Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Tuesday, February 8, 2011

Qiam Perdana PSS KK





Assalamualaikum wbt…Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi di beri kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini…Semoga pada kesempatan ini, kita sama-sama perbaiki diri dan upgrade kan diri agar lebih bersedia untuk bertemu dengan kekasih kita iaitu Allah swt…

Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari[1525], kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.”…Surah Al-Muzammil (73): Ayat 1-9

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam… Solat tahajud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini kerap kali dilakukan terutama oleh para pemimpin Islam Zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dikatakan juga, mereka tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Dalam al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang turut menegaskan kebaikan mengerjakan solat tahajud ini…


Biasanya kita sering sahaja berasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup… Hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai pengetahuan dan mengetahui peraturan yang perlu diikuti ketika ingin tidur… Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain. Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap beserta dengan doa-doanya sekali dimana ditafsirkan bahawa latihan untuk tidur malam adalah seperti :

•Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika makan malam diambil dengan kuantiti yang banyak, ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita susah bangun dari tidur dan sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
•Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
•Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
•Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w.
•Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ...( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

Alhamdulillah, pada 8 Januari 2011 yang lepas, Persatuan Siswazah Sabah(PSS) KK telah mengadakan Qiam Perdana di Masjid UMS dengan objentif kali ini untuk mencungkil bakat ucapan awam di kalangan adik-adik.....Dan seperti biasa, penyertaan muslimat adalah melebihi muslimin. Namun begitu, muslimin yang hadir itu bukanlah calang-calang orang...Pengisian program di uruskan oleh Abang Amin dan juga Abang Arep...dan diriku agak blurr sedikit memandangkan tugasku hanya di dapur, di tingkat bawah masjid selaku tukang masak...Begitulah keadaannya bilamana diri dah semakin dewasa, dapur akan menjadi “dekat” dengan diri...

Diriku dan sahabat yang lain sempat jugak terlibat dengan beberapa slot adik-adik ni. Di antaranya, persembahan drama ringkas dan juga sesi muhasabah diri pada pagi keesokannya...Pada sesi tersebut, suasana sungguh sayu dan memilukan, di mana banyak adik-adik berkongsi kisah hidup, suka duka mereka sebelum mengenal rasa bertuhan.





Sungguh!!!Pada saat ini, ku rasa sangat sakit dada, kerana menahan kesedihan dan tangisan...Sungguh!!!aku tidak mahu teringatkan kisah-kisah dulu..tapi mendengar cerita adik-adik tersebut, mengingatkanku kepada kenangan silam suramku...Terasa sakit betul dada ini...kerana puas ku latih diri ini untuk tabah dan menahan air mata...dan pada saat itu, segala perasaan duka tersebut seakan-akan di korek keluar...Ku terpaksa meninggalkan perkarangan surau tersebut untuk bersendirian...ya!!!aku perlu bersendirian...

Ada juga adik-adik yang tidak dapat menahan sebak,turut berlari keluar ke kaki tangga bahagian muslimat...Aku cuba memujuk mereka...Ya Allah,sungguh!!!aku pernah merasakan apa yang mereka rasakan dan air mata itu, air mata kesedaran itu lah yang menguatkan aku lagi pada masa kini...Alhamdulillah dik, kerana kita diberi kesempatan untuk mengenal rasa bertuhan...di beri kesempatan untuk mengenal cintaNya...di beri kesempatan untuk meraih redhaNya...syukur dik..Allah sayangkan kita dan sentiasa sayangkan kita..Itulah Ya Rahman Ya Rahim....Cuma kita sahaja yang tidak merasa kasih syang tersebut dan mengabaikan perasaan tersebut...Apa yang penting sekarang ni dik, saat kini dan masa hadapan...apa yang kita mahu lakukan pd ms kini dan ms hadapan..dan bagaimana kita mahu memanfaati ms kini dan ms hadapan..jangan kau toleh lagi kenangan surammu di belakang sana..biarkan sahaja ia berllau menjadi sebuah memori dan jadikan ia sebuah cermin untuk kau menilai diri kau pd masa kini...Luahkan rasa hatimu kepada sang penciptamu...Menangislah dik...menangislah sepenuhnya ketika kau bersendirian di tengah malam...Kerana Allah swt sukakan hambanya yang menemuiNya pada malam hari...

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”...Surah Al-Isra’ (79) Ayat 79

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci…
Telah lama cinta terbiar
Dari cinta hakiki…

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati…

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak…

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa…

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada tuhan
Dia kan tetap menanti…

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi….

Semoga rasa kecintaan kita kepada Allah swt akan semakin bertambah...Ya, kita semua punya agenda masing-masing di hari-hari kita...tapi ingatlah,itu semua hanya sementara sahaja...untuk mendpat keberkatanNya di dalam setiap apa yang kita lakukan, ingalah Allah swt setiap masa...sulamlah cinta denganNya...semoga terubat rasa rindu di hati untuk bertemu denganNya di syurga nanti..



Alhamdulillah, Qiam Perdana PSS KK selesai sekitar jam 10.30 pagi selepas sesi lambaian ukhuwwah yang menyentuh hati. Setelah itu, mesyuarat PSS KK di adakan bagi membincangkan takwim untuk 3bulan pertama pada tahun 2011. Sebenarnya, terasa agak takut juga untuk turut serta secara aktif dalam PSS kerana sudah ada komitmen lain dengan NISA’. Malah, tawaran setiausaha Dewan Muslimat Pas Sepanggar yang ditawarkan kpd ku, terpaksa ku lepaskan kerana ku takut ku tidak komited dengan amanah yang di berikan...Biarlah ku mendukung tanpa sebarang jawatan...Namun, setelah meminta kebenaran dengan ketua pimpinan Nisa’, kena wala’ dengan pimpinan kan, Alhamdulillah ku dengan rela hatinya memegang amanah Exco Mahasiswa & Siswazah (EMS)...Insyaallah..jika dulu,masa di UMS, ku boleh pegang bnyak benda dalam satu pkara, kenapa kini mahu pertikaikan pula...Semoga semuanya di permudahkan olehNya selepas ini...jika ku mahu bersenang lenang, baik ku balik sahaja ke rumahku di Kuching...Keberadaan ku di Sabah ini bukanlah untuk bersenang lenang..tapi menunaikan janjiku kepada Allah swt yang telah ku lafazkan suatu ketika dahulu...

Syukur, sempat jugak ke kenduri rumah Kak Nadrah yang lebih selesa di panggil Kak Cak yang terletak satu taman dengan rumahku...Sungguhpun rombongan kami datang agak lewat, keluarga Kak Cak tetap menerima kami dengan senyuman colgate....Akhirnya terisi jugak perut...Sungguhpun debaran di hati semakin kuat melihat jam yang semakin menghampiri malam...malam yang di nantikan yang penuh dengan buruj di langit...~Jom menyulam cinta dengan Sang Pencipta~

No comments:

Post a Comment