Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Wednesday, April 20, 2011

Sebuah kenangan...


Assalamualaikum wbt. Sebuah puisi lama yg ku tulis khas utk seorang sahabat baik. Tiba-tiba terasa ingin re-post....


telah lama
hidup bersama kepalsuan
bertemankan bayang-bayang diri
dalam riak air menderu
menerjah meningkah pasir
lalu karam sendirian...

telah kutahu sudah
antara realiti dan fantasi
dan yang di cari
tiada jua di ketemukan
lalu merintih menangis
dan takdir di salahkan...


apakah akan wujud
sebuah ketenangan
dalam sebuah kedamaian
dalam suasana pencarian?

dalam kepiluan ini
ku mulakan sebuah perjalanan
meski jari-jemari ini
di mamah batu bata
yang bertaburan di pinggir jalan
meski rerambut isi terurai
di tiup angin
di bahang mentari
meninggalkan sebuah kemewahan
kehidupan dan keluarga
menangis dalam keterpaksaan...


wahai hari bernama esok
aku lebih rela mendepanimu
laksana seorang pelarian
yang datang bersama keazaman
menempuh sisa kepedihan...

lalu, di pantai ODEC itu
perkenalan pada mulanya hanya sebagai seorang kenalan
tidak lebih dari itu
kau dan aku sama-sama perasan
yang kita banyak persamaan
antara perangai dan minat...

teman,
hadirmu menyinari
kehidupanku yang selama ini
kelam,sepi,pilu dan derita
kau berikan aku nasihat dan dorongan
kau bukakan mataku pada sebuah kebenaran
kau bukakan hatiku pada sebuah kecintaan
kau bukakan mindaku pada sebuah ketenangan
kau bukakan langkahku pada sebuah perjuangan!!!


Pejuang kebenaran jelas padamu
jelas matlamatmu, jelas dasarmu, jelas konsepmu
ajaranmu jelas bak matahari
ilmumu adalah Al-Quran dan hadis nabi
sikap dan perbuatanmu adalah peribadi Nabi dan sahabatnya
malam hari kau mengabdikan diri kpd Tuhan
siang hari kau berjuang bak singa lapar
berusaha mengajak orang mengenal Islam...

Kau membawaku bertuhan dan rasa bertuhan
Kau mendekatiku pada ketika aku hanyalah sebutir pasir
yang bisa saja hanyut di hempas ombak
Kau menjadi muka cermin padaku
Bila ku pandang,memikirkan sebuah wajah yang lain
Wajah seorang muslimah sejati yang selalu kau doakan..

Sedihku,sedihmu jua
gembiraku,gembiramu jua
aku bangga mendapat teman sepertimu
terima kasih kerana doronganmu padaku
yang mendewasakanku dari hari ke hari
terima kasih
sahabat seperjuanganku
dulu,kini dan selamanya....

~erti hidup dengan berkongsi~

No comments:

Post a Comment