Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, June 13, 2011

Cepatnya mengalah...



"assalamualaikum ukhti...asif ganggu ukhti...ana nak call jap,boleh?"

Mesej yang sudah ku jangkakan isi dan rentaknya....aku menekan butang reply dengan acuh x acuh..."wa'alaikumussalam...call jak"...sungguh, xikhlas langsung nak reply...entah..mungkin penat sudah!!!

"assalamualaikum ukhti...ana nak letak jawatan...ana xlayak nak pegang amirah...ana serba kekurangan...ana xboleh..ana ada banyak masalah..ana sedang di uji sekarang ni.."

ayam yang sedang ku panggang di tanjung lipat kelihatan sungguh tidak menyelerakan...setelah mendengar pengakuan itu SEKALI LAGI!!!!...aku sudah jangkakan dia akan mulakan isu itu sekali lagi....

*****************************************
ku mulakan kalam hari ini dengan beristighfar.....astaghfirullah al'adzim....sesungguhnya kita ni hamba Allah yang sangat lemah, sangat kerdil, sangat dhoif...lahirnya kita ke muka bumi bukanlah di atas sesuatu penciptaan yang sia-sia sahaja...sebagaimana firman Allah swt di dalam surah al-Mukminun : 115-116, " Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu untuk bermain sahaja dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada kami, maka Maha Suci Allah Raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan  yang mempunyai arasy yg mulia.."..ingat, di atas setiap penciptaan Allah swt itu mengandungi hikmah dan nikmat...tiada keraguan di atas segala penciptaan tersebut...

Subhanallah...lahir sahaja kita ke muka bumi ini, kita di sambut dengan laungan iqamat..memuji kebesaran Allah swt...sebagai satu peringatan kepada kita bahawa kelahiran kita ini adalah untuk menjadi hamba Allah...kelahiran kita ini adalah untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini..kelahiran kita ini adalah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w...di mana smeua ini adalah satu amanah yang besar utk kita...Tiada alasan untuk kita tidak merealisasikan amanah tersebut!!!tiada alasan utk kita menolak amanah tersebut...

Tidak terdetikkah rasa malu di hati kita bahawa kita ni sangatlah kerdil...kita hidup di muka bumi ini di atas qada' dan qadar Ilahi...kehidupan kita di bumi ini sementara sahaja...satu pinjaman utk kita meraih sebanyak yang mungkin redha Allah swt untuk kita jadikan sebagai bekalan ketika berhadapan denganNya nanti...kehidupan utk kita meraih dan mengutip benih2 iman dan juga menyuburkannya di bumi Allah ini untuk di jadikan sebagai satu bukti kehambaan kita kepada Allah...

Lantas apa yang kita rasa bilamana kita di uji dengan sedikit dan seringan-ringan ujian Allah swt???Pasti!!!!setiap hamba Allah swt itu akan di uji..."Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kami-lah kamu semua akan di kembalikan" (Al-Anbiyaa':35)..Jelas!!!Ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur...siapa pula yang sabar dan siapa pula yang putus harapan!!!Allah swt juga menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan  kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan serta dengan hidayah dan kesihatan...



Ya!!!penerimaan seseorang terhadap setiap ujian tersebut adalah berbeza....sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah : 286 "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.." Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Allah swt pasti tidak akan sembarangan menguji dan membebani hambaNya...Jadi, jangan jadikan sedikit ujian yang Allah berikan kepada kita itu sebagai satu alasan untuk kita menolak amanah!!sebagai satu alasan untuk kita berehat dari perjuangan Islam...sebagai satu alasan untuk kita larikan diri dan membebani sahabat/sahabiah sekeliling...Andai kita lemah, dan jadikan itu semua sebagai satu alasan untuk kita tidka bergerak kerja, seolah-olah kita menyalahkan Allah swt kerana menberi ujian kepada kita....!!!!Di mana rasa syukur kita di atas kelahiran kita ke muka bumi ini???Di mana permuahadahan kita ketika berada di dalam rahim ibu lagi???

Ini baru ujian yang ringan sahabatku...jika nak di bandingkan dengan ujian yang di timpa kepda Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda ketika di awal penegakkan Islam di jazirah Arab...ketika Rasulullah s.a.w tampil di tengah-tengah umat manusia yang tidak mempunyai sebarang fikrah Islam pun...ketika umat manusia menganggap Rasulullah s.a.w itu orang gila!!!!x macam sekarang ni...fikrah Islam itu ada!!!cuma, perlu di tarik kembali mereka-mereka ini ke landasan semula....cuba tanya kepada diri, mengapa Rasulullah s.a.w yang sudah dijanjikan oleh Allah swt itu untuk ke syurgaNya masih lagi diuji dan di beri dugaan di dalam dakwah Islamiyyah???kita ni,yang xtahu lagi ke mana halatuju kita selepas ini, syurga or neraka, bila di uji sedikit, sudah mengeluh!!!sudah mengalah!!!malah jadikan itu alasan untuk kita berehat....Astaghfirullah al'adzim....

Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah pernah bersabda " Tidak ada seseorang Islam yang di timpa sesuatu yang mneyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebgaimana pokok menggugurkan daunnya pada musimnya yang tertentu" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)..Sepatutnya kita rasa bersyukur kerana di timpa ujianNya..kerana itu adalah satu platform utk kita menebus dosa kita...satu platform untuk kita mendapatkan markah 'merit' dari Allah bagi melayakkan kita untuk menerima anugerahNya..bukan dengan berkeluh kesah...Anas berkata, Rasulullah saw pernah bersabda "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum di uji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci meneruma ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah" (Hadis Riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Sahabatku...semua orang memang tak terlepas dari ujianNya...kerana Allah memberi peluang untuk kita mendapatkan anugerahNya...Jangan anggap diri kita sahaja yang sedang di uji...Seluruh hamba Allah pasti akan di uji!!!Terpulang kepada kita bagaimana penerimaan kita ke atas ujian tersebut..bagaimana cara kita untuk selesaikan dan hadapi ujian tersebut...apa yang pasti, jangan jadikan ujian tersebut sebagai satu alasan untuk kita tidak terus memikul amanah dan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah swt....

Kes layak atau tidak layak dalam memikul amanah atau sebarang taklifan tersebut, hanya Dia sahaja yang layak memberi penilaian...apa yang penting, cuba sedaya upaya dan berusaha untuk mengisi taklifan tersebut...Orang memilih kerana mereka melihat ada sesuatu di dalam diri kita..,dan jangan jadikan kes layak atau tidak layak sebagai satu mainan emosi yang memusingkan kepala diri dan juga sahabat terdekat...kerana pusingan emosi itu xkan ada akhirnya!!!melainkan kita sendiri yang kena pandai mengawalnya!!!kalau dr dulu smapai sekarang asyik2 memikirkan diri ni xlayak nak jadi amirah, bila akan berakhir???yang jelasnya nanti,organisasi tersebut akan berakhir!!!dek kerana sampan yang dikemudi oleh ketua pendayung yang tidak punya ketetapan dan pendirian diri,nak mengalur ke kanan atau mengalur ke kiri...ingat, sampaikan walaupun sepotong ayat!!!!

Rasululah saw pernah di tanya "Siapakah orang yang paling hebat menerima musibah?Baginda menjawab: Para Nabi, lau orang-orang yang ketaatannya mendekati para Nabi dan demikianlah seterusnya...Ujian yang di terima seseorang sesuai dengan tingkat imannya, jika imannya kiat, maka ujian yang diterimanya pula sukar, jika imannya lemah, maka ujian yang menimpanya sesuai dengan kelemahan imannya itu.. ujian demi ujian terus akan menimpa diri orang yang beriman hinggalah segala dosanya di ampuni...Sebab walau bagaimnaapun hebatnya keimanan seseorang, pasti mereka ada melakukan dosa walaupun kecil "


****************************************************
1 message received...." assalamualaikum ukhti...ana xjadi letak jawatan....asif..ana xdapat datang meeting ptg ni..."

sekali lagi....kes yang berulang kali sejak dulu-dulu kala...di saat sudah bersedia untuk merombak semuanya, karenah ini sekali lagi di pamerkan....

"salam ukhti....ana jemput ukhti petang ni di rumah ukhti...ana tak kira ukhti free atau x..ada banyak perkara perlu di bincangkan...ana dan sahabat2 lain penat...penat dengan semua permainan ni..."

******************************************************


Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...Allahumma ajirni fi mushibati wakhluf li khairan minha"
"Sesungguhnya Kami milik Allah dan akan kembali kepadaNya, Ya Allah berilah pahala atas musibah ini dan tukarkanlah dengan yang lebih baik daripadanya melainkan Allah swt memberikan pahala dan menukarkan dengan yang lebih baik baginya...

~berjauhan dengan keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah...tolong hargai keberadaan diri di ladang dakwah ini...berjauhan dengan Allah adalah suatu perkara yang sukar untuk di bayangkan...tolong hargai keberadaan diri di bumi pinjaman Allah~

~erti hidup dengan berkongsi~













No comments:

Post a Comment