Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, June 16, 2011

Sejadah Cinta Balkis Part 1



"Ya Allahu Ya Rabbi...." nada dering telefon Kish memecahkan lamunannya ....Segera di tekan butang answer.

"Assalamualaikum Kish...ni Kak Rozie..." sambil menjawab salam, Kish tertanya-tanya gerangan empunya diri yang memberi salam..."Owh ya!!!cousin tunang aku rupanya..."

"Wa'alaikumussalam kak Rozie..apa khabar?sihat?jauhnya Kak Rozie buat panggilan ni...xmahal ke?Kish hampir xkenal Kak Rozie tadi..." Kish cuba berseloroh bagi menyembunyikan rasa kekok kerana sudah lama tidak berhubung dengan cousin tunang  sendiri...

"erm....alhamdulillah...Kak Rozie sihat...Kish, ada perkara yang Kak Rozie nak bagitahu kat Kish ni...Kak Rozie harap Kish tenang dan terima semua ni sebagai satu cubaan dan dugaan dari Allah...ingat ya dik, Allah  menguji seseorang itu mengikut kemampuan hambaNya...Kak Rozie tahu Kish seorang yang kuat..."

Dada Kish mula berdegup dengan kencang..Patah bicara Kak Rozie benar-benar membuatkan Kish rasa gelisah...Kish mula tercium sesuatu yang kurang menyenangkan.."Ya Allah,berikanlahku kekuatan..."

"Kish...tunang Kish...Ashraf...dia kemalangan tadi di hadapan Bazaar El-Khalili....dan...dan....dalam perjalanan dia ke ke Hospital Cairo tadi, Allah swt terlebih dahulu menjemput dia...." kedengaran jelas tangisan dari Kak Rozie...

Sebaik sahaja mendengar ayat terakhir dari Kak Rozie, Kish rasakan pandangannya semakin kelam...badannya terasa lemah..wajah tunangnya bermain di minda...hatinya remuk!!!berkecai....dan akhirnya....

"Kak Kish!!!!Ummi...Kak Kish pengsan....!!!" Azura menjerit memanggil ummi yang tekun melihat sepersalinan kain pengantin bewarna putih ungu.

********

"Kish...bangunlah Kish...ummi rindu nak dengar bicara Kish...ummi rindu nak tengok senyuman Kish...Kish xsayangkan ummi ke???ummi tahu Kish sedih...ni memang satu tamparan hebat buat Kish..p,ummi xnak Kish cepat mengalah...ummi xnak Kish lemah mcm ni...Kish kena kuat..ni ujian dari Allah,nak...Allah tahu Kish seorang yang kuat,sebab tu Dia uji Kish mcm ni...bangunlah nak...ummi rindu dengan Kish..." Tangisan ummi memecahkan kesunyian di bilik 1302..Subuh yang begitu hening menambahkan lagi kesayuan hati ummi...

"Ummi...maafkan Kish!!!Kish nak sangat bangkit...tapi,Kish xterdaya ummi..Kish rasa sangat lemah...Izinkan Kish baring untuk seketika dulu ya ummi...."Kish merintih di dalam keadaan separa sedar.

*******

"Ummi, mcm mana dengan barangan persiapan kahwin Kak Kish?nak bagi kat orang ke atau nak simpan?Zura rasa baik xpayah simpan la ummi...Zura takut Kak Kish teringat dengan arwah nanti bila tengok semua barang ni.."Zura meluahkan rasa kebimbangannya...

"Ummi pun rasa macam tu jugak, Zura...erm, baik kita bagi sahaja kat Kak Nurul saja ya..dia pun xlama lagi nak melangsungkan perkahwinan jugak kan..." ummi memberi pandangannya dan segera di sambut baik oleh Zura..

"Eh, Kak Kish...Kak Kish nak pergi mana tu?"perbualan zura dan ummi terhenti apabila melihat kelibat Kish mengambil kunci kereta pada penyangkut dinding.

"Ummi, Kish nak pergi beli barang dulu...sekejap sahaja..bolehkan?"Kish melontarkan senyuman yang di rasakan sangat pahit dan lemah untuk di ukirkan...

"Hati-hati ya Kish..ada apa-apa nanti,Kish call saja ya..." Ummi sebenarnya berat hati untuk melepaskan Kish pergi ke mana-mana sahaja kerana kata hatinya kuat mengatakan bahawa Kish belum pulih sepenuhnya...Senyuman Kish kini tak macam senyuman dia yang dulu..Suara Kish sangat susah untuk di dengari..Sekarang, Kish lebih banyak mendiamkan diri...Ummi yakin Kish masih belum melupakan Ashraf...Ummi yakin Kish belum pulih!!!

***************

Balqis, seorang muslimah Pejuang Jihad 10 di universitinya suatu ketika dahulu, seorang yang penuh dengan tawa riang, penuh dengan semangat juang yang tinggi dan suka mengusik sahabiahnya dan adik kesayangannya, Azura dan Najib. Gadis yang sangat sukakan kura-kura itu tidak suka di pandang lemah oleh muslimin. Seorang muslimah yang sangat aktif dan tidak gentar dengan mana-mana halangan...Seorang muslimah yang suka menulis puisi dan mencipta lagu. Baginya puisi dan muzik adalah platform untuk dia meluah rasa dan rintihan hatinya...

Namun,kini..segala-galanya berubah setelah pemergian tunangnya, Ashraf..seorang mujahid yang menuntut pengajian syariah di Universiti al-Azhar...seorang mujahid yang bakal menjadi suaminya dalam masa beberapa minggu sahaja lagi...seorang mujahid yang hanya baru dua kali di tatap wajahnya oleh Balkis ketika majlis pertunangan mereka 13 Februari yang lepas..seorang mujahid yang sudah mula mengisi kekosongan di hati Balkis...seorang mujahid yang sudah memberi dan menyulam harapan untuk membina sebuah keluarga haraki bersama dengan Balkis.

Sesungguhnya, dari Allah kita di ciptakan dan kepadaNya juga di kembalikan...Ini adalah ujian yang paling berat buat seorang muslimah atas nama Balkis...

"Alhamdulillah...sampai dah...." Kish mematikan enjin keretanya di kawasan parkir kereta Masjid Tun Ahmad Shah..

Ketika menjejakkan kakinya ke masjid tersebut, hati Kish terasa begitu sebak...Tiba-tiba detik pertama pertemuannya dengan seorang muslimin atas nama Ashraf jelas terakam di mindanya..9 Januari 2011, pada tanggal itu, bermulalah detik perubahan di hatinya...Ketukan demi ketukan, debaran demi debaran timbul setelah pertemuan yang tidak di sengajakan itu...Kalau tidak kerana telefon bimbitnya yang tercicir seusai solat subuh di situ, pasti dia tidak akan pernah mengenali seorang mujahideen bernama Ashraf...

"Ya Allah, berikanlahku kekuatan...berikanlahku kekuatan Ya Allah" Balkis bermonolog sendirian sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya.Sungguh, pada ketika ini, hanya kepada Allah swt,dia bergantung dan memohon kekuatan...hanya kepadaNya, dia mennagis sepuas-puasnya kerana dia yakin Allah Maha Mengetahui dan Mendengari segala rintihan dan tangisannya...

"Assalamualaikum ukhti...Asif menganggu...sekarang ni, bekalan air di masjid ni terputus...sampai minggu hadapan..Kalau ukhti nak ambik wudhu', sila ke rumah belakang masjid ni ya.." Balkis tiba-tiba di sapa oleh seorang muslimin.

Balkis menjawab salam yang diberikan seraya memusingkan kepalanya..."Ya Allah....Ashraf!!!!"

~to be continued~

~erti hidup dnegan berkongsi~





No comments:

Post a Comment