Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, May 5, 2011

Selangkah Kembara Di Bawah Bayu




Selangkah kembara
terpandangg hebatmu, ukhtiku…
berdiri di panas terpancang
di tangan selembaran tergenggam…

Detik demi detik
sapaan kau jadikan penyambut…
huluran kertas kau jadikan juadah…
lalu kau tuangkan tsaqafah
mencabut santapan kepalsuan…

Selangkah kembara
terdengar madahmu, ukhtiku…
bersimpuh di sisi cangkir nestum dan piring roti…
bersama teman-teman diskusi
melacak segala idea basi
yang di panggil demokrasi
liberalisasi, emansipasi, sekularisasi
kapitali…sosialis…komunis…ideology
dan garis-garis korupsi
di wajah tua administrasi
contengan bersama kontraktor kroni
dan pak-pak menteri…

Detik demi detik
benah pemikiran itu
kau huraikan
di antara geleng dan angguk
teman-teman
kau terus menyuntik
bibit pohon pencerahan…


Selangkah kembara
derap kakiku mati dan terhenti
di hadapanmu, ukhtiku…

Lantas, ku suarakan…
“teruskan…teruskan ukhtiku…
jangan sesekali kau ambil peduli
pada seribu kata BERHENTI!!!!”

Detik demi detik
ku yakini apabila ukhuwwah di tentukan tanah
nescaya di tangkai mulia tauhid akidah
sudah pasti membuahkan ramah…
  

Salam kembara bumi Syria…
walau tegak seribu halangan
walau punya seribu tentangan
walau terpancang seribu ranjau tajam
walau mengepung seribu musuh kejam…

Pandanglah ia sebagai cabaran
yang kau tatap dengan kesabaran
kerana di sana kan terbuka gerbang peluang
untukmu di kalung pujian dan sanjungan
oleh Allah, malaikat dan alam keseluruhan…

La tahzan, ukhtiku…
selamat jalan pemudi medan Bayu..
ana uhibbuki ya sodiqatil jannah…..



***Khas buat adik kesayanganku, Nurul Insyirah.....
Semoga kembaramu di bumi Syria mendapat keberkatanNya...
Kembalilah ke bumi bawah bayu dengan ilmu yang penuh di dada
untuk di jadikan sebagai perkongsian
dalam memajukan ummah...

~erti hidup dengan berkongsi~

2 comments:

  1. waah syukran kak nisa!
    sangat sangat sangat hargai dan terharu~~ :')
    walaupun perjalanan yg dirancang ni masih belum pasti :)

    sayang akk ^^

    ReplyDelete
  2. afwan adikku...hehe

    insyaAllah...pasti pergi juga nanti yuyu ke sana nanti...Allah mau bg sedikit waktu utk yuyu habiskan apa2 yg patut di siapkan di sini dulu...

    akak pun syg yuyu...:)

    ReplyDelete