Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Friday, July 8, 2011

30 Jalan KL di tutup : Zon "MATI"





Setelah submit report yang siap di ammended td, terus tangan ni 'mencari-cari'....and at last jumpa satu info yg terkini...yang sahih!!bukan menerusi emel..tapi menerusi panggilan telefon ( seperti yang di war-warkan si penulis)...



Sepertimana yang kita sedia maklum ada 30 jalan-jalan  di KL akan ditutup bermula jam 12.01 tengah malam ni. Jalan- jalan ini ditutup daripada dimasuki oleh kita semua, para penyokong tegar BERSIH!!!Samada polis-polis ni tutup terus dengan tak bagi sapa2 masuk ataupun dia tutup hanya kepada peserta2 bersih tetapi apa yang pasti ialah ;

1. Jika kamu semua berada dalam kawasan yang ditutup dan berada dalam kawalan polis, dalam keadaan yang mencurigakan dan mempunyai alatan demo seperti tuala, garam, baju2 berkaitan bersih ataupun tidak, alat2 berkaitan demo seperti topeng dan sebagainya kamu akan terus ditahan sebab melanggar undang2 dan arahan. Arahan untuk peserta demo agar tidak menjejaki 30 jalan utama di KL telah diedarkan dan disebarkan jadi polis ada hak untuk tangkap kamu. Ini menurut tafsiran polis lah...apa-apa pun JANGAN TAKUT!!!

2. Boleh bawa semua2 benda di atas jika kamu datang berkumpulan. Kalau agak2 3,4 orang tak payahlah susah2. Sekali angkut je polis dengan kamu semua nanti... Berkumpulan = mesti ramai2 yang mana polis pun fuhh.. xlarat nak sumbat semua..kira ramai lah. Sebab tue kamu kena ikut2 orang ye..Kalau jumpa member2 yang nak pergi bersih, pergi ramai2 jalan dalam kumpulan besar, bukan kecik. Tak payah lah nak berego2 plak, cheq  tak kenal  hang, mu tak geng kawe, semua tu letak kat tepi kalau tak mau kena hentam dengan polis sebab langgar arahan polis.

3. Kalau lone ranger memang susah sikit... Kalua sorang-sorang ni, kena pandai berlakon ya...jangan kantoi hang menipu jak ye...act macam orang sesat dan jadi mangsa keadaan ya...Biar polis tu simpati dan faham bahawa kamu mangsa keadaan bila dia terjumpa kamu tercampak kat dalam stadium tu nanti...bila dah hilang dr pandangan polis tu, mulakan lakonan asal anda semula ya...

4. Masuk KL waktu pagi. ..Sesudah subuh. Lagi cantek. Untuk elakkan apa2 perkara yang tidak di ingini. Pastikan jangan bawa duit yang banyak...Nanti nangis air mata darah...Bawa ic. Jangan lupa. Satgi kena cop indon, padan muka...Alasan polis nak kenakan hang...Dan paling penting jangan bawa kad student kalau dah tahu kamu tue student...berjaga2 jangan ada satu pun dokumen yg boleh mengaitkan kamu tu ialah student dan jangan mengaku jugak yang kamu ni ialah student. Cakaplah  kerja ke apa ke asalkan tak mengaku student...

5. Jangan bawa perkara yang boleh menyusahkan kamu... Macam laptop ke...Nanti  nak lari payah...Orang dah lepas sebatu, tapi kamu  tertinggal kat belakang sebab beban laptop tu Parkinglah motor atau kereta jauh2 dari tempat perhimpunan. Jangan bagi polis sedar dan faham itu ialah kenderaan kamu. Satgi dia buat sportcheck rambang ada kuning ke apa ke, dah kena lagi!!!

6. Simpan no penting neh dalam hp masing2 sekarang. ==> SMS 013-2102002 . Kalau kena tahan dengan polis terus SMS no neh segera dan hantar butiran penuh.

7. Cuba cari kawan2 yg nak pergi esok. Kita pergi ramai2, cari satu tempat berkumpul. Tapi ramai2 kena kompromi. Kalau sorang geng angkut barang "haram" yg buat polis curiga, yg lain tu kena bijak cover dan back up ya...

Nota : Jika ada sesuatu yg mencurigakan rakam guna akal dan kamera...

Dan kalau korang kena tahan ingatlah bahawa ;

- Diam lebih baik. Tak kira lah polis tue nak maki segala bagai ke ,kalau leh rakam bagus gak tue, tapi lebih baik diam dan membisu...terutama wanita-wanita ya...cheq tau hangpa semua berani!!!

- Jangan melawan dan kurangkan menjawab. Kalau dia minta IC bagi. Kalau dia tanya lebih2 pasal korang, tipu, itupun kalau pandai lah kan. Kalau takmo tipu, diam. Habis citer. Fikir2 lama sebelum jawab itu ini. Tapi lebih baik jangan jawab....

- Perhatikan nama dan no polis tue. Kalau boleh catit dia dalam otak masing2. Buat modal bukti kita kalau2 polis tue polis jahat. Kalau polis tue polis baik yang jalankan tugas, takpelah. Kita kena bertolak ansur. Ikut info terkini, polis bersepah esok dan hari neh. Memakai dan tidak memakai baju seragam. Mungkin ada yang menyamar sebagai peserta bersih untuk collect info. So waspada lah....

- Jangan berlagak2 dedahkan identiti kamu sendiri ya...aku pegawai syarikat ni..aku empunya blog ni...rumah aku kat jalan ni...aku di sponsor dtg sini...flite balik sabah pd jam ni..NEVER!!!dont ever do that...

Updated :
No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa....



sumber  asal : bujang susah


~erti hidup dnegan berkongsi~

No comments:

Post a Comment