Assalamualaikum wbt...Terkejut bila sahaja masuk ke blog ni,penuh dengan sesawang lelabah, habuk-habuk di setiap penjuru yg menunjukkan sudah lama blog ini tidak di bersihkan oleh penulisnya...menggeleng kepala dan beristighfar sebentar si penulis melihat kealpaan diri, amanah menulis yg sekian lama tidak di jaga dengan baik...dan seperti biasa si penulis memberi alasan kepada diri, terlampau sibuk dengan kerja dan juga gerak kerja, sehingga tidak punya waktu utk singgah dan membuang sedikit habuk pun di blog ini...Nisa oh Nisa...ini bukanlah satu alasan buatmu!!!!!ini semuanya alasan yang kau ciptakan!!!!Astaghfirullah al'adzim...
InsyaAllah,kerja renovation dan up-grading akan di laksanakan dlm masa terdekat ini...tidak mahu beralasan lagi dan mencipta alasan lagi...sebagai langkah permulaan untuk misi baru ini, inilah entri yang simple...di harap memberi manfaat kepada semua termasuk diri penulis.."Sampaikan dariku walaupun satu ayat."(Riwayat Bukhari)
"pandanglah sesuatu itu dengan mata hati..bukannya dengan mata nafsu...pandanglah setiap perkara itu dengan pandangan kaca mata dakwah...insyaallah,pandangan mata mu tidak akan tumpul..."
Mata hati yang buta ialah ibarat mata yang buta...sebarang objek tidak boleh dilihat...orang yang buta mata hatinya tidak nampak langsung akan kebenaran, apalagi kalau buta mata hati sejak kecil, hingga tidak pernah kenal erti kebenaran...seperti orang yang buta sejak kecil dan tidak pernah melihat tali...jika diberi tali disangkanya daun...Inilah hati orang yang tidak menerima akidah dan sistem hidup Islam...Disebabkan mata hatinya buta, apa sahaja yang dirasakannya tidak tepat...Firman Allah yang bermaksud:
"Allah telah menutup pintu hati dan pendengaran mereka." (Surah Al-Baqarah: ayat 7)
Hati pada peringkat ini telah terkunci...kebenaran yang asas-asas pun tidak ada atau tidak dapat diterimanya...Yang ada pada dirinya ketika ini hanyalah 'mind-set' yang telah di set kan oleh dirinya sahaja.. Firman Allah lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman, sama sahaja untuk mereka, baik kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan, mereka tidak akan beriman." (Surah Al-Baqarah: ayat 6)
Pandangannya berbalam-balam atau samar-samar...kadang-kadang nampak,kadang-kadang tidak...inilah hati orang mukmin yang banyak melanggar larangan Allah...mereka samar-samar dalam melihat kebenaran...dalam mereka melihat salah, ada juga sedikit kebenarannya...seperti orang yang memegang tali pinggang disangkanya tali belati...namun ada juga betulnya kerana dia masih tahu itu adalah tali.
Mata hati orang-orang soleh umpama mata yang boleh melihat beribu-batu tanpa menggunakan teleskop sekalipun...mungkin dalam sejuta hanya seorang yang Allah beri kelebihan luar biasa ini iaitu para rasul, nabi dan orang-orang yang dekat dengan Allah yang menerima ilmu wahyu dan ilham daripada-Nya. ..Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi waktu, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat menasihati supaya menjalankan kesabaran." (Surah Al-Ashr: ayat 1-3)
Kata Imam al-Ghazali R.T dalam Kitab al-Arb'ain fi Ushulid Din, "Bermula segala taat yang batin iaitu sifat kepujian iaitu ibadat didalam hati ada sepuluh perkara "
Taubat...
Takut...
Zuhud...
Sabar...
Syukur...
Ikhlas...
Tawakkal...
Kasih...
Redho...
Mengingati Mati...
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhrya Allah tidak melihat pada rupa bentuk dan tubuh kamu, tetapi Dia melihat pada hati dan amal kamu." (HR. Muslim)
"Ingatlah! Bahwa sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal daging, apabila ia baik,baiklah seluruh tubuh, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh, itulah hati..." (HR. Bukhari Muslim)
"Bukanlah kekayaan itu dilihat dari banyaknya harta, tetapi kekayaan itu dilihat dari kekayaan hati..." (HR. Bukhari-Muslim)
"jika kau mula merasa gelisah di atas sesuatu pandangan yang sangat jelas di hadapan mu, kembalilah semula kepadaNya, pertingkatkan komunikasimu denganNya...jika kau mula merasa tenang di atas sesuatu pandangan yang jelas kabur di hadapanmu, jangan kau sangka itu ketenangan yang sejati..tapi itu adalah amaran untukmu agar kembali semula kepadaNya..."
~erti hidup dengan berkongsi~
No comments:
Post a Comment