Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Sunday, October 23, 2011

Kafe Cinta : Membina Syurga Cinta

"DEKATI WALIKU...BUKAN DIRIKU.."

Assalamualaikum wbt..'berhiaslah dengan keindahan, maka kamu akan melihat segala yang ada di sisi kamu itu indah..." Syukur, semalam, 'hari kelahiranku' semula, ku di beri peluang untuk ke Kafe Cinta di Universiti Malaysia Sabah di mana antara agenda yang menarik adalah Forum Sembang Cinta : Membina Syurga Cinta yang di pengerusikan oleh Saudari Nurhazlin Mat Musa dan di antara ahli panelnya adalah Ustazah Fatimah Syarha, seorang novelis Islamik yang terkenal, Ust. Israaq Ramli - Ketua Unit Hal Ehwal Masjid UMS dan juga Ust. Sarip Abdul - Pensyarah TITAS di UMS..Selain itu juga, Dr. Hatta sempat mengisi ruang Bicara Kasih : Lautan Api Sanggup ku Renangi...








MasyaAllah, suatu program dan sembang-sembang yang bermanfaat, menegur dan memberi kesedaran mengenai satu ujian Allah yang sering di berikan kepada hambaNya..iaitu CINTA..




Apa itu CINTA??? adakah hanya sekadar lafaz sahaja ataupun pembuktian semata- mata? Adakah kita jatuh cinta kerana bersebab? ataupun kita jatuh cinta kerana cenderung kepada sesuatu...?

Sahabat semua, cinta itu adalah kecenderungan kita kepada sesuatu..dan menurut Ibnu Al-Qayyum Al-Jawziyyah, cinta itu boleh lenyap bersama dengan sebab...ia satu fitrah yang tidak boleh kita nafikan..namun begitu, kita kena pastikan apakah 'arah ' kecenderungan kita tersebut..adakah cinta kita itu

i) ibarat singa dan pedang...? - rasa cinta kita kepada dakwah, tarbiyyah, perjuangan, keluarga???

ataupun...

ii) cinta bencana besar..? - bila cinta datang menyapa,kita gelabah..jadi tidak keruan..sehingga kita mula bertindak di luar kawalan dan rasional itu mula di ketepikan...akhirnya, menjadilah satu bencana besar kepada diri,keluarga dan ummah..nauzubillahi minzalik...

ataupun...

iii) cinta itu ibarat arak dan memabukkan...? - sms by sms datang masuk ke inbox, call by call xkira masa dan juga tempat..sehingga menganggu kosentrasi kita sebagai seorang hamba Allah..lebih menantikan sms yg dtg berbanding dengan menantikan masuk waktu solat..lebih bergayut di dinihari sehingga lewat utk menunaikan solat dan meninggalkan saff jemaah...




Ibnu Al-Qayyum Al-Jawziyyah membahagikan cinta itu kepada tiga...

i) Cinta kepada Allah..- cinta utama yang sepatutnya kita berikan sepenuh dan seikhlas hati..
ii) Cinta kerana Allah..- kita cinta dia bukan kerana dia adalah polan bin polan, bukan kerana dia seorang jurutera, bukan kerana dia seoarang anak YB, bukan kerana dia pakar dalam multimedia..bukan!!!kita cinta dia kerana dia adalah hamba Allah,kerana agamaNya..pengabdian dia kepada Allah...
iii) Cinta bersama Allah..- inilah yang kita katakan sebagai syirik cinta..kita mensyirikkan cinta Allah itu dengan cinta manusia..rasa cinta kita itu,kita samakan kepada cinta kita kepada manusia yang lain...

Jadi, persoalannya...apakah CINTA kita??? di manakah CINTA kita???kita kena pastikan bahawa cinta kita itu adalah cinta yang menjadi matlamat iaitu cinta untuk meraih redha Ilahi..bukannya menjadikan cinta itu sebagai alat...



Ingin menyintai dan di cintai itu memang satu fitrah dan juga tidak boleh kita pandang secara negatif..kerana pada Allah itu sendiri ada CINTA..cinta itu datang dariNya dan akan kembali juga kepadaNya..Dia Pemberi Cinta dan juga Pembolak hati-hati hambaNya..rasa cinta itu juga adalah satu anugerah Allah yang mengetahui keperluan hidup makhluk ciptaanNya..Keindahan rasa bercinta itu hanyalah dapat di rasai oleh mereka yang telah dan sedang melaluinya..persoalannya???indah sangatkah bercinta tu???sehingga ramai di kalangan kita ni menjadi manusia yang tidak keruan dan 'angau'..ingat!!syaitan itu menggunakan pelbagai kaedah untuk menghancurkan manusia dan rasa cinta yang tak terkawal itu adalah sejenis dadah yang di suburkan oleh syaitan untuk menjadikan kita 'mabuk' dan 'ketagih'...dan syaitan itu menyesatkan manusia menggunakan pelbagai jenis pintu..di antaranya adalah pintu harta, pintu takhta/pangkat dan juga pintu wanita/lelaki...maka,jangan dengan mudahnya kita membuka pintu-pintu ini kepada syaitan..








Rasa mabuk cinta dan tidak terkawal membawa kita terjebak ke kancah maksiat, lembah kehinaan dan sesal yang berpanjangan dek kerana kita hilang pertimbangan sebab telah di kawal oleh candu dan arak yang memabukkan..

Cinta juga dapat mengangkat darjat manusia, memahami matlamat hidupnya dan juga mendekatkan dirinya kepada Yang Esa..cinta sesama manusia atau kasih sayang sesama makhluk haruslah mampu membawa kita meningkatkan cinta kepada Allah..ingat!!tidak ada 'value' andai cinta sesama makhluk itu membawa kita menjauhkan diri dari Allah..

"Cintailah Allah sebelum menyintai Manusia.." Cuba kita lihat kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha..biarpun kisahnya tidak melambangkan suatu tragedi cinta seperti kisah Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet atau banyak lagi cinta epik, namun menyintai Allah telah menyelamatkan Nabi Yusuf dan agamanya..kecantikan Zulaikha di ceritakan tiada tandingan sehingga mampu menundukkan ramai lelaki hatta Nabi Yusuf yang merupakan manusia tertampan ciptaan Allah juga di ceritakan turut bergoncang imannya tatklaa melihat paras Zulaikha ketika di goda...jika bukan kerana imannya kepada Allah, sudah pasti Nabi Yusuf akan terjebak ke dalam lembah kehinaan..

Sahabatku, kisah ini seharusnya di ambil sebagai satu contoh teladan..jika agama di dahului dalam apa-apa perkara yang kita semua buat, insyaAllah kita akan senantiasa di beri pertolongan dan bantuanNya..maka, sama-samalah kita koreksi diri, berapa ramaikah di antara kita mampu bertindak seperti Nabi Yusuf? kalau ramai lelaki seperti Nabi Yusuf, pasti tiada kes membuang dan menggugurkan anak..sayang sekali, kehidupan kita pada hari ini tidak menghidupkan dan mewariskan sirah Nabi terdahulu...



Bila seseorang itu berkahwin, sayanglah ia pada suaminya walau siapa pun suaminya...misalnya seorang perempuan yang pernah bersuami,kemudian bercerai atau mati, kemudian ia berkahwin lagi dengan lelaki lain, maka kasihlah ia akan suami berubah kasihnya kepada suaminya yang baru walaupun masih ingat pada yang lama...inilah cinta nafsu namanya...ini berbeza dengan kasih ibu bapa kepada anak-anak dan sebaliknya...sekiranya  ditukar emaknya dengan permaisuri raja sekalipun, namun hatinya tetap kepada ibunya di kampung...begitu juga ibu bapa, walau diganti anaknya dengan putera sultan sekalipun, ingatan tetap pada si anak...inilah yang dikatakn cinta fitrah yang murni...manusia tidak pernah merajuk apabila ibunya beranak lagi,ertinya dia tidak bimbang jikalau kasih ibunya berbelah bagi terhadap dirinya dan adik beradik yang lain...malah dia turut berbangga dengan kelahiran adiknya...walaupun dia tahu selepas itu kasih ibunya bukannya untuk dia seorang sahaja...Inilah kasih sejati dan semulajadi yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan...Ia membuatkan seseorang itu rela memberikan kebahagiaan kepada seseorang yang dikasihinya. ..


sebaliknya cinta yang didorong oleh nafsu adaah cinta yang tidak suci kerana ada kepentingan diri..ia bersalut dengan cemburu dan hasad dengki yang datang silih berganti...dia ingin bolot cinta untuk dirinya sendiri..cinta yang semacam itulah yang menghancurkan kebahagiaan suami isteri...terutama bila suami kahwin lagi..si isteri sanggup untuk lagukan apa sahaja demi melepaskan geramnya, benci dan dendam kepada suami...walhal alasan yang digunakan untuk bertindak sedemikan adalah kerana cintakan suami...ini akan menambahkan lagi kusutnya rumahtangga...Kiranya seorang isteri gagal memberikan cinta fitrah kepada suaminya, nescaya masalah rumahtangga tidak akan selesai...kerana cinta nafsu itu sememangnya tidak akan mendorong seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya, kecuali kepada perkara-perkara yang sesuai dengan nafsunya..sebab nafsu itu sifatnya adalah mementingkan diri sendiri dan memperkecilkan kepentingan orang lain...dia akan control suaminya untuk dirinya sedangkan di dalam Islam, orang yang paling baik ialah orang yang dapat memberikan banyak kebaikan kepada orang lain. ..





Sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang dapat membuat kebaikan terhadap manusia yang lain."   


Untuk menjadi baik, kita mesti mengasihi suami kita secara fitrah bukan dengan nafsu semata-mata...cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa adalah untuk Allah dan RasulNya...hati yang demikian akan melihat akhirat lebih utama daripada dunia...maka orang yang sedemikian akan mengorbankan dunianya untuk akhirat...suami didorong untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan ibadah demi menyelamatkan keluarga daripada azab Allah...hal ini akan melahirkan sikap sensitif terhadap perjuangan untuk menegakkan agama Allah...Segala tindak tanduk didorong untuk membangunkan agama Allah ini...Si isteri digalakkan belajar ilmu agama dan bergaul dengan mereka yang arif tentang Islam...bukan takut tak tentu pasal sehingga secara tidak sedar mengwal pergerakan suami. (queen control)...


Kalau kita mahukan masyarakat jadi tenang, aman dari sebarang maksiat dan kemungkaran, maka kita hendaklah memberi sumbangan kepada Islam...kita boleh sumbangkan duit, pakaian, masa, tenaga, fikiran, kepandaian, berdoa atau apa sahaja asalkan ianya boleh mempercepatkan tersebarnya Islam...dan yang paling penting ialah membawa  rumahtangga agar selaras dengan hukum hakam yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. ..suami ditaati dan dicintai secara fitrah dan mengutamakan Allah dan Rasul dari yang lainnya. ..bagi seorang isteri, jika dia sedar akan hal ini, hatinya tidak akan susah...umpamanya jikalau suaminya balik lambat sedikit, atau mungkin ada kerja sehingga seminggu tidak balik, kita tidak akan marah-marah...sebaliknya kita akan sabar dengan suami kerana itulah yang dikehendaki agama dan akan menjamin keharmonian rumahtangga...Inilah cinta fitrah namanya. 





Tetapi jika cinta nafsu telah menguasai diri, kita akan menjadi sebaliknya...Kita akan marah dan memaki hamun suami kita...dan ini akan menyebabkan rumahtangga menjadi tidak tenteram.  ..Kerana itu pada hari kita dapat lihat banyak kerosakan rumahtangga yang berlaku...Kadang-kadang luarnya sahaja nampak bahagia tetapi di dalamnya penuh derita...suami lebih senang menghabiskan masa di luar rumah menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya. ..rumah bukan lagi menjadi syurga baginya tetapi ibarat neraka...tidak hairanlah kenapa pada hari ini terlalu ramai lelaki yang sudah bersuami memuaskan nafsu di luar...perzinaan menjadi-jadi...Maksiat dan mungkar bermaharaja lela..Kelab-kelab dangdut dibuka sehingga pagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan...Walaupun di dalam hal ini kesalahan tidak diletakkan pada isteri seratus peratus...tetapi sebagai muhasabah, eloklah direnungkan...   


Seorang isteri yang menghalang kehendak suaminya, walhal suami mampu dan merasakan ianya satu keperluan, adalah seorang isteri yang mementingkan diri sendiri kerana terlalu melayan cinta nafsu...bila suami ingin kahwin lagi umpamanya, bermakna suami sudah punyai keinginan pada wanita yang lain selain daripadanya...sekiranya keinginan itu tidak ditunai atau dihalang, suami mula liar dan tawar hati dengan isterinya...bila hal ini berlaku, maka hubungan suami isteri akan mula cacat sedikit demi sedikit. ..jikalau isteri memahami, si suami akan terasa terhutang budi kepada isteri...kasih sayangnya kepada isteri akan bertambah...walaupun kadang-kadang orang berkata "Itu hanyalah alasan untuk memenangkan lelaki" tetapi sekurang-kurangnya, isteri dapat mengelakkan suaminya daripada berzina dan mendapat kemurkaan Allah..Inilah pengorbanan yang tinggi untuk mendapatkan keredhaan Allah..Semoga Allah membalasnya dengan rahmat dan kasih sayangNya...   


Kita lihat di sirah, kisah Siti Asiah,isteri Firaun,..walaupun suaminya derhaka dengan Allah dan mengaku dirinya tuhan,..Siti Asiah tetap mendoakan agar suaminya diberi hidayah dan taufik agar kembali bertaubat dan menyembah Allah...tetapi kerana kedegilan Firaun, sehingga mati dia tetap mempertahankan keegoannya. ..tetapi bagi Siti Asiah,Allah angkat kemuliaannya sehingga di dalam Maulid Berzanji yang dikarang oleh Syeikh Ja'far Al Barzanji disebutkan yang membidankan Aminah,ibu Rasulullah s.a.w sewaktu melahirkan baginda ialah Siti Mariam, ibu nabi Isa dan Siti Asiah,isteri Firaun...begitulah kemulian dan darjat yang diberi oleh Allah s.w.t kepada Siti Asiah disebabkan kesabarannya. ..


Dalam kehidupan kita, yang paling penting ialah Tauhid kita dengan Allah s.w.t...Tauhid itu bukan sekadar ilmu yang membahaskan rukun Iman yang enam, tetapi yang paling penting ialah penghayatannya bahawa setiap kejadian yang berlaku itu "kerja Allah"...Bila diberi nikmat, pangkat, harta kekayaan, maka kita patut bersyukur..jika kita diberi musibah, penderitaan dan kesakitan, kita sabar dan redha kepada Allah yang menjadikan segala-galanya. 


Telah tersebut di dalam Hadith Qudsi :  "Kalau engkau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi lain selain daripada bumiKu, Carilah langit lain selain dari langitKu, dan carilah tuhan lain selain daripada Aku."   


Oleh sebab itu kita kena bersabar dengan sedikit kesusahan yang Allah timpakan kepada kita.kerana matlamat kita adalah untuk mencintai Allah dan RasulNya...Yang lain itu hanya cinta yang sementara...harta lama kelamaan akan hancur ditelah zaman...suami juga akan mati. Keegoan dan kepentingan diri akan membawa bencana kepada kita...oleh itu pilihlah cinta fitrah yang Allah letakkan di dalam hati orang-orang yang mengenal dan mencintai Allah daripada cinta nafsu yang akan memakan diri dan mengelirukan jalan kita menuju kepada Allah s.w.t....Bawalah syurga masuk ke dalam rumah kita dengan selalu bermusyawarah di antara suami isteri, melihat masalah itu sebagai satu peluang untuk meningkatkan kemahiran diri, jatuh cinta berkali-kali kepada pasangan dan menerapkan agenda solih dan musollih..(menjadi baik dan memperbaikkan..)


Ibnu Abbas.."aku berkemas-kemas (berhias-hias) untuk isteriku seperti isteriku berkemas-kemas (berhias-hias) untuk diriku..."





Ingat!!apa yang menjadikan kita kuat..?Cinta yang Allah letakkan pada diri insan-insan di sekeliling kita yang mencintai kita kerana Allah...cinta si dia yang belum menyapa tetapi hanya akan menyapa kita bila sudah tiba masanya..jauhilah CINTA yang membawa kita ke lembah penzinaan...tapi dekatilah CINTA yang membawa kita merasa dekat kepada Sang Pencipta..

Video Forum Cafe Cinta bolehlah di lihat di link bawah nie...


~erti hidup dnegan berkongsi~


4 comments: