Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, April 11, 2011

Bukakanlah Topengmu...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


# Epilog…

Kau maha mendengar….
Keyakinan yang tiada kesangsian…
Kau mendengar rintihan hati ini
Di antara ketidakpercayaan dan pengkhianatan…
Di atas sebuah jalinan ukhuwwah yang erat
Namun  kekeliruan semakin tercetus
Semakin ku semai jalinan itu, semakin gundah untukku leraikan kekusutan ikatan itu…
Siapa diri kau yang sebenarnya???
Adakah kau masih lagi dirimu yg ku kenali 4 tahun yang lalu???
Semakin ku kenali dirimu, semakin aku tidak paham…
Apa tujuan hidupmu???mana matlamatmu???
Apa prinsipmu???mana perjuanganmu???

Walau siapa juga dirimu, aku masih di sini…
Masih setia menanti dirimu…
Menjadi pendamping dalam suka dukamu…
Kerana kau adalah pengayuh sampanku
Yang senantiasa menemaniku dalam mengemudi
Di lautan yang luas…
Sungguhpun kau semakin usang, buruk dan rapuh…
Aku tetap mahukan kau di sisiku…
Kerana bukan fizikalmu yang menjadi kayu ukur
Tapi keyakinan ku kepada mu…
Yang masih lagi kuat dan boleh diperbaiki
Menjadi batang kayuh yang kembali utuh dan bersinar…
Aku yakin…
Aku tidak akan sesekali membuangmu…
Percayalah…


#Prolog…

Ya Allah…Kau Maha Mengetahui…
Segala yang tersurat mahupun tersirat di hati ini…
Sungguhpun jauh kakiku berlari…
Meninggalkan segala kekecaman hati yang melanda di sini…
Namun, akhirnya sudah pasti ku kembali ke titik mula
Dan kesakitan serta kepedihan ini tetap terasa
Walaupun ku kencangkan perlarianku ini…

Apa harusku buat Ya Allah???
Ku carikan ketenangan…
Di pemergianku ke sebuah tempat asing
Di sebalik birunya awan yang berarak…
Di sebalik sejuknya bayu yang menghembus…
Di sebalik gemersiknya titisan hujan ke bumi…
Ku masih lagi merasa lemah…
Keliru
Geram…dikhianati…

Ya Allah, apa yang harusku buat???
Ku ingin mempercayainya sekali lagi…
Ku ingin memberi peluang kepada dirinya sekali lagi…
Ku butuhkan penjelasan darinya….


Namun, sukar…..
Sukar untukku lakukan semua itu…
Kerana topeng yang menutupi wajahnya dan dosa yang menyelimuti badannya…
Ku rasa geram…
Sukar untukku mempercayainya…
Sukar untukku memaafkannya…
Kerana ku rasakan dia tidak akan berubah…
Tiada tanda dia mahu berubah…
Tiada tanda dia mahukan menanggalkan topengnya…
Tiada tanda dia mahu membuang dosanya…
Tiada!!!!

Jadi, harus apa aku lakukan sekarang Ya Allah….
Di antara rasa kebencian dan kecintaan di atas sebuah ukhuwwah…
Aku butuhkan waktu untuk memaafinya…
Aku butuhkan keyakinan untuk mempercayainya…
Aku butuhkan petunjukMu Ya Allah..

~erti hidup dengan berkongsi~ 

No comments:

Post a Comment