Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, February 17, 2011

Dunia Baru Islam




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…Apa khabar iman kita pada hari ini? Adakah semakin bertambah, malar ataupun semakin berkurang…? Semoga masihnya kita di beri kesempatan untuk bernafas saat ini, hati kita masih lagi menyebut kebesaran Allah swt, kepala kita masih lagi memikirkan keesaan Allah swt, mulut kita masih lagi bertasbih, bertahmid dan juga berzikir, mata kita masih hijab dari segala kemungkaran…dan seluruh anggota badan kita masih lagi gagah untuk kita bergerak kerja…Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w,para keluarga baginda dan sahabat baginda s.a.w…Al-fatihah kepada ahli keluarga, teman dan saudara yang telah pergi termasuk arwah ayah. Semoga di tempatkan di kalangan para salehin…Amin ya Rabb.

Ka`ab bin Ujrah r.a meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: `Hadirkanlah ke mimbar`, dan kami pun hadir ke dekat mimbar. Apabila baginda menaiki tangga mimbar pertama, baginda berkata `Amin`. Apabila baginda menaiki tangga yang kedua baginda berkata `Amin`. Apabila baginda menaiki tangga yang ketiga, baginda berkata `Amin`.Apabila baginda turun dari mimbar, kami pun berkata:`Ya Rasulullah s.a.w. kami telah mendengar daripadamu hari ini suatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. baginda bersabda:`Apabila daku menaiki tangga pertama, Jibrail pun muncul di hadapanku dan berkata, `Celakalah dia yang melewati bulan Ramadhan yang diberkati tanpa memperolehi keampunan`. Maka daku berkata `Amin`. Apabila daku menaiki tangga kedua , beliau berkata: `Celakalah dia yang apabila namamu disebutkan dia tidak menselawati mu.` Daku pun berkata `Amin.` Apabila daku melangkah ke tangga ketiga, beliau berkata `Celakalah dia yang masa hidupnya, ibu bapanya atau salah seorang daripadanya mencapai umur tua (dia gagal mengkhidmati mereka) menafikannya dirinya memasuki jannah. Daku pun berkata `Amin.`

Sudahkah anda semua mendaftar pengundi? Jika belum, daftarkanlah diri anda secepat mungkin sebelum 15 Mac 2011…Kepada yang ingin mendaftar, boleh juga berhubung dengan mana-mana wakil NISA’ Sabah…Adakah penting untuk kita mendaftar pengundi? YA!!! Kerana bilamana umur anda sudah 21 tahun, anda wajib untuk mengundi. Andalah yang menentukan hala tuju dan corak kepimpinan yang bakal menerajui pucuk pimpinan nanti. Jangan MEMAKI jika pihak yang KEJI meWARISI pimpinan sehingga MENCABULI hak anda, MENGKETEPIkan kebajikan anda…Jadi, jomlah daftar pengundi dan laksanakan tanggungjawab anda semua. Jangan MENYESALI akan keputusan yang MENGHANCURI kehidupan anda.

Cuba kita berfikir sejenak reality sekarang…masyarakat yang ada kini adalah merupakan satu refleksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin kita dalam satu tempoh, melbihi refleksi undang-undang yang di gubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatn. Jadi, bilamana pemimpin yang naik itu adalah pemimpin yang SEKULAR, sudah pasti yang akan di pimpin akan mendapat tempias SEKULAR tersebut…Kenapa situasi ini boleh berlaku??? Adakah kerana kefahaman, akhlak dan juga tabiat yang yang memberi kesan-kesan spiritual yang lebih mendalam daripada arahan yang di paksa agar dilaksanakan melalui kekuatan sperti penguatkuasaan undang-undangg dan akhirnya menanamkan pengertian tauladan yang tidak boleh di garap oleh kekuasaan…Ataupun situasi ini wujud kerana falsafah, kesusateraan, dialog dan juga hujah fuqaha’ yang mengetuk pasak akal, perasaan dan roh lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima ataupun menolak sehingga melahirkan ketegasan yang kaku, yang tidak pernah berupaya untuk menakluki hati dan juga tidak ada tempat untuk rasa kasih dan cita…

Jadi, di sini, jelas bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah undnag-undnag atau syariat yang di sokong di belakangnya oleh kpercayaan pemimpin yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan yang di gunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan dan itulah TREND pemimpin kita sekarang ni…Si biru dacing yang TIDAK ADIL!!! Jadi,jelas situasinya Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang mempunyai kesan yang sepadu samada dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis, industry, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan juga golongan intelektual.



Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul. Tidak akan ada peluang bagi undang-undnag Islam untuk melakukan perubahan tanpa ada memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanan undang-undnag Islam satu ibadat. Negara Islam akan tertegak bilamana pemimpinnya menjadikan Al-quran dan as-sunnah itu satu pegangan hidupnya..Golongan jailul qurani al-farid..yang menjadikan Al-Quran itu rohnya, Al-Quran itu peribadinya, Al-Quran itu asas kehidupannya dan Al-Quran itu merevolusi kehidupannya!!!REVOLUSI….satu revolusi!!!semuanya terdapat di dalam al-quran…tidak perlu di ambil dokumentari ataupun jadikan perlembagaan secular sebagai satu wasilah kepimpinan!!!Kajilah perlembagaan Malaysia.Alhamdulillah,ada hikmahnya ketika diri ini memegang Exco Perpaduan Nasional MPP UMS sesi 08/09 kerana di situlah, mata hati ini terbuka kepada sebuah kebenaran dan ternampak satu kepincangan.

Rasulullah s.a.w bersabda : "Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kefahaman itu bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah di perjelaskan oleh para fuqaha’ salaf kerana mereka memahami bahawa para wali Allah yang menolong dan membantu agamaNya terdapat di kalangan seluruh golongan umat Muhammad s.a.w, selagi mana mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata…SISTER IN ISLAM konon…!!!Jadi, mereka terdapat di kalangan ahli al-Quran dan ahli ilmu, di kalangan ahli jihad dan peperangan…TAKBIR!!!Bukan itu sahaja, mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan juga peladang.

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB" [25]

Cuba kita flashback, tragedy keruntuhan Daulah Abbasiyah. Keruntuhan itu tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah di berikan oleh tragedy tersebut. Walaupun demikian, traedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar seperti muslimin di Syam dan juga di Mesir. Oleh sebab itulah, Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan…

Hal ini telah di ucapkan oleh Ibnu al-Qayyim, menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa punca kebatilan yang di lakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan keburukan serta bersesuaian dengan akidah Islam. Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “lalu syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan berwala’kan kepadanya dengan membelakanginya Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru kepada kemurkaanNya, mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaanNya. Mereka mencela dan mendustakanNya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para waliNya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan.

Mereka berusaha untuk menghapuskan para waliNya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu Negara buat mereka.” Inilah situasi pertembungan Islam dan Jahiliah. Lihatlah situasi kita di dunia ini sekarang, Malaysia khususnya…Pemimpin Islam sendiri yang menidakkan Islam…Tahniah buat Tun M!!!Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat Islam, sengat yang melupakannya daripada megingati lafaz-lafaz yang lembut, hilang dari ingatannya bahawa kita tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang lalu dia berkeras terhadp kita dan kita tidak berdaya menangunggnya sedangkan kita MAMPU!!!mampu melawan kembali.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung”
(A1-Imran 104).

Jomlah kita bersama-sama berusaha untuk menegakkan syiar Islam di Negara kita. Menaikkan pemimpin yang insyaAllah membawa kita ke jalan syurga, hidup di dalam masyarakat Islam dalam erti kata yang sebenarnya.Kita sudah muak, lali dengan janji manis mereka, tipudaya mereka, helah mereka…dan jangan biarkan kita terus TERTIPU!!!

WAHAI PARA MUJAHID MARALAH KE HADAPAN
KERAHKANLAH TENAGAMU DAN JUA FIKIRAN
KORBANKANLAH HARTAMU SEKALIPUN JIWA RAGA
TEGUHKAN KEYAKINAN TERUSKANLAH PERJUANGAN

WAHAI PARA MUJAHID JANGANLAH TERPENGARUH
UJIAN NIKMAT HIDUP DUNIAWI
BIARPUN IANYA BEGITU INDAH
NAMUN HANYA SEMENTARA
MEMANG BERJUANG ITU TERKORBAN
KERANA KITA BERJUANG UNTUK BERKORBAN
ITULAH ASAM GARAM PERJUANGAN
SYARAT MENDAPAT CINTA ALLAH

WAHAI PARA PEJUANG KEBENARAN
SUBURKANLAH SEMANGAT JUANGMU
SETIAP MASA SEPANJANG HAYATMU
DENGAN IRAMA HIBURAN INI
TEMPUHILAH PENDERITAAN DI DALAM PERJUANGAN
KERANA ITU ADALAH PENGHAPUS DOSAMU
BERJUANG KERANA ILAHI
WALAUPUN SEDIKIT TETAPKAN DI NILAI
SEBAGAI AMALANMU YANG SOLEH

Di sertakan sekali beberapa gambar ketika Bengkel PRU 13 yang telah di adakan pada 23 Januari 2011 yang lepas. Semoga, dunia baru Islam akan berjaya di tegakkan!!!Insyaallah.





No comments:

Post a Comment