Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Saturday, October 22, 2011

A walk to remember, a thousand steps to forget...


Assalamualaikum wbt...kata-kata khas untuk diri dan juga sesiapa juga di luar sana yang merasa sesak bila di timpa ujian...jadikan kesesakan yang di rasa itu sebagai satu amaran yang Allah turunkan kepada kita untuk kita kembali koreksi diri dan juga jadikan kesesakan kita itu juga sebagai satu halangan yang perlu kita tempuhi untuk kita sampai ke destinasi yang baru...yup!!!tidak mudah untuk membina kekuatan, namun ingat bahawa Allah melihat usaha hambaNya lebih daripada melihat hasil yang di cetuskan...in order to get the best, you need to be the BEST!!!



...jangan kau kira bila kesengsaraan menimpa seseorang ia akan terus menderanya!!!sekiranya ada sesuatu yang kekal menimpa seseorang nescaya manusia akn menganggapnya perkara yang aneh...'

pandanglah kehidupan dengan pandangan cinta dan optimis sebab kehidupan adalah hadiah dari Allah untuk seluruh manusia..terimalah hadiah dari Allah Yang Maha Esa dengan gembira dan senang hati...sapalah pagi dengan kecerahan dan senyuman yang indah..sambutlah malam dengan keheningan dan ketenangannya...jemputlah siang dengan keindahan dan kehangatan sinarnya...teguklah air yang segar sambil memuji dan bersyukur kpd Allah..hiruplah udara dgn penuh kegembiraan dan kesenangan..ciumlah semerbak harum bunga dan bertasbihlah!!!dan renungkanlah alam raya sambil mengambil pelajaran yang berharga darinya...


balqis!!!nikmatilah anugerah yang di berkati di bumi yang ada pada berbagai jenis bunga dan mekarnya mawar, pada tiupan angin sepoi-sepoi,pada keindahan taman, pada dingin air terjun, pada hangatnya sinar mentari dan pada cahaya rembulan...ubahlah semua anugerah dan nikmat alam ini menjadi modal untuk membantu kau menunaikan ketaatan kepada Allah, bersyukurlah kepadaNya atas semua nikmat yang telah diberikanNya dan memujiNya atas kurnia dan anugerahNya...

berhati-hatilah dari kepungan bukit-bukit kesedihan dan pasukan kecemasan yang menghalangi kau untuk menikmati keberkatan ini yang menyebabkan kau kufur dan mengingkariNya..sedarilah bahawa Pencipta Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Pemberi Cinta, Yang Maha Tinggi lagi MUlia, tidak menciptakan dan menganugerahkan kenikmatan-kenikmatan itu melainkan untuk membantu kau agar tetap taat kepadaNya..



hadapilah kenyataan yang tidak ada jalan keluar...kau kelak akan menjumpai di dunia ini perkara yang kau tidak mampu mengubahnya,tetapi hanya mampu berinteraksi dengannya dengan berbekalkan kesabaran dan iman...

'..hari-hari yang tidak akanku lupakan ialah hari-hari ketika aku menguasai diriku dan keluar dari ujian keraguan terhadap perkara-perkara yang aku mampu atau yang tidak mampu..itulah hari yang sangat indah bagiku...'



bersinarlah dikau laksana gemerlapnya bintang dan jgn khuatirkan kesedihan dan kegelapan yg mendatang..selamat kembali bersinar seperti dulu-dulu kala...bangunlah pagi esok dgn diri yang baru,semangat yang baru,azam yang baru dan kekuatan yang baru...selamat menjalani kehidupan baru,BALQIS!!!

~erti hidup dengan berkongsi~

No comments:

Post a Comment