Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Tuesday, April 26, 2011

NISA' SEPANGGAR : WE CARE AND UP-TO-DATE


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,akhirnya berjaya meng'update' blog....entri ringkas tapi penuh pengertian....



NISA’ SEPANGGAR yang baru di tubuhkan pada September tahun lepas merupakan satu NGO yang berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia. Dengan bertemakan “Kita Laksanakan Impian Bersama” melalui 3 misi iaitu kebajikan, kemanusiaan dan juga kemasyarakatan, objektif NISA’ SEPANGGAR akan tercapai melalui program-program yang di rancang dengan teliti, di semai dengan kasih sayang dan di sampaikan dengan penuh keikhlasan.

Di antara program-program yang telah di laksanakan oleh NISA’ SEPANGGAR adalah Usrah Nisa’, Ziarah Nisa’, Iftar Nisa’, Rehlah Nisa’, Misi Tahun Baru Nisa’, Nisa’ Team Building, Lawatan Amal Kasih dan sebagai fasilitator di dalam pelbagai program. NISA’ SEPANGGAR yang di dukung oleh srikandi-srikandi Sabah dan Sarawak turut di anggotai oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada adik-adik sekolah menengah rendah & atas, matrikulasi asasi, penuntut IPTA & IPTS malah turut di kenali oleh para ibu bapa di luar sana.

Alhamdulillah, keahlian NISA’ SEPANGGAR semakin bertambah dan kini sudah menjangkau 60 orang. Baru-baru ini pada 22 April 2011 yang lepas, bertempat di Superbowl, 1 Borneo, NISA’ SEPANGGAR sekali lagi telah mengadakan satu aktiviti iaitu NISA’ BOLING di bawah Unit Sukan dan Rekreasi. Seramai 14 orang ahli NISA’ Sepanggar telah hadir bagi menyertai perlawanan boling ini. Pelbagai lagak dan aksi telah di tonjolkan oleh ahli NISA’ SEPANGGAR ketika bermain boling. Ada bola yang masuk ke ‘parit’, bahkan ada juga bola yang di’lontar’kan ke belakang…Syukur pada ketika itu, keadaan di Superbowl 1 Borneo adalah sangat lenggang, menyuntik lagi semangat ahli NISA’ SEPANGGAR untuk menunjukkan aksi membaling boling yang ‘kreatif’…Kegembiraan jelas terpancar di kalangan ahli NISA’ SEPANGGAR. Kepenatan dalam bekerja dan juga menelaah pelajaran jelas hilang di riak wajah ahli NISA’ SEPANGGAR…Semoga dengan program sebegini mampu merapatkan lagi ukhuwwah di antara ahli NISA’ SEPANGGAR.












Sesi penyampaian hadiah merupakan tirai penutup NISA’ BOLING pada hari tersebut. Nampak gayanya, johan, tempat kedua dan tempat ketiga telah di menangi oleh pimpinan NISA’ SEPANGGAR. Kepada adik-adik, perlu berusaha ‘lebih’ sedikit untuk mengalahkan orang-orang ‘kuat’ boling Sabah dan Sarawak…


Aktiviti ahli NISA’ SEPANGGAR tidak terhenti setakat itu sahaja pada hari tersebut. Ketika menikmati makanan tengahari bersama, satu sms telah masuk, meminta ahli NISA’ SEPANGGAR untuk pergi menziarahi seorang pesakit kanser payudara di Telipok. Seusai solat zohor, ahli NISA’ SEPANGGAR bergegas ke rumah pesakit yang terletak berhampiran dengan Politeknik Sabah dengan bertemankan Ust. Nazri dan juga seorang muslimin. Kehadiran kami pada ketika itu di sambut oleh Kak Hasyimah yang duduk di atas tilam di tengah ruang tamu rumah.



Bekerja sebagai seorang jururawat di Klinik Kesihatan Kerajaan, Kak Hasyimah mula menghidap kanser payudara sejak Oktober 2009. Ibu kepada 4 orang anak ini sudah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kali dan di sahkan berada pada tahap 4, suatu tahap yang cukup membahayakan bagi seorang penghidap kanser. Alhamdulillah, berkat doa dan juga sokongan dari kaum keluarga dan kenalan, Kak Hasyimah selamat menjalani pembedahan membuang payudara pada Jun 2010. Segala perbelanjaan pembedahan dan juga rawatan di tanggung oleh Kak Hasyimah sendiri. Walaupun beliau turut menerima bantuan dari hospital kerajaan, namun rawatan susulan yang memerlukan lebih kurang RM1000 lebih untuk sekali rawatan sahaja amatlah membebankan kerana rawatan yang perlu di ambil bukanlah sekali sahaja, tapi berkali-kali.




Sesungguhnya Allah swt itu menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Tidak lama selepas pembedahan tersebut, doktor mengesahkan bahawa hati Kak Hasyimah telah di jangkiti oleh kuman. Sudah jatuh di timpa tangga, itulah realiti yang melanda diri Kak Hasyimah. Berulang alik ke Hospital Likas bagi mendapatkan rawatan seterusnya menyebabkan Kak Hasyimah hampir berputus asa dengan takdir yang melanda diri. Kak Hasyimah ketika di temu bual oleh ahli NISA’ SEPANGGAR, kelihatan lemah dan juga terpancar riak putus asa di wajahnya. Dengan keadaan hati yang telah di jangkiti kuman, menyebabkan Kak Hasyimah tidak boleh banyak bergerak. Alhamdulillah, tuntutan solat tetap di tunaikan dalam keadaan duduk dan baring.

Kami, ahli NISA’ SEPANGGAR yang datang hanya dengan sedikit buah tangan dan juga Majalah Solusi keluaran 30, berasa simpati dan insaf melihat keadaan kak Hasyimah. Suntikan semangat dan kasih sayang sesama insan dan juga doa, itu sahaja yang mampu kami kongsikan dengan Kak Hasyimah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul…Sama-sama kita doakan agar Kak Hasyimah diberi kekuatan dalam mengharungi ujian Allah swt ini dan pulih seperti sedia kala. Sesungguhnya sakit yang melanda itu adalah satu nikmat dan juga satu kifarah dosa…Kepada insan yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi mana-mana ahli NISA’ SEPANGGAR di NISA SEPANGGAR Sedikit sumbangan mampu mengurangkan segunung bebanan.




InsyaAllah,pada Mei – Jun nanti, NISA’ SEPANGGAR akan mengadakan Lawatan Amal Kasih Siri II, NISA’ Small Kindness di Rumah Harapan, Picnic Nisa’ dan Nisa’ Camp di Kinabatangan. JOM SERTAI NISA’ SEPANGGAR!!!!

“IMPIKAN KEHIDUPAN YANG CERIA & LEBIH BERMAKNA? MASA DEPAN YANG CEMERLANG & TEMAN YANG MEMAHAMI???JOMMMMMMMMM JOIN NISA’!!!!KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA…..”

~erti hidup dengan berkongsi~

No comments:

Post a Comment