Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, July 14, 2011

Gerbang Perkahwinan

teman-teman baik sepengajian di Indian School of Mines..bersama dgn Sanjay Sir (hujung sekali)

13072010
1230
Centre of Mining Environment,Indian School of Mines,India
detik itu...
kian tiba..
5 Syawal 1432H
berdebar-debar sekeping hati kecil ini
sedih,sayu,gelisah,gundah
semua rencah bercampur menjadi satu adunan
menjadi rawan hati
bersediakah aku?
cemburukah aku?
redhakah aku?
melepasmu pergi...
owh pendamping setia hidupku...
ku pasti merindui
hari-hari bujang kita bersama...
ku lepaskan dirimu
melayari bahtera bersama mujahidin
yang kau pilih kerana Allah
ana uhibbuki fillah,ukhti anne
selamat membina masjid...
semoga bercinta hingga ke syurga...

Moga-moga mahligai yang bakal dibina

Adalah mahligai yang dirahmati Ilahi

Yang bakal melahirkan generasi Rabbani

Yang bakal menjadi pejuang 
dan 
pembela agama Allah
insyaAlLah...





Syurga rumahtangga itu fitrah hati

Naluri semulajadi yang pinta diisi

Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza

Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta..
Diukir dari intan permata
"Gah , suamiku seorang jutawan"
tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
"Wah, isteriku seorang selebriti"
ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa...
dituai oleh pangkat dan jawatan
"Wah, suamiku seorang angkasawan"
pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar...

Kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah???



Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki...

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
"suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi"
"isteriku, kaulah permaisuri hati....."
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah...


Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"isteriku, taatilah hukum Allah...."
"suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w..."

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya  adalah iman
Jalannya .adalah syariat
Natijahnya adalah akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagiaan rumahtangga
dan terciptalah
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah".



****mode sedih****
si tulang bengkok sudah berjumpa dengan empunya bdn
lega...melihat sahabiah-sahabiah gembira
sudah ada yang menjaga dan di jaga
tidak perlu ku berasa risau dan runsing lagi
untuk meninggalkan kalian...
kerana ku yakin
Allah telah memilih mereka untuk mendampingi dan melindungi kalian...
sekarang,izinkanku berterbangan semula ke sangkarku...
rama-rama kerdil ini meminta izin
dari antumna...


bertemu tidak jemu
berpisah tidak gelisah
biar 1001 tahun tidak bertemu
biar 1001 batu yang memisah
aku tidak jemu
aku tidak gelisah
kerana kau telah memilih
dan aku juga telah mengesah
ku pohon doa darimu
dalam merentasi sebuah lembah
penuh pahit hempedu dan manis madu
sebuah kekuatan untukku dan juga dirimu
untuk sebuah perjalanan tarbiyyah...

~erti hidup dengan berkongsi~

3 comments:

  1. menusuk kalbu... semoga kebahagian berkekalan hingga ke syurga. amin ya rabb :)

    ReplyDelete
  2. insyaallah...allahumma ameen...

    kehidupan ini sememangnya sebuah perjalanan...

    episod perjalanan penuh 1001 kisah...

    semoga bertemu semula di syurga Allah...

    ReplyDelete
  3. =) senyum seketika... semoga rahmat ALLAH bersamamu sentiasa calon bidadari syurga =)

    ReplyDelete