glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...
Friday, January 14, 2011
Rehlah NISA' Sepanggar syiok.....!!!
Alhamdulillah…masih lagi di beri kekuatan untuk menulis…semoga diri ni istiqomah dalam penulisan…
Seperti biasa, banyak artikel aktiviti yang mahu di kongsi bersama tapi, di sebabkan terlampau bnayk kekangan samada kekangan masa atau kekangan nafsu malas diri ni, jadi semua artikel tersebut lambat di post…Jadi, kali ni, post ni berkisar mengenai rehlah Nisa’ Sepanggar…
Nisa’ Sepanggar ini sebenarnya baru sahaja di tubukan pada tahun lepas….Alhamdulillah, sungguhpun baru setahun jagung, pelbagai aktiviti telah di laksanakan..bermula dengan hanya beberapa orang ahli sahaja tapi kini semakin meningkat bilangannya…semoga selepas ini, bilangan ahli itu akan semakin bertambah…
Pada 26 Disember 2010 yang lepas, di saat semua tengah bercuti Krismas dengan ahli keluarga, kami, Nisa’ Sepanggar telah mengadakan rehlah Nisa’ Sepanggar di Tanjung Lipat…Alhamdulillah, ingatkan sedikit sahaja yang datang, tapi, agak ramai juga yang datang..tidaklah terlalu ramai…moderate..hehe…sekali lagi rasa syukur sangat, sebab ada adik-adik yang ‘free hair’ pun datang…Alhamdulillah, Nisa’ Sepanggar ini boleh diterima oleh mereka…Nisa’ Sepanggar ini memang kami buka kepada adik2 yg free hair jugak…Dalam konsep berdakwah ni, kita xboleh memilih golongan madu’u kita…kerana semua hambaNya ada hak untuk berubah dan ada peluang untuk memperbaiki diri..Jadi, janganlah kita menyisihkan mereka..hidayah itu milik Allah..kita xtahu kita ini, esok atau lusa masih istiqamah atau x…dan kita xtahu, esok atau lusa, mereka masih lagi free hair ataupun sudah berjilbab…Kita kena berkawan dengan setiap golongan…kerana kita xmahu masuk syurga sorg2 kan…kalau boleh, kita mahu ajak ramai2 masuk syurga…kan best kalau begitu kan??? …
Aktiviti rehlah hari tu, kami mulakan dengan sesi tautan hati…berkongsi rasa,kasih dan ilmu…agar jiwa ini tidak kering…ku sangat menyukai saat2 begini, kerana di sini, aku beroleh kekuatan dan sokongan dari sahabat2 yang lain…kerana aku insan yang lemah..dan mustahil untukku pendam segala rasa seorang diri…sesungguhnya aku sngt takut bilaman bersendirian…kerana syaitan itu sngt suka “menyuntik” kita bilamana kita bersendirian…kerana syaitan itu memiliki pelbagai cara dan strategi dalam menggoda manusia…boleh rujuk Kitab At-ta’ari asy-Syaithani karya Adnan ath-Thursyah untuk mengetahui cara dan strategi syaitan dalam menyesatkan manusia…
Setelah itu, sesi pendaftran ahli baru Nisa’ Sepanggar di jalankan dan majlis hari itu di akhiri dengan makan-makan…hehe…xde lah..for sure lah, di akhiri dengan lambaian ukhuwwah…hehe…Pada hari tersebut, ramai betul org yang picnic di Tanjung Lipat..di sebelah menyebelah kami, semua berpicnic dengan tin-tin shandy dan beer….sabo jak den…
Jadi, kepada sesiapan yang berada di Sepanggar dan belum lagi mendaftar untuk keahlian Nisa’ Sepanggar, boleh lah contact2 kami ya…hehe…sama-sama lah kita raih mardhatillahNya…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment