Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, June 30, 2011

Langkah kita Langkah BERSAMA!!!


Assalamualaikum wbt...Semoga pada detik ini,kita masih lagi merasa nikmat iman  dan juga nikmat Islam...Terkejut pagi tadi, keluar sahaja dari lorong rumah, LUARBIASA jammed!!!bendera keris dan juga dacing semakin galak di cucuk ke dalam tanah..semakin megah di terbang-terbangkan berdekatan dengan tiang elektrik...erm...Pak Najib dan konco-konconya nak turun ke sini hari ni!!!buang tebiat betoolll...Inanam yang selama ni di cop sebagai kawasan black area di mana kebanyakan para penghuninya adalah 'semangat waja' skrg ni menjadi tumpuan oleh Pak Najib and the gang...malah Inanam juga turut di iktiraf sebagai kawasan terbersih...wah!!!mantap strategi Pak Najib kali ni...memancing ikan-ikan besar yang bergigi tajam agar senang makan ikan-ikan kecil yang di sangkanya xmempunyai gigi tajam...NO..NO...NO...!!!jgn pndang rendah pada ikan kecil ya Pak Najib...!!kami xtakut hang nak p upah ikan besaq mana ka..'org kuat' mana kah...'black men' mana kah...'samurai' mana kah...KAMI TAK GENTAR!!!!hang tabur lah berkotak-kotak duit hang...berkapal-kapal barangan elektrik,kipas dinding,mesin basuh, screen tv...KAMI TETAP TAK GENTAR!!!memang dah maklum dah Pak Najib oii, hangpa ni rasa kuat sebab hangpa ni ada duit banyak...ada jawatan besaq...hangpa ingat,semua tu muat nak di masuk ke dalam liang lahad???



"tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang di pimpin oleh pembawa) gajah (yang hendak meruntuhkan Kaabah)???Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia telah menghtarkan kepada mereka (rombongan) burung berpuak-puak, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang di bakar keras, lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang di makan ulat..."Surah Al-Fiil: 1-5

Kita semua sedia maklum. bulan Rabiul Awwal mencatatkan pelbagai peristiwa penting...Kelahiran dna kebangkitan Nabi Muhammad saw sebagai nabi lagi rasul terakhir zaman telah memecahkan benteng pemisah antara jurang bangsa, budaya, negara...kepada umat yang berpegang kepada aqidah yang satu dengan mengadap ke arah kiblat yang satu serta mengamalkan ajaran dan sistem yang di tunjukkan oleh al-qur'an yang satu...tidak timbul dalam hati mereka-mereka yang beriman dari kalangan bukan berbangsa arab tentang wajarkah mereka menerima Islam???yang di bawa oleh seorang nabi yang berbangsa Arab dan tidak timbul perasaan ragi-ragu tentang sistem pemerintahan, ibadat, ekonomi, kemasyarakatan yang terkandung di dalam al-quran yang berbahasa Arab samada sesuai untuk di laksanakan di negara dan oleh bangsa selain Arab!!!

Kekuatan aqidah terhadap Allah dan rasulNya telah melenyapkan segala perasaan ragu-ragu atau was-was tentang keadilan dan kemurnian sistem Islam yang bukan sahaja berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan dirinya sendiri malah meliputi hubungan antara manusia sesama manusia samada seagama atau berlainan agama...Ketika mengingati tahun kelahiran nabi Muhammad saw, maka ia tidak dapat di pisahkan dpd menyebut tentang peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah dari Yaman ke atas Kota Mekah bagi menghancurkan Ka'abah!Perbuatan dan tindakan Abrahah ini akibat daripada perasaan dengki terhadap sambutan yang telah di berikan kepada Kota Mekah dengan adanya Ka'abah sehingga tidak mampu di beri saingan oleh kerajaan Abrahah walau pun  telah emmbuat pelbagai pembangunan bagi menarik minat ramai!!!

Oleh itu, kedudukan Ka'abah mengikut pandangan Abrahah mesti di robohkan segera bagi memastikan manusia mengalih tumpuan ke Yaman pula..walau pun ada yang cuba menghalang tetapi telah di kalahkan oleh Abrahah yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat!!!apabila tentera Abrahah sudah tiba berhampiran dengan Kota Mekah lalu datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib datang bertemu dnegan Abrahah agar di serahkan 200 ekor untanya bukan berunding agar Abrahah tidak meruntuhkan Ka'abah...

Kerika menjawab pertanyaan Abrahah, Abdul Muttalib lalu mengatakan bahawa dia hanya meminta unta kerana ia adalah miliknya  sedangkan Ka'abah mempunyai tuan yang akan menjaganya iaitu Allah...selepas itu, abdul Muttalib meminta agar kaumnya berlindung di sebalik bukit agar tidak menjadi mangsa kepada tentera Abrahah manakala dia bersama beberapa orang lagi telah menuju ke Ka'abah dan meegang gelang pintunya sambil berdoa memohon pertolongan Allah..akhirnya Allah telah menghantar tentera berupa burung-burung kecil yang melontar batu ke atas tentera bergajah Abrahah sehingga hancur kulit-kulit mereka dan mereka mati dalam penuh kehinaan...

Tindakan tentera Abrahah ini,sahabat-sahabat sekalian adalah sama dengan tindakan Amerika yang telah di hasut oleh Yahudi dalam menentang umat Islam pada hari ini. akibat bimbang umat Islam akan kembali kepada ajaran Islam yang menyeluruh yang boleh membawa kepada kurang bergantungnya umat Islam kepada sistem ciptaan kuffar terutama yahudi serta betapa tergugatnya kedudukan negara haram Israel jika Umat Islam kembali bersatu atas dasar iman dan taqwa dalam menentang mereka..Maka suatu usaha yang rapi berbentuk serangan saraf dan juga fizikal telah di lancarkan secara ebsar-besaran agar negara umat Islam dapat di jajah kembali!!!Kuffar telah melihat hasil penjajahan sebelum ini telah berjaya memecah belahkan umat Islam serta menjauhkan mereka daripada ajaran Islam yang sebenar!!!

Kuffar berjaya mengaut keuntungan hasil perpecahan umat Islam dengan mengaut hasil bumi yang ada serta hasil daripada penggunaan kepada sitem ciptaan mereka seperti kapitalis, sosialis dan komunis!!!dendam dan dengki kuffar terutama yahudi kepada Islam terus membara dan bila ia meletus maka ramailah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman...

Firman Allah dlm surah al-Baqarah:109 "Ramai di kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman kerana perasaan dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sudah nyata kepada mereka kebenaran Nabi Muhamaad saw. Oleh itu, kamu maafkanlah dan biarkanlah mereka sehingga Allah datangkan perintahNya.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Sahabat-sahabat sekalian, menyedari tentang bahaya dan ruginya perpecahan di kalangan umat islam yang menyebabkan kita terus di jajah maka kita wajib kembali bersatu!!!umat Islam cukup merana dan menderita akibat penjajahan baru ke atas negara umat Islam dengan alasan mahu membasmi keganasan..Kuffar yang diketuai oleh yahudi telah berusaha meranapkan negara umat Islam yang berpengalaman denagan peperangan seperti Afghanistan,Palestin,Iraq di samping amaran keras terhadap Syria dan juga Iran serta menghancurkan gerakan Islam yang mempunyai kelengkapan dan latihan senjata bagu melumpuhkan golongan mujahidin yang selama ini banyak membantu saudara seakidah yang tertindas seperti di Bosnia dan Kosova..

Kita jangan ingat bahawa setelah berjaya mneghancurkan umat Islam yang berpengalaman dalam penggunaan senjata maka kuffar akan berhenti daripada memerangi umat Islam..ini adalah kerana api permusuhan kuffar terhadap umat Islam tidak pernah padam sehinggalah kita sujud di bawah kaki mereka!!!sebagai umat Islam yang bermaruah, kita jangan sama sekali tunduk kepada kehendak kuffar sebaliknya kita mesti mengorak langkah dengan seberapa segera untuk kembali bersatu di atas dasar iman dan Islam..Banyak laungan agar umat Islam bersatu tetapi tidak jelas tujuan dan matlamatnya...contoh 'terbaik'...1MALAYSIA!!!


adakah umat Islam boleh mengatakan bahawa mereka mesti bersatu atas dasar kebangsaan yang sempit dan menyesatkan???adakah umat Islam boleh melaungkan kalimah bersatu atas dasar sekularisme yang sesat???adakah boleh bersatu atas dua dasar yang berlawanan iaitu iman dan kufur????adakah boleh bersatu atas dua dasar yang bertentangan iaitu Islam dan jahiliah???serta bersatu kerana Allah bukan KERANAMU MALAYSIA!!! Malaysia insyaAllah akan selamat jika kita berjuang kerana Allah dengan melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara tetapi akan hancur sebagaimana Iraq dan selainnya jika berjuang atas dasar bangsa dan ideologi ciptaan manusia dengan mengenepikan sistem Islam yang adil!!!

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" As-Saff: 4


Kita kena yakin bahawa dengan Islam sahaja ,maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat!!!Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah bukan penentang Islam..Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memeperjuangkan Islam sebaliknya kita ni adalah rantaian kepada perjuangan umat terdahulu dan akan datang..Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita ni adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah di lakukan oleh para Nabi dna Rasul serta pejuang Islam sebelum ini...

Tiada erti letih dalam berjuang jika kita yakin bahawa perjuangan Islam adlaah suci sebaliknya kuffar dan golongan munafik lebih letih menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapatkan habuan dunia berbentuk takhta dan harta!!!Kita berhimpun kerana kita ingin BERSIH kan pilihanraya Malaysia yangs sangat tidak telus!!!!kerana kita ingin Malaysia ini di perintah dengan menggunakan sistem pemerintahan Islam..bukannya KAPITALIS,SOSIALIS,KOMUNIS,SEKULARIS!!!biarlah kita di kecam,di tangkap...di serbu kerana memakai baju KUNING!!!sesuka hati sahaja mengeluarkan fatwa PERHIMPUNAN BERSIH HARAM!!! tertanya-tanya sebentar, rapat umum persatuan belia India yang membanteras perhimpunan BERSIH, yang di upah oleh AMENO , xpulak di tangkap...pemuda AMENO yang nak buat perhimpunan pada tarikh yg sama, xpulak di tangkap..sedangkan konsepnya semua sama...PERHIMPUNAN...MALAYSIA oh MALAYSIA...sangatlah tidak BERSIH!!!semalam, anak kecik 7 tahun turut di tangkap..kerana mengedar risalah BERSIH!!!warganegara KOREA dan juga FILIFINA turut di tangkap sebab ikut serta edar risalah BERSIH...!!tengok..sampai orang luar pun sedar ketidakBERSIHan Malaysia tercinta ini!!!A.Samad Said pun kena siasat....sebab berada di majlis BERSIH...kata dalam perlembagaan, kebebasan mengundi...demokrasi..erk....geleng kepala jap...jom BERSIH kan sapa-sapa yang tak BERSIH ni...



"wahai orang-orang yang beriman!!Jadikanlah diri kamu pembela-pembela agama Allah sebagaimana keadaan penyokong-penyokong Nabi Isa Ibni Mariam ketika dia berkata kepada penyokong-penyokongnya itu : Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)??Mereka menjawab : Kamilah pembela-pembela agama Allah!!! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari Kaum Bani Isril beriman dan sepuak lagi tetap kafir..Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,maka menjadilah mereka orang-orang yang menang..." As-Saff : 14

~erti hidup dengan berkongsi~






Wednesday, June 29, 2011

Israa' Mikraj : Singkat Waktu,Jauh Marhalah



masjidil aqsa...kiblat pertama umat Islam...Masjidil aqsa,rumah suci ibarat mutiara,kini sunyi tiada suara, di pagar besi ibarat penjara,taman anbiya medan pusara...



masjidil haram...cita-cita dan impian bersama...padaMu ku memohon untuk jejakkan kakiku ke sana bersama keluarga terutama umi tercinta dan bakal zauji ku...inginku membawa cintaku bagi menyemai CINTAku pada mu...agar tugu cinta yang dibina bisa mendapat tempat di syurgaMu nanti..

Assalamualaikum wbt...Bulan Rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam..(Bulan Rejab Bulan Haram ) "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumu, diantaranya empat bulan haram." At-Taubah: 36. Selain Zulkaedah, Zulhijjah dan juga Muharram, Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan mulia di mana di haramkan pertumpahan darah padanya. Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain, bulan Rejab di hiasi dnegan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulullah dan umat Islam... Bulan Rejab menjadi saksi kepada Hijrah pertama ke Habsyah, peristiwa Isra' Mikraj, Perang tabuk, pembukaan smeula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dan beberapa peristiwa yang lain lagi...
Peristiwa Isra' Mikraj merupakan antara peristiwa yang paling istimewa dan luar biasa dalam hidup Baginda s.a.w di mana Baginda telah menjadi undangan allah swt. Dari Makkah ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke Sidratul Muntaha, beliau telah di muliakan dengan pertemuan langsung dengan Allah swt pada tempat yang mana malaikat sendiri tidak dapat hadir..
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Al-Isra':1
Luka kehilangan Abi Talib dan khadijah masih merah di hati tatkala Rasulullah dengan penuh harapan memilih untuk berdakwah ke Thoif..alangkah sedihnya hati tatkala menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan oleh penduduk Thoif..dalam pada itu, Rasulullah mengungkapkan kata-kata yang penuh bermakna "Sekiranya engakau (wahai Allah) tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah.."

Sungguh sedih, kecewa dan hampa apabila ada di kalangan umat Islam sendiri tidak mempercayai peristiwa paling bersejarah dalam Islam, iaitu Israk dan Mikraj..bukan sahaja tidak mempercayai, malah turut mempersendakan peristiwa besar ini..
Mereka yang tidak mempercayai peristiwa itu sama dengan golongan kafir Quraisy yang tidak menerima kebenaran peristiwa tersebut...
Ketika Rasulullah SAW bercerita kepada mereka mengenai peristiwa yang baru ditempuhi itu,tidak ada kalangan kafir Quraisy mahu mempercayainya.malah baginda terus diejek sebagai orang gila dan sebagainya...
Berbeza pendirian yang ditunjukkan oleh sahabat baik baginda iaitu Abu Bakar selepas mendengarkan sendiri dari Rasulullah mengenai peristiwa perjalanan malam tersebut...
Beliau berkata;“Engkau benar! Aku naik saksi bahawa engkau adalah Rasul utusan Allah.”
Sejak itulah Abu Bakar mendapat gelaran As-Siddiq yang bermaksud; yang membenarkan...Langsung tidak ada sebarang rasa ragu beliau terhadap Rasulullah.
Apabila ditanya oleh kaum kafir Quraisy bagaimana Abu Bakar boleh mempercayai peristiwa yang dialami oleh Rasulullah itu sedangkan mereka yang selalu ke Palestin memerlukan masa dua bulan untuk perjalanan pergi dan balik ke sana, Abu Bakar berkata: .“Aku mengakui kebenaran Muhammad pada perkara yang jauh lebih besar daripada itu (Israk dan Mikraj).
“Aku beriman kepada Muhammad mengenai wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata sahaja."
“Kalau itupun aku percaya, kenapa pula aku tidak percaya Muhammad boleh pergi Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?”
Begitupun baginda memahami kesukaran mana-mana pihak memahami dan mempercayai secara tuntas mengenai peristiwa yang baginda alami itu...
Lalu baginda menerangkan dan menceritakan kepada mereka mengenai keadaan di Palestin (Baitul Maqdis) iaitu terutama Masjid Al Aqsa termasuklah struktur binaan, tiang, tingkap dan sebagainya dan kawasan sekitarnya..
Baginda juga memberitahu mengenai sebuah rombongan dagang yang dipintas oleh baginda ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah selepas turun dari Sidratul Muntaha..
Rombongan dagang itu kemudiannya membenarkan kata-kata baginda itu ekoran mereka mendengar suara dari langit yang memberitahu mengenai unta mereka yang lari kerana ketakutan ternampak buraq yang ditunggangi oleh Rasulullah..
Walaupun telah diceritakan dengan begitu jelas dengan bukti-bukti yang dibawa oleh Rasulullah namun golongan kafir Quraisy tetap berdegil dan langsung tidak mahu mempercayai baginda apatah lagi untuk beriman terhadap Allah, tuhan yang Esa!!
Hal ini sememangnya menguji keimanan seseorang. Pelbagai persoalan tidak dapat dielakkan timbul mengenai kebenaran kejadian Israk dan Mikraj itu...
Perkataan Israk berasal dari kata asas saraa yang bererti berjalan...ia merujuk perjalanan di muka bumi pada waktu malam oleh Nabi Muhammad dengan roh dan jasad (bukannya mimpi) dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin...
Seterusnya menyaksikan baginda yang ditemani oleh malaikat Jibrail (dalam bentuk manusia) naik ke langit dari Masjid Al Aqsa itu...dari situ baginda juga singgah ke Baitul Makmur dan kemudiaannya ke Sidratul Muntaha,dekat kursi Allah SWT dan kemudian turun semula ke bumi dengan menaiki semula kenderaannya iaitu Buraq...
Kesemua perjalanan itu seperti yang kita ketahui mengandungi pelbagai peristiwa terutama detik bermulanya umat Islam disyariatkan mendirikan solat.
Justeru, segala peristiwa ini merupakan kejadian yang menjadi hak mutlak kepada Allah untuk mengadakannya, iaitu dengan segala ilmu dan kekuasaan milik-Nya...
Secara bijaksana Allah memperlihatkan kekuasaan mutlak milik-Nya itu dengan awalan kalimat Subhanal-ladzii (Maha Suci Allah) iaitu dalam ayat surah al-Israk ayat 1 yang menjadi dalil naqli bagi mengesahkan kebenaran mengenai kejadian yang besar itu....
Oleh kerana kedua-dua peristiwa iaitu Israk dan Mikraj itu sangat menakjubkan setiap umat Islam pasti menyebut subhanallah berulang kali kerana yakin dengan bentuk mukjizat yang Allah kurniakan kepada baginda SAW...
Ia memerlukan satu bentuk keimanan yang sangat tinggi sehingga ada yang menyebutnya sebagai haqqul yaqin (keyakinan atas kemutlakan Allah Yang Maha Berkuasa) bagi sesiapa yang dapat mempercayai kedua-dua kejadian ini di saat ada yang mendakwa kononnya kisah Israk dan Mikraj adalah salah satu daripada kisah-kisah Israiliyyat atau hadis-hadis yang bersifat mauduk dan sebagainya...
Apatah lagi apabila disebutkan Rasulullah menaiki buraq, iaitu berasal dari perkataan barq bererti kilat. Jadi adakah kelajuan yang dicapai oleh buraq itu menyamai lajunya kilat? Iaitu sebahagian dari fenomena alam yang dari aspek sainsnya merupakan satu gelombang elektromagnet dengan kadar kelajuan maksimumnya adalah seperti kelajuan cahaya!!!
Jika kita membacanya di mana-mana pelbagai kisah diceritakan mengenai buraq.Malah terdapat juga gambaran-gambaran lukisan mengenainya.
Sama ada mempunyai sumber yang sahih mahupun tidak, tetapi buraq berasal daripada cahaya bagi membolehkan ia bergerak melebihi kepantasan cahaya. Iaitu ‘sekelip mata’ pantasnya...
Namun, kita percaya soal buraq ini seadanya tanpa perlu berlebih-lebihan kerana yang pasti tanpa menaiki kenderaan ini tidak mungkin baginda Rasulullah mampu melalui satu perjalanan yang jauh dan kembali semula ke Mekah dalam tempoh hanya sebahagian malam...
Ia berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah, tahun ke-11 Nabi Muhammad dilantik menjadi rasul.
Allah kurniakan kepada Nabi Muhamad akan kejadian yang begitu besar maknanya ini sebagai memujuk kembali hati Rasulullah yang begitu berduka ekoran pelbagai musibah berturut-turut menimpa baginda, iaitu:
- Peristiwa diboikot dan dipulau oleh kaum kafir Quraisy selama tiga tahun yang menyebabkan seluruh kaum keluarga dan pengikut baginda teruk menderita...
- Kehilangan dua insan tersayang, iaitu kewafatan bapa saudara baginda, Abu Talib bin Mutalib yang banyak melindungi baginda dari gangguan kaum kuffar Mekah dan disusuli kewafatan isteri kesayangan, Siti Khadijah yang terlalu banyak berkorban...
- Apabila dakwah baginda ditolak mentah-mentah malah baginda diserang sehingga mengalami cedera ketika baginda mula untuk berdakwah di luar di lingkungan kota Mekah, iaitu apabila baginda pergi ke Thoif...
Umat Islam yang tidak mempercayai peristiwa ini bukan berdasarkan kejahilan tetapi kerana sikap sombong mereka terhadap kemuliaan Al Quran...Kita sombong dengan sesuatu yang bukan milik kita..Berjalan dengan mendongak tinggi ke langit tanpa menoleh ke kiri, ke kanan mahupun melihat ke bawah..Kita sombong!!!bongkak!!!Tidak sedar bahawa kita ini adalah hamba Allah yang sangat KERDIL!!!Fir'aun adalah contoh terunggul mengenai pemerintah atau raja dunia yang bongkak, sombong dan takbur serta terpedaya dengan kuasa serta kerajaan pemerintahan yang di milikinya lalu mengangkat dirinya sebagai Tuhan...Ingatlah!!!Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya :"Allah akan memegang bumi dnegan kananNya kemudian berkata 'Akulah Raja (Malik) di manakah raja-raja bumi?Di manakah orang yang mendakwa dirinya gagah perkasa? di manakah orang yang bongkak dan sombong (mutakabirin)???" (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
~erti hidup dengan berkongsi~

Monday, June 27, 2011

ORGANISASI NISA' SEPANGGAR 2011/2012

"Tidak ada jihad tanpa pengorbanan..Ia adalah suatu hakikat yang mesti di sedari..Imam al-Banna menyebut, "Sesiapa yang mendakwa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk perjuangannya sedangkan ia kedekut dengan jiwa,harta, waktu dan setiap benda yang di milikinya, maka ia hendaklah bermuhasabah dirinya..Bacalah kandungan kitab Allah dan perhatikan sirah Rasulullah saw dan lihatlah kepada sejarah, sudah pasti ia akan memperolehi hakikat yang lebih jelas daripada matahari di siang hari...Perjuangan Islam tidak akan hidup melainkan dengan jihad dan jihad tidak akan berlaku melainkan dnegan pengorbanan.."



Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah buat semua..Minggu yang betul-betul 'too fast too furious'...Menjadi 'zombie' di ofis beberapa hari, di teruskan pulak dgn Program Smart Daie Junior utk bakal-bakal pelapis Balqis SMP Likas..habis sahaja mengendalikan slot muhasabah dan juga resolusi,terus drift utk JDS (jelajah dakwah sabah)...akhirnya tayar yg selama ini menunggu saat utk meletup..meletup jugak ketika otw ke Kg.Delima utk cula undi..naseb baik dpt di siapkan sebelum kuliyyah maghrib ust Wan Zamri...terpanggil betul utk menjejakkan kaki ke al-Quds...insyaallah,ku yakin setiap orang ada rezeki masing-masing...berangkat meninggalkan taklimat JDS subuh ahad utk rehlah Nisa' Sepanggar, saat yang ditunggu-tunggu sebenarnya...utk membincangkan dengan lebih serius dan mendalam mengenai hala tuju Nisa' Sepanggar dalam keadaan yang santai di Teluk Likas...rindu terubat berjumpa dengan sahabiah seperjuangan...terutama adik-beradik PJ 10 ku...ungu semuanya... :) ..masih lagi kuat menuju ke rumah Kak Syidah untuk mesyuarat DMP sepanggar...berfikir sejenak...teringat dengan kata-kata Ust Zainul Asri Hj Romli ketika ucapan beliau utk jentera pilihanraya di Pejabat Pas Putatan Mei yang lepas, "pengorbanan yang di tuntut ialah mengorbankan jiwa, harta dan kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat perjuangan..Firman Allah yang bermaksud :'Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang dr org yang beriman jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dnegan syurga.." (At-Taubah)... Semoga semua pengorbanan ini diterima oleh Allah swt dan menjadi bekalan untukku berjumpa dneganNya suatu ketika nanti...

Alhamdulillah, organisasi baru bagi Nisa' Sepanggar sesi 2011/2012 telah di bentuk semalam, pada tanggal 26 Julai 2011 bersamaan dengan 24 Rejab 1432H. Semoga dengan taklifan yang baru ini, Nisa' Sepanggar akan terus bermujahadah dengan lebih tersusun dan bersemangat...


Pengerusi 
Nurul Nadrah binti Abdul Wahid (Facebook )

Timbalan Pengerusi 
Sitti Hawwa binti Mohd Saud (Facebook )

Setiausaha 
Khairunisa binti Klem (Facebook )

Bendahari : 
Rasmawati binti Rasid (Facebook )

Lajnah :

Lajnah Nisa' News Network : 
Jumiyana binti Abd Halim

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan : 
Hernawati binti Baharuddin (Facebook )
 Nur Laila binti Maran ( Facebook )

Lajnah Pendidikan & Kerjaya : 
Nur Muhayya

Lajnah Kebudayaan, Sukan & Rekreasi 
Artini binti Arsyad (Facebook )

Lajnah Ekonomi : 
Siti Faridah binti Abdullah 
Saidah Hanisah binti Mohd Aminuddin (Facebook )

"Fenomena pendokong gerakan yang tidak mempunyai perasaan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap kemenangan Islam, tidak mempunyai komitmen yang benar-benar kuat terhadap kerja-kerja jamaah, tidak mampu bekerja keras untuk Islam dan terlupa bahawa ia adalah amanah yang akan di persoalkan di hadapan Allah..adalah fenomena yang akan melemahkan perjalanan harakah...selagi mana keadaan ini tidak di ubah, maka selamanya jamaah akan sentiasa di rundung malang..TENAGA, FIKRAH dan HATI kita sepatutnya di jruuskan hanya untuk kemenangan Islam!!! jom BERSIH kan hati...semoga kita semua terus istiqomah dan thabat dlm perjuangan Islam..."

~erti hidup dengan berkongsi~

Friday, June 17, 2011

Bila korupsi menguasai negara!!!

Assalamualaikum wbt....Entri yang simple...Di sini, di sertakan beberapa keping gambar pusat pemprosesan petroleum haram di Nigeria..Seperti anda sedia maklum, korupsi yang berlaku di Nigeria adalah sangat tinggi...walaupun Nigeria merupakan negara kelapan terbesar dalam penghasilan Petroleum, 70%  dari 150 juta rakyatnya hidup di bawah kemiskinan...Hanya sebahagian kroni dan individu tertentu yang hidup mewah sambil bergoyang kaki dan menabur wang kertas ke atas 'girl-gegeli' hasil dari sumber kekayaan negara Afrika tersebut...

Situasi lebih teruk bila mana rakyat biasa tidak mampu untuk membeli minyak walaupun tinggal di dalam negara yang kaya dengan minyak...Selain itu, ada sesetengah kawasan/daerah di Nigeria di kuasai oleh geng gangster  dan mereka ini dengan selambanya membina 'refinery' versi low tech...Akibatnya, berlakulah kerosakan alam sekitar  yang sangat teruk... dan di anggarkan juga 500 juta galon minyak mentah sudah tumpah di Delta Niger. sejak deposit minyak mula di gali..dan minyak yang tumpah ini di kutip oleh rakyat biasa dan di proses secara low tech  di rumah masing-masing...kesiannnn..Inilah yang terjadi bilamana korupsi menguasai negara...**terus geleng kepala bila teringat dengan negara sendiri..Malaysia owh Malaysia..bukan setakat korupsi material..tapi 'korupsi' agama dah bermaharajalela dah sekarang ni....harap2 gegaran 5.5 skala ritcher baru-baru ni yag melanda di putrajaya mampu memberi sedikit keinsafan dan kesedaran di hati2 mereka yang sangat cintakan korupsi ni....~teguran utk diri juga~





**sumber : the atlantic

~erti hidup dnegan berkongsi~

Thursday, June 16, 2011

Sejadah Cinta Balkis Part 1



"Ya Allahu Ya Rabbi...." nada dering telefon Kish memecahkan lamunannya ....Segera di tekan butang answer.

"Assalamualaikum Kish...ni Kak Rozie..." sambil menjawab salam, Kish tertanya-tanya gerangan empunya diri yang memberi salam..."Owh ya!!!cousin tunang aku rupanya..."

"Wa'alaikumussalam kak Rozie..apa khabar?sihat?jauhnya Kak Rozie buat panggilan ni...xmahal ke?Kish hampir xkenal Kak Rozie tadi..." Kish cuba berseloroh bagi menyembunyikan rasa kekok kerana sudah lama tidak berhubung dengan cousin tunang  sendiri...

"erm....alhamdulillah...Kak Rozie sihat...Kish, ada perkara yang Kak Rozie nak bagitahu kat Kish ni...Kak Rozie harap Kish tenang dan terima semua ni sebagai satu cubaan dan dugaan dari Allah...ingat ya dik, Allah  menguji seseorang itu mengikut kemampuan hambaNya...Kak Rozie tahu Kish seorang yang kuat..."

Dada Kish mula berdegup dengan kencang..Patah bicara Kak Rozie benar-benar membuatkan Kish rasa gelisah...Kish mula tercium sesuatu yang kurang menyenangkan.."Ya Allah,berikanlahku kekuatan..."

"Kish...tunang Kish...Ashraf...dia kemalangan tadi di hadapan Bazaar El-Khalili....dan...dan....dalam perjalanan dia ke ke Hospital Cairo tadi, Allah swt terlebih dahulu menjemput dia...." kedengaran jelas tangisan dari Kak Rozie...

Sebaik sahaja mendengar ayat terakhir dari Kak Rozie, Kish rasakan pandangannya semakin kelam...badannya terasa lemah..wajah tunangnya bermain di minda...hatinya remuk!!!berkecai....dan akhirnya....

"Kak Kish!!!!Ummi...Kak Kish pengsan....!!!" Azura menjerit memanggil ummi yang tekun melihat sepersalinan kain pengantin bewarna putih ungu.

********

"Kish...bangunlah Kish...ummi rindu nak dengar bicara Kish...ummi rindu nak tengok senyuman Kish...Kish xsayangkan ummi ke???ummi tahu Kish sedih...ni memang satu tamparan hebat buat Kish..p,ummi xnak Kish cepat mengalah...ummi xnak Kish lemah mcm ni...Kish kena kuat..ni ujian dari Allah,nak...Allah tahu Kish seorang yang kuat,sebab tu Dia uji Kish mcm ni...bangunlah nak...ummi rindu dengan Kish..." Tangisan ummi memecahkan kesunyian di bilik 1302..Subuh yang begitu hening menambahkan lagi kesayuan hati ummi...

"Ummi...maafkan Kish!!!Kish nak sangat bangkit...tapi,Kish xterdaya ummi..Kish rasa sangat lemah...Izinkan Kish baring untuk seketika dulu ya ummi...."Kish merintih di dalam keadaan separa sedar.

*******

"Ummi, mcm mana dengan barangan persiapan kahwin Kak Kish?nak bagi kat orang ke atau nak simpan?Zura rasa baik xpayah simpan la ummi...Zura takut Kak Kish teringat dengan arwah nanti bila tengok semua barang ni.."Zura meluahkan rasa kebimbangannya...

"Ummi pun rasa macam tu jugak, Zura...erm, baik kita bagi sahaja kat Kak Nurul saja ya..dia pun xlama lagi nak melangsungkan perkahwinan jugak kan..." ummi memberi pandangannya dan segera di sambut baik oleh Zura..

"Eh, Kak Kish...Kak Kish nak pergi mana tu?"perbualan zura dan ummi terhenti apabila melihat kelibat Kish mengambil kunci kereta pada penyangkut dinding.

"Ummi, Kish nak pergi beli barang dulu...sekejap sahaja..bolehkan?"Kish melontarkan senyuman yang di rasakan sangat pahit dan lemah untuk di ukirkan...

"Hati-hati ya Kish..ada apa-apa nanti,Kish call saja ya..." Ummi sebenarnya berat hati untuk melepaskan Kish pergi ke mana-mana sahaja kerana kata hatinya kuat mengatakan bahawa Kish belum pulih sepenuhnya...Senyuman Kish kini tak macam senyuman dia yang dulu..Suara Kish sangat susah untuk di dengari..Sekarang, Kish lebih banyak mendiamkan diri...Ummi yakin Kish masih belum melupakan Ashraf...Ummi yakin Kish belum pulih!!!

***************

Balqis, seorang muslimah Pejuang Jihad 10 di universitinya suatu ketika dahulu, seorang yang penuh dengan tawa riang, penuh dengan semangat juang yang tinggi dan suka mengusik sahabiahnya dan adik kesayangannya, Azura dan Najib. Gadis yang sangat sukakan kura-kura itu tidak suka di pandang lemah oleh muslimin. Seorang muslimah yang sangat aktif dan tidak gentar dengan mana-mana halangan...Seorang muslimah yang suka menulis puisi dan mencipta lagu. Baginya puisi dan muzik adalah platform untuk dia meluah rasa dan rintihan hatinya...

Namun,kini..segala-galanya berubah setelah pemergian tunangnya, Ashraf..seorang mujahid yang menuntut pengajian syariah di Universiti al-Azhar...seorang mujahid yang bakal menjadi suaminya dalam masa beberapa minggu sahaja lagi...seorang mujahid yang hanya baru dua kali di tatap wajahnya oleh Balkis ketika majlis pertunangan mereka 13 Februari yang lepas..seorang mujahid yang sudah mula mengisi kekosongan di hati Balkis...seorang mujahid yang sudah memberi dan menyulam harapan untuk membina sebuah keluarga haraki bersama dengan Balkis.

Sesungguhnya, dari Allah kita di ciptakan dan kepadaNya juga di kembalikan...Ini adalah ujian yang paling berat buat seorang muslimah atas nama Balkis...

"Alhamdulillah...sampai dah...." Kish mematikan enjin keretanya di kawasan parkir kereta Masjid Tun Ahmad Shah..

Ketika menjejakkan kakinya ke masjid tersebut, hati Kish terasa begitu sebak...Tiba-tiba detik pertama pertemuannya dengan seorang muslimin atas nama Ashraf jelas terakam di mindanya..9 Januari 2011, pada tanggal itu, bermulalah detik perubahan di hatinya...Ketukan demi ketukan, debaran demi debaran timbul setelah pertemuan yang tidak di sengajakan itu...Kalau tidak kerana telefon bimbitnya yang tercicir seusai solat subuh di situ, pasti dia tidak akan pernah mengenali seorang mujahideen bernama Ashraf...

"Ya Allah, berikanlahku kekuatan...berikanlahku kekuatan Ya Allah" Balkis bermonolog sendirian sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya.Sungguh, pada ketika ini, hanya kepada Allah swt,dia bergantung dan memohon kekuatan...hanya kepadaNya, dia mennagis sepuas-puasnya kerana dia yakin Allah Maha Mengetahui dan Mendengari segala rintihan dan tangisannya...

"Assalamualaikum ukhti...Asif menganggu...sekarang ni, bekalan air di masjid ni terputus...sampai minggu hadapan..Kalau ukhti nak ambik wudhu', sila ke rumah belakang masjid ni ya.." Balkis tiba-tiba di sapa oleh seorang muslimin.

Balkis menjawab salam yang diberikan seraya memusingkan kepalanya..."Ya Allah....Ashraf!!!!"

~to be continued~

~erti hidup dnegan berkongsi~





Hikmah Gerhana dan mengapa lambang PAS ialah bulan?


TOTAL LUNAR ECLIPSE IMAGE

01:10 AM

01:20 AM

01:30 AM

01:40 AM

01:50 AM

02:00 AM

02:10 AM

02:20 AM

02:30 AM

02:40 AM

02:50 AM

03:00 AM

03:10 AM

03:20 AM

03:30 AM

03:40 AM

03:50 AM

04:00 AM

04:10 AM

04:20 AM

04:30 AM

04:40 AM

04:50 AM

05:00 AM

05:10 AM

05:20 AM

05:30 AM

05:40 AM

05:50 AM

06:00 AM

06:10 AM

06:20 AM

06:30 AM

06:40 AM

06:50 AM

07:00 A

Assalamualaikum W.B.T sabahabat-sahabat U-jam..ketika ini satu fenomena alam sedang berlaku iaitu gerhana bulan yang dikatakan paling lama pernah disaksikan ,selepas sahaja menulis artikel ini , penulis akan ke masjid yang jaraknya hanya lima minit untuk bersama-sama jemaah solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ghazali Shaari.

Satu persoalan yang banyak diutarakan kepada penulis mengapa lambang PAS ialah bulan amat sesuai untuk penulis ceritakan disini , meminjam jawapan dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan sedikit olahan penulis mengapa Lambang PAS ialah bulan?

"Bulan itu hikmah penciptaannya adalah bersifat tidak mempunyai cahaya , namun bulan diberikan peranan penting dalam mempengaruhi bumi melalui sifatnya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T , bulan hanya meminjam cahaya dari matahari , begitulah kita manusia ..dipinjamkan sementara dunia ini untuk kita melaksanakan bai'ah pada saat ikrar di Loh Mahfuz pada kehidupan kita di dunia ini..setelah itu kita akan dikembalikan kepada Allah S.W.T untuk berhadapan dengan kehidupan yang sebenar abadan abada..bulan akan musnah dan bumi akan musnah akhirnya..namun Allah memberikan keistimewaan kepada Manusia untuk kekal hidup selama-lamanya apabila tiba masanya selepas hari pembalasan...samada hidup selamanya enak di Syurga atau kekal sengsara di neraka..Bulan hanya penjaman..bulan hanya meminjam cahaya matahari...perjuangan kita juga pinjaman ..kita mengharapkan kudrat Allah S.W.T untuk memperjuangkan agamaNya..kita tiada apa-apa kekuatan..kita hanya akan ditanya..adakah kita berusaha?..kita tidak akan ditanya adakah kita berjaya? sesungguhnya kejayaan itu adalah kuasa mutlak Allah S.W.T" -Wallahu'alam


Ikhwati fillah,

Gerhana matahari maupun bulan merupakan fenomena alam yang ditakdirkan oleh Allah Azza wa Jalla untuk menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya. Di mana gerhana matahari akibat posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalangi cahayanya, dan gerhana bulan akibat posisi bumi yang berada di antara matahari dan bulan sehingga tidak bisa memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi shallallahu alaihi wasallam telah terjadi satu kali gerhana matahari, tepatnya menurut ulama pada tanggal 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah, karena memang gerhana matahari tidak terjadi kecuali pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriah. bertepatan dengan meninggalnya putra beliau tercinta yaitu Ibrahim.

Hal ini merupakan takdir Allah Subhanahu wa Ta’ala, karena masyarakat jahiliyah dahulu berkeyakinan bahwa gerhana terjadi karena kematian atau lahirnya seorang bangsawan atau yang berkedudukan tinggi, maka Allah Ta’ala Hendak membatalkan keyakinan ini dengan menjadikan gerhana di zaman Nabi shallallahu alaihi wasallam bertepatan dengan meninggalnya putra beliau, untuk menjelaskan bahwa gerhana adalah murni phenomena alam yang ditakdirkan Allah Ta’ala dan tidak ada kaitannya dengan kejadian apapun di muka bumi.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:



Dari Abu Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana karena kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan shalat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” (HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516).

Pelajaran penting yang kita bisa ambil dari gerhana matahari maupun bulan adalah:

Pertama: keduanya merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta ini, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang dapat menghalangi Allah Ta’ala, ketika Allah Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar diluar kebiasaan, untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa agungnya Allah, maka manusia tidak layak untuk menyombongkan dirinya di hadapan Allah, jadi sepantasnya manusia tunduk patuh kepada peraturan dan hukum Allah tidak kepada yang lain.

Kedua: merupakan kehendak Allah untuk menakuti hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana dengan bertambahnya fitnah dan kerusakan di muka bumi yang sebenarnya karena tingkah laku manusia, maka hikmah Allah Ta’ala berkehendak untuk menyadarkan mereka, dan bahwa azab dan siksaan-Nya di neraka lebih pedih dan kekal.

Namun di zaman sekarang, di mana manusia sudah menilai kejadian di bumi hanya dengan kaca mata materi tanpa menoleh ke sisi syar’i. Mereka mengatakan ini hanya sekedar phenomena alam biasa, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.

Ketiga: bahwa kejadian-kejadian alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang, karena jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah. Jadi murni karena kehendak Allah, maka barangsiapa meyakini bahwa kejadian alam ada kaitannya dengan kematian dan lahirnya seseorang maka dia telah menetapkan adanya pengatur alam semesta selain Allah Ta’ala.

Wallahu a'lamu bis-shawab. [abu raidah/voa-islam.com]

Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) . Lafaz Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1 Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I'tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I'tidal.
7. Sujud macam biasa
8. Tahiyyat Akhir

Khutbah Khas Gerhana

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33, tafsirnya:
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."

Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata'la melakukan-Nya.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata'ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari Abi Masuud Radiallahuanhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang, keduanya itu adalah bukti dari tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala. Maka apabila kamu melihat gerhana itu berdirilah, bersembahyang dan berdoalah kepada Allah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan semasa berlakunya gerhana bulan ini untuk bersegera bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191, tafsirnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."


~erti hidup dengan berkongsi~