Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Wednesday, April 27, 2011

Tahajud Cinta NISA'


Assalamualaikum wbt…Entri yang sekian lama ingin di post tapi belum punya waktu untuk membuat kesimpulan…Harap entri kali ini mampu menggetarkan jiwa antum/na agar bisa menegakkan paksi kebenaran di dalam sebuah pencarian…Terutama kepada sahabiah-sahabiah di luar sana…


Khas untuk bakal isteriku….Khalifah Khairunnisa

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar calon isteriku???Mudah-mudahan kamu sihat. Semoga Allah selalu bersama kita…

Ukhtiku…
Masihkah menunggu aku???Hmmmm…menunggu, menanti, atau apa sahajalah yang sejenis dengan itu..Kata orang membosankan…Benarkah???

Menunggu….
Hanya segelintir orang yang anggap ia sebagai sesuatu yang “istimewa”…Tetapi bagiku, menunggu adalah sesuatu yang sangat istimewa…Banyak hal yang berguna dapat di kerjakan semasa menunggu, misalnya membaca, menulis, berbincang dan sebagainya…



Menunggu dapat juga di manfaatkan untuk mengagungkanNya, melihat fenomena kehidupan di sekitar tempat menunggu, atau sekadar merenung kembali hal yang sudah berlalu. Bukan bererti melamun atau berkhayal. Hal itu berbahaya dan dapat mengundang makhluk dari ‘dunia lain’ masuk ke dalam jiwa….Banyak hal lain yang dapat kita lakukan ketika menunggu. Percayalah, tidak selamanya diri ini perih. Ketika menanti, kita sebenarnya boleh menjadi lebih produktif. Tambahan pula masa kita masih banyak yang terluang, belum terisi dengan kehidupan rumah tangga. Jadi, kita ada banyak masa untuk menyedarkan umat. Masalah umat ketika ini semakin banyak dan beragam….


Wahai bidadariku….

Fahamilah mengapa sampai kini aku belum datang…Bukan aku tidak sudi, bukan aku tidak mahu, bukan aku menunda…tetapi masalah yang mendera bangsa kian banyak dan rumit. Bahkan penyakit sendiri terpaksa di abaikan sebab aku tidak mahu membuat orang di sekelilingku, orang yang sayang padaku, tahu tentangnya lalu bersedih…

Ukhtiku…

Begitu banyak anak yang tidak berdosa yang terpaksa menderita kerana lapar, kurang makanan, lumpuh dan kebuluran…Di tambah lagi bencana demi bencana yang melanda Negara ini. Meskipun ketika ini hidup sendiri terasa agak sulit, tetapi seperti kata seorang ustaz, berjuang untuk orang lain adalah suatu kemuliaan…Memberi ketika kita dalam kesusahan adalah pemberian yang terbaik. Bahawa kita belum hidup jika kita asyik berfikir untuk diri sendiri…


Ukhtiku…

Di mana pun kamu berada, janganlah gundah, janganlah gelisah…Aku sudah melihat wajahmu dan aku mengerti betapa kamu menrindui aku dalam hari-harimu…Percayalah aku juga rindu akan kehadiranmu. Aku akan datang, tetapi bukan sekarang. Jalan ini masih panjang. Banyak hal yang menghalang dan melagu dalam nada angan-angan. Seolah-olah sedetik tidak tersisa. Resah hati tidak mampu di hindari terhadap sekelebat bayang, terhadap sepenggal masa hadapan…Karang asaku tidak akan terkikis dari jalan perjuangan hanya kerana sebuah kegelisahan…Lebih baik mempersiapkan diri sebelum membuat keputusan. Keputusan untuk datang kepadamu….

Ukhtiku…

Jangan bersedih, hapuskanlah dengan keraguan dalam hatimu…Percayalah kepadaNya, Yang Maha Pemberi Cinta, ini hanya liku hidup yang pasti berakhir…Yakinlah masanya akan tiba. Usah kamu risau kerana kecantikanmu semakin pudar. Kerana kecantikan hati dan imanlah yang di cari-cari. Usah kamu resah kerana hilangnya aura keindahanmu…Kerana aura keimananlah yang lebih penting. Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga, merasuk dan menembusi relang jiwa…



Wahai perhiasan nan indah…

Hidupmu jangan di pertaruhkan hanya kerana kamu letih menunggu, apalagi hanya untuk sebuah perkahwinan. Perkahwinan bukan di bangun dalam sesaat tetapi boleh hancur dalam sedetik. Seperti Kota Iraq yang di bangunkan berpuluh tahun tetapi hancur dalam beberapa hari sahaja. Jangan sesekali berasa hidup ini adalah tidak adil. Kita tidak akan mendapat semua yang kita mahukan dalam hidup ini. Salurkan kemahuanmu sedalam kalbu pada tahajud malam. Bariskan harapanmu sepenuh rindu pada istikharah solat malam. Pulanglah kepadaNya, ke dalam pelukanNya. Andai kata kamu tidak bertemu daku, ini adalah kerana dirimu begitu mulia, begitu suci…Kamu terpilih menjadi ‘ainul mardhiah’ di Jannah Nya…



Ukhtiku…

Rancangan Allah adalah rancangan yang terbaik. Itulah yang Allah rancang untuk kita….Dia mempersiapkan kita agar lebih matang, meredah hari esok seperti yang kita harapkan untuk membangun kembali peradaban yang ideal seperti yang di cita-cita…


Ukhtiku…

Aku tahu kamu merindui aku. Bersabarlah…Saat yang indah akan menjelang. Kita akan di satukan dalam ikatan yang suci…Apa khabar kamu di sana? Letihkah kamu menunggu aku berkelana? Sanggupkah kamu bertahan di sana???Bertahanlah…aku akan segera datang, sambutlah dengan senyum manismu…Masih banyak yang harus aku cari untuk membahagiakan hidup kita nanti…



Ukhtiku…

Malam ini terasa panjang dengan air mata yang mengalir. Hatiku terasa kelu dengan derita yang mendera…Aku tahan derita malam ini dengan menghitung bintang. Cinta membuat hati terasa terpotong-potong. Jika di sana ada bintang yang menghilang, mataku berpendar mencari bintang yang datang. Kalau memang kamu pilih aku, tunggu sehingga aku datang…

Aku mulakan hari dengan tasbih, tahmid dan selawat. Berdoa agar kamu selalu sihat, bahagia dan mendapat yang terbaik daripadaNya…Aku tak mengharap kamu akan merindui aku sebagaimana aku merindui kamu…Hanya dengan rasa rinduku kepadamu, aku menjalani hidup ini. Hanya dengan mengikuti jejak hatimu, hidup ini menjadi bererti. Mungkin kamu tidak sedar betapa mudahnya untuk di kagumi…Akulah orang yang akan mengagumi, mengawasi, menjaga dan mencintaimu…



Ukhtiku…

Ketika ini aku hanya dapat mengagumi dan merinduimu…Teruslah mengharap…Mengharap aku segera datang. Jangan berhenti mengharap, kerana harapanlah yang membuat kita hidup. Bila kamu jadi isteriku nanti, jangan berhenti memiliku dan mencintaiku sehingga hujung waktu…Buktikanlah kepada aku yang kamu akan sentiasa mencintai aku…Hanya kamu yang aku harapkan…Sudah lama aku mengharapkan kehadiranmu…Meskipun sulit, akan aku dapatkan juga. Jika aku tidak dapat di dunia…akan aku kejar “ainul mardhiah” di syurga…Aku kian mengerti apa yang yang akan aku hadapi dan apa yang harus aku cari dalam hidup…Aku rangkai sebuah tulisan sederhana ini untukmu yang bijaksana…Aku goreskan syair sederhana ini utnukmu yang mempesonakan, yang memahami dan mencintai aku dengan adanya…Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagi kita…

Wassalamualaikum…
Dengan sepenuh kasih sayang dan buat selama-lamanya, Fillah…


.
Sahabiah-sahabiahku yang sering mendatangiku dengan pelbagai soalan, diriku bukanlah seorang yang pakar…Jazakallahu khairan khatira kerana mempercayai diriku dalam berkongsi rasa cinta…Satu sahaja ku pinta dari mu, semailah benih cintamu kepada Allah swt terlebih dahulu sebelum kau menyemai rasa cinta dengan zauj mu…Jadikan cintamu kepada zauj habibi mu kerana Allah swt…”Maka nikmatNya yang manakah hendak engkau dustakan???Penawar untuk meredakan degupan jantung, baca al-Quran dengan lidah dan hati...

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran ayat 139)


~erti hidup dengan berkongsi~

2 comments: