Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

LAWATAN KASIH RAMADHAN KE HOSPITAL LIKAS

Assalamualaikum wbt...

Di riwayatkan daripada Anas ra :Nabi Muhammad saw pernah bersabda ; " Tidak ada seorang pun di antara kalian di pandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.."

si ibu yang dikatakan mengandun anak kembar. :)

ahli Nisa' Sepanggar

seorang ibu yang teruja menerima kunjungan kami

Syukur alhamdulillah...pada hari Sabtu yang lepas, iaitu pada tanggal 13 Ogos 2011, selepas Zohor, Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah bersama dengan Nisa' Sepanggar dan juga MARSIS telah membuat satu kunjungan Ziarah Ramadhan ke Hospital Likas. Kunjungan tersebut di adakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga memberi kata-kata semangat kepada para pesakit yang menghuni hospital tersebut.





berlatih mendukung bayi...insyaAllah,akan tiba juga masanya


Muslimat Nisa' Sepanggar dan MARSIS telah membuat kunjungan ke Wad Kenanga iaitu wad wanita bersalin. Semasa kunjugan tersebut, sebungkus kurma dan juga risalah Doa Pelindung Diri turut di edarkan kepada para ibu-ibu dan juga bakal ibu-ibu di wad tersebut.

semoga menjadi anak yang soleh :)


seorang ibu yang baru sahaja melahirkan sepasang anak kembar lelaki... :)


Melihat kedatangan para muslimat secara mengejut membuatkan beberapa para ibu tersentuh hati dan terpujuk kerana masih ada yang prihatin dan datang menjenguk mereka tatkala orang lain sibuk dengan membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.


subhanallah..comeiilll

seorang ibu yang betul-betul memerlukan kekuatan dek kerana keadaan anak yang dikandung adalah songsang..semoga Allah memberi kekuatan kepadamu




Tidak ada apa-apa yang mampu di berikan oleh muslimat Nisa' Sepanggar dan juga MARSIS melainkan doa agar mereka ini kuat dan tabah dalam melahirkan dan meramaikan umat Islam di muka bumi ini. Semoga perkongsian masalah dan beberapa tips sebelum/selepas melahirkan anak dengan para ibu dan bakal ibu ini merupakan satu perkongsian yang bermakna buat mereka.




ahli MARSIS yang turut mengunjung



Semoga bayi yang bakal di lahirkan ,lahir dalam keadaan yang selamat dan lancar dan kepada bayi yang sudah di lahirkan, semoga cepat membesar dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Kepada bakal ibu dan para ibu di sana, sungguh besar jasa dan pengorbananmu dalam melahirkan seorang bayi ke bumi ini. Semoga denga kelahiran tersebut, bisa mensucikan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini. Semoga Allah swt redha dan melindungimu senantiasa.

"Siapa yang tidak sayang pada manusia, maka tidak akan di sayangi oleh Allah swt..."
Hadis Riwayat Daud, Tirmizi, Baihaqi dan Bukhari..

~erti hidup dengan berkongsi~




JELAJAH DAKWAH NISA' SEPANGGAR - PEKAN TELIPOK DAN INDAH PERMAI

Assalamualaikum wbt...
Kini, bulan Ramadhan sudah menjengah ke pertengahan...
tidak lama lagi Ramadhan yang dirindui bakal meninggalkan kita..
Di kesempatan yang ada ini, hargai setiap detik kita dengan melakukan amal soleh..ikhlas semata-mata kerana Allah...
Semoga segala amalan kita nanti akan di terima oleh Allah...
Insyaallah...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kpd seseorang hamba pd hari kiamat.."
Hadis Riwayat Imam Ahmad...
sedikit pengisian sebelum menjalankan aktiviti


Alhamdulillah..pada 17 Julai yang lepas, mungkin agak lambat mengupdate...Nisa' Sepanggar telah menjalankan Jelajah Dakwah Nisa' Sepanggar..

pembahagian tugas dan kumpulan sebelum turun padang


Seramai 13 orang ahli Nisa' Sepanggar yang turun dan juga turut di temani oleh Ketua Pemuda Pas Sepanggar turung ke Pekan Telipok dan juga Pekan Indah Permai bagi mendekati masyarakat yang ada di sana...

mendekati golongan muda di Pekan Telipok

Jelajah dakwah tersebut di adakan bukan semata-mata untuk meninjau keadaan realiti yang sedang berlaku di 2 kawasan tersebut tapi juga mendekati masyarakat bagi mengetahui permasalahan yang di hadapi oleh mereka.

berbual dengan makcik penjaja di pasar tamu Pekan Telipok

Selain itu juga, ahli Nisa' Sepanggar turut menjual badge 'Nisa' Sepanggar" sebagai satu promosi untuk mengajak orang ramai mengikuti Nisa' Sepanggar. Risalah Marhaban Ya Ramadhan turut di edarkan kepada masyarakat setempat bagi mengajak bersama untuk meraikan Ramadhan Kareem, bulan yang penuh rahmah, maghfirah dan keberkatan...

mendekati penjaja di bahagian luar



Hasil dari Program Jelajah Dakwah tersebut, kami mendapati bahawa masalah utama yang menimpa masyarakat terutama penggerai dan penjaja yang berniaga di Pekan Telipok adalah kadar sewa yang di kenakan oleh DBKK. Bagi penjaja yang berniaga di dalam 'rumah pasar' yang boleh di katakan agak selesa dengan keadaan yang berkipas, beratap dan berdinding hanya di kenakan bayaran sebanyak RM20 sahaja namun bagi penjaja yang menumpang berniga di bahagian luar, yang berbumbungkan sinaran mentari yang terik dan tidak berkipas serta berdinding dikenakan bayaran sebanyak RM90 sebulan. 
penjaja yang di kenakan sewa tapak yang tidak seimbang


Apabila di tanyakan bagaimana keadaan ini boleh berlaku, rata-rata makcik-makcik penjaja menjawab "susah...kami ni menumpang sahaja...".. Kesian, inilah realiti yang melanda masyarakat penjaja di Pekan Telipok. Semata-mata untuk mencari sesuap nasi, 'ketidak adilan' yang berlaku ini terpaksa di telan sebulat-bulatnya, sungguhpun perit untuk di telan masuk.

sesi 'post-morterm' di Indah Permai


Selain itu, bila di tanya kepada makcik/pakcik yang berjalan-jalan di Pekan Telipok mengenai permasalahan tanah ataupun tempat tinggal, rata-rata menjawab tiada sebarang masalah melainkan aktiviti pecah masuk yang sering berlaku di kampung sekitar.

Pada hari tersebut, ahli Nisa' Sepanggar turut bergerak ke Pasar Tamu Indah Permai yang rata-ratanya isu sewa kedai/gerai tidak mendatangkan sebarang permasalahan kepada mereka. 

Respon daripada makcik/pakcik yang berjaya di temubual, mereka melahirkan rasa bersyukur kerana dek kerana kesibukan yang terlampau, mereka tidak mempunyai masa untuk mencari doa-doa amalan harian, apatah lagi untuk bulan Ramadhan. Dengan risalah tersebut, mereka boleh menjadikan ia sebagai satu rujukan yang bermanfaat. Mereka juga melahirkan rasa berterima kasih kerana sudi mendekati mereka untuk mendengar masalah dan berkongsi cerita. Jarang mana-mana pihak mahu turun padang berjumpa dengan mereka.



Kepada saudara-saudara yang berada di luar sana, tak kiralah kereta jenis apa yang kita pakai, minyak wangi apa yang kita sembur, jam tangan jenis apa yang kita balutkan kat tangan, kerja engineer ke atau jual burger ke, setiap kita ini ,selagi masih hidup di mukabumi sementara ini sebagai seorang hamba Allah, adalah satu tanggungjawab besar untuk kita turun padang, mendekati masyarakat yang sangat memerlukan keprihatinan dan bantuan. Apa gunanya kita sibuk dengan aktiviti keduniaan tapi lupa untuk melakukan amalan untuk kita jadikan sebagai bekalan di akhirat nanti???

Rasulullah saw pernah menceritakan tentang kisah seorang lelaki di zaman dahulu yang melihat seekor anjing kehausan sehingga memakan tanah. Maka lelaki itu mengambil air dengan menggunkan kasutnya agar dapat di minum oleh anjing itu. Maka kata Rasulullah saw : "Maka allah memberikan lelaki itu penghargaan lalu memasukkannya ke dalam syurga" ..Hadis Riwayat al Bukhari.


***berbuat baiklah ke atas setiap ciptaan Allah swt***

~erti hidup dnegan berkongsi~

Wednesday, June 15, 2011

Kem Remaja Islam KK 2011 : Citrakan Amal Islami


Memperkasakan peranan barisan intelektual dalam sama-sama mencapai pembangunan negara secara beriltizam dan bersepadu ke arah mengurus dan pembudayaan ilmu yang seimbang terhadap masyarakat dalam memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelektual, Persatuan Siswazah Sabah sekali lagi menunjukkan kredibiliti dalam pembangunan insaniah dengan mengadakan Kem Remaja Islam 2011 yang bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah. Dengan berkonsepkan “ Citrakan Amal Islami”, program yang berlangsung selama 3 hari itu bermula dari 3 – 5 Jun 2011 telah di sertai seramai 95 orang peserta yang berusia di antara 12 – 17 tahun yang bukan sahaja di sertai oleh pelajar sekitar Sabah, namun turut di hadiri oleh pelajar dari Miri, Sarawak.

Pengarah Program, Saudara Mohd Al-Amin Hj Utoh Said ketika di tanyakan mengenai sambutan para peserta pada kali ini, memberitahu bahawa sambutan para pelajar sangat memberangsangkan sehinggakan ramai ibu bapa membuat panggilan meminta agar anak-anak mereka di masukkan ke dalam kem tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada di kalangan para pelajar yang datang secara tiba-tiba pada hari pendaftaran. Beliau melahirkan rasa kagum dan terharu di atas semangat tinggi golongan remaja di Sabah untuk menyertai Kem Remaja Islam pada kali ini sehinggakan ada yang sanggup datang dari Sandakan bersama dengan ahli keluarga.



Saudara Pengarah ketika menemubual seorang peserta termuda

Di antara pengisian pada program tersebut adalah kuliah dasar yang berkaitan dengan akidah, ibadat dan akhlak yang di sampaikan oleh para penceramah jemputan yang berpengalaman seperti Ustaz Mohd Jumat Abd Razak, Ustaz Haji Muchlish bin Ali Kasim dan Ustazah Suzana binti Saman. 3 konsep ini sangat di tekankan kepada para peserta sepanjang program ini samada ketika di beriadah mahupun aktiviti ‘explorace’. Selain itu, para peserta turut di dedahkan kepada qiammulail yang memerlukan para peserta untuk bangun malam untuk melakukan solat sunat tahajud,hajat,taubat,witir dan sebagainya.
Saudari TP Kris menyampaikan cenderahati kpd Ustazah Suzana @ Kak Jannah


Lafaz sumpah ketika aktiviti ‘explorace’

Para peserta di himpunkan terlebih dahulu sebelum di lepaskan untuk ‘explorace’



Salah satu modul di dalam riadah

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) merupakan aktiviti yang mengisi program tersebut di mana di kendalikan oleh para fasilitator yang berpengalaman. Pada kem kali ini, para peserta di beri penekanan mengenai konsep imam muda yang perlu di tanam di dalam diri setiap peserta bagi menjadi seorang muslim yang sejati dalam mencitrakan amal islami.

Imam Muda yang bersemangat dalam mengeluarkan hujah

Peserta muslimah yang bersemangat dalam menyanyikan lagu tema program

Salah satu modul di dalam latihan dalam kumpulan
Pada malam kemuncak program, para peserta di kejutkan oleh sebuah pementasan teater “Palestin Bumi Islam” yang di kendalikan oleh ahli Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwwah. Teater “Palestin Bumi Islam” merupakan sebuah pementasan teater kesedaran kepada para peserta mengenai suasana dan keadaan yang menimpa saudara Islam di Bumi Palestin. Pementasan yang penuh dengan tragis dan semangat juang Islam yang tinggi ini betul-betul menyentuh perasaan dan membuka mata para peserta sehinggakan ketika teater di pertontonkan, ada segelintir para peserta berdiri dan turut serta di dalam lakonan teater tersebut dek kerana tidak sanggup melihat saudara Islam di Palestin di pukul dan di bunuh. Bunyi tangisan dan jeritan mengisi ruangan masjid pada malam tersebut. Harapan dari pihak penganjur agar para peserta mendapat iktibar dan manfaat dari pementasan teater tersebut dan bangkit menjadi seorang pejuang Islam yang sejati.

Pementasan teater “Palestin Bumi Sabah”

Para peserta yang sebak ketika laungan takbir “Allahu Akbar”
Di sepanjang program tersebut, respon para peserta adalah baik dan tiada sebarang masalah yang di cetuskan. Malah, ada beberapa perubahan positif yang dapat di lihat di kalangan para peserta ketika program sedang di jalankan sebagai contoh budaya memberi salam, makan bersama-sama dan membaca surah lazim sebelum tidur.

Budaya makan bersama-sama
Kem Remaja Islam 2011 telah di rasmikan oleh Saudara Mohd Fairuz Bend, Presiden Persatuan Siswazah Sabah pada tanggal 5 Jun 2011. Ketika di dalam ucapan penutupan beliau, beliau melahirkan harapan dan juga impian agar sebarang kesedaran dan perubahan yang terbit di dalam diri peserta di sepanjang program ini tidak berhenti setakat program itu sahaja. Beliau juga meminta para peserta agar terus menyertai program berunsurkan islam pada masa akan datang.

Dengan meletakkan aspirasi negara sebagai tunggak halatuju gerakan melalui perancangan dan perlaksanaan program-program peningkatan ilmu dan kemahiran melalui penglibatan barisan tenaga mahir dan kebersamaan sector awam dan swasta secara bersepadu dan berterusan, itulah misi perjuangan Persatuan Siswazah Sabah . Harapan pihak penganjur agar golongan remaja di luar sana tetap terus menyertai program pembangunan insaniah sebegini dalam melhirkan individu Islam yang mantap.

asif jiddan di atas kelewatan update laporan

videp pengenalan KRIS,kredit tu saudara pakar ict PSS


dan juga kredit tu saudara junior ICT di atas video penutupan..



dan more picture di

jurugambar bertauliah & jurugambar di iktiraf

~erti hidup dengan berkongsi~


Monday, May 16, 2011

Kem Sayangi Daku 2011: Bertemu Tidak Jemu, Berpisah Tidak Gelisah...




Assalamualaikum wbt…Sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt..Firman Allah swt di dalam surah al-ankabut:69 yang bermaksud “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya

Seorang penyair mengatakan :

Demi kebenaranMu
Jika Engkau memasukkan aku ke dalam neraka
Aku akan berkata kepada penghuninya
Bahawa aku mencintaiNya
Aku menghabiskan usiaku untuk menuntut pelbagai ilmu
Tujuanku tiada lain hanyalah keredaan dan kedekatanMu
Bukankah kamu yang mengatakan bahawa orang yang bersungguh-sungguh
Maka perbuatannya itu akan mendapatkan pujian dan di dekatkan kepadaNya…

Alhamdulillah…selesai sudah KEM SAYANGI DAKU 2011 Sekolah Menengah Perempuan Likas semalam..Program anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam, Unit HEM, BALKIS dan PSK SMP Perempuan Likas turut di bantu oleh Persatuan Siswazah Sabah yang berlangsung selama 3 hari bermula 13 -15 Mei 2011…

Program kali ini memang sangat mencabar…mencabar kesabaran, mencabar profesionaliti, mencabar keikhlasan diri…program yang di sertai oleh seramai 75 orang pelajar-pelajar yang bermasalah dari segi disiplin…Pada kali inilah, baru ku rasakan post mortem yang berapa kali di adakan di dalam sehari..”asyik-asyik post-mortem”…yang menuntut kepala untuk memuntahkan idea-idea yang pelbagai yang sesuai dengan situasi yang sentiasa berubah dari satu slot ke satu slot…





Kami, ahli PSS yang hadir pada hari itu…sentiasa ‘celik’ dan machine kami sentiasa running…untuk memikirkan dan mengedit serta mengupdate pengisian dan pembawaan kuliah dasar dan slot muhasabah yang sudah di agih-agihkan sesama kami…Hal ini kerana, adik-adik ini adalah sangat istimewa, memiliki perwatakan yang istimewa yang memerlukan pendekatan yang berbeza dan istimewa, yang memerlukan sentuhan yang istimewa, yang memerlukan ‘heart-connection’…”siapa aku sayangi???siapa sayangi aku?”…penekanan kepada akidah, ibadah dan akhlak yang membawa mereka kepada rasa bertuhan, rasa kebergantungan kepada Allah swt, rasa kasih sayang sang Pencipta kepada hambaNya…melalui penyampaian yang sesuai utk mereka..melalui penyampaian ‘sharing’ bukannya ‘lecture’…melalui penyampaian yang ikhlas lahir dari hati…kerna yakinlah, hanya hati-hati yang suci sahaja mampu menyucikan hati-hati yang lain…









AJK dan fasi yang asyik tertekan…kerana di’tekan’ oleh adik-adik yang ‘nakal’ ini betul-betul merunsingkan kami…sampai atau tidak ‘heart-connection’ yg kami lakukan???adakah mereka ini terkesan???adakah pembawaan kami gagal…bingung+runsing+buntu…pelbagai solusi di luahkan bagi membuat plan lain…namun ingatlah!!!!KITA NIE BUKAN TUHAN…YANG BISA MENGUBAH HATI-HATI MEREKA DALAM SEKELIP MATA!!!betull…apa yang penting sekarang ni, kita sudah berusaha semaksima yang mungkin untuk membawa mereka merentasi sebuah perjalanan…mengenal WHO AM I???WHAT I WANT???WHAT I FEEL???...








Alhamdulillah…dari kuliah dasar ke kuliah dasar seterusnya, adik-adik ni semakin lembut…semakin kurang bekunya…benteng yang dibina semakin rapuh…Cuma perlukan sedikit ‘sentuhan’ lagi agar mereka ini bisa mencari identity diri…bisa mencari cinta Allah…bisa mengenal siapa yang lebih menyayangi mereka…











Terkejut ketika selesai sahaja zohor semalam seteleh program tamat, ‘geng tagar’ SMP Likas yang di anggotai 6 org, dtg menemui ingin share sesuatu…Alhamdulillah hati2 mereka ini sudah lembut dan mereka2 inilah yang paling di target oleh pengetua sekolah untuk berubah…insyaallah adik-adikku…doa kami2 semua sentiasa bersama dgn kamu dan juga adik2 yang lain…syukran kerana sudi berkongsi psl background dirimu…”heart-connection” always…

Akhir sekali (sebelum beradu….),jutaan terima kasih di ucapkan kepada penyelia program iaitu Ustazah Noraini yang biasa ku panggil Kak Noni,adik-adik pimpinan BALKIS, ajk pelaksana dan juga fasilitator yang lain kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam mengemudi sebuah perahu yang sarat dengan penumpang merentasi sebuah teluk sungai yang berliku-liku, di dalam sebuah kembara perjalanan mencari makna hidup….tidak di lupakan sahabat-sahabat PSS yang sudah ku anggap seperti keluarga,syukran di atas sebuah perkongsian pengalaman,idea,nasihat, teguran dan rencah kehidupan berprogram…’bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah’…

Adik-adik SMP yang akak sayangi kerana Allah swt, kita masih punya waktu untuk mengubah diri, memperbaiki hubungan kita dgn Allah swt..hargai waktu yang ada pada saat kini,tidak perlu tunggu sehingga esok hari...Allah swt itu sentiasa ada,sentiasa menyayangi kita, sentiasa merahmati kita..cuma kita sahaja yg buta...meletakkan rasa kasih dan sayang serta cinta terhadap Allah swt itu di tangga paling bawah sekali sedangkan cinta Allah swt itulah cinta yang paling utama...Allah swt tidak pernah bosan dan terbeban mendengar rintihan kita,adik-adikku....luahkanlah segala-galanya kepadaNya, kongsikan lah segala-galanya kepadaNya...menangis lah...raihlah cintaNya, rayulah hidayah dari Nya, semaikanlah rasa kasih dan sayang dgn Nya...tingkatkan komunikasi dgnNya...akak doakan agar segala perkongsian yang telah kami lakukan dgn adik-adik terkesan dan berbekas di hati adik-adik...kalau tidak 100%, sedikit pun xpa...asalkan dirimu menjadi lebih baik,lebih sedar dari yang sebelumnya...akak doakan agar adik-adik semua diberikan kekuatan dalam perubahan...akak sayangggggggggggggggggggggg adik-adik semua :)




***syukran di atas rasa kepercayaan kepada diri ini yang di terbangkan bebas untuk ke mana-mana sahaja bagi mengutip benih-benih iman dan takwa dalam bekalan diri untuk berjumpa dengan Sang Rabbi…syukran di atas kata-kata melalui sebuah perkongsian yang betul-betul menggetarkan jiwa, yang menguatkan lagi rasa hati, yang melahirkan bibit rasa kesyukuran kepadaNya di atas sebuah ukhuwwah yang istimewa…sama-sama kita meraih redha Ilahi…indahnya jika kita memilih kerana Allah swt…

nie video montaj program kem sayangi daku 2011..kredit tu pakar ICT PSS, akhi  Hasmadi Hasbi



~erti hidup dengan berkongsi~