glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...
Tuesday, February 1, 2011
Tragedi di Bumi Kinanah
Assalamualaikum wbt saudara-saudaraku. Selawat dan salam ke atas Rasullullah s.a.w dan keluarga baginda dan al-Fatihah kepada yang telah tiada... Sudah lama tidak mengupdate artikel di laman blog ini. Alhamdulillah masih lagi di berikan kekuatan pada hari ini untuk bermujahadah di bumi Allah ini...Sebenarnya ada banyak artikel yang mahu di uploadkan tapi, semuanya separuh jalan sahaja di siapkan. Artikel hari ini adalah ringkas tetapi penuh dengan pengharapan ...
Pada beberapa hari yang lepas, kita di kejutkan dengan darurat yang melanda Bumi Kinanah,Mesir. Rasa berdegup jantung ini melihat keadaan saudara seIslam di sana terutama mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di sana. Bertambah runsing dan bingung bilamana sahabat-sahabat dam makcik yang sedang bekerja di sana tidak boleh di hubungi samada melalui laman sosial Facebook,Twitter, email dan juga sms...Ya Allah, kau selamatkanlah saudara-saudaraku di sana...
The government is preparing to crackdown on the protesters in all Egyptian cities. They are using tear gas bombs, rubber and plastic pullets, chemicals like dilutes mustard gas against protesters. Several protesters today have been killed when the armored vehicles of the riot police hit them. Officials in plain clothes carrying blades and knives used to intimidate protesters. Thugs deployed by the Egyptian Ministry of Interior are roaming the streets of Cairo, setting fire on car-wheels as means of black propaganda to demonize protesters and justify police beatings and state torture
Itulah yang terjadi bilamana pemimpin itu yang gagal memimpin diri sendiri untuk menjadi seorang pemimpin yang jujur, adil, amanah dan mementingkan keduniaan.
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Tapi saya yakin, saudara-saudara yang berada di Mesir, mereka pada ketika ini sedang berjihad!!!Allah swt sentiasa bersama dengan kalian, wahai saudara-saudara ku di sana...Jangan takut dan gentar dalam menumpaskan Hosni Mubarak itu, anjing peliharaan Israel!!!...Syurga Allah itu ganjaran untuk para syuhada...Mungkin apa yang kalian rasa dan alami, tidak dapat di rasai sepenuhnya oleh saya dan sahabat lain di sini, tapi tempias duka dan semangat itu turut di rasai oleh kami di sini. Doa kami bersama dengan kalian...
Ya Allah, tidak tertahan rasa di hati melihat saudara-saudaraku di sana di perlakukan sedemikian. Bagaimanakah khabar mereka di sana...kenalan di sana...makcikku....teringat suatu ketika dahulu ketika berbual bersama dengan kenalan Egyptian bernama Zainab ketika solat berjemaah di sebuah Masjid di bandaraya Cairo...beliau menanyakan mengenai keadaan saudara di Palestin dan kemudian beliau sendiri meluahkan bahawa "beliau tidak akan menangis untuk mereka di sana...kenapa perlu menangis sedangkan mereka sedang berjihad,berlumba-lumba untuk bertemu dengan kekasih hati iaitu Allah swt.Air mata kita tidak akan memberi kekuatan kepada mereka tetapi doa dan semangat kita yang mereka perlukan..." Tersentak aku sekejap mendengar luahan hatinya,seorang gadis yang masih muda lagi...tetapi semangatnya yang tinggi terpancar dari kata-katanya...subhanallah.
Alhamdulillah baru sahaja sebentar tadi, menerima balasan dari kenalan di Jordan yang memberitahu keadaan sahabat Izyani di alexandria...sebelum internet di sekat di Mesir. Keadaan siswa di alexandria skrg ni alhamdulillah selamat..sedang menghadapi tekanan ujian dan juga darurat di sekeliling mereka...sekarang sedang menunggu maklum balas dr sahabt lain dan juga kenalan PMRAM..tapi mungkin agak mustahil memandangkan sekatan internet dan sms sudah di jalankan...
Ingatlah bahawa cabaran dan ujian Allah itu sentiasa ada untuk para pejuang agamaNya. Oleh hal demikian, kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan tersebut kerana sabar itu boleh menghapuskan segala dosa kita. Sesungguhnya cubaan yang paling dashyat adalah cubaan yang di hadapi oleh para nabi kemudian orang0orang soleh seterusnya ke bawah secara turut-turut. Jika di bandingkan dengan kita, apalah sangat cabaran yang di uji ke atas kita berbanding dengan Rasululllah s.a.w dan para sahabat baginda.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Tabah dan sabar dalam menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat... Semoga saudara-saudara di Bumi Kinanah selamat dan terpelihara..andai kau gugur syahid, ku tidak akan menangisi pemergianmu kerana perginya kau adalah untuk berjumpa dengan kekasihmu...pergi dengan penuh haruman semerbak...Doa kami sentiasa bersama dengan kalian...Innallaha ma'ana...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment