Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, July 25, 2011

1 bulan

Assalamualaikum wbt...
satu keputusan yang berat tapi terpaksa
inilah yg terbaik...
tak sanggup lagi merasa sakit hati dan tertekan yang terlampau...

after 1 month, i shall say selamat tinggal...BYE BYE to my lovely boss
and
shall say HI HI to my new chapter of my life...

KEM REMAJA CEMERLANG, program yang sama,tapi rasa yang berbeza..
adakah ia yang terakhir???

Thursday, July 21, 2011

Monolog CINTA


Assalamualaikum wbt...
Sebuah madah puisi yang ku nukilkan khas untuk seorang sahabat yang bakal pergi
Hidup ini penuh dengan pancaroba
Yang sebenarnya menguji kita
untuk merasa redha...

********

Lucu...sungguh lucu...
Inilah diriku, 
tatkala di asak dengan pelbagai tekanan,
Maka terbitlah pelbagai monolog dalaman,
Meruntun jiwaku untuk ikut sama berbicara,
Melebarkan sayap imaginasi penuh rasa,
Bebas....berterbangan di dunia ciptaanku...
Yang akhirnya hanya satu dan jitu
Di tiraikan dengan labuhan mutiara
Hilang kesesakan dada 
Dan kesempitan melanda....
Lucu...

Apa yang ku fikirkan tika detik ini???
Dan juga apa yang kau fikirkan detik selepas kau membaca ayat ini???

Lambakkanlah sayang yang menggunung pada agama...
Timbunkanlah rindu yang memuncak pada keimanan...
Siramkanlah kasih yang melimpah pada ketaqwaan...
Semarakkanlah cinta yang membara hanya padaNya...

Sahabat yang sejati...
Sering membawaku rasa bertuhan...
Sering membawaku mengingat kematian dan akhirat...
Sering membawaku mengenal potensi diri...

Teguranmu ibarat salji yang menyejukkan hati...
Nasihatmu ibarat madu yang membuatku tersenyum manis...
Marahmu ibarat guruh yang menyentak lamunanku...
Pujianmu ibarat haruman bunga yang menyenangkanku...

Pergimu pasti meninggalkan sepi...
Kehilanganmu pasti membuahkan rindu...
Berpisah darimu pasti menghadiahkan resah...
Kerna pada dirimu ,tersimpul seribu ikatan mahabbah,mawaddah dan rahmah...
Yang tersemai subur di hati setiap insan yang kau sentuh...
Hikmah di atas persahabatan, terbina di landasan tarbiyyah...
Alhamdulillah wa syukurilah...

Ingat sahabatku...
Islam tidak memisahkan kita...
Pasti nun di alam barzakh kita berkampung bersama...
Citrakan amal islami sepanjang masa...
Hindarkan diri dari menjadi pelaku dosa...
InsyaAllah pasti berjumpa semula di syurgaNya...

Madah ini bukan sekadar renungan...
apatah lagi sebagai kenangan...
Ini adalah madah persahabatan...
Kebersamaan di dalam pengorbanan...

Janganlah teteskan air mata...
Janganlah pancarkan duka...
Kerana hati kita akan tetap bersama...
Selagi kita berada di landasan yang sama...

Lumrah kita membuka...
Pasti kita akan menutup...
Ku izinkanmu berpergian mencari redhaNya...
Bekalan untuk segala yang kau hadap...



***khas untukmu,dari seorang adik kerdil...***
terima kasih untuk segala-galanya....
diriku sudah kehilangan seorang sahabat baik
(sungguhpun aku masih mengharap untuk dia kembali)
kemudian di iringi dengan pemergian seorang adik yang sangat ku sayangi...
tika mata masih lagi basah, teman baik ku sekali lagi pergi meninggalkanku untuk ke Kuwait
dan sekarang
tiba giliranmu....
yang ku anggap seperti adik-beradikku...
akanku kenang milo panasmu buat selama-lamanya...


Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw:

"Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman,hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah)

~erti hidup dengan berkongsi~

Friday, July 15, 2011

Nisfu' Syaaban : Jom top-up iman

Assalamualaikum wbt...Hari ini adalah 15 Julai 2011 bersamaan dengan 13 Syaaban 1432H...sempat lagi kita untuk membuat persediaan untuk top-up iman pada nisfu' syaaban...Nisfu’ Syaaban merupakan malam yg penuh berkat dan rahmat selepas malam lai’latul qadr...Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg di riwayatkan leh Imam Al Baihaqi r.a..
"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki.”


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yg baru...Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib 15 Syaa’ban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja waktu maghrib...
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaa’ban
1.Solat sunat nisfu sya’aban – terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini...Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat...Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat...Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman


Adapun amalan membaca yasin sebnayak 3 kali  pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut...Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah...

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Makanya, hargai kesempatan yang ada ini untuk kita sama-sama mengtop-up iman kita dan mengupgrade diri kita..syukur kerana kita masih lagi di beri masa oleh allah untuk terus hidup di bumi pinjaman ini....pasti ada hikmahnya...


Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.



Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
~erti hidup dnegan berkongsi~

DOST: tuma bahuta yada ati hein..

assalamualaikum wbt...maaf andai entri kali ni lain sikit..
setahun sudah meninggalkan ISMD,India...jadi terasa rindu
sebuah negara yang sangat melindungi kaum wanita
sebuah negara yang mementingkan pendidikan
Degree bagi mereka,itu bukan pencapaian terbaik
PhD itu target bagi setiap pencinta ilmu di sana
makanya,ingin meluahkan rasa kerinduan tersebut dalam bahasa hindi yang tak seberapa ini...
terima kasih untuk segala-galanya

di dalam Indian School of Mines, Dhanbad,India...

ye sundar baatein moolakatein acchey lagte hein
hein dost ab jo aznabi they thum...
milke chalte hein
charo taraf ye duniya pakdey veg
jaise uthe imarat vaise dher
ye rishtey par do pal ke bhi amit rehte hein
ye jahan, ye parvat, sagar pal do pal ke hein...
aur hum yahan is duniya mein mein bas musafir hein
tod do ye nafrat ke deewar
pyaar sebharo tum sab vichar...

profesor yg bnyak berjasa..yg pakai cap tu lah supervisor sy..major dlm hydrogeology

pyaar ke kayi zo aise bhooke rehte hein
ve sochte is duniya mein hum akele hein
tum apna pyaar unhe dikhao
yu dil mein na usey chipao

exercise kami tiap2 petang..kriket!!!rindunye nak main kriket....

kareeb seye baatein socho sehmey se ho kyun???
jhoote log tumhe daraate, darte rehte kyun???
saccha pyaar dur kare sab dar
aandhi ya toofan mein khada gar...

ni lah my family...yg banyak jg chotty yg nakal ni..hehe..and makanan tu adalah 'momo',mmg fevret sy..sy boleh habiskan 5-7 pinggan dlm sekelip mata...sedap...

inilah Jharia Coal Field...tu pasai balik dr India,terus gelap...panas kat sini...sebab banyak coal fire kan...dan exposure tinggi!!

cheq nak ucap makaseh xterhingga kat mak cheq sebab kalau mak xjar anak dara dia ni masak,susah anak dia nak makan kt tempat org...ni lah masakan malaysia yg di masak menggunakan bahan2 rencah india..kari yg agak lain,cili yg agak lain..asam gelugur xwujud kat sini..aissshhh...apa yg di masak?hehe..
umai ikan..(semestinya...masakan org sarawak!!!),sambal nasi lemak sebab masak nasi lemak kan..,sanggar pisang, ayam masak asam pedas..(sayur terung asam xda kat india..sedih), acar timun, and sayur kcg bendi masak kari...huwaaa...kari dia rs lain...apa-apa pun,terlepas rindu...hehe

~little chotty nisa~
hamesa ke li dost!!!

~erti hidup dnegan berkongsi~

Thursday, July 14, 2011

Gerbang Perkahwinan

teman-teman baik sepengajian di Indian School of Mines..bersama dgn Sanjay Sir (hujung sekali)

13072010
1230
Centre of Mining Environment,Indian School of Mines,India
detik itu...
kian tiba..
5 Syawal 1432H
berdebar-debar sekeping hati kecil ini
sedih,sayu,gelisah,gundah
semua rencah bercampur menjadi satu adunan
menjadi rawan hati
bersediakah aku?
cemburukah aku?
redhakah aku?
melepasmu pergi...
owh pendamping setia hidupku...
ku pasti merindui
hari-hari bujang kita bersama...
ku lepaskan dirimu
melayari bahtera bersama mujahidin
yang kau pilih kerana Allah
ana uhibbuki fillah,ukhti anne
selamat membina masjid...
semoga bercinta hingga ke syurga...

Moga-moga mahligai yang bakal dibina

Adalah mahligai yang dirahmati Ilahi

Yang bakal melahirkan generasi Rabbani

Yang bakal menjadi pejuang 
dan 
pembela agama Allah
insyaAlLah...





Syurga rumahtangga itu fitrah hati

Naluri semulajadi yang pinta diisi

Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza

Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta..
Diukir dari intan permata
"Gah , suamiku seorang jutawan"
tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
"Wah, isteriku seorang selebriti"
ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa...
dituai oleh pangkat dan jawatan
"Wah, suamiku seorang angkasawan"
pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar...

Kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah???



Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki...

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati....."
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah...


Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"isteriku, taatilah hukum Allah...."
"suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w..."

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya  adalah iman
Jalannya .adalah syariat
Natijahnya adalah akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagiaan rumahtangga
dan terciptalah
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah".



****mode sedih****
si tulang bengkok sudah berjumpa dengan empunya bdn
lega...melihat sahabiah-sahabiah gembira
sudah ada yang menjaga dan di jaga
tidak perlu ku berasa risau dan runsing lagi
untuk meninggalkan kalian...
kerana ku yakin
Allah telah memilih mereka untuk mendampingi dan melindungi kalian...
sekarang,izinkanku berterbangan semula ke sangkarku...
rama-rama kerdil ini meminta izin
dari antumna...


bertemu tidak jemu
berpisah tidak gelisah
biar 1001 tahun tidak bertemu
biar 1001 batu yang memisah
aku tidak jemu
aku tidak gelisah
kerana kau telah memilih
dan aku juga telah mengesah
ku pohon doa darimu
dalam merentasi sebuah lembah
penuh pahit hempedu dan manis madu
sebuah kekuatan untukku dan juga dirimu
untuk sebuah perjalanan tarbiyyah...

~erti hidup dengan berkongsi~

Tuesday, July 12, 2011

Gambar perhimpunan BERSIH 2.0 di seluruh dunia!

Penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 yang berada di luar negara turut mengadakan demonstrasi di tempat masing-masing tempohari. Saksikan gambar di pelbagai lokasi ini seperti di Melbourne, Singapore, Washington DC, London, Paris dan juga Hong Kong. 



MELBOURNE






SINGAPORE

WASHINGTON D.C

LONDON

PARIS

HONG KONG

Sumber:nota kosong

~erti hidup dengan berkongsi~