Imam Hassan Al-Banna : "Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal, Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap, Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal ,Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap."
Wanita cantik melukis kekuatan lewat masalahnya, tersenyum saat tertekan, tertawa disaat hati sedang menangis, memberkahi saat terhina, mempesona kerana memaafkan… Wanita cantik mengasihi tanpa pamrih dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan…Wanita cantik mencintai Allah swt lebih dari segala-galanya...

glitter-graphics.com menunduk kerana malu dan menunduk kerana enggan, tiada berbicara dgn seseorang kecuali ketika tersenyum...itulah peribadi Rasulullah s.a.w...

Thursday, July 7, 2011

Pujukan Hati

Assalamualaikum wbt...
"Hati yang tenang adalah hati yang sentiasa mengingati Sang Pencipta nya..."
"Hati yang gelisah bisa di rawat dengan mengingati cinta Sang Pencipta nya..."


Jiwaku sering berkata padaku
malah menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku...
dan berteman dengan mereka yang memfitnahku...

Jiwaku juga sering berkata padaku
turut juga mengungkapkan kepadaku
bahawa cinta itu tidak hanya menghargai orang yang mencintai...
tetapi juga orang yang di cintai...

Maka..
setiap kali detik itu
ku cambahkan di hati ini
bahawa cinta itu ibarat jaring lelabah di antara dua bunga
dekat di antara satu sama yang lain
menjadi lingkaran cahaya tanpa awal dan juga akhirnya...
melingkari apa yang telah lahir
juga memupuk selamanya
untuk merengkuh yang akan hadir...

Jiwaku sering menasihatiku
juga membisikkan diriku
agar melihat kecantikan 
yang ada di sebalik bentuk dan warna...

Jiwaku meruntun...
memintaku untuk menatap
semua yang buruk dengan tabah
sampai terselah keelokkannya...

Jiwaku juga sering berkata
dan menegurku
agar menghargai waktu 
dengan mengatakan
kelmarin tetap kelmarin
esok belum tentu ada...


Demi masa...
sesungguhnya manusia dalam keadaan rugi
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan saling menasihati dalam kebenaran
dan juga menasihati dalam kesabaran

Jiwaku turut memintaku
agar tidak merasa mulia dengan pujian
dan agar tidak di susahkan
oleh ketakutan kerana cacian
sehingga tika ini
aku gundah akan perjalananku
tapi sekarang aku belajar...

Sekarang
aku mengerti
dan jelas
aku di bentuk oleh tanah yang sama
dari mana semuua manusia manusia di ciptakan...

Jiwaku acap kali menasihatiku
bahawa aku hanya debu di mata Allah
aku lemah di mataNya
aku miskin di bandingkan dengan kerajaanNya
tidak boleh aku merasa bongkak kecuali olehNya
kesombongan itu milikNya
dan semua yang berlaku adalah iradatNya
tapi
pernahkah aku sunguh-sungguh memikirkannya???


Fitnah yang terjadi di mana-mana sahaja
bagai ular-ular tukang sihir Fir'aun
menyebar di kota dan juga desa...
tercerai kita olehnya
tanpa kita sedar
tanpa kita kuasa
terbius kita akan retorika tanpa makna
mengkotak kita dalam kebodohan yang terencana...

Jiwaku sering menasihatiku
juga menerangiku...
dan juga seringkali
jiwamu menasihati dan juga 
menerangimu...
kerana engkau adalah sama seperti diriku..
dan sungguh tiada beza antara kita
ku jaga apa yang ku katakan dalam diriku..
dalam kata-kata yang ku dengar 
dalam heningku...
dan kau...
jagalah juga apa yang ada dalam dirimu...


CINTA itu yang memberiku kekuatan
terus melangkah ke depan
sungguhpun kakiku tercedera
lemah longlai badanku
ranjau di hadapan penuh berduri
onak yang sukar di tepis
rasa CINTA itu
meniupkan diriku
untuk menjadi gagah
menjadi kuat dan lebih kuat....

CINTA itu yang memujukku
merawat rawan hati ini
tika di ulit kemelut duka
di rantai palungan beban
yang tidak mau beralih tempat
rasa CINTA itu
memangkinkan diri untuk positif
mengindahkan segala khabaran
juga pandangan
juga halwa telinga
akan
mehnah dan tribulasi
ujian dan dugaan
kecelaruan
kekalutan
kekeliruan
menentukan hala tuju....


itulah CINTA
cinta agung
cinta seorang hamba kerdil kepada Sang Pencipta
cinta Allah swt kepada seorang gadis
yang sememangnya lemah
itulah
 CINTA tulus
CINTA suci
CINTA agung
dari Sang Pemberi kepada si penerima...

~erti hidup dnegan berkongsi~


No comments:

Post a Comment