Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, June 30, 2011

Langkah kita Langkah BERSAMA!!!


Assalamualaikum wbt...Semoga pada detik ini,kita masih lagi merasa nikmat iman  dan juga nikmat Islam...Terkejut pagi tadi, keluar sahaja dari lorong rumah, LUARBIASA jammed!!!bendera keris dan juga dacing semakin galak di cucuk ke dalam tanah..semakin megah di terbang-terbangkan berdekatan dengan tiang elektrik...erm...Pak Najib dan konco-konconya nak turun ke sini hari ni!!!buang tebiat betoolll...Inanam yang selama ni di cop sebagai kawasan black area di mana kebanyakan para penghuninya adalah 'semangat waja' skrg ni menjadi tumpuan oleh Pak Najib and the gang...malah Inanam juga turut di iktiraf sebagai kawasan terbersih...wah!!!mantap strategi Pak Najib kali ni...memancing ikan-ikan besar yang bergigi tajam agar senang makan ikan-ikan kecil yang di sangkanya xmempunyai gigi tajam...NO..NO...NO...!!!jgn pndang rendah pada ikan kecil ya Pak Najib...!!kami xtakut hang nak p upah ikan besaq mana ka..'org kuat' mana kah...'black men' mana kah...'samurai' mana kah...KAMI TAK GENTAR!!!!hang tabur lah berkotak-kotak duit hang...berkapal-kapal barangan elektrik,kipas dinding,mesin basuh, screen tv...KAMI TETAP TAK GENTAR!!!memang dah maklum dah Pak Najib oii, hangpa ni rasa kuat sebab hangpa ni ada duit banyak...ada jawatan besaq...hangpa ingat,semua tu muat nak di masuk ke dalam liang lahad???



"tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang di pimpin oleh pembawa) gajah (yang hendak meruntuhkan Kaabah)???Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia telah menghtarkan kepada mereka (rombongan) burung berpuak-puak, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang di bakar keras, lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang di makan ulat..."Surah Al-Fiil: 1-5

Kita semua sedia maklum. bulan Rabiul Awwal mencatatkan pelbagai peristiwa penting...Kelahiran dna kebangkitan Nabi Muhammad saw sebagai nabi lagi rasul terakhir zaman telah memecahkan benteng pemisah antara jurang bangsa, budaya, negara...kepada umat yang berpegang kepada aqidah yang satu dengan mengadap ke arah kiblat yang satu serta mengamalkan ajaran dan sistem yang di tunjukkan oleh al-qur'an yang satu...tidak timbul dalam hati mereka-mereka yang beriman dari kalangan bukan berbangsa arab tentang wajarkah mereka menerima Islam???yang di bawa oleh seorang nabi yang berbangsa Arab dan tidak timbul perasaan ragi-ragu tentang sistem pemerintahan, ibadat, ekonomi, kemasyarakatan yang terkandung di dalam al-quran yang berbahasa Arab samada sesuai untuk di laksanakan di negara dan oleh bangsa selain Arab!!!

Kekuatan aqidah terhadap Allah dan rasulNya telah melenyapkan segala perasaan ragu-ragu atau was-was tentang keadilan dan kemurnian sistem Islam yang bukan sahaja berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Allah, manusia dengan dirinya sendiri malah meliputi hubungan antara manusia sesama manusia samada seagama atau berlainan agama...Ketika mengingati tahun kelahiran nabi Muhammad saw, maka ia tidak dapat di pisahkan dpd menyebut tentang peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah dari Yaman ke atas Kota Mekah bagi menghancurkan Ka'abah!Perbuatan dan tindakan Abrahah ini akibat daripada perasaan dengki terhadap sambutan yang telah di berikan kepada Kota Mekah dengan adanya Ka'abah sehingga tidak mampu di beri saingan oleh kerajaan Abrahah walau pun  telah emmbuat pelbagai pembangunan bagi menarik minat ramai!!!

Oleh itu, kedudukan Ka'abah mengikut pandangan Abrahah mesti di robohkan segera bagi memastikan manusia mengalih tumpuan ke Yaman pula..walau pun ada yang cuba menghalang tetapi telah di kalahkan oleh Abrahah yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat!!!apabila tentera Abrahah sudah tiba berhampiran dengan Kota Mekah lalu datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib datang bertemu dnegan Abrahah agar di serahkan 200 ekor untanya bukan berunding agar Abrahah tidak meruntuhkan Ka'abah...

Kerika menjawab pertanyaan Abrahah, Abdul Muttalib lalu mengatakan bahawa dia hanya meminta unta kerana ia adalah miliknya  sedangkan Ka'abah mempunyai tuan yang akan menjaganya iaitu Allah...selepas itu, abdul Muttalib meminta agar kaumnya berlindung di sebalik bukit agar tidak menjadi mangsa kepada tentera Abrahah manakala dia bersama beberapa orang lagi telah menuju ke Ka'abah dan meegang gelang pintunya sambil berdoa memohon pertolongan Allah..akhirnya Allah telah menghantar tentera berupa burung-burung kecil yang melontar batu ke atas tentera bergajah Abrahah sehingga hancur kulit-kulit mereka dan mereka mati dalam penuh kehinaan...

Tindakan tentera Abrahah ini,sahabat-sahabat sekalian adalah sama dengan tindakan Amerika yang telah di hasut oleh Yahudi dalam menentang umat Islam pada hari ini. akibat bimbang umat Islam akan kembali kepada ajaran Islam yang menyeluruh yang boleh membawa kepada kurang bergantungnya umat Islam kepada sistem ciptaan kuffar terutama yahudi serta betapa tergugatnya kedudukan negara haram Israel jika Umat Islam kembali bersatu atas dasar iman dan taqwa dalam menentang mereka..Maka suatu usaha yang rapi berbentuk serangan saraf dan juga fizikal telah di lancarkan secara ebsar-besaran agar negara umat Islam dapat di jajah kembali!!!Kuffar telah melihat hasil penjajahan sebelum ini telah berjaya memecah belahkan umat Islam serta menjauhkan mereka daripada ajaran Islam yang sebenar!!!

Kuffar berjaya mengaut keuntungan hasil perpecahan umat Islam dengan mengaut hasil bumi yang ada serta hasil daripada penggunaan kepada sitem ciptaan mereka seperti kapitalis, sosialis dan komunis!!!dendam dan dengki kuffar terutama yahudi kepada Islam terus membara dan bila ia meletus maka ramailah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman...

Firman Allah dlm surah al-Baqarah:109 "Ramai di kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman kerana perasaan dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sudah nyata kepada mereka kebenaran Nabi Muhamaad saw. Oleh itu, kamu maafkanlah dan biarkanlah mereka sehingga Allah datangkan perintahNya.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Sahabat-sahabat sekalian, menyedari tentang bahaya dan ruginya perpecahan di kalangan umat islam yang menyebabkan kita terus di jajah maka kita wajib kembali bersatu!!!umat Islam cukup merana dan menderita akibat penjajahan baru ke atas negara umat Islam dengan alasan mahu membasmi keganasan..Kuffar yang diketuai oleh yahudi telah berusaha meranapkan negara umat Islam yang berpengalaman denagan peperangan seperti Afghanistan,Palestin,Iraq di samping amaran keras terhadap Syria dan juga Iran serta menghancurkan gerakan Islam yang mempunyai kelengkapan dan latihan senjata bagu melumpuhkan golongan mujahidin yang selama ini banyak membantu saudara seakidah yang tertindas seperti di Bosnia dan Kosova..

Kita jangan ingat bahawa setelah berjaya mneghancurkan umat Islam yang berpengalaman dalam penggunaan senjata maka kuffar akan berhenti daripada memerangi umat Islam..ini adalah kerana api permusuhan kuffar terhadap umat Islam tidak pernah padam sehinggalah kita sujud di bawah kaki mereka!!!sebagai umat Islam yang bermaruah, kita jangan sama sekali tunduk kepada kehendak kuffar sebaliknya kita mesti mengorak langkah dengan seberapa segera untuk kembali bersatu di atas dasar iman dan Islam..Banyak laungan agar umat Islam bersatu tetapi tidak jelas tujuan dan matlamatnya...contoh 'terbaik'...1MALAYSIA!!!


adakah umat Islam boleh mengatakan bahawa mereka mesti bersatu atas dasar kebangsaan yang sempit dan menyesatkan???adakah umat Islam boleh melaungkan kalimah bersatu atas dasar sekularisme yang sesat???adakah boleh bersatu atas dua dasar yang berlawanan iaitu iman dan kufur????adakah boleh bersatu atas dua dasar yang bertentangan iaitu Islam dan jahiliah???serta bersatu kerana Allah bukan KERANAMU MALAYSIA!!! Malaysia insyaAllah akan selamat jika kita berjuang kerana Allah dengan melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara tetapi akan hancur sebagaimana Iraq dan selainnya jika berjuang atas dasar bangsa dan ideologi ciptaan manusia dengan mengenepikan sistem Islam yang adil!!!

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" As-Saff: 4


Kita kena yakin bahawa dengan Islam sahaja ,maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat!!!Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah bukan penentang Islam..Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memeperjuangkan Islam sebaliknya kita ni adalah rantaian kepada perjuangan umat terdahulu dan akan datang..Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita ni adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah di lakukan oleh para Nabi dna Rasul serta pejuang Islam sebelum ini...

Tiada erti letih dalam berjuang jika kita yakin bahawa perjuangan Islam adlaah suci sebaliknya kuffar dan golongan munafik lebih letih menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapatkan habuan dunia berbentuk takhta dan harta!!!Kita berhimpun kerana kita ingin BERSIH kan pilihanraya Malaysia yangs sangat tidak telus!!!!kerana kita ingin Malaysia ini di perintah dengan menggunakan sistem pemerintahan Islam..bukannya KAPITALIS,SOSIALIS,KOMUNIS,SEKULARIS!!!biarlah kita di kecam,di tangkap...di serbu kerana memakai baju KUNING!!!sesuka hati sahaja mengeluarkan fatwa PERHIMPUNAN BERSIH HARAM!!! tertanya-tanya sebentar, rapat umum persatuan belia India yang membanteras perhimpunan BERSIH, yang di upah oleh AMENO , xpulak di tangkap...pemuda AMENO yang nak buat perhimpunan pada tarikh yg sama, xpulak di tangkap..sedangkan konsepnya semua sama...PERHIMPUNAN...MALAYSIA oh MALAYSIA...sangatlah tidak BERSIH!!!semalam, anak kecik 7 tahun turut di tangkap..kerana mengedar risalah BERSIH!!!warganegara KOREA dan juga FILIFINA turut di tangkap sebab ikut serta edar risalah BERSIH...!!tengok..sampai orang luar pun sedar ketidakBERSIHan Malaysia tercinta ini!!!A.Samad Said pun kena siasat....sebab berada di majlis BERSIH...kata dalam perlembagaan, kebebasan mengundi...demokrasi..erk....geleng kepala jap...jom BERSIH kan sapa-sapa yang tak BERSIH ni...



"wahai orang-orang yang beriman!!Jadikanlah diri kamu pembela-pembela agama Allah sebagaimana keadaan penyokong-penyokong Nabi Isa Ibni Mariam ketika dia berkata kepada penyokong-penyokongnya itu : Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)??Mereka menjawab : Kamilah pembela-pembela agama Allah!!! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari Kaum Bani Isril beriman dan sepuak lagi tetap kafir..Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,maka menjadilah mereka orang-orang yang menang..." As-Saff : 14

~erti hidup dengan berkongsi~






No comments:

Post a Comment