkin ada di kalangan kita sudah jelas dan maklum mengenainya andai sering dan sudah bertandang ke kawasan tersebut...Menerima perkhabaran dari seorang teman yang baru sahaja melawat di sana, terpanggil untuk memaparkan dan berkongsi situasi dan realiti yang melanda sebuah daerah yang di beri nama Ranau...Alhamdulillah, tidak lama setelah itu, diri ini berkesempatan ke Kundasang untuk slot muhasabah KRIS Kundasang...Sempat juga mengambil beberapa keping gambar namun sayangnya ada yang 'tertinggal' di laptop...Insyaalllah, tambahan gambar akan di lakukan pada minggu hadapan...

Kali pertama menjejakkan kaki ke Ranau sekitar hujung tahun 2007 atau awal 2008 untuk fieldwork geologi, terasa  diri ini sudah jatuh cinta!!!Selama berpuluh2 tahun hidup di bumi di bawah musim khatulistiwa, tiba-tiba beralih arah ke musim 'sejuk', pasti menggamit hati dan terasa 'rusa masuk kampung'...Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia....di anggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang...
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960 an...Ranau pernah menjadi Daerah Kecil Daerah Tambunan dan Kota Belud suatu ketika dahulu...
Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hekter atau 1978.5 km persegi...Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau telah bertambah kepada 3555.9 km persegi..
Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa... Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Desa Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut yang menjadi projek kajian Professor kesayanganku, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan dan banyak lagi...
Bagaimana Ranau mendpaat namanya? Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi...Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau...Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.
Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini...
Namun begitu, keindahan Ranau ini dari sehari ke sehari semakin hilang dek pembangunan dan kemajuan yang pesat di sekitar Daerah Ranau yang tidak selari dengan tuntutan alam sekitar...Bukan itu sahaja, kepesatan dan pemodenan yang telah di laksanakan ini adalah sekitar di kawasan pekan sahaja, dan amat tipis bagi penduduk di kawasan yang terpencil untuk sama-sama merasa arus pemodenan tersebut...
Di sini, jom kita zoom kepada Kg. Mohimboyon...


Apabila di tanyakan kepada penduduk Kg. Mohimboyon ketika site visit di jalankan di sana, mereka berkata selama lebih dari 15 tahun mereka telah memohon untuk pembinaan jalan raya di kawasan kampung tersebut. Kerana jalan yang wujud di situ hanyalah jalan bergravel dan bertanah liat...Alhamdulillah, bila di maklumkan bahawa akan terbinanya sebuah jalan raya baru menghubungkan Kg. Kibbas ke Kg. Mohimboyon, wajah mereka bertukar ceria...Akhirnya penantian selama 15 tahun sudah di'layan' oleh pihak tertentu...Namun persoalannya di sini, mengapa sekarang???Itulah persoalan yg sering melanda diriku bilamana menerima banyak Projek Jalan Raya yang perlu di ambil alih...aishhhh...mengeluh!!!!mengeluh kerana persoalan MENGAPA SEKARANG???Terus terang, setiap kali site visit, sambil berborak-borak, bersembang dgn para penduduk kampung, mendengar keluhan mereka, diriku terasa BOLEH TAK AKU JADI BOSS???SUPAYA SEMUA PERMINTAAN MEREKA INI DAPAT KU TUNAIKAN???astaghfirullah al'adzim...sabor nisa!!!kesian dan pilu!!!janji yang diberi kepada mereka dulu-dulu kala namun, sampai sekarang janji tinggal dalam tin kosong...

Isu di sekitar Kg. Mohimboyon bukan sahaja berkaitan dengan isu jalan raya, bahkan isu keselamatan...Terdapat bayak kerja 'up-grade' dan 're-construction' bangunan di lakukan...sebagai contoh di Zen Garden Resort...Menurut penduduk kampung sana, di sebabkan kerja 'renovation' tersebut, berlakunya banyak tanah runtuh, sehingga banyak rumah yang berhampiran di 'hujani' dengan tanah-tanah...Bahkan, retakan jalan raya yang sedia ada semakin teruk berikutan dengan kemasukan lori yang membawa lebih muatan di sekitar kawasan sana...Malah, terdapat banyak tiang-tiang lampu elektrik yang sudah tumbang dan hal ini sangat membahayakan sekiranya berlaku litar pintas.
Di tanyakan kepada mereka, adakah pernah membuat aduan kepada mana2 pihak, mereka menjawab sudah...dan di suruh tunggu...Bilakah penungguan ini akan berakhir???
Sebagai seorang ahli geologi, saya bersetuju kita tidak mampu untuk menghalang gempa bumi, hakisan tanah dari berlaku..Kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun tersebut samada dari faktor semulajadi ataupun manusia...Tambahan pula di kawasan tersebut masih lagi aktif secara geologinya...Kerak-kerak bumi ini masih lagi bergerak, dan kita tidak boleh menghalang gempa bumi yang berlaku di bumi ini termasuk Ranau yang baru-baru ini pada 7 Februari 2011 telah di landa gempa bumi bermagnitud 2.6 di 6.1 degrees Utara dan 116.8 degrees Timur pada jam 2.07 pagi...Prof. Dr. Felix Tongkul, supervisor utk tesis ku yang lepas di minta untuk mengulas isu gempa bumi yang telah menyerang Ranau baru-baru ini berkata

"There's fault movement under the ground. Im not sure where it is exactly for Im still studying it,'' he said. Any earth movement in the area is always expected with the presence of the geologically young Mount Kinballu at more than 7 million yeras old..."

Namun begitu, dari segi faktor manusia, ya!!!kita mampu mencegah dan mengurangkan dari berlakunya kegagalan cerun ini...kalau nak buat pembangunan sekali pun, silakan...tapi kena ada langkah kawalan dan pencegahan yang perlu di laksanakan dan patuhi!!!kerana kita semua JELAS bahawa kawasan Kundasang dan Ranau ini adalah 'istimewa' dari segi geologinya...Maka, langkah kawalan dan pantauan perlu ada...
Di bawah ini, ku selitkan gambar-gambar yang menggambarkan situasi di Kg. Mohimboyon...
kegagalan cerun yang nyaris menghempap rumah penduduk kampung

penahan jambatan ke sekolah Mohimboyon yang sudah retak

kawasan dapur rumah yang terletak pada kawasan kegagalan cerun

tiang lampu yang sudah tumbang dan keadaan jalan yang sudah retak

keadaan jalan raya di Ranau

inilah realiti yang menyayat hati

nampak apa yang tumbang???

penungguan suatu penyiksaan..owh tiang lampu yang semakin tumbang dari hari ke hari

kegagalan cerun yang berlaku


pandangan dari sudut atas


inilah Zen Garden yang baru di 'up-grade'

anda nampak tandas yang tak kelihatan seperti tandas???