Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Semoga di kesempatan waktu dan ketika ini, kita masih lagi merasa nikmat iman dan islam di dalam diri kita..Dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata... hanyalah sebuah persinggahan, jadi, mengapa tidak kita perbanyakkan amalan dan bekalan kerana kita cuma ada satu persinggahan sahaja..Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa sahaja ia akan pecah...
Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah swt...Sekiranya kita meletakkan satu nilai kecil ke atas diri kita sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga kita tersebut...melainkan usaha dan iltizam kita dalam menaikkan harga kita sendiri agar nilai kita menjadi “mahal”...Tapi bagaimana???adakah dengan membawa diri kita ke kelab malam eksklusif dan berdampingan dengan Pak Cit dan Mak Wa..yang kaya raya dan memiliki Lamborghini, sudah menjadikan diri kita mahal????Atau mengerahkan kaki berjalan di subuh yang hening ke masjid berdekatan???Tepuk minda, tanyalah hati...Kalau berharapkan keputusan minda yang tidak bertanyakan hati, kelam dan suramlah pandangan mata di dalam sebuah perjalanan diri..Ingat sahabat-sahabatku, hati yang bersih dan suci adalah hati yang sentiasa mengingati Allah swt...hati yang sentiasa mendambakan cintaNya...hati yang sentiasa menangis merindukan hidayah dan petunjukNya...(bacalah artikel hati oh hati)....
***warna hijau : negara Islam
Di antara cabaran yang sangat menggugat kita pada hari ini khusunya generasi muda Islam, ialah cabaran serangan pemikiran yang merosakkan dunia Islam di Timur dan Barat. Barat telah melaungkan slogan secular yang telah memenjarakan agama di tempat-tempat ibadat dan menafikan sebarang peranan yang boleh di lakukan oleh agama di dalam usaha memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun...di dalam bidang ekonomi, Barat telah melaungkan dasar-dasar kapitalisme!!!Di bidang politik, Barat telah mendaulatkan dasar-dasar demokrasi!!!manakala di bidang social, Barat telah melaksanakan dasar-dasar kebebasan yang hampir menimbulkan suasana yang tidak berperaturan dan dasar pengharusan terhadap semua perkara. Malah Barat juga telah menjadi senjata untuk menyerang nilai-nilai murni, akhlak dan agama...
peta Eropah Barat
Sahabat sekalian, tahukan kalian bahawa teori-teori Barat, dasar-dasar dan konsep-konsep mereka ini telah memerangi masyarakat Islam dengan membawa nilai-nilai baru dan juga cara pengislahan yang pelbagai...dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada nilai-nilai Islam, ajaran, dasar-dasar dan akhlak Islamiyyah itu...jadi, tertanya-tanya kita dimana kemuliaan Islam, kewujudan dan kelangsungan Islam itu jika di bina atas asas-asas dan dasar-dasr tersebut???
Kita lihat pula komunis timur yang meninggikan slogan sosialisme atau komunis...para pekerja dan buruh telah tertipu dengan slogan yang di laungkan ini...slogan yang menjanjikan kepada mereka bahawa pentadbiran adalah hak milik mereka!!!Komunis timur ini berusaha menghiasi dasar-dasarnya yang mulhid untuk di paparkan kepada masyarakat pemuda yang terdiri daripada golongan buruh, masyarakat fakir di dunia timur Islam dan masyarakat Islam yang lain....
Bagaimana ini boleh berlaku sahabat sekalian?Semua ini berlaku ketika Barat melancarkan serangannya dan Timur yang mulhid menyebarkan kesesatannya...Ketika itulah kebanyakan umat Islam hidup di dalam keadaan kehairanan, mundur, berpecah belah dan kehilangan kepimpinan yang baik dan adil. dan ketika itu jugalah kesatuan Islam yang tersusun sentiasa mencari-cari cahaya di tengah-tengah fatarmogana yang menipu, mencari-cari jalan penyelesaian di tengah-tengah kegelapan yang tidak mungkin melahirkan cahaya sehingga mereka mengetahui sebab-sebab kemunduran dan ketinggalan zaman lantas mengambil jalan yang membawa kepada kebenaran dan kejayaan untuk mengembalikan kemuliaan, kepimpinan dan daulah Islamiyyah.
Asas dalam serangan pemikiran terhadap generasi Islam adalah tipu daya, kepalsuan, penyesatan dan kemulhidan yang telah di lakukan oleh Barat dan Timur. Jangan kita lupa tentang perancangan, uslub dan pertubuhan-pertubuhan rahsia yang telah di lakukan oleh yahudi sedunia di dalam usaha mereka merosakkan dunia secara umumnya dan masyarakat Islam secara khususnya. bahkan untuk menundukkan dunia keseluruhannya di bawah kepimpinan dan penguasaannya...itulah misi mereka!!!
Kenapa Barat dan Timur memerangi Negara Islam???kerana risalah Islam memerangi akal dan fikiran dan berkembang ke seluruh alam dengan cepat dan mengkagumkan seluruh masyarakat dunia. manusia telah menerimanya berdasarkan pilihan mereka sendiri dan mentaatinya dan kerana risalah yang kekal inilah, memiliki keistimewaan seperti
i) RABBANIAH....kerana ia lahir daripada Tuhan yang Mentadbir dan Bijaksana yang tidak luput daripadaNya sesuatu walaupun sebesar zarah. Dia yang mengetahui segala sesuatu dan Dia telah meletakkan tiap-tiap sesuatu pada tempatnya yang munasabah.
Allah swt berfirman di dalam surah Al-Maidah : 50 “dan bagi orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah”
ii) KEKAL....kerana ia adalah kekal buat selama-lamanya, terpelihara di bawah pemeliharaan Allah sehingga hari akhirat...
Firman Allah swt di dalam surah al-Hijr : 9 “Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan al-quran itu dan Kamilah yang akan memeliharanya”
iii) A’LAMIAH...kerana pembawa risalah ini telah di utuskan kepada seluruh manusia dan alam sejagat...
Firman Allah swt di dalam surah as-Saba’ :28 “Dan Kami tidak mengutuskan engkau melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan berita menakutkan (peringatan)”
iv) SYUMUL...kerana ia merangkumi segenap aspek kehidupan dan sistem yang di perlukan oleh manusia di dunia dan akhirat, memenuhi keperluan semasa dan masa akan dating ketika perang dan ketika aman.
Firman Allah swt di dalam surah an-Nahl :89 “dan Kami telah menurunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas kepada setiap sesuatu serta sebagai pembawa rahmat dan berita gembira kepada orang-orang Islam”
v) MERUBAH...kerana terkandung di dalamnya dakwah para anbiya’, memelihaa kebenaran yang di turunkan kepada seluruh risalah terdahulu dan Allah telah redha supaya ianya mengatasi seluruh agama yang lain.
Firman Allah swt di dalam surah al-Maidah :48 “ dan Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah di turunkan sebelumnya dan untuk memelihara dan mengawasinya”
vi) MENYUMBANG SISTEM PERUNDANGAN...kerana ia muncul di bidang perundangan dan ijtihad dengan dasar-dasar dan kaedah-kaedahnya yang umum serta furu’-furu’nya. dengan itu, ia mampu menangani keperluan zaman dan perubahan semasa terutama hokum-hukum yang berhubung dengan muamalat, permasalahan undang-undnag, sistem ekonomi, perhubungan social dan hubungan antarabangsa.
Firman Allah swt di dalam surah al-an’am:38 “tiada Kami tinggalkan sesuatupun di dalam al-Quran ini (yakni segala yang di perlukan mengenai dunia dan akhirat, ada di terangkan asas-asas dan intisarinya di dalam al-Quran {tafsir pimpinan ar-Rahman})’
Bertitik tolak daripada keistimewaan dan cirri-ciri khusus yang di miliki oleh Islam ini, Rasulullah s.a.w telah mengumumkan semasa Haji Wida’ di khalayak umum firman Allah di dalam surah al-Maidah :3 “Hari ini Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku lengkapkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai agama”
Rasulullah s.a.w telah menegaskan kepada kita, sahabat sekalian...Rasulullah telah meninggalkan kita di atas cahaya yang terang, malam kita yang terang seperti siang, tidak terpesong di kalangan kita ini kecuali seseorang yang celaka...Rasulullah menegaskan bahawa selagimana kita berpegang teguh dengan kitab dan sunnah, kita tidak akan sesat buat selama-lamanya..apabilan kita terpesong daripada syariat Allah dan mengabaikan syariatNya, maka Allah akan menimpakan azabNya yang pedih kepada kita...Bahkan musuh akan menguasai kita lalu merampas sebahagian daripada apa yang ada di dalam genggaman kita!!!
Rasulullah s.a.w telah melaksanakan tugasnya menyampaikan risalah.sewaktu Baginda menemui Allah swt, Islam telah tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan sampai ke Tahamah dan Najran, memasuki Yaman dan Bahrain dan berakhir ke Syam..Di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin, lembayung Islam telah meluas ke dua buah kuasa besar iaitu Parsi dan Rom. Lembayungnya juga telah meluas ke Negara China di Timur dank e Negara Romania dan Selatan Rusia. Keadilannya juga telah memasuki Negara Syam, Mesir, Kepulauan Tripoli dan juga Afrika. Semuanya itu berlaku dalam jangka masa 35 tahun...MasyaAllah...Menjelang tahun 102 Hijrah pula, di zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Islam dan kerajaannya telah meluas sehingga ke Sri Lanka dan sebahagian besar Negara India, Turkistan dan sempadan Negara China di Timur. Islam telah meluas ke Barat hingga ke Sepanyol yang terletak di Eropah.
Khalifah kerajaan Abbasiah Harun ar-Rasyid telah berupaya menggambarkan kepada dunia tentang keluasan kerajaan Islam dan meluasnya kekuasaannya di muka bumi apabila baginda berkata kepada awan yang lalu di atasnya tetapi tidak menurunkan hujan padanya :"turunlah (wahai hujan) di mana sahaja engkau mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami."
Barat dan Timur marah dengan begitu memuncak di sebabkan tapak-tapak kaki umat Islam yang telah memijak bumi Eropah. tentera-tentera Islam telah sampai sehingga ke sempadan Perancis....orang-orang Eropah telah terkejut daripada tidurnya dan berkata : "sungguh pelik, agama apakah ini yang telah menguasai dunia dengan kekuatan dan ketangkasan yang mengkagumkan?Ia telah memerangi Rom, emmasuki Itali, menawan Sepanyol dan kemudian cuba untuk merentasi Gunung Perancis untuk menguasai Perancis!!!"
Begitulah Islam telah membekalkan dunia dengan kekuatan dan kehidupan dan menguasai bumi dengan cepat dan hebat seperti perubahan malam dan siang. Di sebabkan kekuatan inilah, maka Barat dan Timur amat memerangi Islam..Oleh itu, wahai sahabat sekalian, janganlah dengan cepat kita mengaku kalah sebelum berjuang...janganlah dengan cepat kita merasa lemah..janganlah cepat kita melenting jika menerima kekalahan...janganlag dengan cepat kita berpaling tadah jika di asak dengan material...Kita kena langsungkan perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w!!!satukan hati, satukan semangat, satukan kecintaan, satukan matlamat, satukan perjuangan!!!!
~erti hidup dengan berkongsi~
No comments:
Post a Comment