Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Friday, January 21, 2011

Bisu penuh bermakna

Salam ukhuwwah fillah...ya..sakit itu satu nikmat..juga satu kafarah...semoga diri ini di berikan kekuatan dlm mendatangi hari-hari yang semakin penuh cabaran, onak dan duri...asif kerana xmampu utk post entri yang boleh di kongsi bersama cuma entri ringkas ini yang bisu seribu bahasa tapi penuh bermakna...andai bisa membaca di sebalik gambar-gambar ini, alhamdulillah...selamat memahami..Allah Yubarik Fikum..


















Friday, January 14, 2011

Mahabbah...



Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang perempuan
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan...

Daku...
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah...
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya...

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah...

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan...
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan...
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya...

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan...

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun...
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad...
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi...

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
"Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita..."

Kepada sang suami ku di luar sana...
ku harap lautan cintanmu pada Rabb Izzati
cinta teragungmu!!!
debar rindumu hanya pada Jannatul Firdaus
tempat kembali yang sangat indah
maka daku adalah yang paling setia
mengiringi hidupmu di dunia ini...

Permata hatiku..
ku harap
hidupmu untuk Islam
setiap detik hidupmu hanya untuk
menegakkan daulah islamiah di bumi Allah
setiap peluh yang menitis hanya kerana
memperjuangkan kelestarian Islam agar terpelihara
maka daku adalah yang paling berbangga
menjadi srikandi kepada seorang yang bergelar mujahid...

Sang suamiku,
ku harapkan
jihadmu untuk Islam
setiap darah yg mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara kesucian Islam
syahidmu kerana Islam
maka daku adalah yang amat beruntung
memiliki kekasih yang gagah sepertimu...

Wahai pemilik hatiku...
alangkah indahnya
wajahmu sentiasa dibasahi wudhuk yg sempurna
bibirmu sentiasa dihiasi dengan zikir padaNya
setiap tutur kata
bermanfaat buat daku
maka daku adalah yang paling bahagia
dinaungi seorang yang bijak laksana...

Cintaku...
ku mengharapkan
penglihatamu sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirimu
hanya memandang kepada yang hak daripadamu
kau...
melindungi dan menyayangi
atas rasa tanggungjawab pada amanah yang
dianugerahkan
kau menegur dan menasihati
dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka daku adalah yang paling bertuah
dapat mengasihi seorang mukmin soleh sepertimu...

Pelafaz saat sakinah...
ku mendoakan agar sama-sama kita
berusaha memperelokkan diri
dengan ilmu dan pengetahuan
agar semakin petah berbicara
agar menjadi da'ei yang berhikmah
sentiasa berusaha
menghiasi diri
dengan untaian taqwa
qiamullail memang tradisi kita
solat sunat menjadi kegemaran kita
tilawah Quran ibadah kesukaan kita
maka kita adalah yang paling beruntung
mendapat bahagian dalam doa kita...

Kekasih halalku...
dirimu permata gemilang
yang bakal menyerikan dan mewarnai hidup daku
daku adalah yang paling bersyukur
kerana menjadi permaisuri mahligaimu
insya Allah,
daku akan menjadi penyokong setiamu
dalam memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini
kerana dirimu adalah
habibi...

Bakal suamiku...
di mana sahaja kau berada
ku mendoakan yang terbaik buatmu...
doaku senantiasa mengiringi dirimu...
bermunajatlah kepadanya...
agar niat baik kita direstui Ilahi...
dengan ini ku melepaskanmu kerana Allah...
izinkan aku menyemai cinta kepada Sang Pencipta...
sebelum kita menyulam kasih bersama...
Allah swt sentiasa bersama mu...

Di tujukan khas buat sang suami yang di janjikan oleh Allah swt kepada para mujahidah... :)

Diri yang baru di tahun yang baru???



Happy New Year….ada apa pada ucapan ini???Adakah semata-mata untuk beroleh kebahagian di tahun yang baharu???Kebahagian yang bagaimana???Sementara atau berpanjangan???Dunia atau akhirat???Dengan membelanjakan puluhan ribu untuk mengadakan konsert tahun baru, bagiku, itu adalah satu pembaziran sungguhpun ia di sponsored oleh Mr dan Miss Seri Kaya…adakah itu satu annual event yang perlu dan akan terus di laksanakan???andai kata, ya, kita sudah terkena perang SARAF oleh YAHUDI yang meresap masuk secara halus tanpa kita sedari…persoalan sy, perlukah kita raikan tahun yang baru dan meninggalkan tahun yang lama melalui konsert2 nyanyian tersebut???kalau iya pun rasa bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menginjak kaki ke tahun yang baru, ucaplah Alhamdulillah dan buatlah majlis kesyukuran…KONSERT AMBANG TAHUN mcm sudah kita sebatikan dengan diri kita…kalau iya pun sudah terlampau banyak duit utk sponsored, apa kata kita kongsikan kebahagiaan “banyak duit” tu dengan org ramai terutama golongan yang kurang mampu…Banyak lagi alternative lain yang kita boleh jadikan sebagai annual event untuk AMBANG TAHUN BARU ini…sebagai contoh…majlis kesyukuran perdana…jemputlah satu Malaysia dtg,xkira lah muslim ataupun tidak…kita buatlah solat hajat berjemaah (semestinya muslim sahaja la), kita sampaikan wang bantuan kepada yang memerlukan…kita paparkan apakah bencana atau petaka yang berlaku sepanjang tahun 2010 supaya kita boleh ambil ibrahnya…muhasabah diri bersama-sama…supaya, di tahun yang baru, sudah ada azam utuk menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik…bukannya mlm thn baru pergi konsert,minum beramai2 dgn kwn..pagi esoknya, 1 hb Jan, bangun dlm keadaan tidak sedar diri, mabuk dan pening…itukah azam baru yang kita harapkan???Astaghfirullah al’azim…

Mesti ada yang beranggapan, Islam ini berat…melarang dari berhibur…TIDAK!!!!wahai saudaraku…kita boleh berhibur tapi tidak secara berlebihan dan kena dengan caranya…mahu juga konsert di adakan sebagai annual event utk thn baru???ok….boleh….tafaddol…kita buat KONSERT HIJRAH!!!!KONSERT MISI KEMANUSIAAN…KONSERT TAHUN BARU di mana pengisiannya lebih bermanfaat melalui nyanyian lagu, puisi, teater ketuhanan, kemanusiaan, keinsafan…supaya kita tidak mengulangi kesilapan lama kita di tahun yang lama pada tahun yang baru…bukannya lagu yang membuatkan kepala kita terhangguk atas dan bawah…bila lagu habis di mainkan, mengadu sakit kepala,sakit tengkuk…”Ya Allah, bukakanlah hati kami semua untuk mengenal cintaMu, untuk mengenal agamaMu, untuk mendekatkan diri denganMu…Jangan biarkan kami mati di dalam kekufuran..”

Fitrah semua manusia inginkan hiburan. Pelbagai kaedah dan bentuk hiburan dibuat semata-mata untuk mendapat kepuasan. Hiburan sejati ialah satu perkara yang boleh menggembirakan kita dan ianya bertapak dalam hati. Ia merupakan hiburan yang sesuai dengan fitrah. Tetapi kalau hiburan itu hanya berpusat pada nafsu, itu bukan hiburan. Cuma kita terkeliru, mengatakan itu hiburan. Sebenarnya itu perkara yang melalaikan. Kita mesti membezakan di antara hiburan dengan perkara yang melalaikan. Hiburan itu menenangkan, membahagiakan dan memberi kepuasan pada hati. Dan kesannya berpanjangan. Sekiranya ada masalah pada ketika itu, ia boleh jadi ubat. Itulah hiburan yang menapak dan berpusat di dalam hati. Tetapi kalau hiburan berpusat dari nafsu, itulah perkara yang melalaikan. Ianya melalaikan kita sementara waktu. Kita dilalai-lalaikannya pada ketika itu. Jadi kita lupalah pada masalah… Kita terpesona dengan benda yang kita dengar dan lihat!!!

Katakanlah sejam berhibur secara demikian, kita jadi terlupa masalah yang menggigit selama ini. Bila waktu berhibur sudah lepas, kita ingat masalah balik; ketuk kepala balik. Kadang-kadang bila balik rumah lebih parah lagi. Ini menyebabkan kita mengalami penderitaan jiwa. Padahal kita baru lepas berhibur. Kenapa? Kerana yang kita buat itu hanyalah memberi kepuasan kepada nafsu, yang melalaikan. Bukannya kepuasan kepada hati. Kalau hiburan itu betul-betul bertapak di dalam hati, ia akan kekal. Ianya sangat memberi kesan. Kalau sebelum itu ada masalah, dah tak timbul masalah lagi. Kalau datang masalah dah tak sasau lagi. la menjadi pendinding…

Sebab itu orang yang mengatakan hiburan sekarang itulah hiburan sebenar, dia terkeliru. Hakikatnya, itu bukan hiburan, tapi perkara yang melalaikan. Sebab itu penghibur adalah orang yang paling tak terhibur di dunia. Orang yang banyak frust terutama di Barat. Dia menghiburkan orang, sepatutnya dia paling bahagia dan paling tenang, tapi para penghiburlah yang banyak bunuh diri, frust, kecewa, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Dia menghiburkan orang dengan menari dan menyanyi. Kemudian dia balik ke rumah pukul dua malam. Dia teringat-ingat macam-macam perkara yang menyusahkan hati, tepuk dahi. Hatinya tak terisi, dia menderita jiwa…
Jadi hiburan yang bukan hiburan itu hanyalah kepuasan nafsu yang melalaikan. Hiburan beginilah yang berperanan di tengah kehidupan hari ini. Yang menyebabkan manusia makin berhibur makin susah hati. Buktinya, orang yang berhibur dengan hiburan yang ada ini pemarah orangnya. Boleh bergaul tapi sangat sensitif, sangat emotional. Itu menunjukkan apa yang dia dapat itu bukan hiburan. Tetapi kalau betul hiburan yang membawa bahagia, dia jadi tenang, dia tak sensitif, tak emotional. Bahkan dah tercabar pun dia boleh ketawa senyum lagi. Itu tanda dia mendapat hiburan yang sejati. Jadi kalau begitu reaksinya, itu menunjukkan punca hiburan yang dia perolehi bertapak daripada hati. Walau bagaimanapun yang menjadi asasnya adalah iman. ALLAH berfirman dalam Quran: Ketahui olehmu dengan mengingati ALLAH itu hati jadi tenang. (Ar Ra'd: 28)

Orang yang tidak ada iman, dalam ertikata dia sentiasa mengingati ALLAH, dia takkan dapat kepuasan yang bertapak di dalam hati.Jadi iman itu dulu mesti bertapak di dalam hati. Apabila ianya telah bertapak, dengan hanya melihat ciptaan ALLAH, timbul rasa terhibur, seronok dan indah. Jadi kalau manusia ini ditanam dengan iman, kemudian meningkat menjadi orang bertakwa, walaupun dia kurang mendapat hiburan di luar, sudah cukup baginya dengan hiburan yang sudah ada dalam hati.Tapi bagi masyarakat yang tidak beriman, ataupun tidak bertakwa, mereka memerlukan hiburan yang banyak di luar. Sebab itu menjadi masalah. Hiburan itu sudah jemu, lagi menjemukan… Walaupun sudah bermacam-macam jenis hiburan pun masih menjemukan lagi. Mereka nakkan satu kaedah lain untuk berhibur. Pasal apa? Kerana itu semua bukan hiburan yang sejati…
Kalau hiburan yang sejati, ia tak bertukar-tukar. Cuma kalau ada perkara yang menghiburkan lagi, ianya ditambah dan disuburkan lagi. Ia tak boleh terungkai. Kalaulah sesuatu itu boleh menghibur, ia tak boleh ungkai perkara-perkara yang lain. Kalau ada satu perkara itu boleh menghibur, ia menyuburkan saja. Tapi kalau hiburan nafsu ia melalaikan saja. Lepas berhibur rasa jemu. Hati kembali tidak terhibur lagi. 

Kemudian dimulakan dengan hiburan yang lain pula. Ertinya, hiburan sebelum itu dah tak berguna. Ini payah nak difahami sebab ini memerlukan ilmu rasa.Sebab itu orang yang kuat iman, kalau dia tak disakitkan oleh ALLAH dan tak didatangkan ujian, rasa menderita dia. Dia rasa ALLAH dah benci dengan dia. Umpamanya, seorang murid bila disuruh oleh gurunya untuk membelikan sesuatu. Itulah yang seronok dan indah. Padahal kan susah pergi kedai dengan berjalan kaki sejauh dua batu. Tapi dia terasa dengan suruhan itu terhubung kasih sayang dengan gurunya…

Orang lain yang tak faham tentu berkata, "Kesian budak itu. Cikgu suruh dia berjalan kaki ke kedai sejauh dua batu. Umur baru 10 tahun, baru darjah 4, tak patut…" Tapi bagi budak itu, suruhan itu lebih daripada patut. Itulah hiburan baginya. Begitu juga kalau orang terasa yang ALLAH itu telah memberi kasih sayang kepada dia melalui ujian sakit. Sakit itulah hiburan pada dia. Betapalah kalau tak sakit.Sakit pun dia terasa terhibur dengan ALLAH, sebab dia rasa itulah hubungan kasih sayang ALLAH dengan dia…
Jadi…kita mesti bezakan hiburan nafsu dan hiburan hati. Hiburan nafsu itulah perkara yang melalaikan. Ia hanya merunsingkan diri, mengharu-birukan fikiran dan cuma melalaikan kita sekejap saja. Ianya hanya dapat melupakan pada masalah buat sementara waktu. Lepas itu berkumpul semua sekali masalah yang dihadapi. Rasa-rasa seluruh dunia masuk ke dalam kepala kita… Berapa teruk nanti untuk menanggungnya.Sebab itu dalam psikologi, orang yang kuat menghentam orang, dia takkan mampu bertahan kalau dia dihentam orang!!! Kalau dia marah pada orang lain, dia tak mampu bertahan kalau orang marah pada dia. Kalau dia banyak mengata orang, insya-ALLAH dia orang paling tak tahan dikata orang. Kenapa???

Salah satu motif manusia ini menghentam orang kerana itulah hiburan bagi dia. Yang sebenarnya dia nak lepaskan perasaan yang tak dapat diluahkan. Ini menambahkan gelodak jiwanya. Sebab itu perlu kita pastikan, kalau orang yang suka menghentam, `pukul' orang, `patah'kan orang lain, itu menunjukkan jiwanya sangat sensitif. Dia sendiri pun tak tahan diuji begitu.Kalau dia kuat mencabar orang, ertinya dia tak kuat bertahan kalau dicabar… Sikap begini hanya boleh dikenal kalau kita selalu bergaul dengan masyarakat terutama bagi orang berjuang insya-ALLAH boleh faham. Kalau setakat jumpa orang sekali-sekala tak boleh faham…

Jadi kalau seseorang itu dicabar dan diganggu, tapi dia tenang dan biasa saja hingga kadang-kadang menyebabkan orang kasihan, "Apa awak ni tak lawan lagi," maka biasanya dia boleh bertahan bila dikata orang. Kenapa? Kerana dia tidak suka mengata orang…. Dia kurang mengata orang sebab itu jiwanya tahan. Dia tahan dikata sebab bukan itu tempat hiburannya.Jadi sebab itu, kalau masalah iman ini selesai, orang tak perlu lagi hiburan yang ada sekarang ini. Memadai berhibur dengan baca Quran, nasyid, berselawat dan ibadah-ibadah yang lain. Sudah cukup untuk puaskan hati kita.

Cukup hanya menerima senyuman, setahun kita boleh ingat dan terhibur. Berapa banyak orang sekali dia senyum, orang ingat dan terhibur. Sampai dia boleh cakap, "Ya ALLAH saya rasa puas hati dengan seorang itu. Saya sekali sahaja berjumpa bukan dia kenal saya, dia boleh senyum dengan saya sampai setahun pun masih ingat lagi."Inikan lebih hebat daripada kita tengok seorang penari atau penyanyi terlonjak-lonjak di atas pentas. Pernahkah kita dengar orang sebut, "Tiga tahun saya puas hati tengok penari tadi. Puas hati saya. Tak tengok lagi pun tak apa. Sekali pun sudahlah. Puas hati.." Tak ada. Tapi senyuman dan kemesraan seseorang selalu diperkatakan. Dia tak dilupakan, selalu disebut-sebut. Itu maknanya senyuman seseorang itu fitrah. Dan targetnya adalah hati.

Itulah hiburan hati. Rasulullah berkata: "senyum-simpulmu, kemesraanmu kepada saudara kamu yang lain itu dikira sedekah… "Semoga kita dapat berhibur dengan hiburan yang benar-benar menapak di dalam hati, bukan hiburan palsu; yang berpunca dari nafsu…Jadi,jangan hairanlah andai ada yang selalu senyum sorg2…hehe…
Aku pernah melalui satu kehidupan kebahagiaan sementara tersebut…Aku tahu kemanisan yang ku perolehi hanya sementara…Alhamdulillah, hidayah Allah itu ada untuk semua hambaNya..pinta lah dari Nya…jangan segan untuk memohon…bilamana, kita sudah perolehi hidayah tersebut, kemanisan yang kita rasai amat sukar untuk di gambarkan…Dan kini, ku ingin teman-teman ku di luar sana yang masih lagi mabuk dunia untuk sama-sama merasai kemanisan hidayah tersebut…Pinta lah wahai teman-temanku…Belum terlambat lagi untuk kita bertaubat…Sama-sama kita berusaha mencapai mardhatillahNya…

Pada mlm tahun baru yang lepas, kami NISA’ Sepanggar telah berkumpul di KF untuk satu misi…misi countdown NISA’ Sepanggar bersama Pemuda Sepanggar…Alhamdulillah, seramai 18 muslimah berjaya menghadirkan diri, syukran adik-adikku…dan juga dari Pemuda Sepanggar, tidak kurang hebatnya team-team countdown mereka…Setelah di brief oleh Ust. Saifuddin mengenai route edaran risalah, kami mulakan langkah konvoi misi kami dengan bismillahirrahmanirrahim…Itulah konvoi kami ke KK…untuk mengedarkan risalah HIJRAH dari Nisa’ Sepanggar dan juga Pemuda Sepanggar…perasaan yang bermain di hatiku sepanjang perjalanan kami ke KK, aku berfikir…”first time aku buat mcm nie…thn lepas,aku celebrate mcm mereka2 tu” sambil mataku melihat anak2 muda di luar sana yang bermacam2 telatah dan gelagat…beristighfar aku!!!aku yakin Allah swt sentiasa bersama dengan hamba2 Nya yang memperjuangkan agamaNya…yang menegakkan agamaNya…yang menyeru kepada kebaikan dan keburukan…

Sampai di KK, tidak dapat ku luahkan rasa sedih melihat anak muda..xlupa jugak ibu bapa yang perasan muda yang terlalu taksub dengan percikan mercun di langit bumi…sambil bersorak…apa yang di sorak???mercun yang bewarna warni tu kah???wang ringgit yang di bakar di langit bumi???tahu kah mercun yang biasa sahaja, yang one shot tu sahaja mencecah 20ribu untuk satu batang..apatah lagi mercun yang berbunga2 dan bercorak2???inikah penjimatan perbelanjaan yang di war warkan???teringat aku dengan masyarakat kadazan dusun di Hutan Kiulu…terhadap seorang pakcik, yang ku interview…pakcik tu meluahkan rasa susah hati bila anak2 dia meminta untuk dikirimkan wang…”apa saja yang pakcik boleh bagi,nak?pakcik tanam padi saja..getah pun tiada lembaga mahu pegi check”…Ya Allah…perbetulkan niatku ke KK nie..aku bukannya dtg utk melihat duit2 yang di bakar di langit…aku mahu menyampaikan…ilmu di dada yang hanya sedikit ni untuk sebuah perkongsian…Kami mula mengedar risalah..Ya,banyak pandangan mata2 yang melihat sinis, kurang senang dengan kehadiran kami…malah ku perasan ada yang ketawa…tapi, xpa…aku xmahu masuk syurga sorg2….bagiku, orang yang sudi menerima risalah itu, sudah mula melihat sinar Islam di dalam dirinya..sudah ada keazaman baru untuk tahun baru..alhamdulillah…malah,ada jugak makcik yang Tanya..”apa tu nak?minta satu tu boleh”…Alhamdulillah,ada juga insan yang berusaha untuk meraih redhaNya…ada juga yang mengabaikan kami begitu sahaja…Kau bagilah hidayah untuknya, Ya Allah…

Selesai misi kami, kami duduk sekejap di Pasar Philippine…untuk merehatkan kaki seketika..sambil mata melihat keadaan boneka yang pelbagai ragam di sekeliling…baru teringat, xmakan malam lagi rupanya aku nie..sbb ptg td, ikut Kak Farah ke rumah Kak Sue d Kepayan…xpa..lepas nie,boleh makan….yup,Farvis masih buka lagi sungguhpun jam pada ketika itu menunjukkan 1.30 pagi…

Rasa sangat lega selepas mengedar risalah tersebut…kerana, at least ada usaha yang di sumbangkan untuk mengajak teman2 d luar sana untuk mengenal erti hijrah dengan kata yang sebenarnya…bukan nya setakat berhijrah tempat dari KK ke Inanam…bukan!!!tapi berhijrah dr segi pemikiran, penghayatan dan peri laku..ke arah yang lebih baik..insyaAllah…Ahlan Wa Sahlan Maal Hijrah…semoga niat baik kami semua ini terkesan di hati mereka di luar sana…




perbincangan ringkas dengan ust. saifudin sebelum memulakan misi...

Rehlah NISA' Sepanggar syiok.....!!!


Alhamdulillah…masih lagi di beri kekuatan untuk menulis…semoga diri ni istiqomah dalam penulisan…

Seperti biasa, banyak artikel aktiviti yang mahu di kongsi bersama tapi, di sebabkan terlampau bnayk kekangan samada kekangan masa atau kekangan nafsu malas diri ni, jadi semua artikel tersebut lambat di post…Jadi, kali ni, post ni berkisar mengenai rehlah Nisa’ Sepanggar…

Nisa’ Sepanggar ini sebenarnya baru sahaja di tubukan pada tahun lepas….Alhamdulillah, sungguhpun baru setahun jagung, pelbagai aktiviti telah di laksanakan..bermula dengan hanya beberapa orang ahli sahaja tapi kini semakin meningkat bilangannya…semoga selepas ini, bilangan ahli itu akan semakin bertambah…

Pada 26 Disember 2010 yang lepas, di saat semua tengah bercuti Krismas dengan ahli keluarga, kami, Nisa’ Sepanggar telah mengadakan rehlah Nisa’ Sepanggar di Tanjung Lipat…Alhamdulillah, ingatkan sedikit sahaja yang datang, tapi, agak ramai juga yang datang..tidaklah terlalu ramai…moderate..hehe…sekali lagi rasa syukur sangat, sebab ada adik-adik yang ‘free hair’ pun datang…Alhamdulillah, Nisa’ Sepanggar ini boleh diterima oleh mereka…Nisa’ Sepanggar ini memang kami buka kepada adik2 yg free hair jugak…Dalam konsep berdakwah ni, kita xboleh memilih golongan madu’u kita…kerana semua hambaNya ada hak untuk berubah dan ada peluang untuk memperbaiki diri..Jadi, janganlah kita menyisihkan mereka..hidayah itu milik Allah..kita xtahu kita ini, esok atau lusa masih istiqamah atau x…dan kita xtahu, esok atau lusa, mereka masih lagi free hair ataupun sudah berjilbab…Kita kena berkawan dengan setiap golongan…kerana kita xmahu masuk syurga sorg2 kan…kalau boleh, kita mahu ajak ramai2 masuk syurga…kan best kalau begitu kan??? …



Aktiviti rehlah hari tu, kami mulakan dengan sesi tautan hati…berkongsi rasa,kasih dan ilmu…agar jiwa ini tidak kering…ku sangat menyukai saat2 begini, kerana di sini, aku beroleh kekuatan dan sokongan dari sahabat2 yang lain…kerana aku insan yang lemah..dan mustahil untukku pendam segala rasa seorang diri…sesungguhnya aku sngt takut bilaman bersendirian…kerana syaitan itu sngt suka “menyuntik” kita bilamana kita bersendirian…kerana syaitan itu memiliki pelbagai cara dan strategi dalam menggoda manusia…boleh rujuk Kitab At-ta’ari asy-Syaithani karya Adnan ath-Thursyah untuk mengetahui cara dan strategi syaitan dalam menyesatkan manusia… 

Setelah itu, sesi pendaftran ahli baru Nisa’ Sepanggar di jalankan dan majlis hari itu di akhiri dengan makan-makan…hehe…xde lah..for sure lah, di akhiri dengan lambaian ukhuwwah…hehe…Pada hari tersebut, ramai betul org yang picnic di Tanjung Lipat..di sebelah menyebelah kami, semua berpicnic dengan tin-tin shandy dan beer….sabo jak den…

Jadi, kepada sesiapan yang berada di Sepanggar dan belum lagi mendaftar untuk keahlian Nisa’ Sepanggar, boleh lah contact2 kami ya…hehe…sama-sama lah kita raih mardhatillahNya…



Islamic Summer Camp IV mantap......



Salam kerinduan buat blog balqis baltisha basyeerah…rindu teramat sangat kerana agak lama tidak mengupdate blog ini semenjak balik dari trip ke hutan kiulu minggu lepas…tidak di nafikan,sebalik sahaja balik dari site visit tersebut, terlampau banyak report yang kena di siapkan…terasa satu amanah dan pengharapan penduduk masyarakat kadazan dusun di kawasan pedalaman tersebut bertapak di bahu-bahu ini…satu harapan agar sebuah jalan raya di bina di kawasan pedalaman tersebut agar mudah untuk mereka ke luar bandar untuk peluang pekerjaan dan membeli barangan keperluan…supaya tiada lagi helikopter kecil lagi yang datang menjemput penduduk2 kampung yang sakit…”Aku kena buat cepat2 report nie…semakin lambat ku siap,xdpt approval lagi,projek tu xboleh jalan..lama lagi mahu tunggu jalan tu siap!!!!!yakin boleh!!!”itulah kata-kata yang berlegar di kotak fikiran ini…tidak mampu ku tepis perasaan sedih dan simpati dengan kehidupan masyarakat pedalaman di sana, sungguhpun, mereka bukan saudara seislamku, tapi hidayah Allah swt itu untuk semua…mana tahu, suatu hari nanti, di bukakan hati mereka untuk mengenal Islam dan menjadi saudara seislamku…Ameen Ya Rabb…Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dengan client2 ku….

2hari sebelum masuk hutan, aku sibuk berpindah ke rumah baru…xpa, at least beroleh sedikit stamina untuk kembara hutan nanti…Alhamdulillah, kini, baru nampak seri bilik “sebenar” pada wajah bilik ku…hehe…memang agak kucar kacir sedikit pengurusan masa pada hujung tahun yang lepas…tapi, syukur, semuanya berjalan dengan lancar…
Sebenarnya, lama sudah teringin untuk menulis pasal Islamic Summer Camp kali ke-4 yang di adakan di Batangan Baru Lagoon di Tuaran pada 17-19 Disember 2010 yang lepas. Terus terang, inilah kali pertama aku join ISC ni…sudah kali keempat rupanya…di manakah aku ketika 3 kali anjuran ISC yang lepas…Ya Allah, terlampau banyak aku persiakan majlis2 ilmu ni..terlampau banyak jarak ku jauhkan dari Mu…Betapa jahilnya aku dahulu…Terimalah taubat hambamu ini Ya Allah…Ku mohon untuk istoqomah, Ya Allah…Al-Hasan r.a berkata : “Rasulullah s.a.w mengajariku suatu doa yang biasa aku baca iaitu :’Ya Allah, berikanlah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri kesihatan. Jadikan aku sebgai kekasihMu seperti org-org yang Engkau jadikan kekasih. Berilah aku berkat melalui semua yang Engkau kurniakan. Lindungilah aku dari kejahatan segala yang telah Engkau takdirkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan tidak akan di tentukan atasMu. Sesungguhnya takkan hina org yang Engkau sayangi dan takkan mulia org yang Engkau musuhi. Ya Allah, Engkau Maha Mulia lagi Maha Tinggi.’”( HR. Abu Daud)

Itulah prinsip ku kini..jangan jadikan cermin yang lama itu memantulkan imejnya pada masa kini…Kita biaskan imej tersebut,kerana cahaya yang terbias itu membuktikan bahawa sudah ada ruang cahaya di dalam imej tersebut…Alhamdulillah, habis sahaja kerja pada 17 Dis 2010, balik ke rumah untuk kemas diri, malam itu juga, akhirnya sampai juga langkahku ini ke Batangan Baru Lagoon..bersama-sama dengan satu rasa penyesalan dan keinsafan. Pada ketika kami tiba, sedang berlangsung satu Kuliah Dasar Satu oleh Akhi Fairuz bermaudu’ “Kenapa Saya Perlu Berdakwah?”…Di sebabkan kehadiran kami yang agak lambat, jadi, kami singgah sebentar di ruang dewan sekejap sahaja bagi bersalam-salaman dengan kak faridah dan yang lain , kemudian terus ke dapur untuk mengisi perut…sebab xsempat lagi nak isi perut, maklumlah baru balik dari kerja…Setelah habis bacaan surah al-mulk, mesyuarat ringkas untuk ajk dan fasi ISC di jalankan…bagi kelancaran program pada keesokan harinya.



Hari kedua di mulakan dengan qiam dan solat subuh. Setelah itu, riadah di adakan dan adik-adik semua di bawa ke padang untuk senaman pagi. Kemudian, perhimpunan pagi yang di conduct oleh Kem Kom Akhmal (memang suksis laaa….) dan akhirnya, saat yang di nanti-nantikan iaitu LDK…sebab semalam, aku telah terlepas LDK pertama, jadi, sangat excited untuk berjumpa dengan adik-adik LDK ku…alhamdulillah, ku di tempatkan di kumpulan Ainul Mardhiah..ada di antaranya mmg sudah ku kenal dari program2 yang lepas…jadi, pagi itu, LDK kami berkisarkan kewajipan berdakwah…Sungguhpun ilmu di dada ini adalah sedikit, tapi ku suka untuk berkongsi dengan adik-adikku…Sampaikan walaupun sepotong ayat… ..






Pada sebelah petang pula, aktiviti Jelajah Dakwah di jalankan. Inilah aktiviti yang paling ku sukai…Adik-adik di lepaskan bersama dengan fasi ke kawasan kampung untuk menyampaikan dakwah…Jadi,terpulang kpd adik-adik mcm mn mereka mahu berkomunikasi dgn penduduk kampung dan berdakwah…Tapi, fasi tidak boleh turut serta di dalam komunikasi tersebut..fasi hanya memantau mereka sahaja… Alhamdulillah, adik-adik ainul2 mardhiah ku saling bekerjasama dalam mencari rumah target mereka dan tidak segan untuk menemuramah mereka…Sungguhpun hanya sebuah rumah yang kami pergi, tapi, di dalam rumah itu, kami telah interviewed 3 orang… Banyak perkongsian yang kami perolehi dan syukur sangat sebab kedatangan kami di terima baik oleh tuan rumah. Sebelum kembali semula ke tapak, kami memohon izin untuk menjalankan solat Asar secara berjemaah…Alhamdulillah,semuanya telah di permudahkan olehNya…Ingatlah Allah swt itu sentiasa bersama dengan kita… 






sekitar aktiviti Jelajah Dakwah

Selain aktiviti Jelajah Dakwah, aktiviti lain yang tidak sabar ku nantikan adalah Kembara Malam…yang akan di langsungkan pada pukul 3.00 pagi. Namun, tidak semua fasi di benarkan untuk terlibat…sebab gelapkan..so,bagi kepada muslimin sahaja untuk uruskan adik2 tersebut…Jadi, fasi muslimat tinggallah di kem sahaja. Tapi, di sebabkan mata ni dah merajuk, xboleh lagi dah nak tidur, jadi “fully awake” la alamatnya…

Pada hari terakhir, dapat di lihat kepuasan dan kegembiraan pada wajah adik-adik semasa terlibat dalam explorace..Sungguhpun explorace tu mmg gempak,siap merangkak2 dalam lumpur lagi, dan di buli untuk tolak tayar, tapi adik-adik semuanya enjoy…bahkan ada adik muslimat request nak main lumpur jugak…Habis sudah menjaga checkpoint tayar, aku terus “menyerang” laut…nak berkayak….hehe…xkisahlah basak ke x basah…janji boleh berkayak…soree,xboleh di buang perangai rock n roll nie…hehe…






Sebelum berpisah dengan adik-adik, sempat lagi kami bertaut kasih…satu perjumpaan yang sayu dan hiba…ku cuba untuk tidak menangis tapi, tak boleh…”Adik-adik ainul mardhiah, kakakmu ini bukanlah srikandi hebat…”…Ya Allah,ku pohon agar kami semua terus istiqomah dalam mengenal erti cintaMu, dalam memperjuangkan agamaMu…kau satukanlah hati2 kami dan payungilah kami dengan petunjuk dan hidayahMu…Bilamana ku melihat air mata kekeliruan mereka, terasa sakit betul hati ini…kerana ku pernah mengalami saat kekeliruan tersebut…Ku doa agar kamu semua kuat, adik-adikku…  Doa kakak sentiasa bersama kamu…


bersama dengan adik-adik ainul mardhiah...


la tahzan ya ukhti...innallaha ma'ana

Itulah serba ringkas pengalaman ISC 2010 yang dapat ku kongsikan bersama…Alhamdulillah, kerana ku masih lagi di beri peluang untuk meraih redhaNya…ku tidak mahu terlalu memikirkan siapakah aku suatu ketika dahulu…kerana apa yang penting skrg ni bagaimana aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku ini…bagaimana ku manfaatkan saat-saat yang ku ada sekarang ini…Pintu ketaubatan itu sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya…Jadi, pohonlah ia dariNya…Insyaallah,hati mu akan berasa lebih tenang…”Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan org2 yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang..” Al-Baqarah:2