Assalamualaikum wbt...Hari ni,sudah masuk Ramadhan hari ke-4..bila di amati sebaik mungkin,cuba tanya pada diri, apa yang telah di lakukan selama 4 hari Ramadhan ini..adakah amal ibadah kita semakin bertambah,ataupun semakin berkurangan ataupun malar sahaja...apa yang di isi di dalam hari-hari kita sepanjang bulan penuh keberkatan ini???jika sudah kita ketemu jawapan, segerakanlah untuk mencari solusi dan aplikasikan solusi tersebut..tidak terlambat untuk kita berubah dan mengubah..insyaAllah...
Jika di lihat kalendar, tinggal,3minggu sahaja lagi, diriku bakal meninggalkan syarikat yang menjadi tempat untukku mencurahkan segala ilmu geologi yang ku pelajari selama ini dan juga tempat untukku menambah ilmu serta pengalaman...bukan setakat itu sahaja, inilah pekerjaan yang menjadi sumber kewangan untukku terus hidup berdikari di negeri rantau ini..xperlu nak minta duit dari keluarga...dan menyusahkan mereka...Alhamdulillah,pengalaman bekerja di sini mmg banyak ku perolehi...menjadikan diriku lebih berilmu,efisien dan efektif dalam bekerja,membuat penilaian sendiri mengenai corak pekerjaan dan juga client yang selalu berhubung selama ini...Bukan itu sahaja, bekerja di sini juga, betul-betul menduga ESQ....emosi,spirit dan juga fizikal diriku...dengan tekanan kerja yang mmg kita tak boleh nak lari dan juga tekanan yang di berikan oleh bos....semua ini memang memberi pengajaran yang sangat besar kepada diriku...Persoalan di sini,mengapa berhenti kerja?sedangkan kedudukan mmg sudah kukuh..bak kata kawan sepejabat, "kau kan anak kesayangan bos.....",satu kredit utkku terus kekal lama di sini....xperlulah di huraikan di sini alasanku berhenti kerja...cuma satu sahaja pinta ku ,seorang insan kerdil yang masih lagi serba kekurangan dan masih lagi banyak ilmu yang perlu di teroka ini, BERUBAHLAH......hargaiilah orang yang membantu,berkorban untuk kesenangan dan kebahagiaan bersama....in order to get the love, u must love people sincerely...itu sahaja...
Keputusan yang di buat kali ini,adalah keputusan yang sangat mendadak..tidak sempat untuk berbincang dengan mak di kampung,sahabat...cuma di bawa berbincang dengan kawan sepejabat di sebabkan sesuatu yang sangat tidak di duga berlaku pada saat terakhir...Dengan rasa yang masih lagi ragu-ragu dan di uliti pelbagai persoalan.surat perletakan jawatan dengan notis satu bulan sudah berjaya di berikan kepada assistant boss...kemudian mengambil cuti separuh hari untuk terlibat dgn program jemaah,yang tidak pernah membebankan diriku..program2 yang memberi kekuatan untukku dan diriku terasa sangat bahagia setiap kali terlibat di dalam program jemaah..inilah yang ku katakan kemanisan iman yang di perolehi di dalam jemaah...
Di antara persoalan yang membelenggu diri, "ku berhenti kerja,apalah kerja yang ku nak buat lepas ni?"..."duit saving mmg ada,p,sampai bila nak menganggur...?"...."if mak tau aku dah berhenti kerja,mak mesti panggilku pulang...argh..xmau tinggalkan sabah.."...."lepas ni,aku kena cari kerja banyak-banyak la...if ku dapat kerja luar dari sabah,mcm mn???adoi..."....itulah persoalan yang membelenggu diri...dan apa yang penting,diriku belum sedia untuk meninggalkan sabah....sabah adalah bumi tarbiyyahku...dan di sabahlah,ku mula menanam benih-benih dakwah..dan ku ingin lihat benih-benih itu membesar dgn subur..dan menjaganya sehinggalah ia betul2 ranum dan masak untuk di petik dan di kongsikan bersama dengan seluruh masyarakat sabah....
Alhamdulillah..bulan Ramadhan,mmg bulan yang penuh keberkatan...bulan penuh rahmat...berdoalah dengan sepenuh hati dan jiwamu...pintalah dgn ikhlas,pasti Dia akan perkenankan...2 hari selepas menyerahkan surat letak jawatan, dan di sepanjang 2 hari tersebut,ku cuba rawati kebingungan dan kegundahan yang bermain di minda dan hati dengan handle 2 program jemaah yang kena bahagikan masa dan pergerakan, alhamdulillah..hari Isnin,masuk kerja...panggilan pertama dari Kuching,Sarawak...utk position geographical analyst...syukur....tapi,di Kuching!!!!entah...kenapa rasa keberatan betul...airmata terus mengalir....itulah 'tears' yg ku hold selama ini...rasa kasih dan sayang teramat sangat dengan bumi sabah...perjuangan di bumi sabah..berat utkku tinggalkan....ku meminta pndgan dr seorang sahabat...terpujuk hatiku,pertama,syukur...kedua,tenang,..ketiga,buat pilihan...pada tengahari,hari yg sama,ku menerima panggilan dan phone call interview immediately dr Lembah Klang,Kl utk position R&D engineer...xtau apa yg ku mahukan dan pikirkan,diriku just ikut flow sahaja,segala yang telah di tetapkan oleh Allah utkku....ku syukur dengan rezeki yang Dia kurniakan dan ku redha...di hati,masih lagi mengharapkan untuk terima panggilan dari KK...Allah Maha Mengetahui..Dia mengetahu segala apa yg tersirat di hatiku ini...alhamdulillah,syukur,pada hari selasa, aku menerima sebuah panggilan dr sebuah consultant di Penampang utk position geologist...bukan main gembiranya aku...syukur sngat...penampang pun penampang la..asalkan terus berada di sabah...mereka memintaku untuk dtg interview keesokan harinya...dan semalam,alhamdulillah,setelah menelaah nota2 geology engineering dan soil science,dgn lafaz bismillah,ku pergi interview...dan syukur,positif!!!tapi......ada sesuatu yang buatkan ku berat hati utk terima kerja tu...ku minta pndgn sahabatku lagi...yup!!ku perlu buat plan yang setepatnya...check list..kebaikan dan keburukan setiap tawaran yg ku dpt....dan pd petang semalam,syukur....Allah Maha Memberi...ku bersyukur di atas segala rezeki dan nikmat yang Dia kurniakan kepadaku...tak terkata di lidahku dengan rezeki yang tak putus-putus Dia berikan kepadaku...namun,ku perlu berhati-hati..aku takut!!!aku takut aku kufur nikmat...segeraku beristighfar...ujian bkn shj pada kesihatan,kekayaan,perjuangan ..namun ujian juga wujud di dalam kita membuat pilihan...inilah ujian utkku ...MEMILIH!!!!bila di check emel ptg semalam,syukur... terima satu emel yang penuh dgn condition dan nego...contract 2 tahun as structural engineer di bintulu...di kepalaku,sedang menyusun perjalananku...adakah perlu ku ke sana,setelah balik d kch?or macam mana? segera ku reply dan terangkan situasiku...syukur...mereka memahami...
Sekarang ni,apa yang ku mahukan???apa yang perlu ku buat???mujur ada sahabat yang banyak membantu...yup!!ku perlu mencuba semua itu dan membuat analisis dan keputusan tepat....Ya Allah,permudahkanlah urusan hambaMu yang kerdil ini dalam membuat pilihan....rezeki ada di mana-mana..jangan pernah merasa putus asa dan takut serta kecewa bila tiada kerja kerana ini adalah bumi Allah yang penuh dengan rezeki yang Dia kurniakan...carilah rezeki yang halal,pasti beroleh barakah....
Maaf,kerana berkongsi sesuatu yang personal...tidak berniat apa-apa..sekadar ingin berkongsi,meringankan apa yang tersirat di minda dan hati...dan yang ingin ku pinta dari hamba Allah yang mengenali diriku ini, adalah berdoa untukku...ku pohon doa dr antumna dalam membuat pilihan dan semua proses yang ku jalani ini...
Sebelum ini hidupmu begitu senang dan tenang...
Namun hari ini semuanya berliku dan menyedihkan...
Sebelum ini urusanmu begitu mudah diselesaikan...
Namun hari ini semuanya nampak sungguh mengelirukan...
Sebelum ini fizikalmu begitu indah menawan...
Namun hari ini semuanya ditarik dek kemalangan...
Sebelum ini persahabatanmu tenang tanpa gangguan...
Namun hari ini disertai guruh dan kilat berpanjangan...
Sebelum ini perkahwinanmu begitu bahagia...
Namun hari ini ia merentap hati meruntun jiwa...
Sebelum ini punca rezekimu mengalir tanpa hentinya...
Namun hari ini mencari sesuap nasi pun amat sukar....
Sebelum ini cinta datang semudahnya....
Namun untuk sebuah perkahwinan, terdapat jutaan halangan...
Sebelum ini kejayaan diperoleh begitu lazim...
Namun hari ini sukar sekali untuk meraihnya...
Sebelum ini lama diimpikan seorang cahaya mata....
Namun hari ini tiada satu pun yg lahir mengubat jiwa...
Bersabarlah hati dan bertanyalah diri....
"Sedarkah aku bahawa ini semua ujiannya???Apakah aku bersedia untuk menghadapi dan berjaya dalam ujian diberikan oleh Tuhanku?,"
Apabila terasa hidup ini semakin sukar, aku mula memarahi Tuhan....
Seharusnya, kesukaran ini aku hadapi dengan kesabaran dan jutaan doa kepadaNya....
Apabila hatiku terasa panas dek marah, aku luahkan cercaan dan nista...
Seharusnya, aku beristighfar mengingati Tuhan sebanyaknya....
Apabila insan lain meluahkan kata maaf, aku menolaknya dengan penuh keegoan...
Seharusnya, aku terima dengan penuh keikhlasan...
Dan apabila aku melakukan kesalahan, tidak pula aku meminta maaf namun aku menuduh orang lain pula....
Seharusnya, aku bermuhasabah dan mendahulukan memohon maaf kepadanya....
Apabila rezekiku semakin berkurangan, aku menyalahkan pada Tuhan....
Seharusnya aku terus berusaha dan memohon kepada Dia...
Apabila aku bergaduh, aku melampaui batas dan berlebih-lebihan....
Seharusnya, aku kawal hati dan minda dgn kesabaran, agar tidak tergolong dalam golongan munafik....
Apabila aku dikurniakan nikmat, aku riak dan takbur lantas lupa pada Tuhan....
Seharusnya, aku bersyukur dan menggunakan segala nikmat ke arah kebaikan....
Apabila aku melihat kejayaan dan kelebihan insan lain, aku merasakan tidak puas hati dan iri hati kepadanya....
Seharusnya, aku bersyukur dan gembira bagi pihaknya dan menambahkan usahaku....
Apabila aku melihat keburukan dan kekurangan orang lain, aku mencanangkannya pada dunia....
Seharusnya, aku menasihati dan menegurnya, agar aku tidak dipersoalkan di akhirat kelak...
Apabila diberi pancaindera selengkapnya, aku gunakan ke arah kemungkaran....
Seharusnya, aku gunakan nikmat itu untuk memujiNya dan ke arah kebaikan...
Apabila aku dikurniakan cinta, aku halakan ia ke arah penzinaan....
Seharusnya, aku bersyukur dan mengikatnya dengan sebuah perkahwinan...
Apabila aku meluahkan pendapat, aku berniat menginginkan kemenangan....
Seharusnya, aku mendengar semua untuk mencari sebuah kebenaran....
Apabila aku diberikan ibu bapa, aku karangkan sebuah kisah penderhakaan...
Seharusnya, aku mentaati dan membahagiakan kedua-duanya...
Apabila aku dikurniakan kecantikan, aku gunakan untuk rencana godaan dan kelalaian...
Seharusnya, aku menjaga nilai maruahku untuk dinikmati si suami kelak....
Apabila aku bersengketa, aku letakkan semua kesilapan pada seseorang....
Seharusnya, aku bermuhasabah dan berusaha untuk kembali ke jalan pulang....
Apabila aku diberikan persahabatan, dari awalnya aku tidak menzahirkan sebuah kejujuran...
Seharusnya, aku baluti ukhwah persahabatan dengan sebuah keikhlasan....
Apabila aku dikurniakan ilmu, aku terima segalanya dengan mendabik dada....
Seharusnya, aku bersyukur kepadaNya dan menyebarkan ilmu untuk kebaikan bersama...
Apabila terdapat kelebihanku, aku memandang rendah dan hina pada yg lain....
Seharusnya, aku membantu dan membimbing yg lain dgn menggunakan nikmat yg dikurniakanNya....
Apabila aku diberikan akal, aku gunakan untuk bersangka buruk pada seseorang....
Seharusnya, aku bersangka baik untuk mengelakkan persengkataan...
Apabila aku diberikan hati, aku hitamkan ia dengan perasaan benci membenci...
Seharusnya, aku penuhi ia dengan seribu satu kasih dan sayang...
Apabila aku melakukan kesalahan, aku tidak mahu mengaku kesalahan yg telah dilakukan...
Seharusnya, aku terima dan perbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada hari kemudian....
Dan apabila aku diberikan ujian olehNya, aku gagal kerana aku mengikut perasaan dan rasa...
Seharusnya, aku berazam dan berusaha untuk lulus dgn begitu cemerlang...
Apabila dirimu diberikan ujian, ketahuilah dirimu bahawa Allah menyayangimu, kerana itulah dia memberikan dugaan dan ujian itu semua.
Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini,sahabatku...sama-sama kita memuhasabahkan diri...memohon keampunan dari Allah yang sentiasa ada untuk kita...hadirkan rasa cinta kepada Allah dan rasa syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan ke dalam diri kita...siapalah kita ini saudaraku...seorang hamba Allah yang sangat kerdil, dari air mani yang hina,saudaraku...
hargailah keberadaan di bumi Allah ini ..keberadaan kita di bulan Ramadhan Kareem ini...
jangan menangis andai tidak bisa menyambut Ramadhan di bumi Sabah...
tapi menangislah andai ini kali terakhir kita menyambut Ramadhan di bumi Allah ini...
semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang amalannya di terima oleh Allah....
STRIVE FOR MARDHATILLAH always and more in RAMADHAN...
Allahumma innii as’aluka nafsan muthma ‘innatan, yu’minu biliqaa’ika, wa tardha bi qadhaa ‘ika, wa taqna ‘u bi’athaa’ika.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, redha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberianMu...
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, beriman bertemu dengan-Mu, redha terhadap segala ketentuan-Mu dan menerima sepenuhnya pemberianMu...
~erti hidup dengan berkongsi~
penampang di area mna kak?
ReplyDelete