Assalamualaikum wbt...Terkejut!!!Memang blog ni dah penuh dengan pelbagai jenis sarang bukan sahaja sesawang lelabah,bahkan busut semut juga....Lagu pun masih lagu Ramadhan lagi...isk2x...Geleng kepala sekejap..Syukur, selepas 'percutian' refreshment di KL baru-baru ni dan sekali lagi membuat keputusan yang mengejutkan...(syukran mak...always know what is the best for her daughter), and now...check in semula ke Kota Kinabalu...Salah satu misi baru adalah kemaskinikan blog.... :) Entry pembukaan setelah lama 'berehat' memang agak 'sentimental' sikit namun jika di di amati dengan baik, sebenarnya penuh dengan motivasi dan pujukan...SELAMAT KEMBALI SEMULA BALQIS.. :) setelah puas ainunmu mengeluarkan mutiara...!!!
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk...
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku berjilbab, pemalu, anggun lagi berkeperibadian kukuh...
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesabaran dan kelurusan hati...
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku memenuhi janji dan memegang amanah, jujur dan mempercayai kebenaran...
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku seorang penyabar,selalu berharap akan pahala Allah,bertaubat dan kembali ke jalanNya..
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku selalu berzikir,bersyukur,berdoa lagi penuh kesedaran...
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku meneladani Asiah, Maryam dan Khadijah...
akulah wanita yang paling bahagia
jika aku mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka...
akulah wanita yang paling bahagia
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan senyumanku yang cantik, yang mengirimkan cinta dan mengutuskan kasih sayang kepada orang lain..
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan tutur kataku yang baik,dapat menjalinkan persahabatan yang di anjurkan syari'at dan menghapuskan semua rasa dengki...
akulah wanita yang paling bahagia
jikn dengan dermaku yang membahagiakan si miskin,menyenangkan orang fakir,mengenyangkan perut yang lapar...
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan kesediaanku duduk bersama Al-Quran seraya membaca,merenungi dan mengamalkannya sambil bertaubat dan beristighfar...
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan banyaknya ku berzikir,memohon ampun,rajin berdoa dan suka memperbaharui taubatku..
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan mendidik anak-anakku dengan agama,mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka..
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama dan menghormati norma-norma etika..
akulah wanita yang paling bahagia
jika dengan berbuat baik kepada kedua orang tuaku,menyambung persaudaraan,menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim..
akulah wanita yang paling BAHAGIA
jika aku meletakkan rasa cintaku yang utama ke atas Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa...
~erti hidup dengan berkongsi~
insyaAllah...akk mau jadi wanita yang paling bahagia itu....^_^
ReplyDeletejommmmmmm senyum :)
ReplyDelete