glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...
Friday, January 14, 2011
Islamic Summer Camp IV mantap......
Salam kerinduan buat blog balqis baltisha basyeerah…rindu teramat sangat kerana agak lama tidak mengupdate blog ini semenjak balik dari trip ke hutan kiulu minggu lepas…tidak di nafikan,sebalik sahaja balik dari site visit tersebut, terlampau banyak report yang kena di siapkan…terasa satu amanah dan pengharapan penduduk masyarakat kadazan dusun di kawasan pedalaman tersebut bertapak di bahu-bahu ini…satu harapan agar sebuah jalan raya di bina di kawasan pedalaman tersebut agar mudah untuk mereka ke luar bandar untuk peluang pekerjaan dan membeli barangan keperluan…supaya tiada lagi helikopter kecil lagi yang datang menjemput penduduk2 kampung yang sakit…”Aku kena buat cepat2 report nie…semakin lambat ku siap,xdpt approval lagi,projek tu xboleh jalan..lama lagi mahu tunggu jalan tu siap!!!!!yakin boleh!!!”itulah kata-kata yang berlegar di kotak fikiran ini…tidak mampu ku tepis perasaan sedih dan simpati dengan kehidupan masyarakat pedalaman di sana, sungguhpun, mereka bukan saudara seislamku, tapi hidayah Allah swt itu untuk semua…mana tahu, suatu hari nanti, di bukakan hati mereka untuk mengenal Islam dan menjadi saudara seislamku…Ameen Ya Rabb…Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku dengan client2 ku….
2hari sebelum masuk hutan, aku sibuk berpindah ke rumah baru…xpa, at least beroleh sedikit stamina untuk kembara hutan nanti…Alhamdulillah, kini, baru nampak seri bilik “sebenar” pada wajah bilik ku…hehe…memang agak kucar kacir sedikit pengurusan masa pada hujung tahun yang lepas…tapi, syukur, semuanya berjalan dengan lancar…
Sebenarnya, lama sudah teringin untuk menulis pasal Islamic Summer Camp kali ke-4 yang di adakan di Batangan Baru Lagoon di Tuaran pada 17-19 Disember 2010 yang lepas. Terus terang, inilah kali pertama aku join ISC ni…sudah kali keempat rupanya…di manakah aku ketika 3 kali anjuran ISC yang lepas…Ya Allah, terlampau banyak aku persiakan majlis2 ilmu ni..terlampau banyak jarak ku jauhkan dari Mu…Betapa jahilnya aku dahulu…Terimalah taubat hambamu ini Ya Allah…Ku mohon untuk istoqomah, Ya Allah…Al-Hasan r.a berkata : “Rasulullah s.a.w mengajariku suatu doa yang biasa aku baca iaitu :’Ya Allah, berikanlah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri kesihatan. Jadikan aku sebgai kekasihMu seperti org-org yang Engkau jadikan kekasih. Berilah aku berkat melalui semua yang Engkau kurniakan. Lindungilah aku dari kejahatan segala yang telah Engkau takdirkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan tidak akan di tentukan atasMu. Sesungguhnya takkan hina org yang Engkau sayangi dan takkan mulia org yang Engkau musuhi. Ya Allah, Engkau Maha Mulia lagi Maha Tinggi.’”( HR. Abu Daud)
Itulah prinsip ku kini..jangan jadikan cermin yang lama itu memantulkan imejnya pada masa kini…Kita biaskan imej tersebut,kerana cahaya yang terbias itu membuktikan bahawa sudah ada ruang cahaya di dalam imej tersebut…Alhamdulillah, habis sahaja kerja pada 17 Dis 2010, balik ke rumah untuk kemas diri, malam itu juga, akhirnya sampai juga langkahku ini ke Batangan Baru Lagoon..bersama-sama dengan satu rasa penyesalan dan keinsafan. Pada ketika kami tiba, sedang berlangsung satu Kuliah Dasar Satu oleh Akhi Fairuz bermaudu’ “Kenapa Saya Perlu Berdakwah?”…Di sebabkan kehadiran kami yang agak lambat, jadi, kami singgah sebentar di ruang dewan sekejap sahaja bagi bersalam-salaman dengan kak faridah dan yang lain , kemudian terus ke dapur untuk mengisi perut…sebab xsempat lagi nak isi perut, maklumlah baru balik dari kerja…Setelah habis bacaan surah al-mulk, mesyuarat ringkas untuk ajk dan fasi ISC di jalankan…bagi kelancaran program pada keesokan harinya.
Hari kedua di mulakan dengan qiam dan solat subuh. Setelah itu, riadah di adakan dan adik-adik semua di bawa ke padang untuk senaman pagi. Kemudian, perhimpunan pagi yang di conduct oleh Kem Kom Akhmal (memang suksis laaa….) dan akhirnya, saat yang di nanti-nantikan iaitu LDK…sebab semalam, aku telah terlepas LDK pertama, jadi, sangat excited untuk berjumpa dengan adik-adik LDK ku…alhamdulillah, ku di tempatkan di kumpulan Ainul Mardhiah..ada di antaranya mmg sudah ku kenal dari program2 yang lepas…jadi, pagi itu, LDK kami berkisarkan kewajipan berdakwah…Sungguhpun ilmu di dada ini adalah sedikit, tapi ku suka untuk berkongsi dengan adik-adikku…Sampaikan walaupun sepotong ayat… ..
Pada sebelah petang pula, aktiviti Jelajah Dakwah di jalankan. Inilah aktiviti yang paling ku sukai…Adik-adik di lepaskan bersama dengan fasi ke kawasan kampung untuk menyampaikan dakwah…Jadi,terpulang kpd adik-adik mcm mn mereka mahu berkomunikasi dgn penduduk kampung dan berdakwah…Tapi, fasi tidak boleh turut serta di dalam komunikasi tersebut..fasi hanya memantau mereka sahaja… Alhamdulillah, adik-adik ainul2 mardhiah ku saling bekerjasama dalam mencari rumah target mereka dan tidak segan untuk menemuramah mereka…Sungguhpun hanya sebuah rumah yang kami pergi, tapi, di dalam rumah itu, kami telah interviewed 3 orang… Banyak perkongsian yang kami perolehi dan syukur sangat sebab kedatangan kami di terima baik oleh tuan rumah. Sebelum kembali semula ke tapak, kami memohon izin untuk menjalankan solat Asar secara berjemaah…Alhamdulillah,semuanya telah di permudahkan olehNya…Ingatlah Allah swt itu sentiasa bersama dengan kita…
sekitar aktiviti Jelajah Dakwah
Selain aktiviti Jelajah Dakwah, aktiviti lain yang tidak sabar ku nantikan adalah Kembara Malam…yang akan di langsungkan pada pukul 3.00 pagi. Namun, tidak semua fasi di benarkan untuk terlibat…sebab gelapkan..so,bagi kepada muslimin sahaja untuk uruskan adik2 tersebut…Jadi, fasi muslimat tinggallah di kem sahaja. Tapi, di sebabkan mata ni dah merajuk, xboleh lagi dah nak tidur, jadi “fully awake” la alamatnya…
Pada hari terakhir, dapat di lihat kepuasan dan kegembiraan pada wajah adik-adik semasa terlibat dalam explorace..Sungguhpun explorace tu mmg gempak,siap merangkak2 dalam lumpur lagi, dan di buli untuk tolak tayar, tapi adik-adik semuanya enjoy…bahkan ada adik muslimat request nak main lumpur jugak…Habis sudah menjaga checkpoint tayar, aku terus “menyerang” laut…nak berkayak….hehe…xkisahlah basak ke x basah…janji boleh berkayak…soree,xboleh di buang perangai rock n roll nie…hehe…
Sebelum berpisah dengan adik-adik, sempat lagi kami bertaut kasih…satu perjumpaan yang sayu dan hiba…ku cuba untuk tidak menangis tapi, tak boleh…”Adik-adik ainul mardhiah, kakakmu ini bukanlah srikandi hebat…”…Ya Allah,ku pohon agar kami semua terus istiqomah dalam mengenal erti cintaMu, dalam memperjuangkan agamaMu…kau satukanlah hati2 kami dan payungilah kami dengan petunjuk dan hidayahMu…Bilamana ku melihat air mata kekeliruan mereka, terasa sakit betul hati ini…kerana ku pernah mengalami saat kekeliruan tersebut…Ku doa agar kamu semua kuat, adik-adikku… Doa kakak sentiasa bersama kamu…
bersama dengan adik-adik ainul mardhiah...
la tahzan ya ukhti...innallaha ma'ana
Itulah serba ringkas pengalaman ISC 2010 yang dapat ku kongsikan bersama…Alhamdulillah, kerana ku masih lagi di beri peluang untuk meraih redhaNya…ku tidak mahu terlalu memikirkan siapakah aku suatu ketika dahulu…kerana apa yang penting skrg ni bagaimana aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku ini…bagaimana ku manfaatkan saat-saat yang ku ada sekarang ini…Pintu ketaubatan itu sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya…Jadi, pohonlah ia dariNya…Insyaallah,hati mu akan berasa lebih tenang…”Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan org2 yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang..” Al-Baqarah:2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment