Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Tuesday, July 5, 2011

Nasyid Nada Gabungan Sri Panglima


Assalamualaikum wbt...tadi tgh google pasal group nasyid yang latest , and tetiba jumpa page ni...di website JAKIM...rindu pulak kenangan time tu...itulah nasyid yang terakhir yg di ikuti sebelum masuk ke Kolej Matrikulasi Labuan...mungkin ada yg tertanya-tanya mcm mana budak berusia 17tahun sudah boleh ikut Festival Nasyid Kebangsaan di mana had umur peserta adalah 19 tahun ke atas...sebab ni bukan kategori sekolah menengah, ni kategori dewasa..?terlalu panjang ceritanya...terima kasih kpd kak long kerana pinjamkan IC dia...tapi memang agak lucu...nasyid yang sudah sebati dgn diri sejak dr sekolah rendah lagi,sekarang ni membuak-buak..malah meruntun jiwa ni nak naik stage semula...nak nyanyi..tapi,skrg...dah dewasa al-maklumlah kan...takut fitnah berleluasa..lebih baik,diam diri...tapi skrg tukar bidang...menulis lagu...insyaallah,kumpulan nasyid Balqis Basyeerah yg d anggotai oleh adik-adik Balkis SMP Likas akan di trained sebaik mungkin utk festival nasyid antara sekolah nanti..semoga di permudahkanNya...

Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali-16 1426H/2005 telah diadakan pada 25 Jun 2005 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Festival tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Dr. Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala tetamu-tetamu kehormat yang hadir antaranya, Y. Bhg. Dato' Mustafa bin Abd. Rahman dan isteri, Ketua Pengarah JAKIM serta ketua-ketua Jabatan/Kementerian di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, negeri-negeri serta exco-exco agama. Sebanyak 16 Kumpulan Nasyid dipertandingkan yang mana 8 kumpulan Kategori Tradisi dan 8 kumpulan Kategori Moden. Kumpulan Hijjaz telah memberikan persembahan khas semasa festival.

KATEGORI TRADISI
1. Kumpulan Nur Siddiq (Selangor)
2. Kumpulan Shautul Hadhari (Sabah)
3. Kumpulan Sa'dah ( Sarawak)
4. Kumpulan Kias Bermadah (Kelantan)
5. Kumpulan Keda Sautu Aman (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah)
6. Kumpulan An-Najwa (Pulau Pinang)
7. Kumpulan Nur Najmi (Melaka)
8. Kumpulan Fitrah (Johor)

KATEGORI MODEN
1.Kumpulan Safran (Selangor)
2.Kumpulan Tazkirah (Sabah)
3.Kumpulan Nada Gabungan Sri Panglima (Sarawak) (sempat merakamkan album dgn RTM Sarawak seketika...)
4.Kumpulan Baiduri (Kelantan)
5.Kumpulan Helwa (Kementerian Penerangan)
6.Kumpulan Nur Mutiara (Pulau Pinang)
7.Kumpulan Al-Kauthar (Melaka)
8.Kumpulan Nur Jannah (Johor)

Keputusan Pemenang Festival Nasyid 2005
Penulis Lirik Terbaik
Tradisi:Mohamad bin Ami
Dari Kumpulan Fitrah (Johor)
Moden:Kamaruddin b. Hj. Hashim
Dari Kumpulan Tazkirah (Sabah)
Pencipta Lagu Terbaik
Tradisi: Haji Djalidar bin Abd. Rahim
Dari Kumpulan Shautul Hadhari (Sabah)
Moden: Mohd. Ali bin Hj. Abd. Majid
Dari Kumpulan Tazkirah (Sabah)
Naib Johan (Nasyid Tradisi): Kumpulan Sa'idah (Sarawak)
Johan (Nasyid Tradisi) :Kumpulan Shautul Hadhari (Sabah)
Naib Johan (Nasyid Moden):Kumpulan Nur Jannah (Johor)
Johan (Nasyid Moden):Kumpulan Tazkirah (Sabah)
Persembahan Terbaik:Kumpulan Tazkirah (Sabah)
Tarikh : Jun 27, 2005 - 3:35pm

No comments:

Post a Comment