Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, February 17, 2011

Muktamar PSS kali ke-3




Pada 29 Januari 2011 bersamaan dengan 24 Safar 1432H yang lalu, Perhimpunan Agung PSS 2011 telah di adakan di Masjid An-Nur, Tuaran pada jam 8.00 pagi – 5.00 petang. Perhimpunan Agung PSS merupakan acara tahunan yang julung kali diadakan bagi menghimpunkan semua ahli dalam membahaskan usul bagi kepimpinan PSS sesi yang baru. Sebelum ini perhimpunan seperti ini juga telah diadakan tetapi hanya dikalangan kuantiti yang terhad ataupun dalam keadaan berbentuk program semata-mata. Dengan itu, saff kepimpinan PSS pusat sesi 2011 telah mengambil langkah inisiatif untuk mengadakan perhimpunan Agung buat julung kalinya. Ini selaras dengan matlamat persatuan untuk ke arah Profesionalisme di samping menjadi medan muhasabah ahli-ahli dan pimpinan supaya PSS setapak maju kehadapan. Pada kali ini, Pengarah bagi Perhimpunan Agung PSS 2011 adalah saudara Ahmad Fauzi Saifuddin, juga merangkap sebagai Timbalan Pengerusi PSS Pusat Sesi 2011.




Majlis telah di pengerusikan oleh diriku sendiri dan di antara tetamu jemputan adalah Saudari Fairuz Bend merangkap sebagai Pengerusi PSS Pusat 2011 dan juga perasmi majlis iaitu Saudara Khairul Yusri Mohd Jusoh, wakil dari Pemuda Sabah. Pada majlis itu juga, sesi penganugerahan turut berlangsung bagi menghargai jasa-jasa ahli PSS yang telah bertungkus lumus dalam memastikan nafas dakwah sentiasa menghembus bayu di bawah negeri Sabah agar panggilan “Negeri di Bawah Bayu” dapat lebih di kenali dengan panggilan “Negeri di Bawah Pendakwah”, menyebarkan dakwah selembut bayu, selaju angin dan seluas sebarannya. Di antara anugerah yang telah di berikan adalah Anugerah Remaja Harapan, Anugerah KRU Terbaik yang telah di sandang oleh KRU Tuaran, Anugerah PSS Terbaik yang di telah di berikan kepada PSS Kota Belud, Anugerah Naqib/Naqibah Terbaik, Anugerah Pimpinan Terbaik yang telah di sandang oleh Saudara Fairuz Bend dan juga Anugerah Jasamu Di kenang yang khas di berikan kepada Saudara Bunyamin Bakri, mantan Pengerusi PSS Pusat 2010 dan juga Saudara Mohd Nadhir al-Nuri Kamaruzaman, mantan Timbalan Pengerusi PSS Pusat 2010.





Majlis di teruskan dengan acara kemuncak iaitu sesi pembentangan dan pembahasan usul. Yang Di-Pertua Dewan telah di mandatkan kepada Saudara Fadlan Yusof dan di antara perwakilan kawasan yang hadir adalah kawasan Kota Kinabalu, kawasan Tuaran dan kawasan Kota Belud. Tiada perwakilan dari kawasan Sipitang memandangkan pada hari yang sama telah di adakan Qiam KRU Sipitang. Laporan dan minit mesyuarat bagi saff kepimpinan yang lepas telah di bentangkan oleh Saudara Fairuz Bend, setiausaha saff kepimpinan yang lepas. Manakala laporan kewangan telah di bentangkan oleh Saudara Fanshuri Badaruddin, Bendahari saff kepimpinan yang baru sesi 2011. Semua usul bagi setiap kawasan yang di bentangkan dan di bahaskan adalah berkaitan dengan agenda utama PSS iaitu
1) ~ Tarbiyyah

2) ~ Siasah

3) ~ Organisasi

4) ~ Dakwah dan Kemasyarakatan

Sesi pengenalan pimpinan baru bagi sesi 2011 turut berlangsung setelah sesi penggulungan oleh Yang Di-Pertua Dewan dan ucapan pengenalan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang baru. Majlis berakhir sekitar jam 5.00 petang dan insyaallah Majlis Ramah Mesra PSS 2011 akan di adakan dalam masa terdekat..Semoga semua usaha tidak terhenti, segala janji tidak akan di mungkiri, agar visi dan misi kemas terpatri, bagi melestarikan modal insan berkualiti…



No comments:

Post a Comment