Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Apa khabar sidang pembaca semua???Harap masih lagi di beri kekuatan untuk meneruskan kerja masing-masing...Rindunya untuk menulis di blog angkasa raya ini...Tangan ni rasa menari-nari sahaja untuk menaip dan menulis tapi terpaksa di batalkan kerana sudah hampir 2 minggu, laptop tidak boleh di “onn” kan di sebabkan charger hilang entah ke mana setelah Lawatan Kasih Nisa’ Sepanggar dan Yayasan Amal pada 20 Mac 2011 yang lepas...
sunyi nya bilik tiada sebarang bunyi melainkan bunyi dr mulut sendiri dan sebuah lagu dehearty-pasrah di dalam handphone kak anne yang di pinjamkan kepadaku buat sementara waktu ni sementara menunggu handphobe baru yg di sponsored khas oleh kakak tersayang di Kuching...hehe....dan rasa rindu dgn handphone lama yang hilang juga entah ke mana...my personal assistant...xboleh sudah mendengar lagu,radio,tv,online dan check schedule...huhu...xpa...ikhlaskan hati di atas pemergiannya...:) sehingga ke saat ini, lagu dehearty itu sahaja lah yg asyik2 di putarkan di bilik...rindunya dgn lagu sakha dan snada...xpa..relax, tenang, cool...ada masa nanti, g cari charger laptop di karamunsing...bilalah agaknya tu????erm......
Hanya dapat mencuri sedikit waktu untuk menulis...idea selalunya mencurah2 ketika waktu malam...terutama ketika bersendirian di rumah...masa tu lah tangan ni rasa ringan betul nak menaip, tapi xtahu nak taip kat mana...mcm hari semalam, sebelum berangkat ke Bandar sierra, menunggu waktu isyak, bait demi bait...patah demi patah kata-kata berlegar di fikiranku...yes!!!!datang sudah ideaku...akhirnya inilah hasilnya...
Haruskah aku
membiarkan pertanyaan itu
sepi bak lukisan
tergantung di dinding hati
dan kalimat asing itu
menjadi semakin unik...
Haruskah aku
membiarkan tanpa simpati
kaku dan terusnya membisu
pada ketukan yang berulang itu
lalu melukakan
hati sendiri...
Haruskah aku
membiarkan saja detik ini
menjadi ruang waktu yang gelisah
dalam setia penantian
antara harapan ketidakpastian...
Lalu, pertanyaan itu datang lagi
memanjangkan ketafakuranku
meraih sunyi hati
menagih sebuah jawapan
menyimpul suatu ketentuan
kepada dirimu Ya Rabbi...
Setiap pertanyaan itu
adalah kalimat suci
apabila yang mengocak tasik hati
menjanjikan sebuah harapan
membuang debar gelisah
mencari kepastian arah....
Tajuk : Penantian
Lirik : Balqis Baltisha Basyeerah
Lagu : Balqis Baltisha Basyeerah
sebuah lagu...sudah ku rekodkan rentak muziknya di handphone kak anne..alhamdulillah, mujurlah boleh buat recording...berkali-kali ku rekodkan, akhirnya ku jumpa jugak rentaknya...tunggu irama keyboard yang akan ku cari key nya nanti...dan tahniah kepada kak ita!!!kerana menjadi orang pertama mendengar lagu ini yang belum lagi ku fikirkan tajuknya...teringat pulak dengan sebuah lagu yang tiba-tiba hadir di kotak fikiranku ketika program PSS di SMK Tenghilan baru-baru ini...yang berjaya ku rekodkan di handphone lama..tapi..sayangnya, handphone tu sudah tiada...xpa..idea tu bila-bila sahaja boleh muncul..
inilah diriku...sebab itulah, penting bagiku untuk membawa buku, pen dan recorder ke mana sahaja ku pergi kerana entah....sentimental betul dirini...tiba-tiba, tanpa sebarang alarm, bait puisi, madah cerpen, irama muzik menari-nari di fikiranku dan ku tidak mahu semuanya terbang berpergian tanpa sebarang catatan...
Mungkin di sebabkan habit ku yang terlampau berfikir dan suka memaksa diri untuk berfikir, ku selalu di timpa migraine teruk sehingga terkena hyper ventilation...terpaksa jumpa doctor, meminta tips untuk menghilangkan stress dan migraine...lucu-lucu....this is me!!!
Setakat itu sahaja, mampu di kongsikan..mungkin entri kali ni lebih berbentuk personal...di harap tidak di salah tafsirkan...sebenarnya, semangat untuk menulis isu pilihanraya di bumi kenyalang yang ku rindui membuak-buak..akan ku usahakan mencari wasilah untuk menaip...hehehe...insyaallah, bila dah siap irama keyboard dan jumpa penyanyi lelaki, video lagu ciptaanku itu akan di post kan di blog ni...sekarang tgh memaksa diri untuk mencari nada dan irama untuk lagu tema KRU...untuk KRIS nanti...semoga di permudahkan...
~erti hidup dengan berkongsi~
Salam...
ReplyDeleteSentimental perlu bila jari mula digerakkan untuk bermadah cerita,,sbb baru tulisan itu berjaya dihidupkan...=D
syukran ...:)
ReplyDelete