Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, May 5, 2011

Derap Langkahku


Assalamualaikum wbt...Banyak artikel tergendala bermula dengan KRIS Kundasang sehinggalah ke Konvensyen PAS Negeri Sabah baru-baru ini....tambah2 lagi dengan keadaan 'morning sickness' bukan kerana mengandung tapi kerana food poisoning yg masih lagi terasa sehingga ke pagi tadi...Insyaallah, akan update semua berita2 tersebut...namun, yang peliknya, dalam keadaan 'mabuk' sebegini, ilham mencipta lagu tu datang mencurah-curah....Alhamdulillah, akhirnya sempat siapkan lagu ni sebelum program Kem Motivasi SMK Usukan hujung minggu ni....


Derap langkahku ke timur
Derap langkahku ke barat
Gurun takdir, ku redah bawah bahana
Selang debu bara kian mara

Derap langkahku ke utara
Derap langkahku ke selatan
Semangatku, ombak menggunung tinggi
Melebur, benteng kejam halangi

#chorus

Ayuh, marilah bersama
Menggulung angkuh yang tak di berkati
Ayuh, marilah bersama
Menelan bisa racun masa kini

Dengan revolusi pencetus aspirasi
Ummah pasti tak kan tidur lagi
Dengan menjulang keadilan yang hakiki
Tegak monumen perjuangan suci

Derap langkahku ke timur
Derap langkahku ke barat
Tekad tegak, hapus pentas percakaran
Juang tinggi, rumus perbalahan

Derap langkahku ke utara
Derap langkahku ke selatan
Ribut angin menongkah ke destinasi
Pekat awan, mentari tetap menyinari

#Ulang c/o

Ulang 2x
Allah ya Allah
Allahu Akbar

Islam pasti akan di julang tinggi

Tajuk       : Derap langkahku
Lirik         : Balqis Baltisha Basyeerah
Lagu        : Balqis Batisha Basyeerah


04/05/2011 : 9.43pm

2 comments:

  1. wah mantap!
    ada pakar baru dlm bidang composer lagu :D

    ReplyDelete
  2. hehe...xdalah dik...

    simple2 jak...hehe...hrp2 bermanfaat utk ummah..:)

    ReplyDelete