Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, December 20, 2010

Nukilan buat sang suami..


Pernikahan atau Perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia ...
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah ...
Justru Isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah ...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama ...
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya
Isteri adalah murid, Kamu mursyid nya
Isteri bagaikan anak kecil, Kamu tempat bermanjanya ...
Saat Isteri menjadi madu, Kamu teguklah sepuasnya
Seketika Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, Berhati2lah meluruskannya ...

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa ...
Untuk belajar meniti sabar dan ridho
Karena memiliki Isteri yang tak sehebat mana
Justru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh ...

No comments:

Post a Comment