Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Wednesday, August 10, 2011

KEMPEN 1 KELUARGA 1 KAMPIT BERAS 1 KILO GULA 1 KILO TEPUNG



Sumbangan boleh dibak in ke akaun cimb 10050071943522 atau Maybank160148887060. Maklumkan bank & jumlah sumbangan ya :D.



“Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi) 

Ayuh tambah nilai Ramadhan kita dengan sedekah c:

Berat sama dipikul, amal sama dikumpul. Jazakallahu khairan kathira.

JOM LIHAT Gambar2 pada ProgramYANG sama tahun lalu:
1. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1482787362619.60695.1621903714&type=1
2. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1486236488845.60996.1621903714&type=1
3. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1489069559670.61263.1621903714&type=1
4. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1525778557372.74176.1621903714&type=1

Perkembangan Semasa : 9 Ogos 2011. (YAKNI SELEPAS 2 HARI PELANCARAN KEMPEN IAITU PADA 6OGOS)Alhamdulilah wa syukurillah. Lebih kurang 20 kampit beras, beberapa kilo tepung, gula & beberapa ratus ringgit telah disumbangkan umtuk progrm 1 keluarga 1 kampit beras PSS versi Ramadhan 1432h. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Ruang & peluang berdekah masih terbuka. Usah ketinggalan ...

Hadis Riwayat Abu Hurairah ra:
Dari Nabi saw, baginda bersabda : Seorang lelaki berkata : Sungguh aku akan mengeluarkan sedekah pada malam ini. Lalu ia keluar membawa sedekahnya dan jatuh ke tangan seorang wanita penzina. Pada pagi harinya, orang banyak membicarakan : Tadi malam, seorang wanita penzina mendapatkan sedekah. Lelaki itu mengucap : Ya Allah, hanya bagiMu segala puji, sedekahku jatuh pada wanita penzina...Aku akan bersedekah lagi..Dia keluar membawa kepada orang kaya. Orang itu mengucap : Ya Allah, hanya bagiMu segala puji, sedekahku jatuh pada orang kaya...Aku akan bersedekah lagi..Kemudian ia keluar membawa sedekah dan jatuh ke tangan pencuri..Pada pagi harinya,orang banyak membicarakan : Sedekah diberikan kepada pencuri.. Orang itu mengucap : Ya Allah, hanya bagiMu segala puji, sedekahku ternyata jatuh kepada wanita penzina, pada orang kaya dan pada pencuri...Lalu ia di datangi malaikat dan dikatakan kepadanya : Sedekahmu benar-benar telah diterima.. Boleh jadi wanita penzina itu akan menghentikan perbuatan zinanya, kerana sedekahmu, orang kaya deapat mengambil pelajaran dan mau memberikan sebahagian apa yang telah diberikan Allah kepadanya. Dan mungkin saja si pencuri menghentikan perbuatan mencurinya kerana sedekahmu... (Shahih Muslim No.1698)

Jika di amati hadis di atas, besar maknanya konsep sedekah ni saudaraku...Sedekah bukan hanya sekadar memberi tapi turut mendoakan...Sedekah bukan sahaja sekadar menghulur tapi turut mengajak...
Jom tambahkan amalan bersedekah di bulan penuh kerahmatan ini...Semoga segala amalan kita ini bermanfaat utk ummah dan di terima oleh Allah swt...

~erti hidup dengan berkongsi~



No comments:

Post a Comment