KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis hari ini memperhebat sekatan mereka dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadual berlangsung jam 2 petang ini.
11.12 am: Kg Baru – Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kg baru.
11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.
11.05 am: Masjid Jamek – Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.
11.03 am: KTM Kuala Lumpur – Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.
11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.
11.00 am: KTM Kuala Lumpur – Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.
10.58 am: KTM Kuala Lumpur – Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.
10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.
10.50 am: KL Sentral – Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.
10.45 am: Masjid Jamek – Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.
10.40 am: KLCC – Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.
10.35 am: Brickfields – Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.
10.30 am: Maju Junction – Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.
10.25 am: Masjid Jamek – Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.
10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.
10.15 am: Jalan TAR – Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.
9.50 am: Masjid Negara – Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.
9.45 am: Masjid Negara – Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.
9.30 am: Kg Baru – 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.
9.20 am: Masjid Jamek – 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.
9.15 am: MAju Junction – 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.
8.50 am: Masjid Negara – Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.
8.45 am: Kampung Baru – Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai
8.40 am: Muzium Negara – 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.
8.37 am: Sogo – Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.
8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.
- Ketua Pemuda Pas Gombak, Ustaz Syarhan Humaizy ditangkap polis berhampiran YMCA, Brickfields”
- Baju merah akan muncul 1230tgh area KFC bkt bintang dan sekitar. Jgn berada di ‘hot spot’ terlalu awal.. Hati2 elak tangkapan awal..elak sbarang keganasan,bukan tunjuk kuat tp prtegas tuntutan -chegubard-
- Rakyat Malaysia peserta BERSIH di Washington DC, USA akan berkumpul pukul 2ptg di sana di luar Van Ness Metro.
- Para-para peserta BERSIH di Osaka, JEPUN juga bersiap sedia berkumpul di Tower of the Sun hari ini.
- Rakyat Malaysia yang menjadi peserta BERSIH di New York, USA akan berkumpul pada pukul 10pagi
- Rally BERSIH di Christchurch NEW ZEALAND telahpun bermula!
No comments:
Post a Comment