Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, June 27, 2011

ORGANISASI NISA' SEPANGGAR 2011/2012

"Tidak ada jihad tanpa pengorbanan..Ia adalah suatu hakikat yang mesti di sedari..Imam al-Banna menyebut, "Sesiapa yang mendakwa dia boleh berkhidmat kepada Islam dan memberi saham untuk perjuangannya sedangkan ia kedekut dengan jiwa,harta, waktu dan setiap benda yang di milikinya, maka ia hendaklah bermuhasabah dirinya..Bacalah kandungan kitab Allah dan perhatikan sirah Rasulullah saw dan lihatlah kepada sejarah, sudah pasti ia akan memperolehi hakikat yang lebih jelas daripada matahari di siang hari...Perjuangan Islam tidak akan hidup melainkan dengan jihad dan jihad tidak akan berlaku melainkan dnegan pengorbanan.."



Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah buat semua..Minggu yang betul-betul 'too fast too furious'...Menjadi 'zombie' di ofis beberapa hari, di teruskan pulak dgn Program Smart Daie Junior utk bakal-bakal pelapis Balqis SMP Likas..habis sahaja mengendalikan slot muhasabah dan juga resolusi,terus drift utk JDS (jelajah dakwah sabah)...akhirnya tayar yg selama ini menunggu saat utk meletup..meletup jugak ketika otw ke Kg.Delima utk cula undi..naseb baik dpt di siapkan sebelum kuliyyah maghrib ust Wan Zamri...terpanggil betul utk menjejakkan kaki ke al-Quds...insyaallah,ku yakin setiap orang ada rezeki masing-masing...berangkat meninggalkan taklimat JDS subuh ahad utk rehlah Nisa' Sepanggar, saat yang ditunggu-tunggu sebenarnya...utk membincangkan dengan lebih serius dan mendalam mengenai hala tuju Nisa' Sepanggar dalam keadaan yang santai di Teluk Likas...rindu terubat berjumpa dengan sahabiah seperjuangan...terutama adik-beradik PJ 10 ku...ungu semuanya... :) ..masih lagi kuat menuju ke rumah Kak Syidah untuk mesyuarat DMP sepanggar...berfikir sejenak...teringat dengan kata-kata Ust Zainul Asri Hj Romli ketika ucapan beliau utk jentera pilihanraya di Pejabat Pas Putatan Mei yang lepas, "pengorbanan yang di tuntut ialah mengorbankan jiwa, harta dan kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat perjuangan..Firman Allah yang bermaksud :'Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang dr org yang beriman jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dnegan syurga.." (At-Taubah)... Semoga semua pengorbanan ini diterima oleh Allah swt dan menjadi bekalan untukku berjumpa dneganNya suatu ketika nanti...

Alhamdulillah, organisasi baru bagi Nisa' Sepanggar sesi 2011/2012 telah di bentuk semalam, pada tanggal 26 Julai 2011 bersamaan dengan 24 Rejab 1432H. Semoga dengan taklifan yang baru ini, Nisa' Sepanggar akan terus bermujahadah dengan lebih tersusun dan bersemangat...


Pengerusi 
Nurul Nadrah binti Abdul Wahid (Facebook )

Timbalan Pengerusi 
Sitti Hawwa binti Mohd Saud (Facebook )

Setiausaha 
Khairunisa binti Klem (Facebook )

Bendahari : 
Rasmawati binti Rasid (Facebook )

Lajnah :

Lajnah Nisa' News Network : 
Jumiyana binti Abd Halim

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan : 
Hernawati binti Baharuddin (Facebook )
 Nur Laila binti Maran ( Facebook )

Lajnah Pendidikan & Kerjaya : 
Nur Muhayya

Lajnah Kebudayaan, Sukan & Rekreasi 
Artini binti Arsyad (Facebook )

Lajnah Ekonomi : 
Siti Faridah binti Abdullah 
Saidah Hanisah binti Mohd Aminuddin (Facebook )

"Fenomena pendokong gerakan yang tidak mempunyai perasaan yang benar-benar bertanggungjawab terhadap kemenangan Islam, tidak mempunyai komitmen yang benar-benar kuat terhadap kerja-kerja jamaah, tidak mampu bekerja keras untuk Islam dan terlupa bahawa ia adalah amanah yang akan di persoalkan di hadapan Allah..adalah fenomena yang akan melemahkan perjalanan harakah...selagi mana keadaan ini tidak di ubah, maka selamanya jamaah akan sentiasa di rundung malang..TENAGA, FIKRAH dan HATI kita sepatutnya di jruuskan hanya untuk kemenangan Islam!!! jom BERSIH kan hati...semoga kita semua terus istiqomah dan thabat dlm perjuangan Islam..."

~erti hidup dengan berkongsi~

No comments:

Post a Comment