Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, December 23, 2010

Is The Bible God's Word???


Sobahul khair...Bertemu sekali lagi pada pagi yang hening ini.Tidak sempat menulis apa-apa sebab malam tadi,seorang teman baik berpindah semula ke rumahnya di Miri.Jadi,jari jemari ni mencarilah karya yang boleh dikongsikan..Alhamdulillah,jumpa karya lama. Sedikit perkongsian melalui hasil karya ini, di mana buku "Is the Bible God's Words" karya murabbi yang sangat aku minati dan karya-karyanya selalu menjadi santapan jiwa...Syeikh Ahmed Deedat. Alhamdulillah,semasa kunjungan ke Mesir pada Disember 2009, sempat diri ini menziarah akhawat-akhawat PMRAM di sana dan di bawa ke markas PMRAM untuk sesi taaruf dan juga lawatan markas. Semasa melihat koleksi kitab-kitab di bilik jualan mereka, terjumpa lah buku ini..Bukan main gembiranya hati ini sebab berjumpa dengan buku karya murabbi yang di minati...Sampai semula ke Malaysia, adik tercinta yang sedang belajar di Kelantan minta tolong untuk buat artikel mengenai Islam dan Kristianisasi. Syukur, aku telah membeli buku ini...Selepas membaca berulang-ulang kali,inilah kesimpulan dan ringkasan dari buku tersebut...Marilah sama-sama kita baca dan fikir-fikirkan...


Ahmed Deedat di lahirkan di Surat, India pada tahun 1918 M. Ketika di lahirkan, ayahnya Hoosen adalah seorang tukang jahit dan telah berhijrah ke Afrika Selatan. Oleh hal demikian, Ahmed Deedat tidak mempunyai maklumat yang jelas tentang ayah nya. Sejak kecil lagi, Ahmed Deedat hidup dalam suasana kegawatan, keperitan, kemiskinan tanpa pendidikan dan sebagainya yang akhirnya memaksa beliau untuk berhijrah ke Negara lain. Afrika Selatan adalah Negara yang telah beliau pilih semata-mata untuk menjejaki ayahnya. Beliau meninggalkan tanah airnya, India bersama dengan tangisan ibunya pada tahun 1927. Beberapa bulan selepas pemergiannya, beliau di landa kejutan emosi berikutan perkhabaran ibunya yang telah kembali ke rahmatullah. Di Afrika Selatan, Ahmed Deedat akhirnya telah berjaya menemui ayahnya yang terpisah sejak di lahirkan.

Ketika berada di bumi asing tersebut, beliau telah memulakan episode baru di dalam hidupnya. Semasa beliau berusia 9 tahun, beliau telah memulakan pengajiannya secara formal di sebuah sekolah Inggeris. Berkat ketekunan dan ketabahannya, beliau akhirnya telah fasih bertutur bahasa Inggeris dalam tempoh yang singkat malah merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Namun, di sebabkan masalah kesempitan dan kekurangan wang yang beliau hadapi semasa beliau berusia 16 tahun, beliau terpaksa berhenti dari persekolahannya lalu menampung kesempitan tersebut dengan bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit.

Pada tahun 1936, merupakan satu detik sejarah yang besar baginya di mana bermula dari situlah kisah hidupnya sebagai seorang pendakwah Islam yang termashyur di seluruh dunia hari ini bermula. Pada waktu itu, beliau bekerja di salah sebuah gedung membeli-belah peniaga Islam. Gedung tersebut pula bersebelahan dengan pusat penyebaran dakyah Kristian yang terkenal sebagai pusat misionari Kristian dengan nama Natal South Coast. Setiap waktu sepanjang menjalankan tugas di gedung tersebut, beliau kerap menerima tetamu misionaris yang ingin benar cuba mempengaruhinya supaya memeluk Kristian di samping mencela agama yang beliau anuti iaitu Islam.

Dengan keteguhan iman yang tersemai di dadanya, di samping hidayah Allah s.w.t yang di turunkan, telah muncul di lubuk hatinya satu cetusan dan semangat berkobar-kobar untuk menghalang kegiatan dan propaganda Kristian yang palsu ini. Guru pertama beliau yang telah banyak member maklumat dan panduan dalam menghadapi serangan dakyah Kristian ini adalah sebuah kitab dalam bahasa Urdu yang terkenal dengan terjemahan Arabnya dengan namanya Izhaarul Haq. Kitab tersebut telah di karang oleh seorang ulama India yang bernama Rahmatullah al-Hindi yang di gunakan untuk mempertahankan Islam dari serangan Kristianisasi yang berleluasa ketika itu semasa penjajahan British di India. Ahmed Deedat juga telah mengkaji kandungan kitab Bible sebagai maklumat untuk menghentam kembali kepalsuan yang terdapat dalam agama Kristian.

Akhirnya, Ahmed Deedat telah berjaya melawan tetamu misionaris tersebut malah dapat mematahkan hujah mereka satu persatu ketika mereka mengemukakan celaan terhadap Islam. Beliau juga telah menyusun banyak perdebatan dengan paderi-paderi yang tinggal di daerahnya di mana kesemua debat tersebut tersebut di menangi oleh Ahmed Deedat sendiri bahkan terdapat pula sebahagian daripada paderi tersebut menjadikan Ahmed Deedat sebgai guru mereka. Kejayaan yang beliau perolehi ini menyebabkan beliau terkenal sebagai seorang pendakwah dan pembela Islam.

Saban hari, kedengaran gerakan Kristianisasi dan misionaris Kristian makin berkembang dengan pesatnya di kebanyakan Negara Islam meyebabkan tekad dan semangatnya semakin bernyala-nyala untuk menyekatnya. Ketika beliau berumur 30 tahun ke atas, pelbagai usaha telah di lakukannya. Antaranya, penubuhan Institut As-Salam mengadakan kelas pengajian Bible di samping kerap menyampaikan syarahan di merata dunia. Beliau juga merupakan ahli dan menjawat jawatan Presiden Pertubuhan Pusat Propogasi Islam Sedunia (IPCI) yang berpusat di London dan Dubai.

Selain itu, Ahmed Deedat juga kerapkali di jemput oleh institusi gereja di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Britain, Sweden dan beberapa Negara Eropah yang lain untuk perdebatan mencari kebenaran antara Islam dan Kristian. Kemenangan acapkali berpihak kepada beliau. Berkat kebijaksanaan dan ketabahan beliau, ramai penganut Kristian mula curiga dengan agama yang mereka anuti selama ini. Tidak kurang juga yang kembali kepada Islam. Seorang paderi terulung Amerika yang bernama Murrock Jemmi Sogart, ketika tertewas di dalam siri perdebatan dengan Ahmed Deedat akhirnya mengakui kepalsuan agama Kristian lantas melafazkan kalimah syahadah, Allahu Akbar.

Pada tahun 1986, Ahmed Deedat telah di kurniakan Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi sebagai tanda menghargai jasa beliau dalam memartabatkan Islam dan membelanya dari serangan Kristianisasi. Ahmed Deedat mempunyai lebih 20 karangan mengenai siri pemurnian Islam dan pembelaannya yang telah tersebar di seluruh pelusuk dunia. Antara karangan beliau yang terkenal adalah :

• Combat Kit
• Christ In Islam
• Al-Quran, The Miracle of Miracles
• Crufixion or Cruci-Fixtion
• Is The Bible God’s Word?
• What The Bible Says About Muhammad PBUH?

Sesungguhnya Ahmed Deedat merupakan satu-satunya tokoh teragung Islam yang berjuang di atas rasa kesedaran yang wajib di jadikan idola oleh umat Islam amnya. Semoga Allah s.w.t memberkati dan member ganjaran yang selayaknya terhadap usaha-usaha beliau. Beliau merupakan antara ulama Islam yang terulung masa kini yang telah membongkar banyak rahsia kesesatan Kristian di samping bangun mempertahankan kebenaran Islam dan membasmi wabak Kristianisasi dan misionari yang menular dalam dunia moden sekarang. Beliau menjadikan kitab Al-Quran dan Hadis sebgai sumber utama, kitab-kitab sampingan seperti Bible dalam pelbagai versi dan beberapa kitab barat yang mengkritik kebenaran agama Kristian antaranya “Is The Bible God’s Word?”. Kelebihan yang terdapat kepada ulama ini ialah beliau fasih bertutur dan berpidato dalam bahasa Inggeris yang jarang terdapat pada ulama Islam yang lain, juga kecekapan dalam menolak hujah lawan ketika berdebat, di samping mempunyai daya ingatan yang kuat dalam menghafal isi kandungan Bible. Buku ini merupakan sebahagian karangan beliau yang termashyur yang telah di terjemah dan tersebar di serata dunia. Dalam buku ini, beliau telah menyimpulkan bahawa Bible merupakan sebuah kitab yang di karang oleh manusia semenjak berzaman melalui tanda-tanda berikut:

• Pengakuan kitab suci Al-Quran
• Pengakuan pengkaji barat dan penganut Kristian sendiri
• Kewujudan pelbagai naskhah dan versi Bible yang mempunyai pelupusan dan perbezaan tersendiri
• Percanggahan ayat Bible dari sudut bahasa dan makna
• Percanggahannya dari sudut logik akal
• Percanggahannya dari sudut riwayat, hubungan dengan ayat yang lain dan sebagainya

Ahmed Deedat pernah mengakui sepanjang penglibatan beliau dalam menyampai dan membela kebenaran Islam ini, beliau pernah di ancam bunuh melalui beberapa perkhabaran misteri. Namun, dengan semangat yang kental menyelimuti dadanya, beliau tetap meneruskan usaha murni ini demi membela agama tercinta. Beliau merasakan sekiranya ancaman bunuh ini menjadi reality ntuknya, sudah tentu ini membuktikan betapa batilnya ajaran Kristian ekoran tindakan tersebut kerana pepatah ada mengatakan “berani kerana benar, takut kerana salah”. Beliau juga tidak gentar dengan akta-akta yang di cipta oleh kerajaan yang tunduk di bawah kuasa Kristian kononnya melarang sebrang bentuk cetakan dan ceramah yang menjatuhkan agama indah yang bakal mencorakkan keharmonian insane sejagat. Tiada agama lain yang mampu untuk membawa manusia amnya ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan hakiki. Oleh itu, salahkah bagi Ahmed Deedat menyampaikan ajaran ini di samping menceritakan kebatilan yang melanda umat manusia kini?

Paparan yang di bawa oleh Ahmed Deedat ini banyak mendedahkan pengakuan penganut dan paderi Kristian sendiri tentang betapa mitosnya kandungan Bible yang kononnya di anggap kalam tuhan. Sungguhpun begitu, masih terdapat paderi dan ulama Kristian yang tetap meneruskan agenda mereka sebagai penegak agama tersebut sedangkan mereka mengakui terdapat penyelewengan dalam agama mereka sendiri. Ini meupakan satu konspirasi an takti yang perlu di kaji oleh setiap muslim dari semasa ke semasa. Kemungkinan juga ianya merupakan satu senjata Barat yang di gunakan bagi tujuan Neo-Emperialisme atau tujuan politik lain yang memperalatkan agama batil seperti yang pernah di akui oleh seorang misionaris Mesir kepada seorang pelajar Islam, M. Mokhtar ketika pendakwah tersebut tewas dalam perdebatan bersamanya. Namun, walau apapun kemungkinan yang akan berlaku, umat Islam harus tetap dengan satu prinsip iaitu kebenaran Islam sebgai wadah perjuangan sejagat.

Di dalam “Is The Bible God’s Word?”, terjemahan Mohd Hasrol Hasyim, seorang lulusan Usuluddin Universti Al Azhar, Mesir, terdapat pengakuan – pengakuan Kristian menjawab kepada persoalan ini.

1) Dr. William Scroggie, seorang penyemak Bible di Chicago dan juga salah seorang misionaris Anglican Kristian menjawab persoalan ini pada halaman 17 di bawah tajuk “Is It Human Yet Divine”, buku keduanya ada menyatakan :

“Ya, Bible hanyalah sebuah karangan manusia berdasarkan factor penyelewengan yang terdapat di dalamnya, di samping kenyataan tidak logic yang bukan berasaskan prinsip ilmiah dan pengetahuan, malah ramai manusia yang telah menolak kebenarannya. Sesungguhnya Bible merangkumi sebuah pemikiran manusia yang di lalui semenjak berzamn, ditulis dengan pena dan bahasa mereka, tidak kurang juga gaya bahasa dan sastera yang menggambarkan ianya hanya rekaan manusia semata-mata.”

2) Sementara itu, seorang ulama Kristian dari golongan Anglican British yang terkenal, Bishop Kenneth Cragg pernah berkata pada halaman 277 dalam bukunya “The Call of Minaret”:

“Perjanjian Baru bukanlah seperti demikian ( Al-Quran), malah di sana ( Al-Quran) terdapat suatu kesinambungan di dalam menyusun dan mengemaskinikannya. Sesungguhnya kitab-kitab Injil yang wujud kini merupakan suatu terbitan pemikiran gereja yang terdiri daripada pengalaman dan sejrah pengarang.”

3) Bishop Bill Burnett pernah menyampaikan satu ucapan ceramah di Muktamar Kristian Anglican yang berlangsung di Bandar Grahamstown, dan telah mengungkapkan satu ungkapan yang membingungkan kebanyakan peserta dan telah dirakam olah McMillian, seorang editor harian Anglican, “The Natal Mercury” dan di muatkan di dalam akhbar tersebut pada tarikh 11 Disember 1979 yang berbunyi :

“Sesungguhnya pandangan yang telah dibentangkan oleh Bishop yang terulung ini merupakan satu ungkapan jelas yang jarang di tuturkan oleh kebanyakan ulama yang lain. Ianya seolah-olah satu citarasa dan kenyataan sebenar yang mencapai tahap kesempurnaan dalam kaedah pertuturan. Tetapi, kata-kata itu merupakan satu perkara yang pahit untuk di fahami oleh para hadirin apatah lagi untuk menyelaminya satu persatu. Hakikatnya, tidak terdapat pun sebarang keaiban bahasa dari prospek sastera Inggeris pada ucapannya itu. Tidakkah penganut Kristian meneliti dan memahami sebenarnya segala pemikiran yang disalurkan daripada Burnett itu menyebabkan keraguan dan kesangsian terhadap urusan agama mereka sendiri.”

Antara kenyataan beliau :
• Roti yang di hidangkan oleh orang Kristian di gereja yang di namakan sebagai “Santapan Malam” sebenarnya bukanlah roti tetapi daging Jesus The Christ
• Arak yang di jamu pada malam tersebut sebenarnya bukanlah arak tetapi darah Jesus
• Tiga itu adalah satu dan Jesus merupakan manusia yang bersifat tuhan

Jadi, sangat lah jelas bahawa melalui kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh Ahmed Deedat, bukanlah bersifat peribadi tetapi satu perkongsian kepada seluruh umat islam amnya dan juga kepada penganut Kristian bahawa Islam merupakan satu agama yang membawa kepada kebahagiaan kepada umatnya sejagat. Malah di sebabkan prinsip beliau yang tetap dan percaya bahawa hanya Islam agama yang membawa kepada perjuangan sejagat dan Al-Quran itu adalah mukjizat yang agung, beliau tidak berputus asa dalam mencari setiap kesalahan yang terdapat Bible, beliau tidak gentar berhadapan dengan ancaman dan juga kecaman dari pihak ulama Kristian dan juga kerajaan yang tunduk dengan Kristianisasi, beliau juga tidak gugup dalam berdebat dan berhadapan dengan pejuang Kristian sendirian. Semua ini kerana keyakinan beliau dengan agamanya dan al-Quran. Buku “Is The Bible God’s Word?” adalah peninggalan beliau kepada saudara-saudara Islamnya agar tidak lagi bisu dan kalah dengan serangan hujah dan juga idealogi penganut Kristian. Beliau tidak mahu umat Islam kalah dengan serangan Kristianisasi. Hal ini kerana beliau percaya serangan kristianisasi bukanlah suatu kisah baru. Pendakwah-pendakwah yang bangun melalui metod Kristianisasi dengan mengaburi kebenaran yang di miliki oleh umat Islam sebenarnya telah wujud semenjak ratusan tahun yang lampau. Dan kebanyakan taktik mereka yang berbentuk sanggahan ilmiah ini telah beliau analisa bersama jawapan yang boleh di sanggah kembali sama ada dalam bentuk global ataupun partial.

Alhamdulillah, dengan kehendakNya, beliau dapat meluangkan beberapa usaha yang sekecil ini demi menolak dan menjawab dakwaan-dakwaan buruk yang telah di lemparkan oleh mereka terhadap Islam.
Di antara taktik-taktik yang telah di kenalpasti ialah berdasrkan sebuah sumber yang bertajuk “How To Lead Muslim To Christ”. Buku tersebut di tulis oleh paderi Geo G. Harris, seorang pendakwah agresif Kristian yang pernah terlibat dalam satu operasi mengkristiankan umat Islam di China. Dalam buku tesebut, paderi ini telah mengungkapkan beberapa taktik yang penting untuk seorang Kristian perlu mengetahui beberapa taktik yang penting untuk seorang Kristian berdakwah menyampaikan agama mereka antaranya kandungan halaman 19 di bawah tajuk “The Theory or Charge of Corruption”. Beliau menyatakan, seseorang Kristian perlu mengetahui beberapa tuduhan bahaya yang di lemparkan oleh umat Islam terhadap Bible ini sebelum mereka mahu melibatkan diri dalam operasi Kristianisasi ini dahulu. Ada tiga bentuk tuduhan seperti berikut :

1) Umat Islam mengatakan kitab milik kristian ini telah di ubah dan di selewengkan ke satu tahap yang kronik sehingga ia sendiri tidak layak untuk di anggap sebagai sebuah perlembagaan suci seperti Al-Quran. Kita mampu untuk menjawab persoalan ini dengan mengemukakan kepada mereka beberapa soalan seperti di bawah :

• Di manakah ianya di ubah atau di selewengkan?
• Cuba ceritakan kepada kami ( Kristian ) pada zaman bilakah Injil Asal
daripada Nabi Isa ini tersebar?
• Adakah kamu ( umat Islam ) mempunyai ans atau teks asal Injil yang boleh di
bandingkan dengan Bible yang ada di tangan kami sekarang?

2) Tuduhan bahawa Bible ini telah di selewengkan. Bagi menghadapi tuduhan seperti ini, maka ada baiknya seorang Kristian itu mengemukakan lima soalan berikut :

Adakah penyelewengan ini di lakukan secara sengaja atau mempunyai tujuan tertentu?
• Bolehkah kamu datangkan salah satu bentuk penyelewengan di dalam Bible ini?
• Adakah penyelewengan tersebut berlaku dalam bentuk makna atau teks?
• Bila, siapa, bagaimana dan kenapa ianya di selewengkan?
• Ceritakan apakah bentuk teks asal Bible pada bahagian yang telah di sangka
mengandungi penyelewengan tersebut?

3) Tuduhan pada Bible yang ada sekarang bukanlah yang asli iaitu kitab yang dating langsung daripada Nabi Isa tetapi merupakan hasil rekaan manusia semata-mata. Apabla tuduhan demi tuduhan ini di kemukakan, maka seoarang Kristian sewajarnya melemparkan soalan-soalan yang telah di gariskan seperti di atas. Lazimnya, kebanyakan umat Islam sekarang masih jahil untuk menjawab persoalan-persoalan yang mudah ini. Malah bilamana mereka mula gundah dengan soalan yang diberikan, maka sudah tentu jawapan yang diberikan kebanyakannya mengandungi hujah yang begitu lemah. Maka di saat inilah kita wajib menceritakan hakikat-hakikat sebenar yang terkandung di dalam Bible sehingga ianya dapat menggoyahkan pegangan mereka sendiri terhadapa agama Islam. Sudah tentu usaha-usaha kamu( umat Islam ) seperti ini tidak membuahkan hasil yang negative , malah kamu mungkin Berjaya mengkristian umat Islam hanya melalui prospek seperti ini.

Persoalannya sekarang adakah setiap umat Islam mempunyai jawapan-jawapan bagi menangkis segala persoalan yang telah di gariskan tersebut? Dengan terbitnya dan pemahaman yang kukuh mengenai isi kandungan di dalam buku “Is The Bible God’s Word?”, Geo G. Harris sudah tentu tersungkur dengan jawapan yang di berikan. Pada halaman 16, Geo G, Harris sempat menceritakan di dalam buku tersebut tentang beberapa aspek yang boleh membahayakan misionaris bergerak dalam operasi meragukan umat Islam terhadap agama mereka sendiri. Katanya, “Pada fasal ini, ianya akan membincangkan beberapa aspek yang boleh meragukan bahawa Bible ini bukanlah kitab yang asli. Biarpun mereka telah mengemukakan beberapa kebenaran, maka anda tetaplah teguh dan thabat dan membela pegangan kita ini. Anda mestilah ingat bahawa umat Islam mempunyai banyak bukti untuk menyabitkannya…”

Ahmed Deedat menerbitkan buku ini adalah untuk menahan gelombang serbuan misionaris, yang selalu mendatangi orang Islam yang lengah dan tidak berprasangka. Dengan adanya buku ini, mudah-mudahan dapat memperbaiki kerosakan-kerosakan yang masih membekas di hati umat Islam akibat serangan misionaris Kristian.

Di antara kekeliruan yang terdapat di dalam Bible hasil dari kajian Ahmed Deedat ialah :
1. Penduduk yang Berbilang : Di dalam Samuel II (24:1) terdapat nas yang berbunyi :

“Dan bertambahlah kemarahan Allah lalu menentang Israel, maka dengan sebab itu Daud bersegeralah mengira ( dalam kerajaannya ) golongan Israel dari Yahuza.”

Manakala di dalam Chronicles I ( 21:1 ) pula terdapat nas yang berbeza walaupun kisahnya sama, berbunyi :

“Maka berdirilah Syaitan menentang Israel lalu bersegeralah Daud untuk mengira di dalam kerajaannya golongan Israel.”

Dalam ayat-ayat di atas, kita boleh dapati bahawa Samuel II mengatakan yang berdiri menentang Israel ialah Alah tetapi dalam Chronicles I pula mengatakan yang berdiri menentang Israel adalah Syaitan. Di dalam Chronicles I ini juga terdapat beberapa kisah yang menguji kebenaran dan kredibiliti pengarangnya. Terdapat kisah seorang perempuan tua yang menyalakan dua batang lilin, pertamanya kepada St. Michael dan yang keduanya kepada Syaitan. Kisah – kisah seperti ini kerapkali melibatkan syaitan sebagai pelakon sampingan.

2. Masalah perawan dan sunti : Di dalam Isaiah ( 7:14), terdapat nas ( versi Bible AV ) yang berbunyi :

“Dan tetapi Dia akan mengurniakan kepada kamu suatu tanda, Inilah perawan yang akan melahirkan seorang anak yang disebut dengan Emanuel.”

Di dalam Bible RSV pula menyebut dengan kalimah yang berbeza, iaitu kalimah perawan di pakaikan dengan kalimah sunti. Sememangnya kalimah sunti dan perawan mempunyai makna yang berbeza. Merujuk kepada Bible kuno ( Perjanjian Lama ) dalam bahasa asalnya Ibrani, ianya memakaikan kalimah “Bethulah” yang bermaksud “perawan” sedangkan perempuan sunti dalam bahasa Ibrani berbunyi “Almah”. Jelaslah menunjukkan bahawa Bible RSV telah melakukan kesalahan bahasa.

3. Suara yang menyakitkan : Di dalam Exodus (19:10 ):

“Maka berkatalah tuhan kepada Musa, pergilah kamu kepada rakyat itu dan muliakanlah mereka hari ini.”

Di dalam Exodus (19:23 ) :

“Maka berkatalah Musa kepada Tuhan yang kaumnya tidak mampu untuk mendaki Jabal Sina.”

Di dalam Exodus ( 20:1-2 ):

“Kemudian Tuhan bercakap dengan kalam ini dengan berkata ‘Akulah Tuhan kamu’…”

Di dalam Exodus (32:7) :

“Maka berkatalah tuhan kepada Nabi Musa, turunlah kerana kaum kamu telah rosak.”

Di dalam Deuteronomy ( 31:9):

“Dan Musa telah menulis taurat ini dan menyerahkannya kepada seorang anak Levi.”

Di dalam Deuteronomy ( 31:24):

“Dan tatkala Musa selesai menulis kalimat Taurat ini jadilah ia sempurna.”

Dari ayat-ayat yang telah di datangkan di atas, cuba anda perhatikan tulisan yang di hitamkan tebal tersebut. Layakkah anda menyabitkan bahawa “Berkatalah tuhan” memang menunjukkan bahawa Tuhan yang berkata? Sudah tentu tidak keranya sekiranya tuhan yang berkata sudah tentu ianya memakaikan kalimah “Aku berkata”. Begitu juga dengan “Berkata Musa” dan “musa telah menulis”. Mengapa ianya tidak menggunakan “Aku telah berkata” atau “Aku telah menulis”. Jelas ini menunjukkan kepada kita bahawa nas-nas ynag terdapat banyak di dalam Bible seperti ini bukanlah menunjukkan kalam tuhan ataupun kalam nabi. Ia hanya melambangkan suara-suara dan kenyataan yang dating dari penulis-penulis silam yang sehingga hari ini masih kabur siapakah mereka sebenarnya.

4. 50% Terlampau Besar : The Kings I ( 7:26):

“Dan tebalnya Cuma sejengkal manakala ukuran tepiannya seperti ukuran gelas yang di letakkan dengan bunga lilies sedang keluasannya merangkumi 2000 bath.”

Chronicles II ( 4:5) :

“Dan tebalnya Cuma sejengkal manakala ukuran tepiannya seperti ukuran gelas yang diletakkan dengan bunga lilies sedang keluasannya menrangkumi 3000 bath.”

Sesungguhnya pengarang Bible yang kononnya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana ini tidak dapat membezakan jumlah 2000 dan 3000 ini, sudah melampau. Percanggahan di atas sememangnya jelas untuk di pastikan bak jelasnya sinaran matahari yang menyilaukan. Malah tidak ada suatu kuasa aneh pun yang boleh mengatakan 2+2=5 atau bulatan bersamaan dengan empat segi sama. Sudah tentu hukum akal kita tetap mengatakan bahawa masakan boleh 2+2=5, tetapi inilah yang telah berlaku kepada umat Kristian yang begitu angkuh. Mereka yang mengakui bahawa Allah adalah pengarang Bible sudah tentu mengatakan tiada salahnya untuk kita menerima bilangan 2000 bersamaan dengan 3000. Ini sudah melampau!Tidakkah mereka memerhatikan perbezaan yang besar antara kedua bilangan itu iaitu sebanyak 50 %, 3000-2000=1000.

Adakah boleh berlaku kesilapan seperti ini jika di sandarkan kepada Allah?Adakah Bible yang sebegini rupa adalah kitab Allah?Dan adakah Bible yang penuh dengan percanggahan ini merupakan kitab Allah?Tanyalah Hati dan bukakanlah minda... :)

No comments:

Post a Comment