Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Apa khabar iman kita pada hari ini...Bagaimana dengan kondisi hati kita hari ini? Adakah kita berasa tenang pada saat ini? Ataupun gelisah, rasa tidak tenteram...sakitnya hati tidak tertahan...rasa nak pukul-pukul dada sahaja??? Memang sulit untuk menjaga hati...teramat sulit...Dalam setiap perkara, kita memang kena jaga hati kita...tapi, bagaimana???
Orang-orang yang duduk saja tidak akan merasai semua itu... Anggaplah yang pahit itu ubat. Badan tidak akan sihat tanpa ubat. Anggaplah yang manis itu umpama air buah-buahan yang menghilangkan dahaga dan menyegarkan badan… Anggapan seperti ini akan boleh menghapuskan rasa cemas akan ujian dan melahirkan rasa syukur dengan nikmat dan kemenangan…
Di dalam Jihad fi Sabilillah, Jihadun Nafs iaitu jihad menentang hawa nafsu, adalah sangat penting…Maksudnya ialah mengawal hati daripada tergelincir dengan perasaan-perasaan yang menjurus kepada kepentingan hawa nafsu seperti kecewa apabila gagal di dalam ujian dan perasaan bangga diri apabila berdepan dengan nikmat dan berjaya di dalam sesuatu hal yang hendak dilakukan…Mengawal hati itu sangat sukar…Memang sangat sukar bagi diriku…Ianya lebih sukar daripada mengawal lembu dan kerbau.
Hati itu bertukar-tukar dan berbalik-balik seperti balak di tengah laut dipukul ombak. Mana pernah ada hentinya berpusing dan berputar… Sepatutnya setiap pergerakan dan akal fikiran ditumpukan kepada gerakan hati. Hati ini akan hanya dapat dikawal dengan perantaraan ilmu dengan perantaraan akal fikiran… Ilmu itu penyuluh akal yang akan mengemudikan hati dengan tepat menuju ke matlamatnya iaitu sentiasa di dalam taat kepada Allah… Dan di akhir matlamat tersebut ialah bertemu dengan Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w : "Kamu menyembah Allah s.w.t seolah-olah kamu melihatNya. Jikalau kamu tidak dapat melihatNya, maka Allah melihat kamu." (HR Bukhari dan Muslim).
Hati yang sentiasa memandang kebesaran dan kemuliaan Allah, tidak akan memandang kepada yang lain kerana yang lain daripada tuhan itu serba kekurangan dan mempunyai kecacatan… Allah sahaja yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Di dalam hidup ini manusia ingin mencari yang sempurna dan yang indah…Suatu realiti yang sukar di tepis. Yang sebenarnya manusia tidak akan bertemu dengan semua itu…Manusia akan melihat kepada yang lain dengan serba kekurangan…
Manusia hanya akan bertemu dengan kesempurnaan yang Maha Sempurna itu pada Allah yang bersifat Jamal dan Kamal...Bila sudah bertemu dengan yang paling sempurna dan paling indah,manusia tidak berkehendak kepada yang lain lagi… Sudah cukup dengan itu sahaja…Segala kekurangan dalam hidup ini tidak akan menjadi masalah lagi. Hal ini akan membuahkan sifat zuhud di mana hati tidak cinta dunia dan qanaah iaitu cukup dengan apa yang ada… Inilah sifat diri yang terpuji dan mulia. Barangsiapa yang kenal diri, maka akan kenal Allah...Dan barangsiapa yang kenal Allah,akan kenal tipu daya dunia dan zuhud dengan dunia…
Zuhud ialah sunyi hati daripada terpaut dengan dunia…Hatinya sepi terhadap dunia sebagaimana sepinya malam yang menjelang fajar…Suasana itulah yang sering diidam-idamkan oleh semua orang tetapi yang memperolehinya hanyalah segelintir sahaja manusia, iaitu mereka yang benar-benar zuhud dengan dunia…Dan diriku ini, sudah zuhud kah aku…Kerdilnya diri ini…Hidup mereka tenang di dalam apa jua keadaannya sama ada kaya atau miskin…Semuanya sama bagi mereka…Kelapangan itu terbit dari dalam hati…Kalau hati sudah lapang, tindakan akan tenang…Ketenangan itu adalah kehebatan kerana itu wajah orang yang zuhud kebanyakannya hebat…Subhanallah…
Hebatnya mereka bukan kerana harta dan pangkat…Hebatnya wajah orang yang zuhud itu melambangkan permusuhannya dengan dunia yang keji dan dunia memusuhinya…Dan mereka sentiasa mencari keredhaan Allah dan Allah juga dekat dengannya…Tanpa menjaga hati umat akan mati!!!Banyak umat pada zaman yang silam telah mati hatinya tetapi telah dihidupkan dengan kedatangan para nabi.Sekarang sudah tidak ada nabi tetapi untuk menghidupkan hati yang mati itu, perlu ilmu dari pewaris nabi.Iaitu mereka yang sentiasa mendapat pimpinan dan rahmat dari Ilahi. Ulama Ul Amilin dan para ahli sufi yang sentiasa mendidik muridnya untuk mengenal diri dengan jalan Mujahadatun Nafsi…
Apa tanda hati telah mati?
a) Payah hendak ingat Allah pada waktu susah atau senang...
b) Payah mendapat kesan dari peringatan yang datang dari ayat-ayat Allah…
c) Terlalu cinta dunia dan mementingkan diri sendiri…
d) Cenderung kepada yang haram dan yang syubhat…
e) Berbangga dengan dunia dan pendapat yang batil…
f) Cenderung melakukan menzaliman dan penindasan…
g) Tidak sensitif dengan dosa, malah berbangga melakukannya…
Bagaimana mengubati hati yang mati?
a) Selalu mencari kebenaran dan berusaha berada di dalam kebenaran…
b) Membuang kecintaan terhadap dunia…
c) Berusaha mencari guru yang mursyid yang dapat memimpin supaya kita kenal diri dan kenal Allah…
d) Berusaha menjauhi makanan yang haram dan syubhat..
. e) Bersahabat dengan orang yang terpimpin hatinya…
Marilah bersama-sama kita koreksi diri, merawat hati, memperbaiki peribadi, demi cinta Ilahi….
~erti hidup dengan berkongsi~
No comments:
Post a Comment