Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, April 28, 2011

Menyemai Ukhuwwah Mahabbah Fillah



Assalamualaikum wbt…Ibarat sang bulan yang menyinari seluruh alam, di saksikan hambaNya yang kerdil, berbeza situasi dan lokasi, namun masih lagi menatap cahaya rembulan yang sama, sungguhpun berpaksi tetap dan setia memantulkan cahaya dari sang mentari…Begitulah kehidupan manusia, sungguhpun rela atau tidak rela menerima sesuatu, namun si pemberi tetap setia memberi…Kerana ikatan yang terjalin di antara pemberi dan penerima, menjadikan suatu perkongsian itu adalah satu keindahan dan kelembutan sebagaimana indahnya dan lembutnya cahaya sang rembulan…



Mujahidah yang di cintai Allah….
Aku ukir untukmu sebuah tulisan, aku ungkapkan semua yang tersimpan dalam dadaku, aku gores apa yang di saksi tentang kamu, aku paparkan khabar angin yang membakar telingaku, akan aku huraikan semua yang terpendam siang dan malam dalam kalbuku…

Saudaraku yang di sayangi…

Aku bukan orang lain bagimu. Aku adalah saudaramu. Agama Islam mengikat hati kita berdua, ikatan yang lebih kuat daripada ikatan saudara kandung. Aku luangkan masa untuk mengukir nasihat sebagai tanda dalamnya kasih sayangku…


Aduhai saudaraku…

Hubungan kita sudah lama terbina oleh ikatan perjuangan, bahkan lebih awal daripada itu. Aku pegang erat penaku, akan aku ukirkan untukmu sebuah bingkisan indah, surat tanda kasih dan sayangku…Sesudah suara tidak di hiraukan, sesudah kalimat tidak lagi bermanfaat menentang garis nan lurus, aku kasihan kepada dirimu akan azab Allah…Alangkah sayang jika pahala yang selama ini kita peroleh hilang begitu sahaja…

Saudaraku…

Ingatkah kamu kata-kata Nabi Yakub sesudah menyaksikan baju Nabi Yusuf yang berlumuran darah palsu? Baginda berkata, “Maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku”, Al-Yusuf:18.

Dalam keadaan apa pun kita harus bersabar, seperti sabarnya Nabi Yaakub…Mengapa harus bersabar???Kerana keadaan akan berubah, jiwa menjadi tenang, hati menjadi lapang, urusan akan menjadi mudah dan keadaan yang menghimpit akan segera berakhir.

Ingatlah juga Firman Allah swt, “Cukuplah Allah menjadi penolong kamu dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” Ali Imran:173

Ayat tersebut mengingatkan kita bahawa Allah akan melepaskan kesulitan, menghilangkan bencana dan aib yang ada pada kita…



Sahabatku yang di sayangi….

Aku berdoa agar kamu menjadi wanita yang solehah,menjadi perhiasan dan permata dunia. Junjungan kita Rasulullah saw bersabda, “Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah yang soleh”, Riwayat Muslim…

Jadilah kamu wanita yang solehah yang selalu meminta dan memohon kepada Allah. Allah Yang Maha Mulia untuk menjauhkan diri daripada fitnah yang jelas mahupun yang samar. Berdoalah kepada Allah…


Saudaraku….

Mohonlah agar kita di jadikan wanita yang solehah, muslimah yang beriman, takut dan taat kepada ketentuan Allah dan RasulNya sebagaimana Allah swt berfirman, “Tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan , akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka…Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat…” Al-Ahzab:36


Sahabat yang ku rindui…

Aku prihatin dan sedih melihat keadaanmu dari sehari ke sehari. Pada mataku kamu tetap cantik dan indah…Namun jika hanya kerana suatu dugaan, musibah, kesedihan dan kecantikan telah memperdayakan kamu sehingga kamu berputus asa akan kasih sayang Allah, maka ingatlah bahawa tulang-tulangmu akan berserak di dalam kubur kelak…Musibah dan kesedihan akan hilang seiring berjalannya waktu..kamu pasti berjaya menempuh semua ini…

Hidup ini bagai roda yang berputar, kadang-kadang di bawah, kadang-kadang di atas. Ingatlah ketika kita bersama dahulu…Kita selalu memperkatakan tentang hidup yang tidak kekal…Sahabatku, andai kata kita tiba-tiba jatuh sakit, lenyaplah kecantikan kita..Apa boleh kita buat???

Ingatkah kamu pada malam itu…malam ulang tahun diriku???Kamu berkata, “Balqis yang solehah, jika dirimu bersedia dan rela, ambillah gambar dirimu dengan sinar-X…Sinarnya  akan menampakkan apa yang ada di kepala, wajah dan betismu….

Kamu juga berkata, “Bayangkanlah dirimu tanpa daging, lemak, kulit dan rambut. Maka wujudlah gambaran yang amat menyeramkan…bukan???”


Sahabatku…

Sejak itulah hidayahNya datang…Aku bermimpi berkali-kali tentang dunia ini hancur…Aku terdengar jeritan para arwah di Sijjin. Pada masa itu, kamulah yang membantu aku untuk mendapatkan hidayahNya…Di Bumi Anbia', ku banyak mengalirkan air mataku...

Jika syaitan telah membuat kamu ragu, ingatlah balasan Allah…Neraka Jahanam bagi orang yang durhaka…Jika dunia telah memperdayakanmu,ingatlah alam kubur yang gelap. Jika kamu rindu dengan nikmat dunia, jangan lupa janji Allah terhadap orang mukmin iaitu syurga yang tidak akan di ganti, di ubah dan kekal…Allah swt berfirman, “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya dia mendapat kemenangan yang besar.” Al-Ahzab:71



Sahabatku yang di kasihi…

Diriku tidak bermaksud mengajarmu…Ini adalah luahan sayangku kepadamu. Aku sayang kamu kerana Allah. Semoga kita terus mendapat hidayahNya…Amin, allahumma amin…

Bersemangat untuk berubah, senyum selalu dan istiqomah…

Dariku….
Saudara yang merinduimu agar kembali ke jalanNya…
Saudara yang merindui gurau sendamu…
Saudara yang merindui nasihatmu…
Saudara yang merindui perkongsian pendapat tatkala kita berkumpul….



“Ya Allah…Kau Maha Mengetahui segala isi yang tersurat dan tersirat di hati ini…Kau Maha Mengetahui segala rasa yang aku alami pada ketika ini…Kau Maha Melihat segala tangisanku ketika sujud menyembahMu…Kau Maha Melihat segala kekosongan di hari-hari ku…Kau Maha Mendengar segala keluh kesahku…Kau Maha Mendengar segala bicara sakitku…Berat Ya Allah…Sungguh berat ujian yang Kau timpakan pada diriku…aku memohon kekuatan dariMu Ya Allah…ku memohon petunjuk dariMu Ya Allah…sesungguhnya aku buntu…aku tidak nampak jalan mana harus ku pilih…aku tidak nampak solusi mana harus aku perlakukan…sakit Ya Allah…untuk aku menghadapi hari esok….Sampai bila harus aku berlakon…berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku…sampai bila Ya Allah???Ya Allah, jauhkanlah diriku dari merasa tidak adil…jauhkanlah diriku dari merasa tidak redha…Ya Allah…Kau tunjukkanlah jalan keluar untukku…Kau tiupkanlah keredhaan dan ketabahan pada diriku ini….Sesungguhnya Kau Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi….”

~erti hidup dengan berkongsi~

Wednesday, April 27, 2011

Tahajud Cinta NISA'


Assalamualaikum wbt…Entri yang sekian lama ingin di post tapi belum punya waktu untuk membuat kesimpulan…Harap entri kali ini mampu menggetarkan jiwa antum/na agar bisa menegakkan paksi kebenaran di dalam sebuah pencarian…Terutama kepada sahabiah-sahabiah di luar sana…


Khas untuk bakal isteriku….Khalifah Khairunnisa

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar calon isteriku???Mudah-mudahan kamu sihat. Semoga Allah selalu bersama kita…

Ukhtiku…
Masihkah menunggu aku???Hmmmm…menunggu, menanti, atau apa sahajalah yang sejenis dengan itu..Kata orang membosankan…Benarkah???

Menunggu….
Hanya segelintir orang yang anggap ia sebagai sesuatu yang “istimewa”…Tetapi bagiku, menunggu adalah sesuatu yang sangat istimewa…Banyak hal yang berguna dapat di kerjakan semasa menunggu, misalnya membaca, menulis, berbincang dan sebagainya…



Menunggu dapat juga di manfaatkan untuk mengagungkanNya, melihat fenomena kehidupan di sekitar tempat menunggu, atau sekadar merenung kembali hal yang sudah berlalu. Bukan bererti melamun atau berkhayal. Hal itu berbahaya dan dapat mengundang makhluk dari ‘dunia lain’ masuk ke dalam jiwa….Banyak hal lain yang dapat kita lakukan ketika menunggu. Percayalah, tidak selamanya diri ini perih. Ketika menanti, kita sebenarnya boleh menjadi lebih produktif. Tambahan pula masa kita masih banyak yang terluang, belum terisi dengan kehidupan rumah tangga. Jadi, kita ada banyak masa untuk menyedarkan umat. Masalah umat ketika ini semakin banyak dan beragam….


Wahai bidadariku….

Fahamilah mengapa sampai kini aku belum datang…Bukan aku tidak sudi, bukan aku tidak mahu, bukan aku menunda…tetapi masalah yang mendera bangsa kian banyak dan rumit. Bahkan penyakit sendiri terpaksa di abaikan sebab aku tidak mahu membuat orang di sekelilingku, orang yang sayang padaku, tahu tentangnya lalu bersedih…

Ukhtiku…

Begitu banyak anak yang tidak berdosa yang terpaksa menderita kerana lapar, kurang makanan, lumpuh dan kebuluran…Di tambah lagi bencana demi bencana yang melanda Negara ini. Meskipun ketika ini hidup sendiri terasa agak sulit, tetapi seperti kata seorang ustaz, berjuang untuk orang lain adalah suatu kemuliaan…Memberi ketika kita dalam kesusahan adalah pemberian yang terbaik. Bahawa kita belum hidup jika kita asyik berfikir untuk diri sendiri…


Ukhtiku…

Di mana pun kamu berada, janganlah gundah, janganlah gelisah…Aku sudah melihat wajahmu dan aku mengerti betapa kamu menrindui aku dalam hari-harimu…Percayalah aku juga rindu akan kehadiranmu. Aku akan datang, tetapi bukan sekarang. Jalan ini masih panjang. Banyak hal yang menghalang dan melagu dalam nada angan-angan. Seolah-olah sedetik tidak tersisa. Resah hati tidak mampu di hindari terhadap sekelebat bayang, terhadap sepenggal masa hadapan…Karang asaku tidak akan terkikis dari jalan perjuangan hanya kerana sebuah kegelisahan…Lebih baik mempersiapkan diri sebelum membuat keputusan. Keputusan untuk datang kepadamu….

Ukhtiku…

Jangan bersedih, hapuskanlah dengan keraguan dalam hatimu…Percayalah kepadaNya, Yang Maha Pemberi Cinta, ini hanya liku hidup yang pasti berakhir…Yakinlah masanya akan tiba. Usah kamu risau kerana kecantikanmu semakin pudar. Kerana kecantikan hati dan imanlah yang di cari-cari. Usah kamu resah kerana hilangnya aura keindahanmu…Kerana aura keimananlah yang lebih penting. Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga, merasuk dan menembusi relang jiwa…



Wahai perhiasan nan indah…

Hidupmu jangan di pertaruhkan hanya kerana kamu letih menunggu, apalagi hanya untuk sebuah perkahwinan. Perkahwinan bukan di bangun dalam sesaat tetapi boleh hancur dalam sedetik. Seperti Kota Iraq yang di bangunkan berpuluh tahun tetapi hancur dalam beberapa hari sahaja. Jangan sesekali berasa hidup ini adalah tidak adil. Kita tidak akan mendapat semua yang kita mahukan dalam hidup ini. Salurkan kemahuanmu sedalam kalbu pada tahajud malam. Bariskan harapanmu sepenuh rindu pada istikharah solat malam. Pulanglah kepadaNya, ke dalam pelukanNya. Andai kata kamu tidak bertemu daku, ini adalah kerana dirimu begitu mulia, begitu suci…Kamu terpilih menjadi ‘ainul mardhiah’ di Jannah Nya…



Ukhtiku…

Rancangan Allah adalah rancangan yang terbaik. Itulah yang Allah rancang untuk kita….Dia mempersiapkan kita agar lebih matang, meredah hari esok seperti yang kita harapkan untuk membangun kembali peradaban yang ideal seperti yang di cita-cita…


Ukhtiku…

Aku tahu kamu merindui aku. Bersabarlah…Saat yang indah akan menjelang. Kita akan di satukan dalam ikatan yang suci…Apa khabar kamu di sana? Letihkah kamu menunggu aku berkelana? Sanggupkah kamu bertahan di sana???Bertahanlah…aku akan segera datang, sambutlah dengan senyum manismu…Masih banyak yang harus aku cari untuk membahagiakan hidup kita nanti…



Ukhtiku…

Malam ini terasa panjang dengan air mata yang mengalir. Hatiku terasa kelu dengan derita yang mendera…Aku tahan derita malam ini dengan menghitung bintang. Cinta membuat hati terasa terpotong-potong. Jika di sana ada bintang yang menghilang, mataku berpendar mencari bintang yang datang. Kalau memang kamu pilih aku, tunggu sehingga aku datang…

Aku mulakan hari dengan tasbih, tahmid dan selawat. Berdoa agar kamu selalu sihat, bahagia dan mendapat yang terbaik daripadaNya…Aku tak mengharap kamu akan merindui aku sebagaimana aku merindui kamu…Hanya dengan rasa rinduku kepadamu, aku menjalani hidup ini. Hanya dengan mengikuti jejak hatimu, hidup ini menjadi bererti. Mungkin kamu tidak sedar betapa mudahnya untuk di kagumi…Akulah orang yang akan mengagumi, mengawasi, menjaga dan mencintaimu…



Ukhtiku…

Ketika ini aku hanya dapat mengagumi dan merinduimu…Teruslah mengharap…Mengharap aku segera datang. Jangan berhenti mengharap, kerana harapanlah yang membuat kita hidup. Bila kamu jadi isteriku nanti, jangan berhenti memiliku dan mencintaiku sehingga hujung waktu…Buktikanlah kepada aku yang kamu akan sentiasa mencintai aku…Hanya kamu yang aku harapkan…Sudah lama aku mengharapkan kehadiranmu…Meskipun sulit, akan aku dapatkan juga. Jika aku tidak dapat di dunia…akan aku kejar “ainul mardhiah” di syurga…Aku kian mengerti apa yang yang akan aku hadapi dan apa yang harus aku cari dalam hidup…Aku rangkai sebuah tulisan sederhana ini untukmu yang bijaksana…Aku goreskan syair sederhana ini utnukmu yang mempesonakan, yang memahami dan mencintai aku dengan adanya…Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagi kita…

Wassalamualaikum…
Dengan sepenuh kasih sayang dan buat selama-lamanya, Fillah…


.
Sahabiah-sahabiahku yang sering mendatangiku dengan pelbagai soalan, diriku bukanlah seorang yang pakar…Jazakallahu khairan khatira kerana mempercayai diriku dalam berkongsi rasa cinta…Satu sahaja ku pinta dari mu, semailah benih cintamu kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum kau menyemai rasa cinta dengan zauj mu…Jadikan cintamu kepada zauj habibi mu kerana Allah swt…”Maka nikmatNya yang manakah hendak engkau dustakan???Penawar untuk meredakan degupan jantung, baca al-Quran dengan lidah dan hati...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran ayat 139)


~erti hidup dengan berkongsi~

Tuesday, April 26, 2011

NISA' SEPANGGAR : WE CARE AND UP-TO-DATE


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,akhirnya berjaya meng'update' blog....entri ringkas tapi penuh pengertian....



NISA’ SEPANGGAR yang baru di tubuhkan pada September tahun lepas merupakan satu NGO yang berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia. Dengan bertemakan “Kita Laksanakan Impian Bersama” melalui 3 misi iaitu kebajikan, kemanusiaan dan juga kemasyarakatan, objektif NISA’ SEPANGGAR akan tercapai melalui program-program yang di rancang dengan teliti, di semai dengan kasih sayang dan di sampaikan dengan penuh keikhlasan.

Di antara program-program yang telah di laksanakan oleh NISA’ SEPANGGAR adalah Usrah Nisa’, Ziarah Nisa’, Iftar Nisa’, Rehlah Nisa’, Misi Tahun Baru Nisa’, Nisa’ Team Building, Lawatan Amal Kasih dan sebagai fasilitator di dalam pelbagai program. NISA’ SEPANGGAR yang di dukung oleh srikandi-srikandi Sabah dan Sarawak turut di anggotai oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada adik-adik sekolah menengah rendah & atas, matrikulasi asasi, penuntut IPTA & IPTS malah turut di kenali oleh para ibu bapa di luar sana.

Alhamdulillah, keahlian NISA’ SEPANGGAR semakin bertambah dan kini sudah menjangkau 60 orang. Baru-baru ini pada 22 April 2011 yang lepas, bertempat di Superbowl, 1 Borneo, NISA’ SEPANGGAR sekali lagi telah mengadakan satu aktiviti iaitu NISA’ BOLING di bawah Unit Sukan dan Rekreasi. Seramai 14 orang ahli NISA’ Sepanggar telah hadir bagi menyertai perlawanan boling ini. Pelbagai lagak dan aksi telah di tonjolkan oleh ahli NISA’ SEPANGGAR ketika bermain boling. Ada bola yang masuk ke ‘parit’, bahkan ada juga bola yang di’lontar’kan ke belakang…Syukur pada ketika itu, keadaan di Superbowl 1 Borneo adalah sangat lenggang, menyuntik lagi semangat ahli NISA’ SEPANGGAR untuk menunjukkan aksi membaling boling yang ‘kreatif’…Kegembiraan jelas terpancar di kalangan ahli NISA’ SEPANGGAR. Kepenatan dalam bekerja dan juga menelaah pelajaran jelas hilang di riak wajah ahli NISA’ SEPANGGAR…Semoga dengan program sebegini mampu merapatkan lagi ukhuwwah di antara ahli NISA’ SEPANGGAR.












Sesi penyampaian hadiah merupakan tirai penutup NISA’ BOLING pada hari tersebut. Nampak gayanya, johan, tempat kedua dan tempat ketiga telah di menangi oleh pimpinan NISA’ SEPANGGAR. Kepada adik-adik, perlu berusaha ‘lebih’ sedikit untuk mengalahkan orang-orang ‘kuat’ boling Sabah dan Sarawak…


Aktiviti ahli NISA’ SEPANGGAR tidak terhenti setakat itu sahaja pada hari tersebut. Ketika menikmati makanan tengahari bersama, satu sms telah masuk, meminta ahli NISA’ SEPANGGAR untuk pergi menziarahi seorang pesakit kanser payudara di Telipok. Seusai solat zohor, ahli NISA’ SEPANGGAR bergegas ke rumah pesakit yang terletak berhampiran dengan Politeknik Sabah dengan bertemankan Ust. Nazri dan juga seorang muslimin. Kehadiran kami pada ketika itu di sambut oleh Kak Hasyimah yang duduk di atas tilam di tengah ruang tamu rumah.



Bekerja sebagai seorang jururawat di Klinik Kesihatan Kerajaan, Kak Hasyimah mula menghidap kanser payudara sejak Oktober 2009. Ibu kepada 4 orang anak ini sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali dan di sahkan berada pada tahap 4, suatu tahap yang cukup membahayakan bagi seorang penghidap kanser. Alhamdulillah, berkat doa dan juga sokongan dari kaum keluarga dan kenalan, Kak Hasyimah selamat menjalani pembedahan membuang payudara pada Jun 2010. Segala perbelanjaan pembedahan dan juga rawatan di tanggung oleh Kak Hasyimah sendiri. Walaupun beliau turut menerima bantuan dari hospital kerajaan, namun rawatan susulan yang memerlukan lebih kurang RM1000 lebih untuk sekali rawatan sahaja amatlah membebankan kerana rawatan yang perlu di ambil bukanlah sekali sahaja, tapi berkali-kali.




Sesungguhnya Allah swt itu menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Tidak lama selepas pembedahan tersebut, doktor mengesahkan bahawa hati Kak Hasyimah telah di jangkiti oleh kuman. Sudah jatuh di timpa tangga, itulah realiti yang melanda diri Kak Hasyimah. Berulang alik ke Hospital Likas bagi mendapatkan rawatan seterusnya menyebabkan Kak Hasyimah hampir berputus asa dengan takdir yang melanda diri. Kak Hasyimah ketika di temu bual oleh ahli NISA’ SEPANGGAR, kelihatan lemah dan juga terpancar riak putus asa di wajahnya. Dengan keadaan hati yang telah di jangkiti kuman, menyebabkan Kak Hasyimah tidak boleh banyak bergerak. Alhamdulillah, tuntutan solat tetap di tunaikan dalam keadaan duduk dan baring.

Kami, ahli NISA’ SEPANGGAR yang datang hanya dengan sedikit buah tangan dan juga Majalah Solusi keluaran 30, berasa simpati dan insaf melihat keadaan kak Hasyimah. Suntikan semangat dan kasih sayang sesama insan dan juga doa, itu sahaja yang mampu kami kongsikan dengan Kak Hasyimah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…Sama-sama kita doakan agar Kak Hasyimah diberi kekuatan dalam mengharungi ujian Allah swt ini dan pulih seperti sedia kala. Sesungguhnya sakit yang melanda itu adalah satu nikmat dan juga satu kifarah dosa…Kepada insan yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi mana-mana ahli NISA’ SEPANGGAR di NISA SEPANGGAR Sedikit sumbangan mampu mengurangkan segunung bebanan.




InsyaAllah,pada Mei – Jun nanti, NISA’ SEPANGGAR akan mengadakan Lawatan Amal Kasih Siri II, NISA’ Small Kindness di Rumah Harapan, Picnic Nisa’ dan Nisa’ Camp di Kinabatangan. JOM SERTAI NISA’ SEPANGGAR!!!!

“IMPIKAN KEHIDUPAN YANG CERIA & LEBIH BERMAKNA? MASA DEPAN YANG CEMERLANG & TEMAN YANG MEMAHAMI???JOMMMMMMMMM JOIN NISA’!!!!KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA…..”

~erti hidup dengan berkongsi~

Wednesday, April 20, 2011

Sebuah kenangan...


Assalamualaikum wbt. Sebuah puisi lama yg ku tulis khas utk seorang sahabat baik. Tiba-tiba terasa ingin re-post....


telah lama
hidup bersama kepalsuan
bertemankan bayang-bayang diri
dalam riak air menderu
menerjah meningkah pasir
lalu karam sendirian...

telah kutahu sudah
antara realiti dan fantasi
dan yang di cari
tiada jua di ketemukan
lalu merintih menangis
dan takdir di salahkan...


apakah akan wujud
sebuah ketenangan
dalam sebuah kedamaian
dalam suasana pencarian?

dalam kepiluan ini
ku mulakan sebuah perjalanan
meski jari-jemari ini
di mamah batu bata
yang bertaburan di pinggir jalan
meski rerambut isi terurai
di tiup angin
di bahang mentari
meninggalkan sebuah kemewahan
kehidupan dan keluarga
menangis dalam keterpaksaan...


wahai hari bernama esok
aku lebih rela mendepanimu
laksana seorang pelarian
yang datang bersama keazaman
menempuh sisa kepedihan...

lalu, di pantai ODEC itu
perkenalan pada mulanya hanya sebagai seorang kenalan
tidak lebih dari itu
kau dan aku sama-sama perasan
yang kita banyak persamaan
antara perangai dan minat...

teman,
hadirmu menyinari
kehidupanku yang selama ini
kelam,sepi,pilu dan derita
kau berikan aku nasihat dan dorongan
kau bukakan mataku pada sebuah kebenaran
kau bukakan hatiku pada sebuah kecintaan
kau bukakan mindaku pada sebuah ketenangan
kau bukakan langkahku pada sebuah perjuangan!!!


Pejuang kebenaran jelas padamu
jelas matlamatmu, jelas dasarmu, jelas konsepmu
ajaranmu jelas bak matahari
ilmumu adalah Al-Quran dan hadis nabi
sikap dan perbuatanmu adalah peribadi Nabi dan sahabatnya
malam hari kau mengabdikan diri kpd Tuhan
siang hari kau berjuang bak singa lapar
berusaha mengajak orang mengenal Islam...

Kau membawaku bertuhan dan rasa bertuhan
Kau mendekatiku pada ketika aku hanyalah sebutir pasir
yang bisa saja hanyut di hempas ombak
Kau menjadi muka cermin padaku
Bila ku pandang,memikirkan sebuah wajah yang lain
Wajah seorang muslimah sejati yang selalu kau doakan..

Sedihku,sedihmu jua
gembiraku,gembiramu jua
aku bangga mendapat teman sepertimu
terima kasih kerana doronganmu padaku
yang mendewasakanku dari hari ke hari
terima kasih
sahabat seperjuanganku
dulu,kini dan selamanya....

~erti hidup dengan berkongsi~

Sunday, April 17, 2011

Pejuang & Pendukung PAS di Sarawak : Kita sudah Menang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...KAMEK MAOK PERUBAHAN!!!!!hangat dari pelbagai media, mahupun dari bicara manusia, pilihanraya negeri sarawak yang ke-10.,,bermula sebelum penamaan calon sehinggalah pengumuman keputusan...kepada bumi kelahiranku, sarawak...terasa sangat bersalah kerana tidak turun ke padang bersama dengan petugas pas sarawak dan juga petugas pas yang lain...ketidak beradaanku di sana bukanlah sesuatu yg aku sengajakan,tapi di atas beberapa alasan yg tidak dapatku kongsikan bersama...namun yang pasti, sungguhpun diriku tidak berada di sana, aku tetap memastikan aura perjuangan sahabat2 di sana bersama dgn diriku di bumi bawah bayu ini...aku berusaha yang terbaik utk terus update kan diriku dan juga meng'update'kan teman2/kenalan di fb,page, dan juga blog-blog mengenai gelombang perubahan di sarawak...doaku tetap bersama dengan kalian...



Sungguhpun...PAS kalah di kelima-lima buah kerusi yang di pertandingkan...di N03 Tanjung Datu Kak Nani yang hanya mendapat undi 1002, kalah kepada BN Tan Sri Adenan Satem yang mencatatkan undi 4218, di N015 Muara Tuang pula, 3196 undi di raih oleh Kak Noraini, tewas kepada calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud yang mencatatkan undi sebanyak 11,039, Abg Eddy yang berjaya meraih 1074 di N20 Sadong Jaya, tewas kepada calon BN Aidel Lariwoo yang meraih 4008 undi, manakala di N22 Sebuyau, Hj Adam berjaya meraih 1769 namun tewas dengan calon BN Julaihi Narawi yang mencatatkan 4045 dan yang terakhirnya di N24 Beting Maro, Abg Kerdee berjaya meraih undi sebanyak 2678, tewas dengan calon BN Razaili Gapor yang meraih undi 3069, kita sebenarnya bukanlah KALAH!!!



Dengan berkurangnya undi ke atas calon BN dan bertambahnya undi ke  atas calon PAS jelas membuktikan bahawa kini PAS mulai diterima oleh penduduk negeri sarawak. Ini merupakan satu amaran dan petanda awal kepada BN bahawa tidak selamanya BN akan memerintah dan terus meng'kaya'kan kroni dan keluarga mereka dan melupakan penduduk negeri sarawak.PAS tidak mendekati rakyat Sarawak hanya ketika musim pilihanraya sahaja...namun pendekatan dan keprihatinan pejuang PAS di sarawak ke atas penduduk sarawak adalah berterusan dan bukannya bersifat sementara mahupun 'plastik'...


KAMEK MAOK PERUBAHAN!!!!itulah slogan yang di laungkan oleh warga sarawak...perubahan yang berbentuk apa?bagaimana?bila?kenapa mereka mahukan perubahan???Sangat jelas terbukti dan nyata penyelewengen demi penyelewengan dan kebobrokan demi kebobrokan BN di sabah di bawah pimpinan ketua menteri yang paling kaya di Malaysia dan paling 'prihatin' dengan keluarga dan suku sakatnya....inilah yang mendorong kepada penduduk sarawak mengimpikan sebuah perubahan dik janji manis yang asyik dihamburkan namun tiada reaksi dan tindakan yang di aplikasikan...






Sarawak,bumi kenyalang yang sangat kaya dengan hasil buminya, memberi satu sumber kepada penduduk sarawak untuk di jadikan sebagai satu aset dalam meneruskan kehidupan.Namun begitu, sumber ini ternyata di bolot dan di'jamah' dengan rakusnya oleh kroni2 tok Uban dan Tok Uban sendiri..melupakan periuk nasi orang lain semata-mata menambah nasi di pinggan sendiri dan keluarga masing2 yang ternyata nasi tersebut sudah menggunung tinggi di atas pinggan mereka...

Owh penduduk sarawak yang menginginkan kepada sebuah perubahan, teruskan usahamu dlm mengubah realiti yang sedang melanda bumi sarawak...teruskan sokonganmu kepada PAS yang dengan ikhlasnya ku katakan di sini bahawa keprihatinan pejuang PAS bukanlah sesuatu yang palsu dan sementara...teruskan bersama PAS dalam mengubah nasib penduduk di sarawak!!!Kepada yang masih lagi mengundi BN, ku mendoakan agar suatu masa dan ketika, hatimu terbuka kepada sebuah kebenaran dan lali kepada sebuah kepincangan...








Kepada semua penyokong dan pendokong PAS, jazakallahu khairan ...kita bukanlah kalah malah tiada istilah kalah di dalam sebuah perjuangan!!!kita sudah menang....kerana kita sudah berjaya membuka mata penduduk sarawak kepada sebuah kebenaran dan membawa mereka ke sebuah perjuangan yang menjadikan islam itu sebagai wadah perjuangan!!!Allah swt di dalam al-quran menggunakan beberapa istilah kemenangan iaitu al-falah, al-nasr dan al-fath uang masing-masingnya mempunyai perbezaan yang berbeza...kemenangan melalui istilah al-falah melambangkan kemenangan yang umum dan menyeluruh meliputi segala aspek individu,masyarakat umum, dunia dan akhirat manakala kemenangan al-fawz pula merujuk kepada kemenangan dan kejayaan di akhirat. Kemenangan al-nasr pula adalah kemenangan dalam jihad kerana membela agama Allah ke atas musuh-musuhNya...


Allah s.w.t. menawarkan kemenangan di dalam firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10 – 12 yang bermaksud: 


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.” 


Di dalam Islam, kemenangan adalah suatu yang pasti dan perlu diyakini oleh setiap muslim...kita perlu mengimani masa hadapan yang baik dan gemilang untuk Islam...Ini kerana terdapat banyak nas al-Quran dan al-Hadith yang memberitakan bahawa Islam akan berjaya pada suatu hari kelak. Kita lihat ayat 55 Surah al-Nur dimulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud ‘telah menjanjikan’, di mana kemenangan di dunia (al-nasr) telah dijanjikan oleh Allah sebagai satu kemestian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya...Surah al-Nur ayat 55 yang bermaksud:



Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad!) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).” 



Janji ini bukan sahaja dikhususkan buat umat Muhammad s.a.w...bahkan ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak zaman Nabi Daud a.s. lagi...firman Allah s.w.t. dalam ayat ke 105 Surah al-Anbiya’ yang bermaksud:



Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” 


Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


Akan sampai urusan ini (agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.”


Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku,yang Islam mendapat kebaikan,kemuliaan dan kehebatan,manakala yang kafir mendapat kehinaan,merasa kerdil dan membayar jizyah.” 



Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia... janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan-pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. hingga kurun ke-14 Hijrah...









Oleh itu,kepada para pendukung perjuangan Islam tak kira lah sama ada di bumi sarawak atau di mana-mana sahaja, sentiasa diingatkan tentang peri pentingnya bergantung kepada Allah dan menyakini bahawa kemenangan hanya datang dari Allah apabila dikehendakiNya...Allah s.w.t. berfirman dalam ayat 126 Surah Ali ‘Imran dan 10 Surah al-Anfal yang membawa maksud:



"Dan Allah tidak menjadikannya (pemberian bala bantuan itu ) melainkan sebagai khabar gembira bagi kemenanganmu,dan agar hatimu tenang kerananya. Dan tidak adalah kemenangan itu, selain dari Allah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Ali- Imran : 126)



Allah s.w.t. mengaitkan persoalan kemenangan dalam ayat ini dengan pernyataan bahawa Allah Yang Maha Perkasa untuk menunjukkan bahawa Dialah yang berkuasa memberi kemenangan kepada orang-orang beriman walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan mereka kurang berbanding dengan pihak lawan...



Manakala pernyataan bahawa Allah Maha Bijaksana pula menegaskan bahawa Dialah yang lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk mengurniakan kemenangan dan sebab apakah kemenangan itu tidak diberikan dalam semua keadaan...



Justeru itu, eetiap pejuang Islam perlu menyakini bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah dan bergantung kepada izin dan kehendak Allah...bila-bila masa Dia boleh mengurniakan kemenangan atau menarik nikmat itu dan memberikan kekuasaan kepada golongan lain...yakin dan percayalah dnegan kata-kataNya...



Oleh itu, para pejuang Islam khususnya kepada pejuang PAS perlu mengambil berat hakikat ini agar kemenangan Islam itu dibina atas dasar kefahaman dan penghayatan Islam dalam mengisi kemenangan..Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 26 yang bermaksud :



Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Semoga,segala apa yang kita hajati dan inginkan diperkenankan olehNya dan segala amalan kita dipermudahkan olehNya...kepada bumi kelahiranku yang tercinta, suatu masa nanti,ku pasti akan kembali ke sana, bersama menyemai dan menyuburkan 'tanaman' di sana agar bisa menjadi 'hasil' yang diredhaiNya...Insyaallah....teruskan perjuangan antum/na di bumi kenyalang..jangan patah semangat!!!ini baharu suatu permulaan...kepada semua petugas PAS yang ikhlas berkorban masa, wnag ringgit dan tenaga dalam membuat perubahan kepada negeri dan pemikiran penduduk sarawak, antum/na adalah di antara barisan hadapan yang memasuki syurga Allah swt...itu adalah janjiNya kepada pejuang agamaNya...kepada pejuang PAS sabah, gelonjakan suasana bakal menerjah di bumi bawah bayu tidak lama lagi!!!mantapkan strategi, giatkan mandiri, kukuhkan ikatan hati agar kita bisa bergerak selangkah dalam menongkah arus ke'plastikan' di sabah...JOM UBAH SABAH BAH!!!!!!



~erti hidup dengan berkongsi~