(dapat rasakan aliran current yang sedang mengalir di lubuk hati anda bila menatap foto ni?)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Pertama sekali, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa kesyukuran, rasa penuh kehambaan kepada pencipta kita, Dia yang satu, tiada dua...Allah swt....
Selawat dan salam ke atas kekasih Allah swt, Baginda Rasulullah s.a.w dan para keluarga dan juga sahabat baginda...
Tidak di lupakan, doa kepada saudara-saudara yang terlebih dahulu berjumpa dengan Allah swt dan meninggalkan kita untuk terus bermujahadah di bumi pinjaman ini...
ERTI HIDUP DENGAN BERKONGSI ...kalau Ust Hasrizal dengan motto nya "erti hidup dengan memberi", diriku pulak menjadikan "erti hidup dengan berkongsi" sebagai satu lentera hidupku...
Entri yang ringkas dan pendek sahaja untuk kali ini...sekadar ingin berkongsi rasa kebahagiaan yang tidak putus-putus menyemarakkan rasa cinta kepada Allah swt...Perkhabaran gembira yang tidak henti-henti mendatangi diri ini...dengan pelbagai 'kenaikan' yang di beri...Alhamdulillah...ini adalah hadiah Allah swt untuk diriku....tapi juga sebagai peringatan supaya tidak lalai dan leka dan hanyut di dalam medan perjuangan...Kini, bidang tugas menjadi semakin mencabar, tekanan semakin bertambah, ku memohon kepadaMu agar semua itu bukanlah alasan untukku karam tenggelam di lautan dakwah...
Kepada keluarga, sahabat,teman dan juga pensyarah2 yang banyak mengajar,membimbing dan juga berkongsi ilmu serta pengalaman dengan diri ini, inginku lafazkan jutaan terima kasih di atas semua sokongan dan perkongsian...Doaku sentiasa mengiringi kalian...Semoga kalian beroleh keredhaanNya di dalam setiap apa yang kamu kerjakan...Ameen Ya Rabb
Sungguhpun tidak dapat berkongsi kebahagiaan dengan arwah ayah yang telah lama pergi...ku yakin, aku akan diketemukan dgnnya nanti kerana ku yakin Allah swt menyayangiku dan Allah Maha Adil...Allah Maha Mengetahui..cinta dan rindu yang ku simpan selama ini..ku yakin, setiap hambaNya yang menjaga agamaNya dan berjihad di jalanNya pasti akan beroleh balasan yang hanya Dia sahaja yang tahu...
Kongsikanlah kebahagiaan yang kita perolehi...tidak kiralah samada dari segi material, rasa kasih dan prihatin...kongsikanlah!!!walaupun hanya sekeping roti....sesungguhnya melalui perkongsian itu, kita merasa kebersamaan di dalam susah dan senang...kebersamaan dalam mensyukuri nikmat yang dikurniakan....kebersamaan dalam menyemai rasa cinta dan kasih sesama manusia...dan yang lebih penting...kebersamaan dalam mencari redhaNya...
InsyaAllah, jika tiada aral yang menghalangi, sungguhpun baru di khabari oleh seorang sahabat sebentar tadi (terdapat sedikit masalah), pada minggu hadapan, NISA' Sepanggar dan juga Unit Amal akan bersama-sama mengadakan Lawatan Kasih di sebuah hospital tempatan di sini...Mudah-mudahan niat murni ini untuk berkongsi rasa kasih dan prihatin dengan pesakit-pesakit di sana di redhai oleh Allah swt...
Jomlah kita sama-sama tonton video yang agak lama jugak...bagi membangkitkan rasa perkongsian kita dengan masyarakat-masyarakat yang memerlukan di luar sana...
~Erti hidup dengan berkongsi~
Salam kak..
ReplyDeleteartikel yg menarik..tp xsmua yg kita miliki mampu untuk dikongsi..mcm na dgn berkongsi suami? :-)
waalaikumussalam dik....erm...susah akak nak jawab if pasal soalan psl suami tu :)
ReplyDeletesalam...entry menarik,sharing is caring.tp tak semua bleh dkongsi...
ReplyDelete