Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Wednesday, March 30, 2011

Buah Fikiran...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Apa khabar sidang pembaca semua???Harap masih lagi di beri kekuatan untuk meneruskan kerja masing-masing...Rindunya untuk menulis di blog angkasa raya ini...Tangan ni rasa menari-nari sahaja untuk menaip dan menulis tapi terpaksa di batalkan kerana sudah hampir 2 minggu, laptop tidak boleh di “onn” kan di sebabkan charger hilang entah ke mana setelah Lawatan Kasih Nisa’ Sepanggar dan Yayasan Amal pada 20 Mac 2011 yang lepas...

sunyi nya bilik tiada sebarang bunyi melainkan bunyi dr mulut sendiri dan sebuah lagu dehearty-pasrah di dalam handphone kak anne yang di pinjamkan kepadaku buat sementara waktu ni sementara menunggu handphobe baru yg di sponsored khas oleh kakak tersayang di Kuching...hehe....dan rasa rindu dgn handphone lama yang hilang juga entah ke mana...my personal assistant...xboleh sudah mendengar lagu,radio,tv,online dan check schedule...huhu...xpa...ikhlaskan hati di atas pemergiannya...:)  sehingga ke saat ini, lagu dehearty itu sahaja lah yg asyik2 di putarkan di bilik...rindunya dgn lagu sakha dan snada...xpa..relax, tenang, cool...ada masa nanti, g cari charger laptop di karamunsing...bilalah agaknya tu????erm......


Hanya dapat mencuri sedikit waktu untuk menulis...idea selalunya mencurah2 ketika waktu malam...terutama ketika bersendirian di rumah...masa tu lah tangan ni rasa ringan betul nak menaip, tapi xtahu nak taip kat mana...mcm hari semalam, sebelum berangkat ke Bandar sierra, menunggu waktu isyak, bait demi bait...patah demi patah kata-kata berlegar di fikiranku...yes!!!!datang sudah ideaku...akhirnya inilah hasilnya...

Haruskah aku
membiarkan pertanyaan itu
sepi bak lukisan
tergantung di dinding hati
dan kalimat asing itu
menjadi semakin unik...

Haruskah aku
membiarkan tanpa simpati
kaku dan terusnya membisu
pada ketukan yang berulang itu
lalu melukakan
hati sendiri...

Haruskah aku
membiarkan saja detik ini
menjadi ruang waktu yang gelisah
 dalam setia penantian
antara harapan ketidakpastian...

 Lalu, pertanyaan itu datang lagi
 memanjangkan ketafakuranku
 meraih sunyi hati
 menagih sebuah jawapan
 menyimpul suatu ketentuan
 kepada dirimu Ya Rabbi...

Setiap pertanyaan itu
adalah kalimat suci
apabila yang mengocak tasik hati
menjanjikan sebuah harapan
membuang debar gelisah
mencari kepastian arah....

Tajuk : Penantian
Lirik : Balqis Baltisha Basyeerah
Lagu : Balqis Baltisha Basyeerah

sebuah lagu...sudah ku rekodkan rentak muziknya di handphone kak anne..alhamdulillah, mujurlah boleh buat recording...berkali-kali ku rekodkan, akhirnya ku jumpa jugak rentaknya...tunggu irama keyboard yang akan ku cari key nya nanti...dan tahniah kepada kak ita!!!kerana menjadi orang pertama mendengar lagu ini yang belum lagi ku fikirkan tajuknya...teringat pulak dengan sebuah lagu yang tiba-tiba hadir di kotak fikiranku ketika program PSS di SMK Tenghilan baru-baru ini...yang berjaya ku rekodkan di handphone lama..tapi..sayangnya, handphone tu sudah tiada...xpa..idea tu bila-bila sahaja boleh muncul..


inilah diriku...sebab itulah, penting bagiku untuk membawa buku, pen dan recorder ke mana sahaja ku pergi kerana entah....sentimental betul dirini...tiba-tiba, tanpa sebarang alarm, bait puisi, madah cerpen, irama muzik menari-nari di fikiranku dan ku tidak mahu semuanya terbang berpergian tanpa sebarang catatan...


Mungkin di sebabkan habit ku yang terlampau berfikir dan suka memaksa diri untuk berfikir, ku selalu di timpa migraine teruk sehingga terkena hyper ventilation...terpaksa jumpa doctor, meminta tips untuk menghilangkan stress dan migraine...lucu-lucu....this is me!!!


Setakat itu sahaja, mampu di kongsikan..mungkin entri kali ni lebih berbentuk personal...di harap tidak di salah tafsirkan...sebenarnya, semangat untuk menulis isu pilihanraya di bumi kenyalang yang ku rindui membuak-buak..akan ku usahakan mencari wasilah untuk menaip...hehehe...insyaallah, bila dah siap irama keyboard dan jumpa penyanyi lelaki, video lagu ciptaanku itu akan di post kan di blog ni...sekarang tgh memaksa diri untuk mencari nada dan irama untuk lagu tema KRU...untuk KRIS nanti...semoga di permudahkan...

~erti hidup dengan berkongsi~

Wednesday, March 23, 2011

Dia seorang yang gagal!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sebuah puisi ceminan hati
Ketika keliru berulit sepi
Hadir tak di duga mengusik naluri
Inilah lentera hati mainan diri


GAGAL!!!
Dia seorang yang gagal !!!
Anak yang baik
Dia gagal!!!
Adik yang baik
Dia gagal!!!
Kakak yang baik
Dia gagal!!!
Dia sebenarnya seorang yang gagal!!!

Dia punya masa
Dalam berdakwah!!!
Dia punya masa
Dalam bekerja!!!
Dia punya masa
Dalam urusan duniawinya!!!
Dia punya masa
Dalam urusan bekalan akhiratnya!!!


Tapi dia terlupa!!!
Lupa
Dia punya keluarga!!!
Lupa
Dia punya ibu!!!
Lupa
Dia punya kakak!!!
Lupa
Dia punya adik!!!
Lupa
Dia punya keluarga!!!

Di manakah dia
Bila ibu perlukannya???
Di manakah dia
Bila kakak perlukannya???
Di manakah dia
Bila adik perlukannya???
Di manakah dia???



Butuh!!!
Apa yang dibutuhkannya???
Suatu pengakhiran
atau
Suatu permulaan???


~erti hidup dengan berkongsi~

Tuesday, March 22, 2011

ESQ TRAINING 12



ESQ Training Sabah 12


Tarikh: 25-27 MAC 2011

Tempat : Dewan Sri Kinabalu, Tabung Haji

Diskaun :Register Now...to 0168780112/0198811023

ALUMNI DIJEMPUT UTK RECHARGE...jom tingkatkan keimanan kita!


Kepada yang belum pernah pergi preview ESQ, luangkan sedikit masa untuk PREVIEW ESQ

pada 25 Mac 2011 jam

 7.00 malam...

sebuah perjalanan yang membawa anda rasa bertuhan, insyaAllah

~erti hidup dengan berkongsi~

Monday, March 21, 2011

Taib Mahmud!!!!Api dalam sekam....................




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...DUN Sarawak telah di bubarkan pada hari ini...Dan Tok Najib yang telah berkunjung ke Sarawak baru-baru ini, bersama-sama dgn Pak Uban dok sibuk memasukkan muka dan janji2 di kaca mata televisyen dan akhbar/tabloid yang menjadi kroni kepada pemalsuan mereka ni...dan pd kunjungan tu jugak,baru nak dok sibuk nak bagi peruntukan air, elektrik, jalan raya...ibu tunggal...kepada kg halaman nenekku di Serian, janganlah terpukau dgn janji manis dua Tok Gula nie...to rakyat Sarawak, bukakanlah mata anda semua melihat kepada sebuah kebenaran dan kepincangan..bukannya menadahkan tangan mengharapkan kepingan note biru,hijau...ataupun barangan panasonic yang menghiasi rumah!!!!sampai bila kita mahu di sogok dan dihujani dengan janji palsu...bersama2 lah melakukan perubahan di bumi kenyalang!!!!

Di bawah ni,satu artikel dari sarawak report khas untuk anda semua...bukakanlah mata, tanyalah hati, cernakan minda!!!

Taib Mahmud telah menjanjikan pembangunan, tetapi dia telah mendatangkan kemusnahan kepada kawasan pilihanrayanya sendiri. Kini terdapat banyak komuniti yang mengalami kejutan akibat gelombang apa yang kami namakan sebagai ‘pembangunan kemusnahan’ pada kawasan-kawasan yang kebanyakannya adalah tanah-tanah rezab hutan (Forest Reserve).



"pembangunan" yang di bawakan oleh Pak Uban di Balingian

Kajian kami mendapati syarikat-syarikat di sebalik pemusnahan ini yang telah mendatangkan keuntungan kepada Taib Mahmud, saudara-mara terdekatnya atau kroni-kroni perniagaannya dan individu-individu yang dikenali dan yang biasanya bertindak sebagai proksinya.

Gambar-gambar  yang diambil dalam perjalanan kami melaksanakan kajian dan siasatan kami itu, menunjukkan kesan kemusnahan akibat tsunami – tetapi tsunami ketamakan yang dilakukan oleh seorang lelaki tua bersama gerombolan kroni penyangaknya ke atas kawasan-kawasan pengundinya sendiri.



penduduk kampung yang kesal dengan agenda muslihat Pak Uban

Taib telah berpura-pura memberi ‘kemajuan dan pembangunan’ kepada rakyatnya. Beliau telah berkali-kali menasihatkan para pendengar khutbahnya untuk ‘bersabar’, tetapi dalam pada itu dia tidak menunjukkan sebarang kesabaran untuk meranapkan apa sahaja tanah yang mempunyai nilai yang telah didiami rakyatnya sejak beberapa generasi lagi.

Individu-individu ini telah dibayar RM250 untuk satu ekar tanah-tanah NCR mereka, sungguh memilukan – mana kala ada pula yang tidak dibayar satu sen pun! Seorang Iban yang berusia 80 tahun telah memaklumkan kami bahawa dia dan keluarga sehingga lima generasi telah membuka kawasan itu, dan mengusahakan dusun buah-buahan, yang kini telah dimusnahkan tanpa sebarang pampasan. Pada satu lagi kes, jentolak milik syarikat perladangan telah hampir-hampir merobohkan rumah panjang orang-orang di situ. Para penyiasat dan pengkaji dari Sarawak Report telah mengesahkan bahawa orang-orang yang dibayar pampasan adalah sebenarnya ketua-ketua kaum yang dilantik oleh kerajaan, yang kini diberi gaji bukan untuk mewakili kaum-kaum mereka, tetapi untuk menjadikan mereka sentiasa tunduk dan akur kepada arahan-arahan dari kerajaan BN.



Blantant eksploitasi - Empayar Kemajuan menawarkan remeh RM 250 per hektar untuk seorang ketua tempatan untuk tanah masyarakat-nya. Selainitu, sementara ia dipaksa untuk 'melepaskan semua hak-hak', Empirehanya 'sementara' bersetuju untuk membayar!!!

RM250 adalah suatu jumlah yang amatlah kecil berbanding dengan nilai kayu-kayan dan konsesi-konsesi ladang kelapa sawit atas tanah-tanah berkenaan, yang akan kami bentangkan pada bahagian lain dalam artikel ini.

Mendatangkan kekayaan kepada keluargaku dan rakan-rakan niagaku atas nama ‘pembangunan’!

Kajian dan siasatan Sarawak Report ke atas pengambilan tanah-tanah di kawasan Balingian dan Mukah oleh Taib telah berjaya membongkar suatu tahap penipuan yang amat mengejutkan. Cubaan-cubaan untuk menutup dan menyembunyikan jumlah wang yang amat besar yang terjana untuk keluarga dan rakan-rakannya, telah dapat kami bongkar yang membuktikan berlakunya rasuah.




Beberapa plot yang diberikan oleh Taib di konstituensi sendiri.Palmlyn dan Golden Star-Ace pergi ke saudara Arip, Green Ace, Saradu,Miracle Harvest untuk adik Raziah, SLDB / Sarawak Kemajuan, KUBSepadu untuk sepupu Hamid Sepawi, Empayar Plantations untuk anak Hamid Bugo (kroni politik) dan keluarga Chiong, Rinwood Hii keluarga sahabat karib ....

Salah satu contohnya adalah satu kawasan tanah di Balingian, yang dianggarkan 34,000 hektar luasnya, telah diserahkan pada awal 2000-an kepada saudara Taib ketika itu, arwah Arip Mahmud. Kami telah mengenalpasti terdapat 7 plot yang luas dari pejabat pendaftar tanah, yang telah diserahkan kepada beberapa syarikat yang jelasnya diuruskan oleh Lanco Plantation, milik arwah Arip. Lanco Plantation Sdn Bhd berpejabat di 458/459, Sublot 62, Jalan Padungan, Kuching, Sarawak. Pengurus syarikat berkenaan adalah Patrick Embol dan peguam mereka adalah Lim Jit Meng. Kami mendapati wakil Arip adalah Hamni bin Juni dan Haji Anwar Susadd bin Razali, kerana mereka telah menggunakan alamat yang sama dengan Lanco Plantation di dalam rekod pendaftar tanah!

Cubaan-cubaan untuk menyembunyikan pemberian tanah-tanah kepada Lanco menggunakan nama-nama syarikat yang berasingan, namun jaringan-jaringan itu dapat kita kesan di pejabat pendaftar tanah. Kedua-dua syarikat Palmlyn dan Hariyama menggunakan alamat dan nombor telefon yang sama dengan Lanco, nombor telefon pengurusnya, Patrick Embol, juga digunakan pada Rajah Mutiara Sdn Bhd. Lim Jit Meng merupakan peguam yang sama untuk pengambilan dua ladang di Pulau Bruit bagi pihak Arip Mahmud (Easter Eden dan Poh Zhen) yang telah berjaya memperolehi keuntungan sebanyak RM40 juta untuk Arip dan Ketua Menteri ketika dijual semula 12 hari kemudian!



Syarikat-syarikat ini semua jelas dikawal oleh Lanco Perkebunan di manaKetua Menteri sendiri mempunyai saham besar!


Semua syarikat yang telah kami dedahkan di atas telah berkontroversi dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kroni pembalakan Taib yang terkenal rakus di seluruh dunia, Tiong Hiew King. Terdapat keuntungan syarikat-syarikat itu dimasukkan ke dalam syarikat-syarikat awam untuk keluarga Taib, walaupun selebihnya masuk ke syarikat-syarikat peribadi Tiong di mana transaksinya masih tidak diketahui.



Keterangan alamat Lanco Plantation berdaftar pada on line Malaysia-Registry Syarikat menunjukkan bahawa itu adalah sama dengan syarikat yang dipaparkan dalam Sarawak Pendaftaran Tanah di atas.Pemegang saham Lanco juga termasuk Mesti Bersatu di mana Ketua Menteri memiliki saham peribadi. Kantoi!!!

Dalam kes Hariyama, yang telah memperolehi sebanyak 10,600 hektar tanah hutan simpan terlindung Retus, kita mendapati Arip Mahmud telah merundingkan transaksi sebanyak RM6.8 juta pada 24hb Februari 2003 dan kemudian menjualkannya kepada syarikat Jaya Tiasa milik Tiong dengan harga RM23.5 juta empat hari kemudian iaitu pada 28hb Februari 2003 untuk mendapat keuntungan sebanyak RM17 juta. Keluarga Taib juga memiliki saham-saham dalam Jaya Tiasa, maka dengan itu mereka tetap akan menikmati keuntungan dari pengeksploitasi kawasan-kawasan itu menerusi ladang kelapa sawit.



Ekstrak pengumuman Bursa Malaysia. Buktinya adalah semua di luarsana bagi orang untuk melihat

Begitu juga, kita mempunyai bukti yang menunjukkan 5,000 hektar ladang Palmlyn, di mana Arip telah diminta untuk menjelaskan premium sebanyak RM3 juta pada 12hb Februari 2004, telah dipindahkan ke Subur Tiasa, juga milik Tiong, pada 30hb September 2004 dengan harga RM11.7 juta, keuntungan RM9 juta.

Rajah Mutiara dan Golden Star-Ace yang kini didaftarkan sebagai dimiliki oleh syarikat-syarikat peribadi Tiong, iaitu Rimbunan Hijau Group. Atas alasan ini, harga yang dibayar kepada keluarga Taib Mahmud tidak direkodkan secara terbuka, tetapi kami boleh menganggarkan lebih banyak juta-juta yang diperolehi oleh keluarga yang terkaya di Sarawak.

Raziah dan suaminya, Robert Geneid, telah mendapat 27,000 hektar tanah menerusi konsesi dalam rantau itu, di bawah syarikat-syarikat Miracle Harvest dan Green Ace Resources, di mana syarikat awam Kwantas telah mendapat 70% saham setelah menerima konsesi. Konsesi kini telah dijual untuk mendapatkan keuntungan sebanyak berjuta-juta ringgit. Raziah juga menerima syarikat Saradu Plantation dari saudaranya, Ketua Menteri, berjumlah 5,000 hektar. Namun, skandal Sarawak Plantation telah mendedahkan suatu amalan rasuah yang dilakukan di tengah-tengah kerajaan Taib, di mana dia menggunakan proksi dan wakil-wakil untuk mengawal perniagaan utamanya di Negeri Sarawak dan menswastakan aset-aset negeri ke tangan ahli-ahli keluarganya. Hamid Sepawi dan Hasmi Hasnan adalah dua orang ‘saudagar kaya’ yang bertindak sebagai proksi atau wakil utama kepada Taib Mahmud.



Pengarah Kepemilikan Saham - Sarawak Plantations Berhadmendedahkan bahawa baik Hamid bin Sepawi ataupun Hasmi Hasnan sendiri mendapat lebih dari 30% dari 'syarikat penswastaan​​' masing-masing!Bahkan anak Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu's mendapat bahagian dari tindakan, tetapi pemegang saham awam tidak banyak yang mendapat manfaat dari keuntungan bank tanah bekas Negara BahagianSarawak!


Kedua-dua orang berkenaan bertindak sebagai Pengerusi-pengerusi/Pemegang-pemegang utama atas saham-saham dalam pelbagai usahasama negeri dan juga usahasama ‘yang diswastakan’ yang sering menerima kontrak-kontrak dan kementerian-kementerian pimpinan Abdul Taib Mahmud. Hamid Sepawi adalah sepupu Taib, mana kala Hasmi Hasnan adalah kenalan Taib yang juga seorang bekas pegawai Jabatan Tanah dan Survei. Kedua-dua orang ini, yang berasal dari keluarga sederhana, telah mendapat tempat sebagai pemimpin multi-perniagaan, yang juga tersenarai di kalangan 30 orang terkaya di Malaysia, setelah Taib menjadi menteri dalam tahun 1981. Mereka bertindak sebagai pengurus bersama bagi rangkaian usahasama yang dibiayai oleh Taib – salah satunya adalah Sarawak Plantations yang berskandal kini.



Bukti yang kukuh!!!

Profil syarikat Sarawak Plantations Bhd jelas menunjukkan bahawa ianya telah ditukar menjadi sebuah syarikat awam “sebagai mekanisma untuk menswastakan aset-aset milik Sarawak Land Development Board (SLDB). Ini jelas bermakna sayarikat berkenaan telah menerima kawasan-kawasan tanah yang amat luas yang pada asalnya merupakan tanah negeri.

Taib dan keluarga tidak sedikit pun didengar memohon maaf ketika mereka ‘membangunkan’ tanah-tanah NCR yang mereka dapati. Tetapi perolehan keuntungan itu terdapat pada maklumat-maklumat pemegang saham yang telah diumumkan untuk syarikat ‘awam’ itu. Kedua-dua Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang memegang jawatan-jawatan utama dalam syarikat tersebut, maka pegangan saham-saham mereka pun harus diperjelaskan di bawah undang-undang.

Lebih 60% dari bank tanah Negeri Sarawak, termasuk suatu kawasan yang amat luas di kawasan pilihanraya Taib sendiri telah ‘diswastakan’ kepada Hamid Sepawi dan Hasni Hasnan yang bertindak selaku proksi kepada si tua bangka itu. Adakah Ketua Menteri itu ingin mengelirukan para pengundi di kawasan pilihanrayanya bahawa dia bukan hanya mewakili mereka, tetapi berhakmilik atas kawasan mereka?


Memandangkan mereka belum berpuas-hati dengan pemilikan yang tak langsung ke atas beribu-ribu hektar tanah di Balingian melalui Sarawak Plantation, kedua-dua orang proksi Taib berkenaan kini memiliki ladang-ladang berasingan dalam kawasan itu, sebagai mana direkodkan dalam pejabat Pendaftar Tanah.


Terdapat beberapa buah syarikat lagi yang turut membawa masalah kepada orang-orang tempatan di Balingian. Mereka itu juga merupakan pemegang-pemegang konsesi yang lain. Desacorp (di mana anak rakan politik Taib, Hamid Bugo ada pegangan saham) dan Empire Plantations yang besar, dimiliki oleh keluarga Wong, kroni perniagaan utama Ketua Menteri menerusi syarikat mereka, WTK.

Kini terdapat empat buah rumah panjang di Ulu Kenyana telah menemui ketua PKR Baru Bian untuk mewakili kes mereka.

Linggam anak Ngabok dari komuniti Iban Rumah Randi di Kenyana, menceritakan kepada kami bahawa masalah-masalahnya bermula dua tahun lalu apabila Empire Plantations telah mencerobohi tanah-tanah adatnya dan memusnahkan lanskap, termasuk pokok-pokok buah. Namun pemilik ladang enggan mengikhtiraf hak-hak orang-orang kampung di situ.

“Apabila mereka mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Daerah (DO) untuk membincangkan beberapa perkara, mereka tidak membenarkan kami masuk. Mereka hanya menuntut untuk bercakap dengan Penghulu dan Tuai Rumah” kata Limnggam.



Desa Linggan Anak Ngabok dan rumah panjangnya telah "hilang". Hanya ketua kampung sahaja telah ditawarkan pampasan - itukah rangka untuk mengkhianati mereka?

Mesej yang dibawa balik oleh Penghulu untuk anak-anak buahnya adalah “Tanah itu adalah Tanah Negeri (State Land), jadi kamu tak boleh buat apa-apa” kata orang-orang kampung itu. Tetapi mereka tahu bahawa tanah-tanah itu adalah milik mereka sejak berkurun lamanya. Mereka juga sedar bahawa ketua-ketua mereka yang dilantik oleh Barisan Nasional, yang mewakili mereka, telah dipaksa untuk bersetuju dan diberi RM250 untuk setiap hektar dan bukan untuk anak-anak buah mereka.

Orang-orang kampung mengatakan bahawa ketua-ketua mereka juga bertindak sebagai pemegang saham-saham dalam ladang-ladang tersebut, yang memberikan mereka lebih banyak insentif untuk bertindak menentang kepentingan orang-orang yang mereka wakili.




Telampau banyak kata-kata Taib mengenai ‘modenisasi’ yang boleh membawa kebaikan untuk orang-orang kampung. Mereka telah dipinggirkan dan tidak menerima apa-apa, walaupun mereka berada dalam kawasan pilihanraya Taib. Kini mereka semakin sedar. “Kali ini kami tidak akan mengundi BN lagi. Tidak sama sekali”.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg di dalam kenyataan beliau di Berita Harian :“Penduduk Sarawak tidak harus terpengaruh dengan dakwaan pembangkang, kononnya Ketua Menteri tidak ikhlas dalam proses memberi peralihan kuasa kepada penggantinya"....iyolah tu...pengganti dia tu kroni dia dia juga tu....fikir-fikir kan :)

~erti hidup dengan berkongsi~

Friday, March 18, 2011

Gentarkah Mereka???




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Semoga di kesempatan waktu dan ketika ini, kita masih lagi merasa nikmat iman dan islam di dalam diri kita..Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata... hanyalah sebuah persinggahan, jadi, mengapa tidak kita perbanyakkan amalan dan bekalan kerana kita cuma ada satu persinggahan sahaja..Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa sahaja ia akan pecah...

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah swt...Sekiranya kita meletakkan satu nilai kecil ke atas diri kita sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga kita tersebut...melainkan usaha dan iltizam kita dalam menaikkan harga kita sendiri agar nilai kita menjadi “mahal”...Tapi bagaimana???adakah dengan membawa diri kita ke kelab malam eksklusif dan berdampingan dengan Pak Cit dan Mak Wa..yang kaya raya dan memiliki Lamborghini, sudah menjadikan diri kita mahal????Atau mengerahkan kaki berjalan di subuh yang hening ke masjid berdekatan???Tepuk minda, tanyalah hati...Kalau berharapkan keputusan minda yang tidak bertanyakan hati, kelam dan suramlah pandangan mata di dalam sebuah perjalanan diri..Ingat sahabat-sahabatku, hati yang bersih dan suci adalah hati yang sentiasa mengingati Allah swt...hati yang sentiasa mendambakan cintaNya...hati yang sentiasa menangis merindukan hidayah dan petunjukNya...(bacalah artikel   hati oh hati)....

***warna hijau : negara Islam

Di antara cabaran yang sangat menggugat kita pada hari ini khusunya generasi muda Islam, ialah cabaran serangan pemikiran yang merosakkan dunia Islam di Timur dan Barat. Barat telah melaungkan slogan secular yang telah memenjarakan agama di tempat-tempat ibadat dan menafikan sebarang peranan yang boleh di lakukan oleh agama di dalam usaha memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun...di dalam bidang ekonomi, Barat telah melaungkan dasar-dasar kapitalisme!!!Di bidang politik, Barat telah mendaulatkan dasar-dasar demokrasi!!!manakala di bidang social, Barat telah melaksanakan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan dan dasar pengharusan terhadap semua perkara. Malah Barat juga telah menjadi senjata untuk menyerang nilai-nilai murni, akhlak dan agama...

peta Eropah Barat

Sahabat sekalian, tahukan kalian bahawa teori-teori Barat, dasar-dasar dan konsep-konsep mereka ini telah memerangi masyarakat Islam dengan membawa nilai-nilai baru dan juga cara pengislahan yang pelbagai...dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada nilai-nilai Islam, ajaran, dasar-dasar dan akhlak Islamiyyah itu...jadi, tertanya-tanya kita dimana kemuliaan Islam, kewujudan dan kelangsungan Islam itu jika di bina atas asas-asas dan dasar-dasr tersebut???


Kita lihat pula komunis timur yang meninggikan slogan sosialisme atau komunis...para pekerja dan buruh telah tertipu dengan slogan yang di laungkan ini...slogan yang menjanjikan kepada mereka bahawa pentadbiran adalah hak milik mereka!!!Komunis timur ini berusaha menghiasi dasar-dasarnya yang mulhid untuk di paparkan kepada masyarakat pemuda yang terdiri daripada golongan buruh, masyarakat fakir di dunia timur Islam dan masyarakat Islam yang lain....

Bagaimana ini boleh berlaku sahabat sekalian?Semua ini berlaku ketika Barat melancarkan serangannya dan Timur yang mulhid menyebarkan kesesatannya...Ketika itulah kebanyakan umat Islam hidup di dalam keadaan kehairanan, mundur, berpecah belah dan kehilangan kepimpinan yang baik dan adil. dan ketika itu jugalah kesatuan Islam yang tersusun sentiasa mencari-cari cahaya di tengah-tengah fatarmogana yang menipu, mencari-cari jalan penyelesaian di tengah-tengah kegelapan yang tidak mungkin melahirkan cahaya sehingga mereka mengetahui sebab-sebab kemunduran dan ketinggalan zaman lantas mengambil jalan yang membawa kepada kebenaran dan kejayaan untuk mengembalikan kemuliaan, kepimpinan dan daulah Islamiyyah.


Asas dalam serangan pemikiran terhadap generasi Islam adalah tipu daya, kepalsuan, penyesatan dan kemulhidan yang telah di lakukan oleh Barat dan Timur. Jangan kita lupa tentang perancangan, uslub dan pertubuhan-pertubuhan rahsia yang telah di lakukan oleh yahudi sedunia di dalam usaha mereka merosakkan dunia secara umumnya dan masyarakat Islam secara khususnya. bahkan untuk menundukkan dunia keseluruhannya di bawah kepimpinan dan penguasaannya...itulah misi mereka!!!

Kenapa Barat dan Timur memerangi Negara Islam???kerana risalah Islam memerangi akal dan fikiran dan berkembang ke seluruh alam dengan cepat dan mengkagumkan seluruh masyarakat dunia. manusia telah menerimanya berdasarkan pilihan mereka sendiri dan mentaatinya dan kerana risalah yang kekal inilah, memiliki keistimewaan seperti
i)                    RABBANIAH....kerana ia lahir daripada Tuhan yang Mentadbir dan Bijaksana yang tidak luput daripadaNya sesuatu walaupun sebesar zarah. Dia yang mengetahui segala sesuatu dan Dia telah meletakkan tiap-tiap sesuatu pada tempatnya yang munasabah.
Allah swt berfirman di dalam surah Al-Maidah : 50 “dan bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah”

ii)                   KEKAL....kerana ia adalah kekal buat selama-lamanya, terpelihara di bawah pemeliharaan Allah sehingga hari akhirat...
Firman Allah swt di dalam surah al-Hijr : 9 “Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-quran itu dan Kamilah yang akan memeliharanya”

iii)                 A’LAMIAH...kerana pembawa risalah ini telah di utuskan kepada seluruh manusia dan alam sejagat...
Firman Allah swt di dalam surah as-Saba’ :28 “Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan berita menakutkan (peringatan)”

iv)                 SYUMUL...kerana ia merangkumi segenap aspek kehidupan dan sistem yang di perlukan oleh manusia di dunia dan akhirat, memenuhi keperluan semasa dan masa akan dating ketika perang dan ketika aman.
Firman Allah swt di dalam surah an-Nahl :89 “dan Kami telah menurunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas kepada setiap sesuatu serta sebagai pembawa rahmat dan berita gembira kepada orang-orang Islam”

v)                  MERUBAH...kerana terkandung di dalamnya dakwah para anbiya’, memelihaa kebenaran yang di turunkan kepada seluruh risalah terdahulu dan Allah telah redha supaya ianya mengatasi seluruh agama yang lain.
Firman Allah swt di dalam surah al-Maidah :48 “ dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah di turunkan sebelumnya dan untuk memelihara dan mengawasinya

vi)                 MENYUMBANG SISTEM PERUNDANGAN...kerana ia muncul di bidang perundangan dan ijtihad dengan dasar-dasar dan kaedah-kaedahnya yang umum serta furu’-furu’nya. dengan itu, ia mampu menangani keperluan zaman dan perubahan semasa terutama hokum-hukum yang berhubung dengan muamalat, permasalahan undang-undnag, sistem ekonomi, perhubungan social dan hubungan antarabangsa.
Firman Allah swt di dalam surah al-an’am:38 “tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam al-Quran ini (yakni segala yang di perlukan mengenai dunia dan akhirat, ada di terangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al-Quran {tafsir pimpinan ar-Rahman})

Bertitik tolak daripada keistimewaan dan cirri-ciri khusus yang di miliki oleh Islam ini, Rasulullah s.a.w telah mengumumkan semasa Haji Wida’ di khalayak umum firman Allah di dalam surah al-Maidah :3 “Hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”

Rasulullah s.a.w telah menegaskan kepada kita, sahabat sekalian...Rasulullah telah meninggalkan kita di atas cahaya yang terang, malam kita yang terang seperti siang, tidak terpesong di kalangan kita ini kecuali seseorang yang celaka...Rasulullah menegaskan bahawa selagimana kita berpegang teguh dengan kitab dan sunnah, kita tidak akan sesat buat selama-lamanya..apabilan kita terpesong daripada syariat Allah dan mengabaikan syariatNya, maka Allah akan menimpakan azabNya yang pedih kepada kita...Bahkan musuh akan menguasai kita lalu merampas sebahagian daripada apa yang ada di dalam genggaman kita!!!



Rasulullah s.a.w telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah.sewaktu Baginda menemui Allah swt, Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan sampai ke Tahamah dan Najran, memasuki Yaman dan Bahrain dan berakhir ke Syam..Di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, lembayung Islam telah meluas ke dua buah kuasa besar iaitu Parsi dan Rom. Lembayungnya juga telah meluas ke Negara China di Timur dank e Negara Romania dan Selatan Rusia. Keadilannya juga telah memasuki Negara Syam, Mesir, Kepulauan Tripoli dan juga Afrika. Semuanya itu berlaku dalam jangka masa 35 tahun...MasyaAllah...Menjelang tahun 102 Hijrah pula, di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Islam dan kerajaannya telah meluas sehingga ke Sri Lanka dan sebahagian besar Negara India, Turkistan dan sempadan Negara China di Timur. Islam telah meluas ke Barat hingga ke Sepanyol yang terletak di Eropah.

Khalifah kerajaan Abbasiah Harun ar-Rasyid telah berupaya menggambarkan kepada dunia tentang keluasan kerajaan Islam dan meluasnya kekuasaannya di muka bumi apabila baginda berkata kepada awan yang lalu di atasnya tetapi tidak menurunkan hujan padanya :"turunlah (wahai hujan) di mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami."

Barat dan Timur marah dengan begitu memuncak di sebabkan tapak-tapak kaki umat Islam yang telah memijak bumi Eropah. tentera-tentera Islam telah sampai sehingga ke sempadan Perancis....orang-orang Eropah telah terkejut daripada tidurnya dan berkata : "sungguh pelik, agama apakah ini yang telah menguasai dunia dengan kekuatan dan ketangkasan yang mengkagumkan?Ia telah memerangi Rom, emmasuki Itali, menawan Sepanyol dan kemudian cuba untuk merentasi Gunung Perancis untuk menguasai Perancis!!!"


Begitulah Islam telah membekalkan dunia dengan kekuatan dan kehidupan dan menguasai bumi dengan cepat dan hebat seperti perubahan malam dan siang. Di sebabkan kekuatan inilah, maka Barat dan Timur amat memerangi Islam..Oleh itu, wahai sahabat sekalian, janganlah dengan cepat kita mengaku kalah sebelum berjuang...janganlah dengan cepat kita merasa lemah..janganlah cepat kita melenting jika menerima kekalahan...janganlag dengan cepat kita berpaling tadah jika di asak dengan material...Kita kena langsungkan perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w!!!satukan hati, satukan semangat, satukan kecintaan, satukan matlamat, satukan perjuangan!!!!

~erti hidup dengan berkongsi~


Thursday, March 17, 2011

Gadis itu....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Buat semua muslimah...
Sama-samalah kita meletakkan al-Quran itu sebagai mahar kita...
Lepaskanlah dia berpergian...
mengutip mutiara-mutiara iman...
agar nanti bersama-sama di lakarkan...
menjadi tugu cinta penuh keindahan...

Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta...
halus kulit
manis tuturnya
lentur hati ...
telus wajahnya
setelus rasa membisik di jiwa
di matanya cahaya
dalamnya ada air...
sehangat cinta
sejernih suka
sedalam duka
ceritera hidupnya...


seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja
penuh cinta
 sayang semuanya
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua...
bukan lemah...
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat
bisa jadi tabah
bisa ampuh menyokong
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta
lembutnya bukan lemah
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...


seorang gadis itu ...
teman yang setia...
buat Adam dialah Hawa
tetap di sini ...
dari indahnya jannah
hatta ke medan dunia
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah..
yang suci hatinya..
tabah & tenang sikapnya
teman ar-Rasul
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia
menyimpan ílmu
si teman bicara
dialah Áishah
penyeri taman Rasulullah...
dialah Hafsah
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam
meski dicaci meski dikeji
itu hanya cerca manusia
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya
meniti hidup seadanya
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda
suaminya si panglima agama
di belakangnya dialah pelita
cahya penerang segenap rumahnya
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah
meski akhirnya bermandi darah
meski akhirnya khalifah rebah
syahid menyahut panggilan Allah ...


seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela
agar ia terdidik jiwa
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya...
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya...
dengan teguh aqidahnya...
dengan utuh cinta yang terutama...
Allah jua RasulNya...
dalam ketaatan penuh setia...
pemelihara maruah dirinya...
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang...
membentuknya perlu kebijaksanaan...
kesabaran dan kemaafan
keyakinan & penghargaan
tanpa jemu & tanpa bosan
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini
gadis akhir zaman
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah
sucinya perlu tabah
cintanya tak boleh berubah
tak bisa terpadam dek helah
dek keliru fikir jiwanya
kerna dihambur ucapkata nista
hanya kerana dunia memperdaya ...


kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya
mantap iman mengunci jiwanya...
dari lemah & kalah
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah
dalam perjalanan mengenali Tuhannya
dalam perjuangan menggapai cinta
nikmat hakiki seorang hamba...
dari Tuhan yang menciptakan
dari Tuhan yang mengurniakan...

seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia...
sebagai abidah,
dai'yah & mujahidah
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu
membentuk anak-anak ummah...
rumahnya taman ilmu
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang
dalam cinta & dalam sayang
redha dalam keredhaan
Allah yang menentukan ...


seorang gadis itu dalam kebahagiaan!!!
Moga ar-Rahman melindungi..
merahmati dan merestui...
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI...

~erti hidup dengan berkongsi~

Hati oh Hati....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Apa khabar iman kita pada hari ini...Bagaimana dengan kondisi hati kita hari ini? Adakah kita berasa tenang pada saat ini? Ataupun gelisah, rasa tidak tenteram...sakitnya hati tidak tertahan...rasa nak pukul-pukul dada sahaja??? Memang sulit untuk menjaga hati...teramat sulit...Dalam setiap perkara, kita memang kena jaga hati kita...tapi, bagaimana???


Orang-orang yang duduk saja tidak akan merasai semua itu... Anggaplah yang pahit itu ubat. Badan tidak akan sihat tanpa ubat. Anggaplah yang manis itu umpama air buah-buahan yang menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan… Anggapan seperti ini akan boleh menghapuskan rasa cemas akan ujian dan melahirkan rasa syukur dengan nikmat dan kemenangan…

Di dalam Jihad fi Sabilillah, Jihadun Nafs iaitu jihad menentang hawa nafsu, adalah sangat penting…Maksudnya ialah mengawal hati daripada tergelincir dengan perasaan-perasaan yang menjurus kepada kepentingan hawa nafsu seperti kecewa apabila gagal di dalam ujian dan perasaan bangga diri apabila berdepan dengan nikmat dan berjaya di dalam sesuatu hal yang hendak dilakukan…Mengawal hati itu sangat sukar…Memang sangat sukar bagi diriku…Ianya lebih sukar daripada mengawal lembu dan kerbau.


Hati itu bertukar-tukar dan berbalik-balik seperti balak di tengah laut dipukul ombak. Mana pernah ada hentinya berpusing dan berputar… Sepatutnya setiap pergerakan dan akal fikiran ditumpukan kepada gerakan hati. Hati ini akan hanya dapat dikawal dengan perantaraan ilmu dengan perantaraan akal fikiran… Ilmu itu penyuluh akal yang akan mengemudikan hati dengan tepat menuju ke matlamatnya iaitu sentiasa di dalam taat kepada Allah… Dan di akhir matlamat tersebut ialah bertemu dengan Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w :   "Kamu menyembah Allah s.w.t seolah-olah kamu melihatNya. Jikalau kamu tidak dapat melihatNya, maka Allah melihat kamu." (HR Bukhari dan Muslim).

Hati yang sentiasa memandang kebesaran dan kemuliaan Allah, tidak akan memandang kepada yang lain kerana yang lain daripada tuhan itu serba kekurangan dan mempunyai kecacatan… Allah sahaja yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Di dalam hidup ini manusia ingin mencari yang sempurna dan yang indah…Suatu realiti yang sukar di tepis. Yang sebenarnya manusia tidak akan bertemu dengan semua itu…Manusia akan melihat kepada yang lain dengan serba kekurangan…

Manusia hanya akan bertemu dengan kesempurnaan yang Maha Sempurna itu pada Allah yang bersifat Jamal dan Kamal...Bila sudah bertemu dengan yang paling sempurna dan paling indah,manusia tidak berkehendak kepada yang lain lagi… Sudah cukup dengan itu sahaja…Segala kekurangan dalam hidup ini tidak akan menjadi masalah lagi. Hal ini akan membuahkan sifat zuhud di mana hati tidak cinta dunia dan qanaah iaitu cukup dengan apa yang ada… Inilah sifat diri yang terpuji dan mulia. Barangsiapa yang kenal diri, maka akan kenal Allah...Dan barangsiapa yang kenal Allah,akan kenal tipu daya dunia dan zuhud dengan dunia…


Zuhud ialah sunyi hati daripada terpaut dengan dunia…Hatinya sepi terhadap dunia sebagaimana sepinya malam yang menjelang fajar…Suasana itulah yang sering diidam-idamkan oleh semua orang tetapi yang memperolehinya hanyalah segelintir sahaja manusia, iaitu mereka yang benar-benar zuhud dengan dunia…Dan diriku ini, sudah zuhud kah aku…Kerdilnya diri ini…Hidup mereka tenang di dalam apa jua keadaannya sama ada kaya atau miskin…Semuanya sama bagi mereka…Kelapangan itu terbit dari dalam hati…Kalau hati sudah lapang, tindakan akan tenang…Ketenangan itu adalah kehebatan kerana itu wajah orang yang zuhud kebanyakannya hebat…Subhanallah…

Hebatnya mereka bukan kerana harta dan pangkat…Hebatnya wajah orang yang zuhud itu melambangkan permusuhannya dengan dunia yang keji dan dunia memusuhinya…Dan mereka sentiasa mencari keredhaan Allah dan Allah juga dekat dengannya…Tanpa menjaga hati umat akan mati!!!Banyak umat pada zaman yang silam telah mati hatinya tetapi telah dihidupkan dengan kedatangan para nabi.Sekarang sudah tidak ada nabi tetapi untuk menghidupkan hati yang mati itu, perlu ilmu dari pewaris nabi.Iaitu mereka yang sentiasa mendapat pimpinan dan rahmat dari Ilahi. Ulama Ul Amilin dan para ahli sufi yang sentiasa mendidik muridnya untuk mengenal diri dengan jalan Mujahadatun Nafsi…  


Apa tanda hati telah mati?
a) Payah hendak ingat Allah pada waktu susah atau senang...
b) Payah mendapat kesan dari peringatan yang datang dari ayat-ayat Allah…
c) Terlalu cinta dunia dan mementingkan diri sendiri…
d) Cenderung kepada yang haram dan yang syubhat…
e) Berbangga dengan dunia dan pendapat yang batil…
f) Cenderung melakukan menzaliman dan penindasan…
g) Tidak sensitif dengan dosa, malah berbangga melakukannya…


Bagaimana mengubati hati yang mati?  
a) Selalu mencari kebenaran dan berusaha berada di dalam kebenaran…
   b) Membuang kecintaan terhadap dunia…
   c) Berusaha mencari guru yang mursyid yang dapat memimpin supaya kita kenal diri dan kenal Allah…
   d) Berusaha menjauhi makanan yang haram dan syubhat..
.   e) Bersahabat dengan orang yang terpimpin hatinya…

Marilah bersama-sama kita koreksi diri, merawat hati, memperbaiki peribadi, demi cinta Ilahi….

~erti hidup dengan berkongsi~

Aku sayang kamu....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, keranaNya ku merasa kemanisan berukhuwwah...
keranaNya ku merasa kecintaan berukhuwwah...
dan keranaNya ku merasa keindahan berukhuwwah...

Ya Allah…izinkan hambaMu
Berada di antara hamba-hamba pilihanMu…
Yang ketika ku dengar suaranya
Mengingatkanku akan panggilanMu…
Yang ketika ku lihat akhlaknya
Mengingatkanku pada akhlak RasulMu…
Yang ketika ku lihat wajahnya
Mengingatkanku pada keteduhan saat berjumpa denganMu…
Yang ketika ku dengar tangisnya
Mengingatkanku pada nikmatnya sujud menghadapMu…
Yang ketika ku dengar tawanya
Mengingatkanku pada senda RasulMu bersama sahabat…

Ya Allah…bimbinglah hambaMu
Untuk merentasi jalan yang sangat panjang ini…

Sahabatku…
Allah menjadi saksi atas persaudaraan ini
Kerana persaudaraan itu maka kita akan berjumpa…
Berjuang bersama
Membina ukhuwwah
Menyatukan hati yang penuh dengan warna dan rasa…
Hanya Allah yang mampu menyinari hati ini sehingga tertawan denganNya…

Sahabatku…
Semoga hati ini mampu bertemu dalam suatu muara
Para kekasihNya…
Para syuhada…
Dan hamba-hamba pilihanNya…
Yang telah memenuhi hatinya…
Dengan cinta sejati hanya kepadaNya…
Cinta yang jauh dari rasa
Kecewa…
Benci…
Dan buruk sangka…

Sahabatku…
Selamat berjuang…
Dalam merentasi pengembaraan hidup ini
Semoga warna-warni kehidupan yang telah terlukis
Selalu menyedarkan kita bahawa
Hidup ini memang
Perlukan perjuangan
Perjuangan untuk bekalan jawapan di atas sebuah pertanyaan
‘dengan cara apa kita kelak akan berjumpa denganNya…’

Jazakallah khairan khatira….Allah Yubarik Fikum, sahabat2 seperjuangan khususnya sahabat Nisa’, Persatuan Siswazah Sabah dan adik-adik Kelab Remaja Ukhuwwah…Tidak di sangkakan, selepas memberi ceramah Nuqoba’ untuk Bengkel Nuqoba’ 2011 di Masjid UMS, antum/antumna sekali lagi mengejutkan diri yang kerdil ini dengan sebuah kejutan…kejutan hari lahirku yang ke-23…Tanggal itu…Tanggal 13 Februari!!!Genap setahun diriku berbaiah kepada Allah swt untuk bersama dengan sahabat/sahabiah yang lain di dalam satu saff perjuangan…Pada tanggal itulah, di Masjid An-Nur, diriku melafazkan satu janji taat setia kepadaMu…menggigil tubuh ini ketika itu,sukar untuk di gambarkan…tidak dapatku bendung rasa sayu,sedih,gembira sehingga menitis air mata kesyukuran kerana Kau telah memilih hatiku ini untuk mengenalMu…Kau memberiku peluang sekali lagi untuk meraih cintaMu…dan pada tanggal itu juga, genap kelahiranku yang ke-22…Kini,setahun sudah berlalu…apa yang telahku sumbangkan untuk agamaMu, Ya Allah…jika diriku masih lalai,leka dan alpa serta berpaling tadah dengan janjiku terhadapMu, ku memohon Kau bukakanlah hijabku…agar bisa ku nampak suluhan cahaya sebuah perjalanan menuju syurgaMu…Buat sahabat/sahabiah yang ku cintai kerana Allah swt…syukran jazillan di atas segalanya…di atas sebuah perkongsian…di atas sebuah persaudaraan…di atas sebuah hijrah…Semoga bisa kita ketemu kelak di syurga Allah swt..Ameen Ya Rabb…


sepotong kek ...ini jak yang sempat di ambil..sebab rs terkejut betul,xsempat ambil pic sebiji kek tu...











~erti hidup dengan berkongsi~