Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0 : PEMBATALAN PERMIT - AMENO KIAN TERDESAK


Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menolak permnohonan Bersih untuk berhimpun di Stadium Merdeka esok dengan alasan permohonan itu tidak lengkap.

Bagaimanapun IPD Dang Wangi meminta Bersih yang diwakili salah satu NGO nya Empower diminta merayu kepada Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di Pudu jika mahu membuat rayuan atas penolakan itu.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih Maria chin yang datang ke IPK bagi pihak Bersih dan Empower memaklumkan perkara ini kepada pemimpin pas.

Sebelum ini, IPD Dang Wangi menghubungi Bersih untuk datang mengambil permit perhimpunan itu itu.

Mendapat berita yang "menggembirakan" itu, Bersih menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, memberitahu mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok.

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis Bersih.

Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, mereka menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu.

Setibanya di IPD Dang Wangi tiba, Maria dimaklumkan berlaku salah faham dan permit tidak dapat diluluskan kerana dokumen tidak lengkap.

Penafian turut dibuat Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Beliau menafikan Bersih telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Sehubungan itu, satu sidang media khas dijangka akan dibuat Bersih petang ini...


PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung besok.

Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka.

“Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?” soal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini.

Sepatutnya kata Tuan Ibrahim, Perdana Menteri tidak patut menyusahkan polis dengan keputusannya dan benarkan sahaja rakyat berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sebelum ini, ketika Bersih bertegas mahu berarak menuju ke Istana negara, Najib membantahnya lalu mencadangkan ianya diadakan di stadium.

Setelah pertemuan dengan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Besih kemudiannya bersetuju untuk menukar dari berarak ke istana kepada perhimpunan di stadium.

Dan kelmarin, mereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan itu di Stadium Merdeka di ibu negara.

Namun kabinet yang diketuai Najib pula didakwa menolak hasrat Bersih memilih Stadium Merdeka itu.

Penolakan itu dilihat bercanggah dengan janji awal Najib yang sedia membenarkan himpunan aman itu jika diadakan di satdium.

Lebih malang apabila perdana menteri itu melepaskan urusan kebenaran yang pernah dijanjinya itu kepada pihak polis.

Pihak polis sehingga kini bagaimanapun bertegas himpunan tersebut tidak dibenarkan bukan sahaja di Stadium Merdeka, malah di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur.

Lebih dari itu, polis juga telah mendapatkan perintah larangan dari Mahkamah Majistret bagi menghalang 66 tonggak utama himpunan dari Bersih termasuk dari parti-parti politik dan NGO yang menyokongnya.

“Bah ini sebenarnya kenyataan awal beliau. Layakkah seorang yang lepas tangan dan bermungkir janji secara terang-terangan begini menjadi pemimpin rakyat Malaysia,” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.




"Sepatutnya Kerajaan Umno BN tidak lagi terus-terusan membohongi dan berdolak-dalih di dalam isu ini kerana ianya akan hanya menambah kebencian dan rasa amarah rakyat kepada mereka.

"Rakyat kini sudah sedar akan penipuan dan penyelewengan pemimpin Umno BN untuk memastikan kuasa mereka terus dipertahankan. Pilihanraya umum yang 13 akan datang rakyat pasti akan menghukum dan menumbangkan mereka daripada tampok kekuasaan negara," katanya.



****semakin detik berjalan, semakin terdesak pihak AMENO nie....


sumber asal : harakahdaily


~erti hidup dengan berkongsi~

No comments:

Post a Comment