Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Teringat dengan masa kecil, ketika berada di darjah 1, bila cikgu tanya, "Nisa, sudah besar mau jadi apa?"...Jawabku, "ahli astronomi, cikgu"...
Ketika di darjah enam pula, sekali lagi cikgu menanyakanku,
"nisa, nanti besar mau jadi apa?"...dan sekali lagi aku menjawab, "pertama, sy mau jd ahli astronomi,cikgu...kedua, sy mahu jd peguam...ketiga, sy mau jadi sasterawan negara"...
cikgu bertanya semula, "banyak betul cita-cita nisa nie...kenapa mau jd semua tu?"
aku menjawab kembali, "sy mahu jd ahli astronomi sebab sy suka tgok langit...sy suka tgok buruj dan hafal nama2 buruj..balik tuisyen mlm2, sy slalu tgok buruj di langit.balik rumah, sy akan gtau dgn mak, sy nampak buruj scorpion, capricon...sy slalu pikir,mesti cantik buruj2 ni..mcm mn lah buruj ni boleh terbentuk..jd, sy mau jd mcm neil armstrong!!!"
aku menyambung kembali, "sy mau jd peguam, sbb bapa ckp mulut sy ni xpandai bhenti...waktu mkn pun bercakap, waktu tgok tv pun berckp..jd bapa kt bgs sy jd peguam...ustazah pun kt sy bgs jd pguam, sbb dah biasa wakil syarahan agama...jadi,sy mau lah jugak jd peguam..."
"sy selalu bc buku anak-anak sidek, majalah didik, buku kawan...lepas bc, sy selalu cuba buat cerita sendiri.sy tulis cerita dongeng,cerita komik...pastu, sy akan bercerita dpn mak sy...sampai mak sy kata, bagus sy jd penulis...sy pun suka bersajak, tapi sy xhebat mcm kazen sy, dewi..."
itulah serba ringkas mengenai cita-cita yg telah ku semai sejak dr kecil lagi...sokongan dan dorongan dr keluarga dan cikgu memang banyak membantu dlm pembentukan identiti diriku pd ms kini. sungguhpun tidak berjaya menjadi ahli astronomi, peguam, mahupun ahli sasterawan negara, namun aku berbangga dgn diriku skrg ni sbg seorg geologist...krn dr bidang itu, aku juga bisa melihat dan meng'explore' ciptaan Allah swt...semoga Allah memberkati orang-orang yang menjadi pendukungku selama ni...Ameen...
“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran”
Pernahkah kamu terfikir bagaimana cakerawala yang tidak berpenghujung ini terbentuk???Bagaimana Bumi, matahari, bulan dan bintang-bintang yang hebat ini dapat muncul???Tahukah kamu alam ini dipenuhi dengan berbagai benda menarik termasuk juga Bumi, bulan dan matahari???Tahukah kamu bahawa keseimbangan halus wujud di alam ini yang memberikan keadaan yang baik untuk hidup???
Sekarang mari kita mula pelajari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini, dan bagaimana Allah menjadikan alam ini.
Pada zaman dahulu, pengetahuan manusia tentang angkasa amat terbatas...Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk meneroka angkasa masih belum cukup maju seperti sekarang. Oleh itu, kadangkala manusia mempunyai pendapat-pendapat aneh tentang bagaimana alam ini terbentuk...Pendapat yang menyatakan alam ini telah sedia ada, merupakan pendapat paling lucu.Sebelum manusia mempunyai teleskop dan peralatan untuk mengkaji langit, beberapa orang dungu mencadangkan alam ini tidak mempunyai permulaan tetapi telah sedia wujud dan akan terus wujud untuk selama-lamanya.
Bagaimanapun, ia tidak masuk akal!!!Rumah dan bangunan sekolah kamu telah dibina pada tarikh tertentu.Malah ayat-ayat yang kamu baca sekarang ini juga telah ditulis pada waktu tertentu.Begitu juga kamu, ibu dan bapa kamu juga mempunyai tarikh lahir. Ini bererti semua benda sama ada bernyawa atau tidak wujud pada waktu tertentu. Menyatakan, “Alam ini tidak mempunyai tarikh lahir, kerana ia telah sedia wujud”, adalah mengarut. Tiada siapa yang akan mempercayainya kini...
Biar kami berikan satu contoh: di dalam perjalanan kamu ke sekolah, bayangkan kamu melalui jalan yang berbeza dan telah menemui sebuah patung...Apa yang akan kamu fikirkan? Sudah tentu kamu akan berfikir, “Seorang pemahat telah menghasilkan patung ini dan meletakkannya di sini”,bukankah begitu? Bagaimana sekiranya seorang rakan kamu menyatakan, “Tidak, patung ini telah sedia ada di sini; tiada siapa mengukirnya”? Mungkin kamu akan berkata kepadanya, “Jangan mengarutlah! Setiap kerja seni mempunyai pembuatnya!”, bukankah begitu?
Mereka yang mendakwa alam ini telah sedia wujud mempunyai pemikiran lebih mengarut daripada rakan kamu yang mendakwa patung tersebut telah sedia ada di situ...Patung hanyalah sebiji batu yang dipahat, tetapi cakerawala ini mengandungi banyak bintang-bintang di langit dan sistem-sistem yang lebih rumit dan sukar daripada sebiji batu.
Terima kasih kepada penemuan astronomi, kesilapan dakwaan alam ini telah sedia wujud sudah menjadi nyata. Kajian ini menunjukkan bahawa seperti mana benda-benda lain, alam ini juga mempunyai permulaan...
Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan ialah pakar astronomi Edwin Hubble.(pakar astronomi ialah mereka yang mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi-galaksi)...Hubble bekerja dengan sebuah teleskop gergasi...Suatu hari, pada tahun 1929, beliau mendapati bintang-bintang bergerak.
Ia bukan gerakan rawak biasa.Bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita secara berterusan...Di samping itu, ia juga bergerak daripada satu sama lain. Sebuah cakerawala yang semua benda bergerak daripada benda-benda lain bererti cakerawala tersebut sedang membesar.
Hanya seratus tahun dahulu manusia mula mengetahuinya.Hari ini, semua ahli sains bersetuju bahawa bintang-bintang bergerak daripada satu sama lain begitu juga dengan Bumi...
Pergerakan bintang-bintang ini adalah satu maklumat penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang–bintang ini bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup.
Sekarang mari kita senaraikan satu-persatu apa yang telah kita perhatikan:
• Bintang-bintang bergerak secara berterusan;
• Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;
• Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali bercantum.
Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali pada satu titik. Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud daripada ketiadaan: Allah telah menjadikannya.
Kamu akan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan “ketiadaan” dengan menjawab tiga soalan ringkas ini:
1. Berapa usia kamu setahun dahulu?
Kamu mungkin menjawab, “Setahun lebih muda”.
2. Jika kamu menghitung usia kamu ke belakang tahun demi tahun, berapakah usia terakhir kamu?
Jawapan kamu mungkin “satu”. Setahun selepas kelahiran kamu, kamu berusia setahun. Bagaimanapun, selepas kelahiran kamu belum cukup tua untuk mempunyai umur. Ini dapat menjelaskan “usia sifar”.
3. Fikirkan tentang tahun sebelum hari jadi kamu yang pertama! Berapakah umur kamu? Di manakah kamu ketika itu?
Kamu mungkin menjawab dengan berkata, “Saya belum wujud ketika itu”.
Kamu tidak wujud sebelum ibu kamu mengandung. Jika kamu undurkan masa untuk tubuh kamu, kamu akan dapati tubuh kamu akan hilang pada akhir operasi ini. Setiap tahun apabila masa berundur, tubuh kamu akan menjadi makin kecil dan kecil, sehingga kamu menjadi seorang bayi di dalam rahim ibu kamu. Jika operasi ini diteruskan, kamu akan sampai pada ketika ibu kamu belum mengandung.
Alam ini tidak wujud sebelum Allah menciptanya. Apabila kita mengundurkan masa, cakerawala ini juga akan menjadi lebih muda. Ia menjadi semakin kecil sehingga menjadi satu titik dan akhirnya hilang. Semua ini membuktikan cakerawala ini telah “dicipta”.
Sementara itu, ingatkan diri kita bahawa kita menggunakan perkataan “mencipta/menjadikan” apabila kita hendak menerangkan sesuatu didatangkan daripada ketiadaan. Hanya Allah dapat mewujudkan sesuatu daripada ketiadaan. Dengan kata lain, hanya Allah dapat “mencipta” sesuatu. Manusia juga dapat menghasilkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini. Contohnya, mereka boleh membuat lukisan. Mereka dapat membina kapal-kapal. Bagaimanapun, sebenarnya, manusia hanya dapat menghasilkan sesuatu dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dunia ini dan dengan meniru benda-benda yang telah sedia wujud di dunia ini. Oleh itu, kita tidak boleh menamakannya “ciptaan”. Ciptaan ialah menghasilkan sesuatu tanpa sebarang contoh ikutan. Allah telah mencipta segalanya di alam ini, termasuk Bumi, daripada ketiadaan.
Manusia meniru apa yang telah Allah cipta, seperti apabila membuat lukisan. Jika kamu diminta melukiskan satu landskap di atas sekeping kertas, apa yang akan kamu lukis? Sudah tentu kamu akan melukis matahari, sebuah gunung, beberapa batang pokok, sejalur pelangi dan laut. Tetapi, pernahkah kamu fikirkan bahawa mustahil kamu dapat melukis sebatang pokok sekiranya kamu tidak pernah melihatnya? Fikirkan seorang yang buta sejak lahir. Di hanya mengetahui matahari bulat dan bercahaya, apabila ada orang yang menggambarkannya kepadanya. Dia hanya akan tahu apabila dia melihatnya sendiri.
Apa yang ditunjukkan oleh contoh-contoh ini, ialah hanya Allah mempunyai kuasa untuk mencipta sesuatu tanpa contoh. Al-Quran, kitab Allah yang diturunkan kepada manusia sebagai panduan, memberitahu kita seperti berikut:
(Dia lah) yang menciptakan langit dan Bumi… (Surah Al-An’am:101)
Sekarang masanya untuk mempelajari bagaimana Allah mencipta alam ini. Pasti kamu tertanya-tanya betapa hebatnya peristiwa yang telah berlaku.
Tahukah kamu berjuta-juta tahun dahulu cakerawala ini hanya satu titik kecil. Sekarang masanya untuk belajar bagaimana titik kecil ini berkembang.
Kamu mungkin pernah melihat filem kartun di TV. Selalunya, musuh akan mengejar hero filem tersebut dan hero akan melakukan apa sahaja untuk melarikan diri. Salah satu benda yang sering digunakan ialah dinamit. Contohnya, musuh Bugs Bunny meletakkan dinamit di rumahnya, atau musuh Road Runner meletakkan dinamit di jalannya. Selalunya, musuh-musuh ini berjaya melarikan diri dengan kemahiran yang hebat.
Sekarang, cuba bayangkan salah satu letupan ini. Contohnya, pemburu yang mengejar Bugs Bunny meletakkan bahan letupan ke dalam rumah bawah tanahnya. Apa berlaku apabila ia meletup? Tanah berselerakan dan serpihannya bergerak daripada satu sama lain. Sebelum letupan tersebut, serpihan-serpihan tanah ini bercantum. Tetapi, selepas letupan, serpihan-serpihan kecil tanah berselerak di merata tempat dan bergerak daripada satu sama lain.
Berjuta-juta tahun dahulu, cakerawala ini wujud selepas sebuah letupan. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini. Serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain.
Letupan ini, yang menjadi permulaan kepada penciptaan cakerawala ini oleh Allah, telah dinamakan sebagai ‘Big Bang’. Ketika letupan hebat ini berlaku, alam ini mula membesar dan berkembang, dan ia masih berkembang hari ini.
Sebelum meneruskan ke bahagian lain, mari kita senaraikan beberapa fakta yang telah kita buat sebelum ini:
1. Dahulu, alam ini tidak wujud;
2. Alam ini wujud dengan letupan satu titik kecil;
3. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain;
4. Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.
Ini adalah tanda kekuasaan Allah yang tidak terbatas. Sekalipun seluruh manusia di Bumi ini bergabung, mereka tidak akan dapat meniru cakerawala ini. Walaupun semua bahan-bahan di dunia ini dikumpulkan, manusia masih gagal meniru letupan sebesar ‘Big Bang’. Semua kekuatan hanya milik Allah, Yang menjadikan segalanya. Setelah membaca bahagian berikutnya kamu akan lebih memahami kekuasaan tidak terbatas Allah dan kebijaksanaan-Nya.
Sahabat/sahabiah, seperti yang kamu bayangkan, tidak ada letupan yang dapat membentuk satu struktur tersusun. Sebaliknya, letupan memusnahkan susunan yang ada. Ia merosakkan apa sahaja yang berada di sekitarnya. Satu bahan letupan berkuasa tinggi dapat meranapkan sebuah bangunan. Bom paling berkuasa di dunia ialah bom atom. Apabila dilepaskan, bom ini memusnahkan semua benda di dalam sasarannya, di dalam beberapa kejadian, beberapa bandar.
‘Big Bang’ menghasilkan letupan yang berbilion kali ganda bom atom. Tetapi ‘Big Bang’ sebaliknya memberikan kesan berlainan dan membentuk sebuah dunia sempurna yang tersusun. Dunia yang kita kenali, yang telah direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan kita, wujud selepas letupan ini.
Bagaimana ‘Big Bang’ menghasilkan aturan yang begitu sempurna?Allah mencipta cakerawala ini daripada tiada melalui letupan ‘Big Bang’. Jelaslah, Allah juga membuat aturan sempurna di dalam alam ini.
Sebarang jawapan selain daripada yang di atas adalah salah. Contohnya, menyatakan aturan ini wujud secara kebetulan selepas letupan adalah tidak logik. Biar kita buat satu persamaan untuk menjelaskannya dengan lebih baik:
Apa akan berlaku kepada pasir-pasir jika sebuah bom dilemparkan di pantai? Sudah tentu pasir-pasir ini akan berselerakan ke merata tempat, bukankah begitu? Bagaimana jika seseorang menyatakan sebuah istana pasir telah terbentuk disebabkan satu letupan di pantai? Kamu mungkin berpendapat dia gila atau berbohong. Begitu juga, mereka yang mendakwa bahawa aturan di alam ini terjadi dengan sendirinya, adalah gila. Terdapat sejumlah perincian, contoh-contoh keseimbangan dan susunan sempurna di dalam alam gergasi ini, yang lebih kompleks jika dibandingkan dengan sebuah istana pasir.
Kesimpulannya, aturan sempurna di dalam alam ini membuktikan bahawa ia tidak datang dengan sendirinya. Setiap aturan dan keseimbangan yang wujud di dalam alam ini adalah petanda kebijaksanaan Allah yang tidak terbatas.
Al-Quran adalah kitab suci Allah yang diturunkan kepada manusia. Ia memberikan maklumat-maklumat paling teliti di dalam semua isu. Kerana setiap ayat Al-Quran adalah Kalam Allah Yang Maha Kuasa. Tetapi, zaman ketika Al-Quran diturunkan, sains dan teknologi tidak secanggih hari ini. Oleh itu, tiada siapa dapat menjalankan kajian tentang maklumat-maklumat yang ada di dalam Al-Quran. Bagaimanapun, hari ini, terdapat kemajuan yang hebat di dalam sains dan teknologi. Hampir semua perkembangan di dalam sains adalah selaras dengan maklumat-maklumat yang Al-Quran berikan. Contohnya, Al-Quran memberitahu kita langit dan Bumi asalnya bersatu, tetapi Allah telah memisahkannya. Di dalam Al-Quran, fakta saintifik ini digambarkan seperti berikut:
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? … (Surah Al-Anbiyaa’:30)
Mari kita kaji ayat ini bersama:
• Perkataan langit bererti semua yang berada di angkasa.
• Kenyataan “langit dan Bumi itu pada asal mulanya bercantum”, menggambarkan semua benda di cakerawala ini asalnya bercantum.
Akhirnya, kenyataan, “Kami pisahkan antara keduanya”, menunjukkan bahawa cakerawala ini telah berpecah menjadi serpihan-serpihan disebabkan oleh letupan tersebut. Contoh ini membuktikan dua fakta penting:
• Al-Quran adalah kitab yang diturunkan Allah,
• Maklumat yang diberikan Al-Quran adalah maklumat yang paling tepat. Kerana Allah, Pencipta seluruh alam ini, telah menurunkan Al-Quran, sudah tentu Dia mengetahui apa yang telah dijadikan-Nya.
Dan juga sedikit promosi mengenai Traning ESQ 165 Angkatan 13 yang bakal berlangsung pada 6,7 & 8 Mei 2011 di Tabung Haji. Preview akan di adakan pada mlm 7 Mei 2011, jam 8.00 malam. Jom beramai -ramai datang untuk recharge dan "merasa" kebertuhanan...
Dan sedikit info mengenai conference Harun Yahya yang bakal "menyerang" bumi Malaysia pada detailed di bawah :
April 30, Saturday
15.00-16.00
PWTC Book Launch
Kuala Lumpur International Bookfair 2011
Malaysia
May 03, Tuesday
09.30-12.30
University Malaysia, Sabah
May 03, Tuesday
15.00-17.00
Petronas Kota Kinabalu
Sabah – Malaysia
May 04, Wednesday
9.30-12.30
Islamic Information Center
Sarawak – Malaysia
May 04, Wednesday
20.30-22.00
Islamic Information Center
Sarawak – Malaysia
~erti hidup dnegan berkongsi~
subhanallah... sungguh menakjubkan foto" alam inie.. dan sangat bermanfaat alur ceritannya... syukron ukhti atas ilmunya..
ReplyDelete