Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Tuesday, February 8, 2011

Sekolah Rendah Islam al-Hafidz





Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, di berikan sekali lagi olehNya untuk terus bernafas di muka bumi. Hargai masa yang ada dan rancanglah dengan sebaiknya dalam mencapai matlamat nun berada di hadapan kita….Semoga dengan kebersamaan kita akan membentuk satu kesatuan yang mampu melahirkan sesuatu yang luar biasa…Insyaallah …Terasa sangat bersalah sebab sudah lama membiarkan blog ini tanpa sebarang khabar…jika penulisan ringkas tidak mampu untuk istiqomah,apatah lagi amanah dan tanggungjawab yang lebih besar di dalam perjuangan sebenar….Ya Allah,ampunkanlah dosaku ini dan jauhkan aku dari sebarang kelalaian yang sering kali membelenggu diri…

Pada hujung minggu lepas, selapas ijtima’ tarbawi di “New Zealand” Sabah, diri ni tiada hati untuk kembali ke rumah sendiri di Inanam kerana sudah jatuh hati dengan suasana rumah para pengajar di Sekolah Rendah Islam al-hafidz bandar sierra…Tiba-tiba teringat pula masa pelancaran SRI al-hafidz pada 1 Januari 2011 yang lepas…Setelah selesai mengedar risalah HIJRAH Nisa’ Sepanggar dan Pemuda Sabah sekitar jam 2.30 pagi pada awal pagi 1 Januari 2011, dengan keadaan sehelai sepinggangnya, telah bermalam di rumah kak sue di kepayan kerana mahu tolong pendaftaran si cilik ansorullah SRI al-hafidz dan juga Pasti bndr sierra.

Alhamdulillah, masih lagi berupaya untuk bergerak dan tiba di SRI sekitar jam 7pagi pada 1 Januari yang lepas. Bertambah lagi rasa kesyukuran bilamana ramai para ibu bapa hadir bersama anak-anak mereka pada hari itu…Alhamdulillah,sudah terbit kesedaran di kalangan para ibu bapa mengenai pendidikan Islam yang perlu di didik kpd anak seawal yang mungkin terutama dalam bab talaqqi al-quran dan hafazan…Insyaallah,semoga melalui kesedaran ini, akan melahirkan para pejuang jihad dalam menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini…Insyaallah, andai diri ini di beri peluang untuk menjadi seorang ibu, sudah pasti anakku nanti akan di hantar ke SRI al-hafidz…

Majlis pelancaran SRI al-hafidz di mulakan dengan solat hajat…Suatu kelainan yang sebenarnya tidak lain…Mungkin bagi sesetengah masyarakat menganggapnya lain tapi mulakan majlis dengan solat hajat itu adalah lebih baik, memohon kepada Allah swt agar segala urusan pd hari itu dan hari2 seterusnya akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatanNya…




Ust Anuar selaku mudhir SRI al-Hafidz telah membuat sesi pengenalan kepada hadirin hadirat yang hadir berkaitan dengan SRI al-hafidz dan juga tenaga pengajarnya. Majlis telah di rasmikan oleh Dr. Ali Akebar selaku penasihat SRI al-Hafidz dan juga pensyarah di UMS.

Sekolah Rendah Islam al-Hafidz di tubuhkan di atas kesedaran ingin melihat Islam kembali bersinar semula dengan harapan agar produk kelahiran sekolah ini nanti di harap akan menjadi pemangkin ke arah penyebaran dan perkembangan dakwah Islam di bumi Sabah khususnya pada masa akan datang. Ianya bukanlah bermatlamatkan keuntungan material semata-mata bahkan sumber utama kewangan SRI al-Hafidz adalah hasil dari dana wakaf sumbangan orang ramai. Penubuhan SRI al-Hafidz ini adalah mengikut maahad Darul Ulum, Kelantan. Buat sementara waktu sekolah ini beroperasi di dua buah blok rumah kedai yang di sewa di Bandar Sierra, KK.

Sasaran pelajar sekolah adalah sekitar 7-12 tahun dan tujuan penubuhan SRI al-hafidz ini adalah untuk menyediakan satu pendidikan bersepadu dunia dan akhirat di samping melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak. Selain itu, ia juga bertujuan mendekatkan anak-anak kepada Al-Quran dan menjadikan Al-quran rutin bacaan seharian. Malah ia menyediakan satu alternative kepada ibu bapa untuk mencorak pendidikan anak-anak mereka. Bukan setakat itu sahaja, penubuhan SRI a-Hafidz ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang menghafaz al-quran sekurang-kurangnya lima juzuk dan cemerlang dalam akademik dan juga melahirkan generasi yang mempunyai roh keislaman dalam kehidupan seharian sesuai dengan visi, misi dan moto SRI al-hafidz iaitu :

Visi : Melahirkan mukmin professional Hafaz al-quran
Misi : berusaha melahirkan pelajar bertaqwa dan berketrampilan dengan sahsiah islam
Motto : Membina generasi al-Quran

Di antara pembelajaran SRI al-hafidz adalah talaqqi jamaie, talaqqi musyafahah (iqra/al-quran), tasmie, murajaah hafazan/tadarrus dan juga riadah. Pelajar tahun satu mesti khatam buku Iqra dalam masa lapan bulan. Manakala pelajar yang sudah boleh membaca al-quran atau berjaya menamatkan buku Iqra kurang dari tempoh yang di berikan akan terus memulakan talaqqi al-quran bermula dari juzuk “amma manakala pelajar yang gagal menamatkan buku Iqra dalam tempoh lapan bulan diwajibkan mengikuti kelas pengukuhan. Bagi memantapkan hafazan, para pelajar akan membaca beramai-ramai surah an-Nas hingga at-Takathur setiap kali selepas solat zohor dan surah al-Qari’ah hingga ad-Dhuha setiap kali selepas solat asar.





Di sebabkan permintaan yang banyak di kalangan ibu bapa, kelas Tahun dua turut di buka…dan Insyaallah, menurut Ust Anuar, maahad tahfiz sains akan di bina di kemudian hari nanti…sumbangan dari anda semua sangat di hargai. Semoga, dengan terbina Sekolah Rendah Islam al-hafidz ini dan maahad tahfiz sains pada masa akan datang akan mendapat keberkatanNya dan mampu menlahirkan produk2 Islam yang meneruskan dakwah di bumi Sabah nanti.

7 comments:

  1. assalamuaalaikum,ukhti perhatikanlah kata-kata ini
    'ya allah kalau ibadahku hanya untuk masuk ke syurgamu maka kau jauhkanlah ia dariku,kalau ibadahku hanya untuk menjauhi nerakamu maka kau campaklah aku kedalamnya,tapi ya allah kalau ibadah ku kerana cintaku padamu maka janganlah engkau menyiakan cintaku ini ya allah.(adikmu iskandar/psskb)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam ....

    syukran atas2 kata2 indah tersebut :)

    ReplyDelete
  3. iskandar/psskb/tunsaidMarch 17, 2011 at 7:01 PM

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratu, smoga allah mnjadikan ukhti ungul sperti khadeejah,ikhlas sperti aisha,tabah sperti siti hajar,berakhlak sperti rabiatul adawiyah,berani sperti wanita ansor,menjadikan halaqah nadi kehidupan,stiap langkah penuh keimanan,terjalin satu perhubungan bertemakan percintaan dgn tuhan.(adikmu iskandar/psskb/smk(a)tunsaid)

    ReplyDelete
  4. syukran jazillan...di atas doanya ya adik iskandar...insyaallah, dik..ingin menjadi seperti bidadari syurga itu mmg sngt susah...kepadaNya akak memohon agar di berikan kekuatan,di berikan iltizam, di berikan hidayah, di berikan kecintaan, di berikan keimanan...yang akan sentiasa mengikat diri untuk terus berjalan di dalam sebuah pengembaraan menuju syurgaNya...

    ReplyDelete
  5. iskandar/psskb/tunsaidMarch 18, 2011 at 3:34 PM

    bgi pndangan ukhti untuk apa kita beribadah?
    mcam mna maw dpat ikhlas dlm beribadah?
    bgaimana cra dakwah kru yg dbawh pss nie,ana dngar ia ikut cara ikwanul muslimin

    ReplyDelete
  6. salam dik...bagi pendapat akak kan dik, untuk menjawab persoalan kenapa perlu beribadat tu, kita kena renung kembali mengapa kita di lahirkan???WHO AM I???adakah kita ni polan bin si polan sata-mata??atau pun kita ni dilahirkan untuk hidup, menikmati kehidupan di bumi sementara ini atas nama “manusia” semata-mata sahaja???
    Allah swt itu tidak menciptakan sesuatu tanpa sebarang sebab...”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka menyembahKu “ (Adz-Dzaariyat:56)..Sebelum lahirnya kita ke bumi ini dik, di dalam rahim ibu lagi, kita sudah bermuahadah...berjanji...berkalimah syahadah “Aku naik saksi tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah swt” dan Alhamdulillah wa syukurilah...fitrah kita itu adalah Islam...saat pertama membukakan mata di bumi allah, subhanallah..indahnya ciptaan Allah tu dik...indahnya manusia yang diciptakan oleh allah swt itu dik...dan beribadat inilah platform untuk kita melahirkan rasa kesyukuran dan rasa penuh kehambaan...bagi mensyukuri nikmat kurniaan yang di berikan oleh Allah swt kepada kita...
    Dan lahirnya kita ke bumi ni dik, bukan hidup selesa,senang secara berseorangan...menuju syurga Allah secara berseorangan...kita perlu amar maaruf dan nahi mungkar...mengajak seramai yang boleh untuk sama-sama mengabdikan diri kepada Allah swt...menuju syurga Allah dan memepersiapkan diri untuk bekalan berjumpa denganNya...sesungguhnya neraka allah itu sangat azab..dan di dunia inilah, kita perlu raih segala keredhaan Allah di dalam segala amalan kita...dan platformnya dik adalah beribadat...
    ikhlas??sesuatu rasa yang sangat abstrak...even kita sendiri, sangat sukar untuk kita tahu yg kita ni ikhlas atau tidak...kerana hanya Allah swt yang mengetahu segala rasa di benak di dalam hati kita...dik, bilamana kita tidak merasa apa2 di dalam setiap amalan kita, berhati-hatilah dik...kerana itu adalah permulaan untuk kta merasa tidak ikhlas..p, bilamana kita meragui ikhlas kah kita ni di dalam setiap amalan kita,insyaallah itu adalah permulaan kita untuk merasa ikhlas...
    untuk soalan adik pasal ikhwanul muslimin, akak suka untuk mengajak adik melihat kepada tujuan mengapa ikhwanul muslimin ditubuhkan...pertamanya adalah untuk memperbaiki individu...merawat dan mengupgrade akidah kita supaya hilang segala kekotoran di dalam diri dan hati kita...yang ekduanya pula dik adalah untuk memperbaiki keluarga..dan ingatlah pembinaan keluarga itu adalah asas kepada pembinaan masyarakat yang utuh dan ummah yang mantap...itu sebab baitul muslim itu sngt penting...yang ketiga pula ialah untuk memelihara ummat...dan mencegah pemusuhan dari kezaliman dan kekejaman k etas ummat Islam...seterusnya dik adalah untuk menentang penjajah...dan terakhir adalah untuk mewujudkan perpaduan masyarakat Arab dan umat Islam yang lain...bila kita lihat analisis kepada matlamat ikhwanul muslimin ini di tubuhkan, ia adalah satu wadah dakwah yang mencakupi seluruh manusia dan mengatur segenap bidang kehidupan... 
    itu sahaja perkongsian ringkas dr akak ...
    semoga terus istiqomah ye...:)

    ReplyDelete
  7. iskandar/psskb/tunsaidJune 2, 2011 at 4:37 PM

    assalamualaikum warahmatullah,kak nak tnya c'kit psal 2012 tu,bnyak sngat org tnya ana,tpi ana hnya mampu menjawab yg ana mampu sahaja jdi anak nak mintalah pndapat dri akak,adakah kita patut trima stiap kajian yg tlah dibuat oleh hamba2 allah yg b'tanggungjawab trutamanya pra saintis?

    ReplyDelete