Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Monday, July 4, 2011

Sahabatku yang setia...

Assalamualaikum wbt...Tiada kata-kata yang mampu di ucapkan pada saat ini...eh,bukan..sejak mlm semalam lagi sebenarnya...Hanya rasa sedih dan air mata yang mengalir..mengungkapkan betapa rasa sayangnya diri ini di atas ukhuwwah yang telah di bina bertahun lamanya...

Sahabat...kau silap!!kau memang silap andai kau jangkakan diri ni tidak sedih bila kau memaklumkan pasal pemergianmu ke bumi Arab ,24 jam sebelum kau berangkat...kau memang silap!!!bijak..sungguh bijak kau merencana semuanya...sungguh bijak kau menyembunyikan plan mu..sungguh bijak kau berlakon di hadapan ku...perbuatanmu itu menambahkan lagi rasa sedih di hati ini...ku tahu,kau berbuat demikian kerana kau tahu diriku seorang yang cenggeng...suka menangis...dan kau tidak mahu diriku menangisi pemergianmu ke sana...
di sinilah kita berkenalan...mengkaji batu bersama-sama


sahabatku yang setia...
kau laksana penjual kasturi
sungguhpun kecil 
keharumanmu melata ke serata...

sahabatku yang setia...
rupa paras bukan jadi bandingan
darjat dan pangkat bukan soal pilihan
yang mulia di hati budi
asasnya iman neracanya taqwa...

sahabatku yang setia..
menegur kesilapanku agar ia tidak berulang
melarangku dari melakukan kemungkaran
mengingatkanku dari kealpaan
tidak setakat mengangguk kepala
mengiyakan apa yang ku perkatakan...

sahabatku yang setia...
di sisiku pada setiap keadaan
meraikanku pada saat kegembiraan
mendampingku pada saat kesedihan
yang sanggup berkongsi kepentingan
merealisasikan sebuah pengorbanan...

sahabatku yang setia..
malumu mengatasi perawan...
beranimu mengatasi pahlawan..
cintamu bukan pada gambaran...
rindumu bukan pada pertemuan...
tapi hatimu sarat dengan iman
rantingmu ikhlas
dan puncak keredhaanmu jadi tumpuan...

sahabatku yang setia...
takkan pernah hilang
dalam kamus hidupku
tika kau me'nampar'ku
tika kau me'nyembur'ku
tika kau membawaku ke realiti
tika kau menghulurkan tanganmu
membantuku dalam berdiri
tika diriku lemah
sangat lemah
di fitnah
di cerca
di kutuk
di keji
pandangan serong di kiri kanan
diriku di pulaukan
diriku di persalahkan
kerana satu perkara
bukan pintaanku
kerana JATUH CINTA!!!
sungguh aku berterima kasih
pada dirimu
yang setia 
bersamaku
mengharungi detik itu
detik perit dalam hidupku
kau bangkitkan aku dari lenaku
kau bangkitkan aku dari lumpuhku
kau bangkitkan aku
untuk jadi seperti hari ini...
kaulah sahabatku yang setia....


eksplorasi Tangkuban Perahu,Indonesia...satu detik bersama menjelajah ciptaan Allah swt



sahabatku yang setia...
sungguh
diriku terasa kehilangan
tiada lagi panggilan dari mu
tiap-tiap malam
mengejutkan diriku dari tidur
sungguhpun kau tahu
diriku sentiasa 'beradu' awal...
tiada lagi panggilan dari mu
tiap-tiap petang
selepas kerja
menganggu kosentrasiku memasak...
tiada lagi yang memarahiku
jika terlampau sibuk
sehingga lupa untuk makan
tiada lagi yang mengusikku
jika mendengar ketawaku nan henti..
kau merasa kebahagiaan di hati ini...
tiada lagi yang berbincang denganku...
pasal umat Islam
sungguhpun kau ABIM dan aku PAS
kita selalu bersepakat dalam percambahan idea...
tiada lagi yang membuat laporan
pasal kerjamu, bosmu, 'cinta'mu..
tiada lagi...
dan akan adakah lagi???

sahabatku yang setia...
sungguh aku tak rela dengan pemergianmu
kerana aku tidak sanggup kehilanganmu
yang melengkapi hari-hari ku
yang jauh dari keluarga
di bumi Sabah ini...
sunyi...
pasti sunyi...
tiada lagi yang mengganggu diriku...
tiada lagi rasa di ganggu...

sahabatku yang setia...
cepatlah kau kembali
dari kembaramu di sana
sungguhpun baru sehari
pemergianmu
ada 1001 kisah inginku 
kongsikan denganmu
kembalilah segera...
aku pasti merindui dirimu...

sahabatku yang setia...
TERIMA KASIH
untuk segalanya...

~erti hidup dengan berkongsi~




kaulah di antara 2 adam yang rapat dengan diri ini...yang paling mengenali diri ini sejak diriku dulu-dulu kala lagi....insan yang tahu kisah sebenar hidupku...
kaulah sahabatku yang setia....

No comments:

Post a Comment