Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Friday, January 14, 2011

Diri yang baru di tahun yang baru???



Happy New Year….ada apa pada ucapan ini???Adakah semata-mata untuk beroleh kebahagian di tahun yang baharu???Kebahagian yang bagaimana???Sementara atau berpanjangan???Dunia atau akhirat???Dengan membelanjakan puluhan ribu untuk mengadakan konsert tahun baru, bagiku, itu adalah satu pembaziran sungguhpun ia di sponsored oleh Mr dan Miss Seri Kaya…adakah itu satu annual event yang perlu dan akan terus di laksanakan???andai kata, ya, kita sudah terkena perang SARAF oleh YAHUDI yang meresap masuk secara halus tanpa kita sedari…persoalan sy, perlukah kita raikan tahun yang baru dan meninggalkan tahun yang lama melalui konsert2 nyanyian tersebut???kalau iya pun rasa bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk menginjak kaki ke tahun yang baru, ucaplah Alhamdulillah dan buatlah majlis kesyukuran…KONSERT AMBANG TAHUN mcm sudah kita sebatikan dengan diri kita…kalau iya pun sudah terlampau banyak duit utk sponsored, apa kata kita kongsikan kebahagiaan “banyak duit” tu dengan org ramai terutama golongan yang kurang mampu…Banyak lagi alternative lain yang kita boleh jadikan sebagai annual event untuk AMBANG TAHUN BARU ini…sebagai contoh…majlis kesyukuran perdana…jemputlah satu Malaysia dtg,xkira lah muslim ataupun tidak…kita buatlah solat hajat berjemaah (semestinya muslim sahaja la), kita sampaikan wang bantuan kepada yang memerlukan…kita paparkan apakah bencana atau petaka yang berlaku sepanjang tahun 2010 supaya kita boleh ambil ibrahnya…muhasabah diri bersama-sama…supaya, di tahun yang baru, sudah ada azam utuk menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik…bukannya mlm thn baru pergi konsert,minum beramai2 dgn kwn..pagi esoknya, 1 hb Jan, bangun dlm keadaan tidak sedar diri, mabuk dan pening…itukah azam baru yang kita harapkan???Astaghfirullah al’azim…

Mesti ada yang beranggapan, Islam ini berat…melarang dari berhibur…TIDAK!!!!wahai saudaraku…kita boleh berhibur tapi tidak secara berlebihan dan kena dengan caranya…mahu juga konsert di adakan sebagai annual event utk thn baru???ok….boleh….tafaddol…kita buat KONSERT HIJRAH!!!!KONSERT MISI KEMANUSIAAN…KONSERT TAHUN BARU di mana pengisiannya lebih bermanfaat melalui nyanyian lagu, puisi, teater ketuhanan, kemanusiaan, keinsafan…supaya kita tidak mengulangi kesilapan lama kita di tahun yang lama pada tahun yang baru…bukannya lagu yang membuatkan kepala kita terhangguk atas dan bawah…bila lagu habis di mainkan, mengadu sakit kepala,sakit tengkuk…”Ya Allah, bukakanlah hati kami semua untuk mengenal cintaMu, untuk mengenal agamaMu, untuk mendekatkan diri denganMu…Jangan biarkan kami mati di dalam kekufuran..”

Fitrah semua manusia inginkan hiburan. Pelbagai kaedah dan bentuk hiburan dibuat semata-mata untuk mendapat kepuasan. Hiburan sejati ialah satu perkara yang boleh menggembirakan kita dan ianya bertapak dalam hati. Ia merupakan hiburan yang sesuai dengan fitrah. Tetapi kalau hiburan itu hanya berpusat pada nafsu, itu bukan hiburan. Cuma kita terkeliru, mengatakan itu hiburan. Sebenarnya itu perkara yang melalaikan. Kita mesti membezakan di antara hiburan dengan perkara yang melalaikan. Hiburan itu menenangkan, membahagiakan dan memberi kepuasan pada hati. Dan kesannya berpanjangan. Sekiranya ada masalah pada ketika itu, ia boleh jadi ubat. Itulah hiburan yang menapak dan berpusat di dalam hati. Tetapi kalau hiburan berpusat dari nafsu, itulah perkara yang melalaikan. Ianya melalaikan kita sementara waktu. Kita dilalai-lalaikannya pada ketika itu. Jadi kita lupalah pada masalah… Kita terpesona dengan benda yang kita dengar dan lihat!!!

Katakanlah sejam berhibur secara demikian, kita jadi terlupa masalah yang menggigit selama ini. Bila waktu berhibur sudah lepas, kita ingat masalah balik; ketuk kepala balik. Kadang-kadang bila balik rumah lebih parah lagi. Ini menyebabkan kita mengalami penderitaan jiwa. Padahal kita baru lepas berhibur. Kenapa? Kerana yang kita buat itu hanyalah memberi kepuasan kepada nafsu, yang melalaikan. Bukannya kepuasan kepada hati. Kalau hiburan itu betul-betul bertapak di dalam hati, ia akan kekal. Ianya sangat memberi kesan. Kalau sebelum itu ada masalah, dah tak timbul masalah lagi. Kalau datang masalah dah tak sasau lagi. la menjadi pendinding…

Sebab itu orang yang mengatakan hiburan sekarang itulah hiburan sebenar, dia terkeliru. Hakikatnya, itu bukan hiburan, tapi perkara yang melalaikan. Sebab itu penghibur adalah orang yang paling tak terhibur di dunia. Orang yang banyak frust terutama di Barat. Dia menghiburkan orang, sepatutnya dia paling bahagia dan paling tenang, tapi para penghiburlah yang banyak bunuh diri, frust, kecewa, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Dia menghiburkan orang dengan menari dan menyanyi. Kemudian dia balik ke rumah pukul dua malam. Dia teringat-ingat macam-macam perkara yang menyusahkan hati, tepuk dahi. Hatinya tak terisi, dia menderita jiwa…
Jadi hiburan yang bukan hiburan itu hanyalah kepuasan nafsu yang melalaikan. Hiburan beginilah yang berperanan di tengah kehidupan hari ini. Yang menyebabkan manusia makin berhibur makin susah hati. Buktinya, orang yang berhibur dengan hiburan yang ada ini pemarah orangnya. Boleh bergaul tapi sangat sensitif, sangat emotional. Itu menunjukkan apa yang dia dapat itu bukan hiburan. Tetapi kalau betul hiburan yang membawa bahagia, dia jadi tenang, dia tak sensitif, tak emotional. Bahkan dah tercabar pun dia boleh ketawa senyum lagi. Itu tanda dia mendapat hiburan yang sejati. Jadi kalau begitu reaksinya, itu menunjukkan punca hiburan yang dia perolehi bertapak daripada hati. Walau bagaimanapun yang menjadi asasnya adalah iman. ALLAH berfirman dalam Quran: Ketahui olehmu dengan mengingati ALLAH itu hati jadi tenang. (Ar Ra'd: 28)

Orang yang tidak ada iman, dalam ertikata dia sentiasa mengingati ALLAH, dia takkan dapat kepuasan yang bertapak di dalam hati.Jadi iman itu dulu mesti bertapak di dalam hati. Apabila ianya telah bertapak, dengan hanya melihat ciptaan ALLAH, timbul rasa terhibur, seronok dan indah. Jadi kalau manusia ini ditanam dengan iman, kemudian meningkat menjadi orang bertakwa, walaupun dia kurang mendapat hiburan di luar, sudah cukup baginya dengan hiburan yang sudah ada dalam hati.Tapi bagi masyarakat yang tidak beriman, ataupun tidak bertakwa, mereka memerlukan hiburan yang banyak di luar. Sebab itu menjadi masalah. Hiburan itu sudah jemu, lagi menjemukan… Walaupun sudah bermacam-macam jenis hiburan pun masih menjemukan lagi. Mereka nakkan satu kaedah lain untuk berhibur. Pasal apa? Kerana itu semua bukan hiburan yang sejati…
Kalau hiburan yang sejati, ia tak bertukar-tukar. Cuma kalau ada perkara yang menghiburkan lagi, ianya ditambah dan disuburkan lagi. Ia tak boleh terungkai. Kalaulah sesuatu itu boleh menghibur, ia tak boleh ungkai perkara-perkara yang lain. Kalau ada satu perkara itu boleh menghibur, ia menyuburkan saja. Tapi kalau hiburan nafsu ia melalaikan saja. Lepas berhibur rasa jemu. Hati kembali tidak terhibur lagi. 

Kemudian dimulakan dengan hiburan yang lain pula. Ertinya, hiburan sebelum itu dah tak berguna. Ini payah nak difahami sebab ini memerlukan ilmu rasa.Sebab itu orang yang kuat iman, kalau dia tak disakitkan oleh ALLAH dan tak didatangkan ujian, rasa menderita dia. Dia rasa ALLAH dah benci dengan dia. Umpamanya, seorang murid bila disuruh oleh gurunya untuk membelikan sesuatu. Itulah yang seronok dan indah. Padahal kan susah pergi kedai dengan berjalan kaki sejauh dua batu. Tapi dia terasa dengan suruhan itu terhubung kasih sayang dengan gurunya…

Orang lain yang tak faham tentu berkata, "Kesian budak itu. Cikgu suruh dia berjalan kaki ke kedai sejauh dua batu. Umur baru 10 tahun, baru darjah 4, tak patut…" Tapi bagi budak itu, suruhan itu lebih daripada patut. Itulah hiburan baginya. Begitu juga kalau orang terasa yang ALLAH itu telah memberi kasih sayang kepada dia melalui ujian sakit. Sakit itulah hiburan pada dia. Betapalah kalau tak sakit.Sakit pun dia terasa terhibur dengan ALLAH, sebab dia rasa itulah hubungan kasih sayang ALLAH dengan dia…
Jadi…kita mesti bezakan hiburan nafsu dan hiburan hati. Hiburan nafsu itulah perkara yang melalaikan. Ia hanya merunsingkan diri, mengharu-birukan fikiran dan cuma melalaikan kita sekejap saja. Ianya hanya dapat melupakan pada masalah buat sementara waktu. Lepas itu berkumpul semua sekali masalah yang dihadapi. Rasa-rasa seluruh dunia masuk ke dalam kepala kita… Berapa teruk nanti untuk menanggungnya.Sebab itu dalam psikologi, orang yang kuat menghentam orang, dia takkan mampu bertahan kalau dia dihentam orang!!! Kalau dia marah pada orang lain, dia tak mampu bertahan kalau orang marah pada dia. Kalau dia banyak mengata orang, insya-ALLAH dia orang paling tak tahan dikata orang. Kenapa???

Salah satu motif manusia ini menghentam orang kerana itulah hiburan bagi dia. Yang sebenarnya dia nak lepaskan perasaan yang tak dapat diluahkan. Ini menambahkan gelodak jiwanya. Sebab itu perlu kita pastikan, kalau orang yang suka menghentam, `pukul' orang, `patah'kan orang lain, itu menunjukkan jiwanya sangat sensitif. Dia sendiri pun tak tahan diuji begitu.Kalau dia kuat mencabar orang, ertinya dia tak kuat bertahan kalau dicabar… Sikap begini hanya boleh dikenal kalau kita selalu bergaul dengan masyarakat terutama bagi orang berjuang insya-ALLAH boleh faham. Kalau setakat jumpa orang sekali-sekala tak boleh faham…

Jadi kalau seseorang itu dicabar dan diganggu, tapi dia tenang dan biasa saja hingga kadang-kadang menyebabkan orang kasihan, "Apa awak ni tak lawan lagi," maka biasanya dia boleh bertahan bila dikata orang. Kenapa? Kerana dia tidak suka mengata orang…. Dia kurang mengata orang sebab itu jiwanya tahan. Dia tahan dikata sebab bukan itu tempat hiburannya.Jadi sebab itu, kalau masalah iman ini selesai, orang tak perlu lagi hiburan yang ada sekarang ini. Memadai berhibur dengan baca Quran, nasyid, berselawat dan ibadah-ibadah yang lain. Sudah cukup untuk puaskan hati kita.

Cukup hanya menerima senyuman, setahun kita boleh ingat dan terhibur. Berapa banyak orang sekali dia senyum, orang ingat dan terhibur. Sampai dia boleh cakap, "Ya ALLAH saya rasa puas hati dengan seorang itu. Saya sekali sahaja berjumpa bukan dia kenal saya, dia boleh senyum dengan saya sampai setahun pun masih ingat lagi."Inikan lebih hebat daripada kita tengok seorang penari atau penyanyi terlonjak-lonjak di atas pentas. Pernahkah kita dengar orang sebut, "Tiga tahun saya puas hati tengok penari tadi. Puas hati saya. Tak tengok lagi pun tak apa. Sekali pun sudahlah. Puas hati.." Tak ada. Tapi senyuman dan kemesraan seseorang selalu diperkatakan. Dia tak dilupakan, selalu disebut-sebut. Itu maknanya senyuman seseorang itu fitrah. Dan targetnya adalah hati.

Itulah hiburan hati. Rasulullah berkata: "senyum-simpulmu, kemesraanmu kepada saudara kamu yang lain itu dikira sedekah… "Semoga kita dapat berhibur dengan hiburan yang benar-benar menapak di dalam hati, bukan hiburan palsu; yang berpunca dari nafsu…Jadi,jangan hairanlah andai ada yang selalu senyum sorg2…hehe…
Aku pernah melalui satu kehidupan kebahagiaan sementara tersebut…Aku tahu kemanisan yang ku perolehi hanya sementara…Alhamdulillah, hidayah Allah itu ada untuk semua hambaNya..pinta lah dari Nya…jangan segan untuk memohon…bilamana, kita sudah perolehi hidayah tersebut, kemanisan yang kita rasai amat sukar untuk di gambarkan…Dan kini, ku ingin teman-teman ku di luar sana yang masih lagi mabuk dunia untuk sama-sama merasai kemanisan hidayah tersebut…Pinta lah wahai teman-temanku…Belum terlambat lagi untuk kita bertaubat…Sama-sama kita berusaha mencapai mardhatillahNya…

Pada mlm tahun baru yang lepas, kami NISA’ Sepanggar telah berkumpul di KF untuk satu misi…misi countdown NISA’ Sepanggar bersama Pemuda Sepanggar…Alhamdulillah, seramai 18 muslimah berjaya menghadirkan diri, syukran adik-adikku…dan juga dari Pemuda Sepanggar, tidak kurang hebatnya team-team countdown mereka…Setelah di brief oleh Ust. Saifuddin mengenai route edaran risalah, kami mulakan langkah konvoi misi kami dengan bismillahirrahmanirrahim…Itulah konvoi kami ke KK…untuk mengedarkan risalah HIJRAH dari Nisa’ Sepanggar dan juga Pemuda Sepanggar…perasaan yang bermain di hatiku sepanjang perjalanan kami ke KK, aku berfikir…”first time aku buat mcm nie…thn lepas,aku celebrate mcm mereka2 tu” sambil mataku melihat anak2 muda di luar sana yang bermacam2 telatah dan gelagat…beristighfar aku!!!aku yakin Allah swt sentiasa bersama dengan hamba2 Nya yang memperjuangkan agamaNya…yang menegakkan agamaNya…yang menyeru kepada kebaikan dan keburukan…

Sampai di KK, tidak dapat ku luahkan rasa sedih melihat anak muda..xlupa jugak ibu bapa yang perasan muda yang terlalu taksub dengan percikan mercun di langit bumi…sambil bersorak…apa yang di sorak???mercun yang bewarna warni tu kah???wang ringgit yang di bakar di langit bumi???tahu kah mercun yang biasa sahaja, yang one shot tu sahaja mencecah 20ribu untuk satu batang..apatah lagi mercun yang berbunga2 dan bercorak2???inikah penjimatan perbelanjaan yang di war warkan???teringat aku dengan masyarakat kadazan dusun di Hutan Kiulu…terhadap seorang pakcik, yang ku interview…pakcik tu meluahkan rasa susah hati bila anak2 dia meminta untuk dikirimkan wang…”apa saja yang pakcik boleh bagi,nak?pakcik tanam padi saja..getah pun tiada lembaga mahu pegi check”…Ya Allah…perbetulkan niatku ke KK nie..aku bukannya dtg utk melihat duit2 yang di bakar di langit…aku mahu menyampaikan…ilmu di dada yang hanya sedikit ni untuk sebuah perkongsian…Kami mula mengedar risalah..Ya,banyak pandangan mata2 yang melihat sinis, kurang senang dengan kehadiran kami…malah ku perasan ada yang ketawa…tapi, xpa…aku xmahu masuk syurga sorg2….bagiku, orang yang sudi menerima risalah itu, sudah mula melihat sinar Islam di dalam dirinya..sudah ada keazaman baru untuk tahun baru..alhamdulillah…malah,ada jugak makcik yang Tanya..”apa tu nak?minta satu tu boleh”…Alhamdulillah,ada juga insan yang berusaha untuk meraih redhaNya…ada juga yang mengabaikan kami begitu sahaja…Kau bagilah hidayah untuknya, Ya Allah…

Selesai misi kami, kami duduk sekejap di Pasar Philippine…untuk merehatkan kaki seketika..sambil mata melihat keadaan boneka yang pelbagai ragam di sekeliling…baru teringat, xmakan malam lagi rupanya aku nie..sbb ptg td, ikut Kak Farah ke rumah Kak Sue d Kepayan…xpa..lepas nie,boleh makan….yup,Farvis masih buka lagi sungguhpun jam pada ketika itu menunjukkan 1.30 pagi…

Rasa sangat lega selepas mengedar risalah tersebut…kerana, at least ada usaha yang di sumbangkan untuk mengajak teman2 d luar sana untuk mengenal erti hijrah dengan kata yang sebenarnya…bukan nya setakat berhijrah tempat dari KK ke Inanam…bukan!!!tapi berhijrah dr segi pemikiran, penghayatan dan peri laku..ke arah yang lebih baik..insyaAllah…Ahlan Wa Sahlan Maal Hijrah…semoga niat baik kami semua ini terkesan di hati mereka di luar sana…




perbincangan ringkas dengan ust. saifudin sebelum memulakan misi...

No comments:

Post a Comment